Ini Novel Hari Raya 2010 saya!

Warning! Ini adalah artikel kisah peribadi. Haters tidak digalakkan untuk baca. Nanti kepala korang jugak yang akan masuk air. Teehee!

justkhai-raya2010-3.jpg

Tiba-tiba rasa sangap nak update blog. Baru sampai KL untuk hidup normal kembali dengan internet yang tidaklah selaju mana, tapi cukup untuk buat tidur itu satu pembaziran masa ntuk aku. Hahaha! “AKU”? Kata-kata yang selalu digunakan dalam Oh! Khai. Kadang-kadang rasa rindu gak la nak update kisah diri balik macam dulu kat Just Khai ni. Since wujud Oh! Khai tu, sepi Just Khai ni dari sebarang kisah peribadi. Bila nak update, sentiasa nak kena fikir sebarang informasi yang ingin dikongsi. Walhal kisah peribadi yang menjadi identiti mewujudkan blog ini dulunya. Di tulis bukan nak suruh orang lain baca pun, tapi sebagai menyempurnakan kehendak suka membaca kisah dan catatan sendiri. So kali ni nak update kisah raya kat Justkhai. Ketepikan Oh! Khai dulu. Hehehe. Sorry diary.

Dua hari sebelum raya, balik kampung di Gemas, Negeri Sembilan dengan member-member. Kitorang konvoi je naik motor dari Kuala Lumpur. Dari KL nak ke kampung Khai tak jauh pun. Ada la dalam 2 jam setengah macam tu. Tapi kalau bawak superman, tak sampai 2 jam pun dah boleh sampai. Hehe.

So kat kampung banyak habiskan masa dengan family & kawan-kawan je lah. Streamyx dah potong awal tahun hari tu sebab takde siapa nak guna. Membazir itu amalam syaitan. W1max pulak takde coverage lagi dan Maxis Berukband, baiklah takde dari ada. Buat sakit hati je. Siput vavi jalan pun lagi laju. Hehe.

justkhai-raya2010-2.jpg

Raya pertama, beraya kat rumah sorang-sorang bertemankan seekor kucing jiran sebelah (gila sedih). Dalam 6 adik beradik, Khai je yang belum kahwin. So tahun ni, giliran masing-masing balik rumah mertua. So tinggal Khai, mak dan abah. So bila anak-anak dia balik rumah mertua, kami bertiga selalunya akan balik ke rumah nenek di KL. Tapi tahun ni Khai tak follow sebab memang dah plan nak beraya rumah member-member lama dan cikgu time sekolah dulu. So pagi raya sebelum keluar beraya tu, memang sadis bila dengar takbir raya. Dah la nak pergi sembahyang raya pun tak dapat sebab hujan. Woooo.. Bila pergi dapur, mana rendang? mana ketupat? lemang? nasi himpit? kuah kacang? semua takde! Saya makan maggie je di pagi raya. Silalah nangis kalau korang bersimpati. Hehe.

So raya ketiga baru satu family berkumpul. Kiranya, raya ketiga tu la baru hari raya untuk Khai. Baru ada nasi himpit, kuah kacang dan rendang mak! Hehehe. Maka berkumpul’lah 21 orang keseluruhan legasi pertama dan kedua pemanjang zuriat ciptaan Pak Hassan dan isteri. Meriah gila wa cakap lu. Kerana itulah dia wajah kami satu family. Sentiasa penuh dengan keakraban sejak dulu lagi. Ke’akrab’an yang jarang Khai nampak pada family lain. Alhamdulillah dapat family yang best!

justkhai-raya2010-4.jpg

Lupa nak mention yang sempat la beraya 6 ke 7 buah rumah kawan-kawan time raya hari tu. Sempat juga bersua muka dengan cikgu lama time sekolah. Lain sikit tahun ni sebab tahun lepas, satu rumah pun tak pergi beraya. Internet’lah segala-galanya masa tu. Hehe.

Dan hari ini, ketika entri ini ditulis, Khai dah ada kat KL pun. Menyampah betul bila balik KL ni. Kalau bukan sebab ada internet yang laju dan kekasih hati yang dua satu, mungkin akan wujud artikel trademark blog ni, “Ada Apa dengan Kuala Lumpur“. Bertolak pukul 10:30 pagi dari Negeri Sembilan. Sampai KL dalam pukul 1:30 petang macam tu. Layan lane 1 je kat highway Seremban KL. Habis semua kereta ketepi (macam siot kan? hehe). Motor cucuk kereta? Woot! Tu belum bawak Lancer lagi tu. Hehe.

Sampai je rumah, terus pengsan kepenatan dan kehausan. Nasib bulan puasa dah habis. Dalam pukul 7 malam macam tu, terus pergi jumpa orang yang dah buat Khai terseksa kerinduan beberapa hari masa kat kampung. Dan dia kasi Khai ni.

hadiah-eifa.jpg

Pillow merah & Strawberry tu, dia belikan kat Cameroon Highland masa singgah on the way balik KL dari Kelantan. Yang berbalut cermat tu, biarlah rahsia. Hehe. Si dia cakap, apa sangatlah pillow tu kalau nak dibandingkan dengan pillow love warna pink yang pernah diberikan seseorang tu dulu, tapi macam dia tak tahu pulak yang pillow love tu dah lama jadi abu. Ahaks! Harap dia tahu, even sehelai rambut yang dia beri kat Khai, itulah hadiah paling bermakna pernah Khai terima. Everything from her, itulah yang paling bermakna dan buat Khai gembira. Bukan nak memuji sebab dia awek Khai la kan, tapi memang dia ni insan yang sangat-sangatlah istimewa. Begitu memahami & menghargai apa erti cinta. Thanks sayang! Dan kat bawah ni sedikit gambar-gambar yang dapat dikongsikan masa beraya kat kampung hari tu. Hepi’nya lah tak terkata.

justkhai-raya2010-5.jpg

justkhai-raya2010-6.jpg

justkhai-raya2010-7.jpg

justkhai-raya2010-8.jpg

justkhai-raya2010-9.jpg

justkhai-raya2010-10.jpg

justkhai-raya2010-11.jpg

justkhai-raya2010-12.jpg

justkhai-raya2010-12a.jpg

justkhai-raya2010-12b.jpg

justkhai-raya2010-13.jpg

justkhai-raya2010-14.jpg

justkhai-raya2010-15.jpg

justkhai-raya2010-16.jpg

justkhai-raya2010-17.jpg

justkhai-raya2010-18.jpg

justkhai-raya2010-19.jpg

justkhai-raya2010-20.jpg

justkhai-raya2010-21.jpg

justkhai-raya2010-22.jpg

justkhai-raya2010-23.jpg

Ni gambar-gambar dalam Satio yang mana sempat snap je. Banyak gila tak dapat nak snap. Tapi ada dalam handycam dengan camera digital lagi satu. Harus diupdate lagi nanti terutama gambar 21 orang ahli keluarga berkumpul dalam satu gambar. Hehehe.

justkhai-raya2010-1.jpg

Neway, Tahun ni tak sangka dapat duit raya lagi tu, RM20. Ingatkan kita je yang kayap hulur angpow kat orang lain. Hehehe. Bila terkenang kenangan lama, rindu zaman sekolah dulu. Sebagai anak paling bongsu yang tiada saingan lain, duit raya terkumpul RM400 ke RM500, memang confirm buat poket baju melayu rabak setiap tahun. Dan masa budak dulu, RM50 tu boleh dikatakan terlalu besar dan mampu buat tersengih sampai telinga. Hari ini, RM50 tu aduhai. Tak sampai 24 jam dah habis. Kalau seringgit? Selain gula-gula & nak buat bayar masuk jamban awam, cuba korang kasitahu dapat beli ape lagi? Aduyai.

Ok tu je lah. Terima kasih kerana sudi membaca “novel” kisah raya ku ini. Hehehe. Nak lagi? Nanti Khai sambung. Anyway masih belum terlambat, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari Khai mewakili seluruh warga pentadbiran Oh! Media Network {ohmed1a.com}.

Ditulis pada 12:00 PM 15 September '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 658 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by Affandy
2010-09-15 12:06:40

pembaziran masau? hehe

..
Comment by Khai
2010-09-15 12:25:49

Typo.. Edit suda.. Hehe..

..
 
 
Comment by Alon
2010-09-15 12:10:25

ganas ganss :[ :bloody:

..
 
Comment by aminto
2010-09-15 12:14:09

selamat hari raya khai..

..
 
Comment by Daus
2010-09-15 12:16:31

haha

..
 
Comment by MuJE
2010-09-15 12:23:26

selamat hari raiya khai! fes time beraye ngan khai ni.. hehe

..
 
Comment by putcomey
2010-09-15 12:32:20

touching lak tgk pict khai peluk sis die tu….nape pg2 raya tu kite rse sebak ek??

..
Comment by Khai
2010-09-15 12:42:10

mmg sebak bila kita mohon maaf antara satu sama lain sesama keluarga.. especially parent la kan.. Mengenang salah silap selepas raya menanti datangnya raya satu lagi.. Time2 raya ni la masanya ntuk mohon ampun dan maaf seikhlas hati. Bukan sekadar dengan “i’m sorry” melalui sms dan sebagainya.. hihi..

..
 
 
Comment by Rahim
2010-09-15 12:33:43

khai.. cantek line kat rmbut ๐Ÿ™‚ :[

..
 
Comment by Riza
2010-09-15 12:41:41

Salam Khai,

Selamat Hari raya jugak dan maaf zahir batin.

Enjoy ur raya k terutama biler kita duit kayap hulurkan angpow.hahhaha! :bloody:

..
 
Comment by Hamdi
2010-09-15 13:11:04

caya lahhhh!
nak duit raya gakkk!

..
 
Comment by udf4914
2010-09-15 13:44:53

kadang2 tertnya2 gak….asal khai xmau tunjuk muka khai yg sebenar ek????????………………huhuhu ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2010-09-15 13:49:34

Sebab tak hensem macam anuar zain.. wakakaka! nak ngk muka, jumpa kat dunia nyata la ye? InsyaAllah.

..
 
 
Comment by joegrimjow
2010-09-15 13:45:33

tukar tajuk
novel bergambar
hehe

slamat beraya

..
 
Comment by Afif Fahmi
2010-09-15 14:29:20

Waaa, best nye raye ! Slmbt beraye ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Eriyza
2010-09-15 14:41:49

Selamat Hari Raya Khai.
Maaf zahir batin. ๐Ÿ˜Ž

..
 
Comment by nik
2010-09-15 15:25:47

khai . yang sir raja tue . cikgu sekolah aku dulu
port dickson high school . die ajar bi ๐Ÿ™‚
happy lak tengok muka dia ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2010-09-16 11:20:14

haah nik.. Now dia mengajar di Port Dickson. Sebelum PD tu, dia cikgu Khai. Tahun 2007 macam tu dia pindah ke Port Dickson..

..
 
 
Comment by ash
2010-09-15 16:42:14

gamba sup tulang itu cukup meliurkan.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Piratz
2010-09-15 17:56:42

ade buat umah terbuka ohmedia tak? ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by farass
2010-09-15 18:23:10

1st time dengar salam2 lambat… hehhehe papaew pown.. janji dapat kumpol semua kan…. selamat hari raye

..
 
Comment by aizuddin
2010-09-15 20:08:42

mercun bola x boleh dilupakan ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Fazreen
2010-09-15 21:10:16

mercun aku tak habis2 lagi khai..bawa balik sikit ke Shah Alam..haha..btw..selamat hari raya khai..maaf zahir, batin tak da

..
 
Comment by Natasha
2010-09-15 21:53:07

gle sedih pg raye dok sorg2..aku x sggup.. =(

..
 
Comment by azleah
2010-09-15 22:17:30

duit raya tahun ni – rm707. anak bongsu kan. hahaha

..
 
Comment by ZoOL
2010-09-15 22:30:41

Ahakss.. kesian raya sorg2.. xpe2 aku paham.. masa aku dok kt UTM, 2x beraya kt sana x balik s’wak pasal exam nk dekat, satu lg tiket mahal.. first time raya kt utm tu sedih giler siot, xde member… pi sembyg raya pun sorg2 sbb mmbr sume dh balik.. nasib baik la 2nd time raya kt sana, dh ada kluarga angkat.. dpt la meringankn sedikit rasa pilu beraya kt tpt org..

..
 
Comment by mrnamie
2010-09-15 22:44:20

Ala khai, akak and abang ko semua dah kawin.. ko pula bila nak kahwin ni? hehe ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Encik MT
2010-09-16 05:05:33

Seronoknya beraya ya! Encik MT dah lama dah tak beraya kat kampung…huhu.. :love: <—icon yang takdak kena mengena :o:

..
 
Comment by fiD
2010-09-16 09:52:24

macam syahdu je cerita ini… :oups:

..
 
Comment by syahirul
2010-09-17 00:35:49

hoho.. baru dapat baca ini belog.. kalo tak memang berat le guna celcom berukband.. salam aidilfitri utk encik khai dan kwn2… nanti aku nak g raya umah ko, ada kuih2 dan rendang tak? gyahahaha~

sian ko pagi raya sorg2.. tu la takmo ikot aku fly aritu.. hahahaha… takpe2.. sekali skala kan raya sorg2.. ape2 pon nanti kita gi raya mana2 la.. tgk la sape ada wat open house..

..
 
Comment by neyrashazeyra
2010-09-17 01:34:17

errrrkkk sis azie nanges. rasa nak nanges sama. i ta pernah ade scene mcm tu

..
 
Comment by Masa DAH Time
2010-09-17 07:11:51

banyaknya censored di sana sini.

..
 
Comment by alang_khai
2010-09-17 07:50:27

salam. br hbs aka sempat bc novel ko ni hehe.. tq la ada byk gak gmbr2 i termasuk yg tak leh blah tu hahaha..

mmg best dan meriah sungguh raya ke3 kitakan..
dgn sesi family photography haha.. Censored tu my nikon.. hehe.. tp leh la hbs battery and charger!! huhu… tinggal kt KL.. nasb la ada sony digi cmera kak eifa.. ops..!! hehe.. silap eja..
kak ifah.. HAHA (sekali nama akak ipar kita sama daaaaa dgn ‘sapa ntah’ ) hehehe

And yg best opening tournament badminton tu oleh me. Me dh le couple dgn abh.. vs dgn abg bf dan abg mahat.. kalah 2 kali.. ops.. 20-21 je hokay.. then menang 21-20.. kelakar kan hahaha.. me (wanita tulen) dgn abah (warga mas) hokayy (ulangan) hikhik and yg best ada org main dgn kain pelikat la la la la haha.

Apapun.. keakraban kita ni semuga dan akan terus berpanjangan.
Take care ‘org dh besar’ hehe..
rempitan 180km/j or maybe lebih lagi (ko cover.. hehe) hati hati jgn buat kt jalan KL lak hehe..

i ni memahami sb dulu bwk jgk Y125Z hehe..
sronok bwk.. tengok meter dh cecah 130km/h.. kelem kabut kasi slow (pempuan kan.. kena jaga lemah lembut nya hahahaah)

lastly.. tq for the memorable photos here.. its for us too .. kind of future album utk kita kan

love yao!
๐Ÿ˜‰

Anyway tq KELAWARIANS Siblings.. dtg mlm td ke OPEN HOUSE for Siblings.. hehe.. next for group lain lak la kan.. settled 3pagi dgn penutup ke umah kak teh + bg pit ko 3pagi ehe.

Wassalam

..
 
Comment by Wan
2010-09-21 22:06:46

raya tahun ni mmg best bagi aku

..
 
Comment by Anip
2010-09-22 08:23:53

walaupon ari rye pertama agak suram..tp hari2 laen nampak ko sakan je raye..sia p dpt straberry tu dr org terchenta..

msti trase lau rye 3 org jer..xde feel nasib dpt jumpa kwn lama tu…heheh..apepon selamat ari raye khai..haha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mankuchai
2010-09-27 11:38:25

salam,

Khai kenapa gambar khai disensored? he3.. ๐Ÿ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post