Kenapa Kita Perlu Boikot Crocs?

Salam to all reader, oleh kerana pandangan peribadi Khai sebelum ini mengenai isu boikot orang melayu yang selalunya bermusim telah menjadi kenyataan. Khai juga orang melayu dan cuba sedapa upaya untuk lari dari terikut-ikut. Isi Crocs telah pun redha secara mendadak selepas tibanya semula musim boikot Israel kerana serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza itu hari. Apatah lagi isu Sodomi Anwar Ibrahim, Altantuya, Memey Suhaiza, Fasha Sandha, pelajar ditembak polis di Shah Alam dan pelbagai lagi isu yang lain.

Dear myBLOG, Sebagai seorang yang bebal dan tak berapa tinggi ilmu agama, aku memang tak pandai nak bermadah-madah mengenai apa yang fikir dan bayangkan. Mungkin apa yang aku tulis selalunya “straight to ampang point” yang kemudiannya disalah ertikan dan menjadi bahan artikel baru blogger-blogger lain yang sejak azalinya, memang membenci aku sepenuh hati.

Ketika saat aku menulis mengenai PERSEPSI AKU mengenai isu Crocs, terlalu ramai yang menghentam aku walhal sebuta-buta hati aku pada agama, bukanlah tidak mampu untuk diterangi langsung.

Dah banyak pembacaan dari mereka yang tinggi Ilmu agamanya berbanding kita semua tidak menyokong kempen boikot-memboikot ini. Dari pembacaan dan pertanyaan, semuanya sama sahaja. Mengapa kita perlu terikut-ikut omongan kosong mereka yang entah hafal doa Qunut atau tidak? Apa lagi jenis mereka yang bina blog dan mendedikasi’kan hidupnya untuk menjatuhkan orang lain. Berikut artikel yang ditulis oleh Saudara Hamka mengenai isu Crocs. Hamka adalah penulis di blog’nya, Kereta Mayat. Bukan ingin membuktikan apa-apa, cuma Khai rasa pendapat Khai dan Hamka adalah sama cumanya mungkin kerana ilmu ini untuk berputis dalam bab agama tidaklah tinggi, jadi better merujuk pada mereka yang lebih berilmu. InsyaAllah.

(Memakai selipar mahal jenama ‘Crocs’ ke Masjid Sri Petaling, mungkin menjadi kenyataan)

Pada minggu lepas aku dapat email dari seorang hamba Allah yang menghantar gambar selipar berjenama CROCS yang di dakwa ada kalimah Allah jika terbalikkan gambar buaya di selipar tersebut.

(aku malas nak copy gambar tu sebab tak nak korang jadi ‘perasan kreatif’ atau ‘perasan disalahkan’)

********
Copy/paste email:

Pembaca:
Minta pendapat, kalimah Allah pada kasut Crocs. Apa harus dibuat dengan kasut tersebut? Buang? Simpan?

Aku:
Tak payah imiginasi tinggi sangat, mana ada orang tulis kalimah Allah, alif dan lam bercantum? dan atas ha ada sabdu? rujuk balik tulisan jawi

Pembaca:
Tapi ada lam lam ha. kira macam lillah, kan?

Aku:
Kalau imiginasi kau tak boleh tanggal, post selipar tu kat aku, boleh aku buat pergi masjid..

Pembaca:
Alahai.., dah buang..

Aku:
Alamak!, tak sempat aku nak bergaya dengan selipar crocs di Masjid Sri Petaling nanti, waaa! (menangis)

********

Keterangan;-

Menurut ‘Doktor’ Hamka, Penyakit yang menimpa seperti di atas, di namakan sebagai ‘perasan disalahkan’…

Biasanya, orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang ada penyakit buruk sangka yang kronik,

Sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lambab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Jika yang masih bujang dan duduk rumah sewa pulak , bila dia terjumpa berus gigi dia jatuh atas lantai dalam bilik air, dia sangka teman serumah dia nak sakitkan hati dia, padahal mungkin kawan dia yang tak sengaja terlanggar, itu contoh lebih kurang..

Lagi contoh:-

Yang mati pucuk, tuduh jiran sebelah guna ilmu hitam sebab dengki bini dia lawa, padahal dia yang kena kencing manis..

Puak parti politik, akan tuduh apa sahaja keputusan kerajaan adalah berniat jahat untuk menjatuhkan mereka walaupun ada keputusan yang baik..

jenis yang rajin solat di masjid, tapi bila ada orang dakwah ziarah dia, maka mulai marah-marah kat pendakwah tu sebab: tak kenal ke dia ni ‘kaki’ masjid.., sedangkan apa salahnya ajak orang minat bola tengok bola?

Atau tiba tiba datang orang kapir yang marah dekat logo syarikat korang yang ada kena mengena dengan ugama mereka sedangkan korang tak berniatpun.., tapi orang kapir bodoh tu mulai boikot semua produk korang sebab orang kapir tu terkena penyakit ‘perasan di salahkan’..
Jadi, bagaimana nak ubat orang yang berpenyakit begini doctor?

Oh, mereka kena faham bahawa mereka juga terkena sydrom ‘Pak Pandir moden’, iaitu sydrom senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Nampaknya, Dr nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jangan cepat ‘perasan di salahkan’.., bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, dan jika betul orang kapir ada niat nak hina ugama kita, tunjuk bukti, bukan setakat ambik pen dan lakar guna imiganisi korang yang penuh sangka buruk, perasan di salahkan lalu sebar pada Pak Pandir lain..

Jadi, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..

Sebagai kesimpulannya, untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul dan padamkan sifat buruk sangka serta perasan disalahkan itu, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., InsyAllah..,

Oklah, sampai sini dulu, jumpa lagi dalam ruangan bersama ‘Dr’ Hamka.., sekian..

Bye!

Ulangkaji:

Perasan di salahkan yang tidak di benarkan dalam islam.
Perasan di salahkan yang dibolehkan dalam islam.
Siapa pak Pandir moden.

Ps: Aku bukan budak tabligh, tapi nak buat pengumuman sebab benda ni baik untuk ummat, iaitu ada perhimpunan untuk semua lelaki ummat islam (jor zon tengah) di Markas Sri petaling pada 11-14 June 2010. Harap maklum.

Ps2: Siapa yang terkena penyakit ‘perasan di salahkan’ ,lalu berniat nak buang selipar Crocs, tak payah susah-susah, boleh post pada aku, raya pun dah dekat, kalau ada warna pink, lagi bagus..,

Woha!

Untuk Khai, tidak memboikot Crocs bukan kerana Khai sendiri memilik Crocs Yukon Woven (ada je kasut lain), tapi ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut kalau tak tahu, diam. Kalau tahu, sampai-sampaikan lah walau dengan satu ayat.

Untuk penambahan maklumat, boleh baca pula artikel dari Ustaz Pahrol mengenai sifat anti-yahudi yang nyata sia-sia. Wallahualam..

PSSTTT: KALAU MINAT CROCS TAPI TERPAKSA IKUT-IKUT ORANG UNTUK BOIKOT, BELILAH COQUI. HAHA..

Ditulis pada 9:19 PM 17 June '10 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,119 views | Dalam kategori: Hidup Khai, Religion, Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

36 Comments »

Comment by iZwaN
2010-06-18 01:25:53

Ermm…info yg berguna khai…

..
 
Comment by ChuyRy
2010-06-18 01:31:08

aku mmg x minat croc..haha..kat sekolah aku pon bising pasal croc tu..senang sgt ikut apa yg telinga dengar..ini je aku leh komen..huhu T__T =(

..
 
Comment by Nasrulz
2010-06-18 01:32:08

hehe..setuju sangat dgn pendapat Hamka tu..
memang betul apa yg dicakapnye..
😉

..
 
Comment by Syafiq Zainal
2010-06-18 01:37:53

haha… aku x dek crock 😛 eh.. silap.. crocs.. huhu

..
 
Comment by syahirul
2010-06-18 01:39:55

fuh panjang lebar ko nya artikel kali ini.. moga ia dapat membuka minda sesetengah pihak yang hanya tahu baca satu blog dan judge terus tanpa selidik segala bagai.. kalo ada blog yang mengalami pertelingahan dan buat entri menjaja dan memburukkan blog lain, depa akan komen bulat2 menghentam dan mengutuk tanpa membuat satu analisis dan melihat sendiri punca perbalahan itu.. pastu yg komen pula jenis suka menambahkan dosa dalam diri sendiri.. good la depa.. moga hati mereka dibuka dan disinari cahaya..

p/s: aku bukanlah seorang yg baik apatah lagi alim ulama’, namun aku mempunyai akal untuk melihat sesuatu yang tak baik dan membencinya.. bukankah ia selemah2 iman?

..
 
Comment by bukan musuh Khai
2010-06-18 01:41:05

jwpn yg kaw nyatakan lebih kurang sama dgn ape aku ckp dkt kawan2 aku. tapi yg sedihnya, pendapat aku ditolak. hmmm. ikut diorg lah nak ckp ape. aku just ckp ape yg aku rasakan betul. bukan hentam kromo je.. 8)

..
 
Comment by eyra
2010-06-18 02:00:29

tak boikot crocs. sbb pakai crocs juga. ang i rasa penat ngan isu2 boikot ni. sampai bila? hangat2 taik ayam je semua

..
 
Comment by rashid
2010-06-18 02:40:52

Yang hamka cakap tu buruk sangka tahap melampau+tipikal pemikiran melayu kuno. Tapi bab crocs ni mungkin timbulkan was-was kepada pemakai. Dan seperti yang kita tahu, yang mengeluarkan kasut crocs ni adalah AS, jadi perasaan was-was tu kuat. Sebelum ni pun ada banyak isu pasal Kalimah dekat selipar itu ini, bila hal ni ditimbulkan, orang yang perasan disalahkan mula melatah. Bayangkan kalau sandal Asadi ada macam kalimah Allah, orang kita nak cakap pe ye???

..
 
Comment by stonez145
2010-06-18 05:23:52

haish…

ada betulnya pendapat tu…
tapi harap kita elak la jadi tipikal melayu yang hangat2 tahi ayam…
boikot crocs, byk pendpt simpulkan ia x relevan, hanya imaginasi…
tapi pasal boikot produk israel, hasil perbincgn banyak merumuskan kpd patut diboikot…

msuk world cup,rmai dah terlupa kmbali nak boikot produk israel masa mavi marmara diserang…dan msa zionis dgn gaza tahun lalu…
jadi tumpang kempen la khai eh…

harap kita masih memboikot la…
no McD, no starbucks, no maybelline dan sewaktu dengannya…

..
 
Comment by anas
2010-06-18 05:49:51

kalau sudah ‘shubhah’…elok jangan pakai..
kalau kemaruk jugak…beli yang brand yang ‘bukan Crocs’..
ada faham..?

..
 
Comment by Beyta
2010-06-18 06:00:44

yeah.. betul gak ape yg ko post nih.. hurm.. send kt facebook… buwat group… :8

-beyta-

..
 
Comment by Azfarul
2010-06-18 07:05:25

Hidop COQUI!!

..
 
Comment by nik
2010-06-18 11:10:52

ahahahaha ! amat bagus khai ! bila aku gune crocs nie kat kampus aku sume pandang aku pelik . Lol
siot tue macam aku nie jahat sangat je. kita baik kan? :8

..
 
Comment by ikemal
2010-06-18 11:38:58

dah penah baca dulu. kagum dekat hamka. dia betul2 punyai otak yang bagus.

apa yg dia ckp mmg betul. tak tahu apa nak ulas. hehe

ter kejut jugak, dengan blog yg simple punyai follower yg smpai 12 k.

..
 
Comment by Kereta Buroks
2010-06-18 12:53:26

Tabiat manusia yg tidak akan berubah
Ramai yang bersangka buruk dahulu dari bersangka baik.
Termasuklah aku sendiri.

..
 
Comment by aizuddin
2010-06-18 23:13:55

kalau lah isu crocs ni mufti2 yang komen dan analisis..alangkah bagusnya..komfem orang yakin dan tak was-was lepas ni :oups:

..
 
Comment by NiZaM Limited
2010-06-19 16:33:51

utk entri ni aku sokong..pasal aku sndiri pon senyum sinis je bila org suruh imagine ada “lam lam ha” kat situ..

tp aku ckp ni tak bermaksd tak perlu boikot crocs..produk yg shubhah tu mmg bagus la kita boikot..

cuma tahap pemikiran org kita ni takbleh la terlalu rendah..bnyak isu yg tunjukkan pemikiran kita lemah. contohnya..

1. Dulu isu “pokemon”. maksdnya Allah itu Lemah..dan semua binatang2 dlm tu adalah name2 syaitan. bila terseba dan sume org tau, org islam terpaksa menutup aib sendiri. Aku fokus kat khutbah jumaat khatib bace kenapa pokemon ni diharamkan.. ia langsung tak sentuh maksd nam2 “pokemon” tu, tp ia diharamkan sbb ada unsur2 ganas terhadap haiwan, tu yg sebenarnya..

2. Sejadah berdiri tunjuk arah kiblat – orang kita terus pecaya..dan akibatnya malu sendiri dgn bangsa lain sbb dah dibuktikan secara eksperimentasi sejadah tu dpt didirikn dlm beberapa saat je..

papepon teruskan memboikot barang2 yg bagi sumbangan pada ekonomi yahudi ni..isu Gaza jgn dilupekan sama sekali..

..
 
Comment by Nadri
2010-06-19 17:11:07

rasanya isu Croc nie cuma sebahagian drp banyak isu yg pasti berjaya menguris hati org islam semua..apapun, terima kasih atas info yang diberikan.. :choler:

..
 
Comment by Nizam Amad
2010-06-20 05:50:49

Para pemakai crocs tak pernah hairan pun dengan logo buaya tu..logo buaya tu direka untuk pandangan yang betul..bukan secara terbalik..

..
 
Comment by ady
2010-06-22 23:25:27

aku stuju ngn kau khai dan dr.hamka jugak…kalo nak pakai crocs jugak,beli je crocs yang china punya…xyah nak pening2 pasal takut terbeli produk israel…

..
 
Comment by mior
2010-06-22 23:39:56

ni sekor lagi XXXX. ops .. well,ko patut sedar sikit diri sendiri. Yang Haram itu terang dan nyata. Yang salah tetap salah. itulah orang kafir,Apabila sesuatu perkara berkaitan agama,Terus berbelit bahasa. aku tak kata kau kafir ok. Jadi sedar sikit. bukak kepala hotak kau luas2 sebelum share/kongsi/sebar/cakap banyak/temberang/fitnah dahulu. 🙁 wassalam.

..
 
Comment by mior
2010-06-22 23:41:42

lagi satu sedar sikit.jangan pakai id/password org lain. Itu sesuatu benda yang haram. takkan mak bapak kau tak ajar

..
 
Comment by mior
2010-06-22 23:42:41

cakap bukan main pandai ya.Curi pakai id streamyx org punya XXXX.

..
 
Comment by imabiz
2010-06-23 13:32:49

pakai jela lawa ape.. imabiz punyer kaler pink

..
 
Comment by muhammad amin
2010-06-25 02:39:57

salam..hhmmm…br aku tau…selama nie aku tergolong dlm pak pandir moden..sapa la sebenarnya kau nie ya khai..aku respet giler kat ko..mcm2 kau tahu..semoga blog justkhai dan team oh tidak dan sebagainya dapat meneruskan perjuangan ini..mungkin blh menjd sumber ilmu yg berguna bg kaum2 yang jahil…dan yg suka menilai sesuatu tnp unsur periksa serta percaya bulat2 sesuatu bnd… :-[)

..
 
Comment by puteri katak
2010-06-25 11:18:38

kalau was-was…elakkan ajer… ok..?!! abis citer… :p

..
 
Comment by lola
2010-06-29 00:52:12

salam.. sy pun pakai crocs jugak. dengar jgk pasal kalimah Allah kat kasut crocs. tp dah rujuk ustaz, kalau betul kasut tu rasa & yakin ade kalimah tu, janganlah dibuang kasut tu, mahal2 beli (ustaz melawak, ustaz pakai jgk ke, wallahualam), ustaz kata lunturkan saja logo tu. setel.

😀

..
 
Comment by nuri
2010-07-03 22:56:52

ana tak nampak pun kalimah Allah kat kasut crocs tu..kalu diterbalikkan nampak cam dinosaur je..apa pun jgnlah terlalu taksub bila melihat sesuatu..cam kata ustaz, kalau nak ikutkan, boikot sajelah huruf t sebab itu lambang satu agama..

..
 
Comment by see_saw
2010-07-24 10:22:44

mmg bkn sume kite kna boikot.. kadang2 tu sume keperluan kite.. about MCD, kite tau tu israel punye, duit yg kite beli tu for what??? ade setengah pihak mengatakan membuat barang senjata untuk bunuh owg islam, n setengh pihak mengatakan, untuk membina piramid memuja sesuatu dri alam lain..

so, kalau sesiapa yg dh tau pasl ni, boikot la.. x perlu kite mkn mcd.. mcm la x da bnda len boleh nk mkn…

..
 
Comment by nik
2010-08-02 15:25:46

yang pegi gedik imagine tinggi sangat nape :o: :o:
bia je la dalam bentuk boya tuh. gedik g pusing2 buat apa

..
 
Comment by aliffcullen
2010-08-05 21:15:51

crocs kat pasal malam pon tiruan…. buat ape nak kecoh….

..
 
Comment by ?????
2010-09-13 15:07:54

😎 klo booikot tinggal solat wat ape?doa qunut pun x apal.. :-[)

..
 
Comment by ziera
2010-11-26 21:34:19

ada yg x perasan rpenya slama ni pijak nama Allah

..
 
Comment by mamat
2011-08-24 10:42:38

dah lama dah dengar tentang isu ni…sebab tu skrg x guna crocs

..
 
Comment by wan
2012-09-13 09:33:55

assalam..masalahnye klo x imaginasi lebih2 pon tpi still mlibatkan aqidah..aq hmpir nk nangis dok tgok mreka2 yg amek remeh jew psl mende nie..hmm..dunno what 2 say..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Action Speaks Louder Than Words « Diari SBPISB