Macam-Macam Khai #2

kldowntown.jpg
Tak Larat.. Mungkin penat kerana baru balik dari Downtown. Shopping sikit sebab lagi 3 hari aku akan balik ke Cyberjaya menyambung pengajian untuk Semester ke-4. Apapun, aku dah janji dengan diri aku sendiri nak update blog ini secara konsisten hari hari. Sekarang pun dah pukul 3:51 pagi dan secara tidak sengajanya, aku telah melanggar janji untuk mengupdate blog dari jam 1 hinga 3 pagi setiap hari. Tidak mengapalah.

Tadi aku bersama 2 orang akak, Elisha dan abang ipar ke KL Downtown. Kau tahu tempat tu? Di Bandar Tun Razak, Cheras.. dari Ampang mengambil masa dalam lebih kurang 13 minit 23 saat. Berbekalkan duit beberapa ratus yang di’bank-in abah kesayangan aku, hari ini aku joli sakan. Melambak-lambak baju baru aku beli. Seluar Jeans adalah sehelai (Jeans pertama dalam hidup aku sebab aku adalah anti Jeans), Perfume dan beberapa barang keperluan lagi. Terkejut mengapa ini Jeans pertama aku? Aku memang bukan dilahirkan untuk menjadi penggemar seluar Jeans. AKu beli semua ni pun, atas permintaan si dia dan aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk menyenangkan hati dia. “Dia” tu kau pun tahu siapa kan.. Siapa lagi kalau bukan gadis ayu berbaju kuning yang melekat header blog ini. Aku juga ada belikan sesuatu untuk dia. Apa bendanya, aku tak boleh kasitahu sebab dia hari-hari masuk blog ni (spy pakwe dia) tetapi yang pastinya ianya berwarna PINK… I like it dan aku berharap dia juga suka..

khai-blog-stat.gifYayy!! Alhamdulillah. Unique Hits untuk blog ini semakin hari semakin meningkat. Untuk 12 July (hingga pukul 4:30 pagi) pun sudah ada 55 kunjungan. Terima kasih untuk kau dan semua pungunjung lain. Kau tahu kenapa aku suka bila orang masuk ke sini? terus terang aku katakan, takda langsung niat aku untuk mendapat apa-apa keuntungan semasa ber’blog. Iklan di blog ini? Sekadar mengikut trend sesama dan Aku ber’blog hanya sekadar melepaskan nafsu menulis aku dan ianya hobi aku. Aku ikhlas untuk memberikan apa-apa sahaja pengetahun dan informasi yang aku ada. Untuk pengetahuan kau, rakan blog aku lebih ramai dari rakan di dunia realiti aku? Kenape? Tak percaya yeh? hehe. Header kat atas tu OK tak? Sebut pasal header blog ni, saja aku design suka-suka dalam masa 9 minit 14 saat pada pukul 4 pagi semalam (Memang tabiat aku untuk tidur jam 6 pagi dan bangun jam 9 pagi). Siap ada dialog lagi kan?.

Pagi-pagi lagi aku dah dapat PM oleh sahabat karib pasangan kembar tu, Fatin atau Pat yang juga pelajar Limkokwing. Dia meminta agar aku memasukkan sekali gambar dia dan juga Tina ada di banner itu. InsyaAllah aku akan letak tapi tak tahu bila. Nengok Mood lah! Dan kalau kau nak tahu, pagi-pagi buta juga aku dah kene marah dengan wanita yang berbaju kuning tu. Ini adalah kerana dia tak suka dengan satu perkataan kat atas tu dan aku pasti, kau pun tahu apakah ayat yang dimaksudkan itu. Dia risau orang akan ingat aku betul betul seorang lelaki homoseksual. MasyaAllah, aku harap tiada siapa yang memandang serong dengan aku hanya kerana signifikan akan warna Pink. Pink atau Merah Jambu adalah salah satu keindahan warna yang patut kita hargai. Ianya sekadar warna. Sepertimana juga Ungu. Pink juga adalah Air Bandung iaitu satu daripada minuman kegemaran aku.

Ahh!! Badan aku dah mula rimas kerana bila jam hampir jam 5 pagi, inilah waktu kegemaran aku untuk mandi. Alamak! baru ingat sambungan air ke rumah akak aku baru sahaja di potong petang semalam. Bukan kerana tak bayar tapi gara-gara akak aku ni lupa nak check bil air dalam peti surat untuk beberapa bulan. Kelakar tak? Itulah orang KL, pagi petang kerja sampai terlupa periksa peti surat. Aku hanya mampu senyum sendiri. Tidak mengapalah, aku ada tiga akak di sini. Perlukah aku ke’rumah akak yang lain untuk mandi nanti atau mandi lagi 3 hari lagi di hostel? nanti aku fikirkan. Haha.. Terima kasih kerana membaca sampai ke sini. Maaf hanya Crap dari aku semata-mata. Mungkin esok baru aku share sebarang info. ‘stay Tune’ dan jadilah pengunjung dan komenter yang setia. SalamX!

Ditulis pada 5:07 AM 12 July '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 271 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

21 Comments »

Comment by musnazdotnet
2007-07-12 08:15:30

hallamak khai… sama lah kite… anti jeans lah (jeans samsudin ok la)… saya penah la suatu ketika dulu pakai jeans, sekadar cuba… hampeh tak syok… la ni saya cuma ada satu jeans yang tak macam jeans… kain die lembut giler!

apa2 pon, blog khai memang best! keep it up… senang2 nanti ajar saya lagi ek? tq

..
 
Comment by gurl life
2007-07-12 08:25:10

elehs…tina tini ngn paten sebok nak jd glamour la tuh…..,cyg beli aper tuh kt nieza?? hehe…..cyg…….anji nk tukar banner tuh. jahat ar……ckp bleh ckp jer ehhhhh

..
 
Comment by gurl life
2007-07-12 08:26:26

yayyy…cyg beli suar jeans. suke nyee…tp nape beli 1 je………xbest ler, da ler cyg mls basuh

..
 
Comment by azmie
2007-07-12 13:00:23

ahah maser aku skola dulu mmg tak suka jeans…time kolej pn sama gak, tp da dekat nak grad tu mula gemar memakai…:P

..
 
Comment by Khai
2007-07-12 14:35:47

[Comment ID #10855 Will Be Quoted Here]
seriously, silap2 just beli je.. pakai nye tidak. kakaka

[Comment ID #10856 Will Be Quoted Here]

alah.. seluar jeans bukan kene basuh selalu.. bukan ke sayang malas basuh suar jeans gak.. wakakka

[Comment ID #10858 Will Be Quoted Here]

mungkin usia mendewasakan kita. kan bro?

..
 
Comment by Bat
2007-07-12 16:40:48

Kalau mai downtown, gtau la, sebab aku dok dekat sangat ngan tempat tuh..Tapi kalau lewat sangat, memang aku takleh keluar la..hehe..

..
 
Comment by Rjuna
2007-07-12 17:23:38

Header ko memang kreatif, aku sukakan kelainan, jangan risau ko masih normal di mata aku walaupun pink,

ko tidur 6 pagi bangun 9 pagi haha giler kentang

..
 
Comment by khairilz
2007-07-12 18:04:09

aku suke jeans…abis kalu ko tak pakai seluar jeans,ko pakai seluar per?manje tu ur gurlz khai..

..
 
Comment by Khai
2007-07-12 21:11:35

[Comment ID #10869 Will Be Quoted Here]

thanks bro… mmm.. thats it! 3 hours/day.. dah biasa kot tido 3 jam jer.. takpe la.. layan selagi mampu… hehehe..

[Comment ID #10870 Will Be Quoted Here]

x pakai seluar jeans, aku suke seluar yg macam jeans tapi kain nya bukan jeans.. lebih kepada hip hop style gitu. .antara brand kegemaran aku ntuk seluar itu antaranya PDI/Padini..

ermm… gurl aku tu bukan setakat manja je.. tapi gedik.. wakakkaaka.. jgn maraa ye cayang.. wekks..

..
 
Comment by din
2007-07-12 21:19:02

khai kim salam kat tina n tini ye..aku pun tak suka jeans sbb dier keras dan sendat dan tidak selesa..adios..

..
 
Comment by gurl life
2007-07-12 21:47:56

amboi ckp org gedik…tp nak jugak. xnk ckp…..weksss

..
 
Comment by Khai
2007-07-12 22:25:07

[Comment ID #10872 Will Be Quoted Here]

insyaAllah… hehehe..

[Comment ID #10873 Will Be Quoted Here]

alaa.. gurau je.. skit pon x gedik.. kalau gedik, camne la lelaki ramai suke… huh… geram tul ngan dia ni..

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-12 23:34:23

Wahhahahah….Rilek ar bro..pink tuh indah ar…..Owh..jenis x pakai seluar jeans???Dulu aku pon cam tuh gak..coz ada pengalaman menyakitkan ngan jeans..Wakkakkaka…..Tp..lepas masuk kolej…pakai gak ar jeans…itu pon lepas kena ceramah ngan member2…jeans cari ar yg besar skit..baru selesa…cari yg sendat mmg ar…Apa2 pun..keep it up bro..

..
 
Comment by wenkt
2007-07-13 01:11:46

apsal la aku ketagih giler pi blog ni harihari skrg

..
 
Comment by Khai
2007-07-13 01:15:33

[Comment ID #10876 Will Be Quoted Here]

apekah pengalaman yg menyakitkan tu dude? hehe.. ermm. ye pink mmg indah. seindah air bandung.. cuba kau bayangkan.. mmm.. bestnya.. hehe.. ERK!! member ko ceramah suruh pakai seluar jeans? takde menda lain ke dorang nak ceramah.. buat la ceramah maulidulrasul ke, ceramah ehwal islam ke… huu…

[Comment ID #10879 Will Be Quoted Here]

sebab ada caffein dalam blog ni.. AWAS wan!! huhuhu.. khai pon ketagih gi blog wan.. yang blogspot dulu.. tapi bila dah tukar wordpress ni, rasa cam kurang skit.. x sebest kat blogspot ๐Ÿ˜€

..
Comment by yg tak mengerti...
2010-01-12 00:46:49

bro..pink ni klu xsalah aku,,warna feberet nabi S.A.W jugak..tapi xsure..cube bro surveykn tgk btol x.. orait… ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by mat_spawn
2007-07-13 03:59:51

khai, tlg kem salam kat kembar tu ye…. ๐Ÿ˜›

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-07-13 09:24:46

Wahahhah….xde ar..dorang cume galakkan aku pakai jeans je bro…coz aku kat kolej dulu…cam dak skema….wahahaha…tuh yg dorang suruh aku ubah penampilan….hehhehe…Jeans aku pon dah brapa lama x basuh….Jeans tahan lasak la katakan….Huhuhuhu..

..
 
Comment by XecNa
2007-07-13 14:31:20

Wah.. 3 jam je tdo? blog khai ni mmg best la.. dlu selalu gk usha blog khai yg lama tuh.. apa, wacky.cjb.net kn? klu xslp. best2.. keep it up khai..

..
 
Comment by Khai
2007-07-13 17:03:57

[Comment ID #10882 Will Be Quoted Here]

amboi2.. gatal hang ye mat? heehee..

[Comment ID #10889 Will Be Quoted Here]

sama la ngan perangai nieza.. selagi nampak bersih, selagi tu la jeans tu dia pakai.. ngeee…

[Comment ID #10893 Will Be Quoted Here]

blog wacky tu? kekekeke… kenangann… yang lama… menjelma…… hahaha…

..
 
Comment by jack
2007-07-15 14:25:18

waakahkahkahkah..

mmg GAY!! bikin malu lah..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post