Jangan Isi Minyak Penuh!! Serious!!

Jangan isi minyak penuh
Semalam lepas makan tengahari (before masuk waktu solat jumaat) kat Street Mall Cyberjaya, Khai terlibat dalam sebuah kemalangan. Waktu rehat hari Jumaat awal, jam 12 macam tu. Member Khai, BigShow nama gelarannya sms ajak makan kat Street Mall. So Khai pun follow je la naik kereta Produa ViVa baru dua minggu keluar kilang dia tu. Harta yang pastinya buat masa ini, paling dia sayang.

Masa nak keluar dari Street Mall tu, boleh pulak datang sebuah teksi merah dari arah bertentangan. Gedegak!!! habis remuk sebuah Produa ViVa dan sebuah teksi merah buruk bermodelkan Proton Saga. Khai dan BigShow keluar kereta. Pemandu teksi tu pun. Bigshow keluar tapi diam tergamam. Terkejut melihat ViVa baru dua minggu yang remuk di sebelah kanan. Khai bersuara, “Ape ni Pakcik, yang masuk jalan orang tu ape hal!! Dah tahu jalan sempit ramai orang parking, slow la!!”..

Pakcik tu diam tanpa melayan amarah Khai. Kusyuk benar melihat teksi dia yang kemek sedikit kerana salah sendiri. Pakcik tu cakap pada BigShow, “Tak nampak teksi saye ke?!!” sambil menuju masuk teksi. Khai ingatkan dia nak blah lari. “Gang gang gang”, Khai ketuk dia punye teksi macam nak kemek. Dia berhenti, keluar dan cakap, “kejap nak parking tepi” dengan muka sengih2 sebab takut nak bayar ganti rugi Viva member Khai tu. Keluar je orang tua tu dari teksi, muka senyum-senyum tadi dah jadi masam. Kejap je dia buat transformation nak tunjuk ganas dia. Dia boleh cakap, “camana ni dik, bayar RM100 kat pakcik, pakcik kira setel”. BigShow yang still terkejut boleh jawab, “Pakcik, jangan macam ni. saya student. Baru start praktikal Kat Limkokwing University tak sampai sebulan. Mana ada duit”. Khai pun pelik kenapa dia boleh jawab macam tu padahal tu bukan salah dia.

Khai mencelah dengan nada bengang gile, “Apehal ni Pakcik. Pakcik yang salah apehal plak nak mintak dia RM100 plak”. Driver teksi tu jawab, “Kurang ajar punye budak. Kau ketuk teksi aku macam aku yang salah pulak kan!!”. Khai balas, “Dah memang pakcik salah pun. Apehal tak puas hati? Nak saye panggil polis datang sini ke?!!”. Kaki tangan Khai dah gigil je rasa nak kasi penumbuk je kat orang tua tu. Tua tak tua dah salah boleh pulak tak ngaku salah dan nak mintak ganti rugi lagi. Dengar polis je, tahu dia takut ajak selesai baik-baik pulak lepas tu. BigShow yang dah habis tergamam boleh pulak bersuara, “Macam ni la Pakcik, Pakcik amik no Phone saya, nanti saya bayar RM100 tu”. Then Driver teksi tu pun boleh blah macam tu aje tanpa sempat diambil number telefon dan no flat. Dijamin halal, memang lepas ni lubang hidung dia pun takkan nampak la sebab dia tahu tu memang salah dia. Kenapa si BigShow ni boleh sengal sangat cakap macam tu, Allahualam. Khai tanya kenapa, dia cakap malas nak kecoh-kecoh tapi jangan harap la dia nak bayar RM100 tu. Hurm, sukati kau la BigShow..

Petang semalam pergi survey harga nak service ViVa dia tu kat Puchong Utama. Majoriti kedai semua cakap RM450 untuk repair macam sedia-kala balik. Perghh, takkan nak melayang RM450 tu kerana kesalahan orang lain. Khai pun tak faham la. Nak isi minyak kereta pun dah semput, ape lagi nak abiskan macam tu aje duit untuk repair kereta. Ape pun Khai faham perasaan si BigShow ni. Motor 125zR Khai tu baru calar sikit je, dah rasa nak nangis. Ape lagi la kereta yang baru keluar 2 minggu.

On the way balik singgah isi minyak kat Petronas Cyberjaya. Teringat ada user di forum Scukz yang beri nasihat agar jangan sesekali isi minyak full. Selain dari harga minyak yang macam celakak, perasan tak bila korang isi minyak, bila dah sampai satu tahap tank korang penuh, pam minyak akan automatik berhenti. Di situlah masalahnya bila korang isi minyak full. Bila pam minyak tu berhenti, dia akan sedut balik minyak yang ada di hujung saluran pam dan secara tak langsung turut menyedut minyak yang ada di dalam tank penuh korang tu. Itulah trick mereka yang mungkin tidak pernah kita perasan. Satu lagi amal jariah kita pada Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex dan sebagainya yang sentiasa mencekik kita.

Sebenarnya ini cara penjimatan minyak paling mudah daripada seribu cara yang lain.

Ditulis pada 4:59 AM 14 June '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 991 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by syia
2008-06-14 07:17:19

wOo.. beraninye khai marah.. adeh selamat x kes pukul2 kalau x masuk surat khabar lak hari ni ๐Ÿ˜‰

lo.. habis tu.. kalau cam dh penuh isi minyak kan pam tu auto stop.. lpstu kalau kite tekan lagi.. tekan lagi.. dia henti..henti..dia sedut lg la minyak tu eh?

..
Comment by Khai
2008-06-14 09:31:45

not la.. just once jer.. masa mula2 dia nak stop tu… keterangan lanjut ada di forums scukz.com … syia bila nak join ni? hehehe..

..
 
Comment by Apek
2008-06-16 23:02:02

sengal ke ape. claim insuren sudey.

..
Comment by Khai
2008-06-18 04:38:40

bukan ade tulis ke kat atas tu bro.. x leh claim insurance sbb tak tahu camne nak kontek pakcik teksi bodo tu..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by azleah
2008-06-14 08:31:06

syabas…syabas…syabas…

untung kilang minyak lebih 50 billion ke atas, tu pun kata rugi ek?

bagus betul la Malas-sia ni

..
Comment by yasha
2008-11-27 22:22:51

pasal minyak tuh.. kalo nak jimat byk lagi petua dia..
salah satu nya macam member2 salu cakap kat aku lah..
aku moto pown x dek nie pasal dowg ade moto..
member aku kata kalo nak jimat isi minyak isi slow2 maksud nya bile tekan nak isi tuh jgn teros tekan.. tekan dgn lemah lembut.. huhuhuh.. n lagi satu isi time tgh malam.. owg kata tgh mlm kan sejuk x dek la bercampor haba macam time panas yang leh wat bende tuh join sekali bila isi minyak.. hehheehe..
kata kawan2 aku lah.. tuh aku tak tau… d[^_~]b

..
Comment by casper_mimiey
2009-02-10 17:12:01

btul2…time mula2 baca pasal minyak2 nie pun casper ade terpk gak nak comment balas…dh yasha dah bgtau bgs la…mmg 2 petua nie la yg casper tau…isi minyak tgh mlm n tekan slow2…caya lah…. ๐Ÿ™‚
walaupun casper xde keta lagi…huk3 :oups:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by spike_nuox
2008-06-14 09:23:05

Perghh…! Gile per BigShow tu?! Klu aku kat tmpt ko pon Khai aku akn maki org tua tu…siot aje dah salah bole plak bt camtu…Eeiii~ aku plak jadi ak puas hati baca entri ko nie…nak aje cari tuan teksi tu…

Ehmm..bab isi minyak tu nasib baik la aku tak penah isi full ape2 kenderaan aku pon sejak aku membeli beliau2 itu…hahaha…

..
Comment by Khai
2008-06-14 09:34:17

haha.. itu la bigshow ni baik sangat.. hurmmm.. padahal yg kena tu kereta dia, aku plak yang terasa sakitnya.. ye la sbb khai paham ape dia rasa.. kereta baru 2 week kan.. punggung pun x panas lagi atas seat dia tu.. huhu..

..
 
 
Comment by Zik
2008-06-14 16:20:35

damn betul mamat tu, kalau sudah salah buat jek la mcm dah bersalah. sepatutnye khai ambil no. plat dia lepas tu buat report polis jek.

lai satu tentang minyak ni, tahu x kt msia ni angin jek masuk lebih dari minyak? selalu zik isi minyak x tekan dia nyer picu tu habis. tekan skit biar dia masuk pelahan-lahan.

..
Comment by Khai
2008-06-14 16:23:07

ade sorang member khai yg datang kemudian suruh bigshow amik no plat teksi tu.. tapi bigshow buat tak tahu je… takpe la..

smalam masa hantar nak repair kereta, apek tu cakap kalau ade no plat teksi tu boleh apply insurance.. tapi dah terlambat la nampak gayenye..

..
 
 
Comment by KNizam
2008-06-14 18:12:45

takde ke amik gambar teksi tu ek ?

..
 
Comment by Zairul
2008-06-14 22:04:05

Hmm… Aku dulu (10 11 tahun dulu) pernah keja sementara tunggu result spm kat stesen minyak petronas. Actually ada safety lock dekat pemegang pam minyak tu. Dia akan lock ikut pressure minyak yang keluar dari ujung pam. Tank minyak kereta pulak, shape dia lain2. Ada yang walau dah stop, kita boleh isik lagi 10 liter ++.. Ada yang dah tersembul2 keluar minyak baru pam stop. Tapi kebiasaannya, walaupun dah lock pada first time, minyak tu takkan penuh tank. So rasanya kebarangkalian 0.1% untuk pam sedut balik minyak walaupun tokey minyak berniat jahat modified pamnye untuk boleh sedut.

Lepas tu, syarikat minyak biasa akan hantar technician diorg untuk check quantiti minyak yang keluar dari pam berbanding dengan meter from time to time. Dengan kata lain kalau minyak dekat meter tulis 12.756 liter, betul tak minyak yang keluarnya 12.756 liter. Setiap pam akan dicheck 2-3 kali setiap kali. Pam akan terus ditutup (off service) dan dibaiki jika ada ralat dalam test ini serta merta. Setakat pengalaman aku kerja situ tak pernah yang ada malfunction.

Tapi nak bagitahu korang satu rashia, test ini walaupun random, ia amat ditunggu-tunggu oleh pekerja minyak. Kerana, technician ni lepas selesai test dia akan sign2 borang dan balik. Staff pam akan ditugaskan untuk masukkan balik minyak2 yang diguna (biasa dlm 10-30 litre) untuk test2 itu kedalam tank besar balik. Tapi, kitorg taruk dalam motor sendiri la.. hahaha.. boss tak tahu sebab nak masukkan minyak tu dalam tank balik tak pakai meter so boss takley check.. hahahaa.. kenyang beb motor tank penuh. Tapi rahsia ini jangan korang bocorkan kepada Persatuan Taukeh2 Stesen Minyak Semalaya pulak.

So kesimpulannya, janganlah isik minyak penuh kerana bukan sebab pam minyak tu sedut balik, tapi sebab bila penuh, kereta jadi berat dan memerlukan tenaga yang lebih untuk angkut muatan yang berat = banyak minyak pakai. Half tank sudah.. wasatiah dalam kehidupan..

..
Comment by Khai
2008-06-18 04:39:29

ye ke bro? er… tak tahu ar mana betul mana tidak.. yg penting, sentiasa berwaspada… demi kebaikan.. jgnlah isi penuh..

..
 
Comment by SRM
2009-09-24 03:04:30

bijak la … btol tu… bila penuh, berat la kete… bila kete berat, byk la makan minyak… (nak jugak komen, walopon dah berkurun org tinggalkan topik nih…) :8

..
 
 
Comment by Najmi
2008-06-14 23:24:20

apa ngn kawan khai tuh, klau saya pown saya marah cam khai gak.apa pya pakcik daa

wah,ada lak trick camtuh, thx for the info

..
 
Comment by miar88
2008-06-15 00:58:40

waa…bley jer mmbe rilek cmtuh…huhuhu…sabo jer laa…baek btol ati nye…hurmm..bout minyak plak…thanx 4 da info… ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by miss madiey
2008-06-15 02:12:20

ape la pkcik 2 mintak duet pulak..

seb baek gak la khai de kt ctu..

ngan keadaan big show yg tgamam tuh.. cian die..

..
 
Comment by amirull
2008-06-15 07:22:44

bia betik..
x sngke camtuh pown diorang leh wat..
mmg x sngke..
nway..
thanx sbb gitaw…
pasnih aku nk gitaw makbapak aku lak…

..
 
Comment by ecahkoop
2008-06-15 15:33:24

kes yg blaku kt big show tu pon pnah blaku kt kwn kak esah gak..bkn kete tapi laptop..

kwn kak esah tu x bape reti sgt sal kompute2 ni..time die beli laptop..patutnya 80gb and ade 2 partition C & D, tapi ade 40gb ngan partition C je..

so, kak esah ajak la die g kdai tu blik…adeke kedai tu kate tu mmg salah dorg tp kalo nk format blik kne byr rm50..giler ke?? kwn kak esah tu lak jnis baik2…die kate ok.. yela tak mau kecoh2 kt kedai katenye. kak esah pon mrh la org kdai tu…ei, mane ble cmni…ni salah korg..xkan nak ke cas kot…

last,gado nye gado…ok free tapi kitorg kne g cawangan lagi satu sbb ade bro kdai tu yang ofer le wat free..tak pasal2 kne kuar duit wat tambang teksi.

sbr jelakan ngn org cmni..mende tu beribu kalo ade slack ckit mestila kite bising..lainla kalo rege die seposen dua..

..
Comment by Khai
2008-06-16 12:02:32

isk isk.. x patut.. kalo khai amik gambar kedai dia, then buruk2kan kat internet.. baru padan muka, telinga, hidung dan mulut dia… ngee…

..
 
 
Comment by titan
2008-06-16 10:15:01

aku kalau eksiden ke, salah aku ke salah orang lain. Aku mintak duit. Lantak aa..

..
Comment by Khai
2008-06-16 11:58:22

jgn bro.. nanti ko diketegorikan sebagai pakcik yg ade teksi tu… hehehehe..

..
 
 
Comment by me amor
2008-06-16 10:25:35

hahahaha….apsal BigShow tak mnta duit plak….plik aku….muka dah ganas…

..
Comment by Khai
2008-06-16 12:00:10

hahaha… biar le dia.. sibuk jer… ala bigshow tu muka je ganas, hati jambu… huwahuaaa,,,

..
 
 
Comment by Dakjaat
2008-06-16 13:43:46

oooo isi full pun takleh ek? .. selalunya takdelah hala habis muncung nozel tu dalam lubang tangki minyak .. takat2 lubang jer .. so .. boleh la isi penuh2.. takde la nozel sedut minyak tu balik . hikhikhik~ isi penuh sebab tak suke g kedai minyak selalu … wuwuwuwu~ ;p

woo .. sayangnya .. baru keluar 2 minggu dah xsiden .. salah sape sebenarnya? perangai manusia yang sebenarnya adalah di jalan raya .. bila kat tempat lain takde plak jahat camtu ..kalau kat road.. huhu .. tunjuk kuat lak ..

..
 
Comment by r-lynn
2008-06-16 17:26:15

sian kat bigshow ye..kalau aku dh nangis tu..sbb x smpai sbln dh jd camtu..dh la mak ayah yg tlg byr kan duit kete..huhuhu..tp pe nak buat kan..benda dh jd..kalau x mmg gaduh la kalau bigshow pon angin 1 bdn cam ko..nasib die sabar..kalau nak srh pak cik teksi tu byr pon..blom tentu die ade duit lagi..mungkin ade hikmah die sebalik kejadian tu kan..

..
 
Comment by Fahmishah
2008-06-17 11:09:21

kerek gak pakcik tu, apsal x report polis?

..
Comment by Khai
2008-06-18 04:41:24

aku dah ugut dah nak panggil polis.. tapi bila dia x jadi mintak rm100 kat member aku tu, aku sebagai orang luar dalam kejadian eksident tu, so aku berdiam diri je la..

..
 
 
Comment by maRCus
2008-06-21 21:52:06

hi khai, nice blog you have going here. love your layout, and your posts, even better. =)

truly inspiring and motivating blog. dun mind if i link you up to mine. nways, ive got a query. ive heard about the ‘jgn isi tangki penuh’story, but id like to clarify, izit minyak disedut dr tangki kereta OR minyak yg disalurkan tidak dipam keluar, justeru berpatah balik ke dlm tangki petrol station? thnx ya.

oh, one more thing. im also an intern in MDeC. ive been to street mall too. sometimes can be really crazy there! o be careful. =)

hope to terserempak into you some day… lolx

cheerrios~

..
Comment by Khai
2008-06-22 00:47:23

hi marcus..
thanks thanks thanks n thanks a lot for visiting here and drop me some coolest inspiration today.. make my day even better ๐Ÿ™‚

pasal minyak tu, dari maklumat yg khai dapat, dia akan sedut balik minyak yang ada dalam tangki kereta kita..

kalau dia just sedut minyak yang ada dalam getah minyak dia, mean tak isi minyak penuh pun sentiasa terkena je la kan..

yeah bro… i’m just at limkokwing university hostel… hehehehe

..
 
 
Comment by emme
2008-06-22 01:18:46

kalau mcm tu x mau isi penuh lagi aa ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by wakaka
2008-07-01 02:25:27

iyo ko? ado sumbor ko kebenarannya?

ada bukti saintifik ?

..
 
Comment by muckraker
2008-07-08 00:03:58

hmm…
xpyh isi minyak penuh???
mmg akn tmbh berat keta,tekan pelan2 picu
n lgi baik isi time mlm klo siang wap ja bnyk msuk kanpnas …evaporate nth ler..

MAS pun dh terasa effect dr kenaikn minyak ni huhu

tp konpius la kuasa pam tu leyh sedut blik???
bkn emergncy stop ja k???

—————————————————-
enjoy n have fun~
cheers!

..
 
Comment by lam
2009-01-15 17:28:32

nak jimat isi penuh…ni pendapt dan kajian mekanik…sbb bla isi sikit or xpenuh minyk mudah berkocak…setiap kali minyak berkocak maka setiap kali la minyak itu bertukar jadi gas…gas xdpt dgunakn tuk pembakaran enjin…kalo isi penuh minyk td agak susah nak berkocak so gas pun kurng so kte leh gna minyk dgn cara optimum

..
 
Comment by hazim
2009-07-29 20:15:03

org tua skarang mmg x hormat org muda la..
aku baru ja kena sepak ngan helmet oleh pak cik mana ntah..
x psal2 lebam kat pp…
nak tau?klik link nieh..

http://bloghazim.co.cc/archives/39

..
 
Comment by nia
2009-08-18 13:11:05

ye ker abg khai?

..
 
Comment by d|n
2009-08-27 00:18:19

macam betul je..
dia boleh sedut balik..huhu :o:

..
 
Comment by sham
2009-11-11 05:35:55

big show tu mmg cam tu…aku kenal dia dari sekolah lagi..form 4 n 5 satu kelas… tapi dia suka gusti,…haha..rindu kat big show… balik kampung pun dah jarang port dgn kami orang??? tapi dia mmg baik…. =(

..
Comment by Khai
2009-11-11 10:14:51

boleh plak kawan bigshow boleh sesat masuk blog ni ye? hehehe.. sihat ke bigshow dgn viva hitamnya? mak nya? Hehehe..

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post