Mengapa harga minyak naik lagi?

Petikan dari email yang diforward.. amat menyakitkan hati bila di baca..

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

“Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala,” kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian ‘World’s Most Sustainable And Ethical Companies’.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Pssttt: Khai menyampah sungguh dengan pemerintah Malaysia yang sekarang..

Ditulis pada 2:27 PM 7 June '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 454 views | Dalam kategori: Tergempar | Tweet This!

Eat This Google!: ,


RSS feed | Trackback URI

25 Comments »

Comment by annyss
2008-06-07 16:09:14

memang hampeh………!!!!!!!!aku benci pemimpin skarang…xde pendirian…….kenaikan kali ni betul-betul menyakitkan. cube ko pk khai,gaji aku cme rm650 nak tampung makan,duit minyak, duit kete, hutang lagi….pe yg tinggal..???

..
 
Comment by melayubuntu
2008-06-07 17:18:21

hahhaha…12 julai beb..jom klcc!!

..
 
Comment by CypherHackz
2008-06-07 18:40:40

Masalah yang dorang ni nak bandingkan harga dengan currency Malaysia. Memang la. Ish3.

..
Comment by Khai
2008-06-07 20:11:29

ni satu lagi masalah jugak… masalah currency ni ..

..
 
 
Comment by Zik
2008-06-07 20:42:03

Pergh.. aku tak tahu nak nunding jari kat sapa. nak salahkan kerajaan pun susah nak salahkan rakyat malaysia sendiri pun susah. sebab dua-dua pemboros (tak semua la). nak katakan masalah matawang, ermm masih berganda dgn negara lain. tp satu je aku x suke depa ni naikkan gaji semua lps tu naikkan harga barang harian cam petrol, kira cam x ada apa naiklani. kronisme kuat sgt bdk2 bn ni..

..
 
Comment by syuxx
2008-06-08 01:13:42

aku pun tak tahu sapa yg patut kena di tuding jari tengah.
minyak mmg akan naik. nak tak nak dia akan naik jugak selagi pengganti dia tak ada.

tapi aku pun heran, negara kita yg keluar kan minyak tp naikkan dgn terlalu tinggi sekali. 78sen? wtfak! itu saja yg mampu aku kata.

bak kata nabil, lu pikir lah sendiri!

..
 
Comment by syia
2008-06-08 08:23:08

sabor2..khai.. wOo.. bahaya tau skrg kutuk2 kerajaan nanti..kene boom ..

..
 
Comment by azleah
2008-06-08 13:07:14

diorg guna duit mak bapak aku utk isi minyak kenderaan kerajaan mereka! kenapa x guna kereta sendiri je p keje? xde lesen memandu ke?

diorg bagi makan free kat penjenayah2 durjana kat lokap tu. cuba la bagi mkn racun tikus ke, x yah la buang duit lagi bagi makan manusia jahanam mcm tu. dah buat salah, dilayan lagi mcm raja!

diorg kayakan sanak saudara mereka je! biarkan kita semua tertindas! ewah ewah… sampai masa nnt siap la, allah turunkan azab kepada mereka yg x menunaikan tanggungjawab dgn sempurna.

..
 
Comment by deena.
2008-06-08 14:49:07

harga minyak naik,
elokLAH turun.

mama&ayah ne de duit doh nak support minyak 4 biji kete. taik betull.

..
 
Comment by beduz
2008-06-08 15:04:54

memang sucks pemerintah skg.
ada je idea membuncitkan perut mereka dan mengempiskan perut rakyat…

..
 
Comment by nurul85
2008-06-09 09:22:27

tu la pasal…aku pun bengang giler ar psal ni…umah ngan tmpt keje dekat 40 minit.mampos nk isi minyak..mkn lagi,hutang lagi…tension wei…nk kluar jln2 pun pkir bnyk kali dulu.bosan ar duk kat malaysia skrg…
ramai2 jom 12hb ni kat KLCC…jom arrr…..

..
 
Comment by cencorot_91
2008-06-09 18:08:01

harga minyak naik mngejut mmg mmbebankan wlaupun aku naik motor.!!
sape lah yg undi BN dulu…

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-10 11:50:05

emmm..no komen ler…i cume turun n naik tangga jer bile gi keje..

..
 
Comment by azmi
2008-06-10 13:37:19

ok… katekan korang dapat gaji RM106,000 setahun, same ngan rakyat singapore.. korang leh bayangkan x brape tinggi harge bahan mentah, barang dapur, biskot meri, minyak lintah sume2kat pasaran mlesia?? yuran anak2 korang skolah???susu?? once korang nyer gaji naik, time tuh la sgale2 naik…. lagik laaaa korang melenting…

“ape nih harge telur pon naik…. baik aku rebus telur sendiri jek..”

bang, jangan cakap banyak laa… korang ingat tokeh ayam tuh jage ayam tuh pakai lampu minyak tanah ke??? btw, korang dah redi ke nak ngadap harge naik ngan mendadak???

mostly.. rakyat singapore xkan beli minyak kat tempat diorang… diorang pon xkan nak beli umah kat tempat diorang.. dengan duit gaji tuh… diorang beli umah kat sekitar JB utk disewakan kat rakyat mlesia sendiri… yang kene?? kite jugak…. tuh sbb diorang dapat saving… xpecaye??? rajin2 la jengok2 stulang, pasir gudang etc.. mostly yang beli minyak sampai penuh satu tangki tuh flat sume merah, kuning….

cukai…….. haa… bab ni yg paling best…. redi ke??? singaporean kene kuar beribu2 juta lemon (to be questioned) setahun untuk spend kat cukai diorang je… haa… sbb dasar diorang nih dah macam US… cukai [required]…. US kaye ke??? mane!!! duit diorang sume abes kat NASA, IRAQ, bla3x…. belagak je lebey… index forex tu sampai skang xleh nak lawan pound pon….

nasihat aku, setiap pemerintah ade dasar diorang sendiri… bukan dasar tinggi diri, cume dasar pemerintahan…. kite sbg rakyat boleh bersuara sbb kite dok kat dlm negara yg demokratik… aku pon bengkek gak bile dengar harge minyak naik… tp cube pikir… miskin ke kite kalo bende nih sume naik?? xkan la kat mlesia nih xde orng kaye??? bribe, for sure that shit’s an absolute.. tapi ade x yang betul2 jujur n KAYE?? satu perkataan pon dah cukup utk mengubah nasib korang… n terpulang la korang nak gunakan atas jalan yang jujur atau jalan yang dilaknat Allahu Rabbu al-Jalil iaitu “U+S+A+H+A”…

guys, kalo leh ubah care pemikiran. jangan ikot resmi monyet coz “monkey see, monkey do…” aight??? ubah pemikiran, usaha, jangan kondem tanpa tau ape yang berlaku….

viva la syahdatul-UMMAH….

..
 
Comment by Yazid
2008-06-11 11:48:26

Assalamualaikum,

Saudara/Saudari Sekelian,

Janganlah Saudara/saudari terlepas pandang dengan situasi minyak di Malaysia yg kian naik ketika ini. Tak mustahil akan naik juga pada masa akan datang.

Tetapi, ketika saya menonton wawancara di TV3 (money Exchange), telah dinyatakan bahawa Separuh dari keuntungan Petronas telah disalurkan bagi pembangunan Negara dan menampung subsidi minyak.

Jika Kerajaan menurunkan Harga minyak, nescaya Negara kita akan berhutang dlm jumlah yang besar kepada Bank Dunia untuk menampung keperluan minyak di Malaysia.
Tidakkah terfikir apa yang akan berlaku kepada Malaysia jika mempunyai Hutang Dunia dalam Jumlah yang Besar? Sudah Pasti Campur tangan Negara luar akan berlaku dalam negara kita, Seperti yang berlaku di Negara – negara Jiran kita sendiri. Jadi, Hilanglah kedaulatan Negara kita sendiri apabila kita terpaksa bergantung pada Negara luar.

Petronas telah menyalurkan Keuntungannya kepada semua Sektor pembangunan Negara. Jadi, tidak bolehlah dipertikaikan kemana perginya keuntungan petronas. Petronas menjalankan perniagaan dan pastilah mahukan sedikit keuntungan bagi menggerakkan syarikat mereka. Begitu juga anda bukan?

500 Billion yang dinyatakan adalah keuntungan Kasar Petronas. Tahukan berapa banyak stesen minyak petronas seluruh dunia yang perlu diselenggarakan? Tahukah berapa meraka byr gaji perkerja mereka setiap seorang? Perbelanjaan mereka juga tinggi, malah Petronas juga mengalami kekurangan minyak mentah. Tidak seperti di Timur tengah yang hasil buminya kaya dengan minyak, malah minyak adalah hasil keluaran utama negara mereka. Jadi tidak hairanlah mereka mampu menurunkan harga minyak mereka. Tidakkah anda tahu bagaimana pula dengan barangan lain di negara mereka?

Walaupun sesiapa yang memerintah Malaysia, Mahupun anda sendiri, Saya Yakin dan pasti Harga minyak tetap akan melambung naik. Kerana Bukan Malaysia Sahaja malam seluruh dunia. Pemimpin sekarang adalah pemimpin yang berpengalaman dan mereka tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Berilah sedikit masa. Kerana anda juga memerlukan masa untuk membina dan mengumpul pengalam kerja & hidup, barulah anda berjaya.

..
Comment by murder inc
2008-07-07 01:53:00

ni cam ahli biru je?

..
 
 
Comment by psychot!c
2008-06-11 14:26:43

ade betul jugak kate2 ko Yazid.
skrg aku confuse..sape yg salah..?

..
Comment by azmi
2008-06-11 16:52:04

bende nih xda kena mangena sgn sape2 pon… kite mahu atau tak, kite terpakse ikot…. kalo ko, mane satu ko nak pilih?? hutang atau kena kutuk?? itulah beban seseorang pemerintah…

..
 
 
Comment by FezRee
2008-06-11 20:35:11

sbnr nyer kita dah biasa dimanjakan dgn subsidi….
kesimpulannyer……….kita kene tingkatkan taraf idup kita…….
bukan dok marah sana sini salahkan sana sini…..
aku dgrcita pun satu dunia minyak naik………….
kerja keras jgn biasa dimanjakan @ disuntik subsidi…
subsidi = dadah huhuhu lolz…

*Mari ramai2 guna NGV…. HUHUHU saving….

..
 
Comment by musnaz
2008-06-12 10:05:57

cuba petronas kurangkan je, 30 ke 40 sen… mesti company minyak lain folo sama, atau tutup kedai. kan petronas yang akan untung?

..
 
Comment by Nenek Awek mude
2008-06-12 10:21:57

khai..ade nampak pat tak????????

..
 
Comment by iCalvyn
2008-06-13 17:40:13

some people will happy with petrol rise, cos they seen like have extra bonus RM600++

cos the redeemtion are into own pocket, and petrol are claim company one…lol

..
Comment by Khai
2008-06-25 09:38:50

thats sucks!!

..
 
 
Comment by titan
2008-06-16 10:22:27

bising2 pun bukan leh harga minyak turun kan? So, tingkatkan la pendapatan korang dan car duit banyak2. AKu tengok, bukan main ramai orang suka dapat duit kt pejabat pos semalam..

..
 
Comment by Truckster
2008-06-24 18:56:45

sabar masih rendah lagi jika dibandingkan dengan negara serantau

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post