Muntader al-Zaidi kini di Wikipedia


Semua orang nak jadi popular. Mudah je nak tahu orang tu popular atau tidak. Sila buat semakkan nama di Wikipedia. Andai kata nama korang pun ada di Wikipedia, mean korang ni bukan calang-calang orang. Korang dah kira popular la tu. Nama Khai ada tak ye di Wikipedia? Ada hati ye tak? Berangan je la ko Khai. Hahaha but maybe someday. Siapa tahu?

Korang still ingat peristiwa Bushoe – George Bush dibaling kasut? Malang sekali balingan Muntader al-Zaidi langsung tidak mengena walau dua kali diberi peluang. Mungkin kasut saiz 10 tu terlalu berat atau mungkin, tangan dia memang jenis tak berbedung? Bush pun boleh tahan hebat mengelak ye tak? Mesti masa kecik selalu main baling selipar ni. Apapun keberanian Muntader menghina Bush dengan cara membaling kasut sememangnya mendapat pujian ramai sehinggakan kini di negara sebelah timur dah anggap Muntader ni sebagai hero mereka. Mungkin kerana keberanian Muntader yang tiada pada orang lain. Kalau ada pun ada je la, buat nya tak berani.

Dan kini, Muntader al-Zaidi dah pun wujud di Wikipedia. Semudah itu dengan cara membaling kasut. Boleh ke kalau kita nak kategori’kan apa yang Muntader ni buat sebagai satu Jihad? Hurmm..

Pada korang yang nak jadi popular macam Muntader, boleh cuba baling kasut saiz 12 pula pada pemimpin korupsi yang korang anti. Mungkin Pak Lah? Lim Kit Siang? Nik Aziz? atau mungkin jua Anwar Ibrahim? Ikut la mana parti politik yang korang menyampah. Bukan ahli politik je. Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir mungkin? Haha, jangan buat pulak, gurau je oiii.. naya je karang ada yang betul-betul buat lepas tu cakap Khai yang suruh. Cantik sikit.

Apapun bagi Khai, tak perlulah berbangga jika nama tersenarai di Wikipedia hanya kerana kehebatan membaling kasut. Jadilah seperti Irfan Khairi, Dato Siti Nurhaliza atau mungkin Mawi di mana nama mereka tersenarai di Wikipedia atas hasil usaha yang bukan semudah membaling kasut ke arah pemimpin. Hero memang hero, tapi sedar atau tidak, memberi kesan kurang baik kepada masyarakat dan malang sekali, agama Islam.

Khai memang suka bila dia baling kasut kat Bush cuma terdekik difikiran, hero bacul mungkin dia ni. Muntader… Muntader….

Psstt: Tak boleh blah betul bila brand kasut yang digunakan Muntader kini mendapat tempahan dan permintaan yang tinggi dari seluruh dunia. Wonder, kalau lah dia baling guna lesung batu made in Kelantan, kan ke bagus?

Ditulis pada 9:51 PM 13 January '09 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,286 views | Dalam kategori: Politik | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

28 Comments »

Comment by Callister
2009-01-13 22:22:22

wah ganaz sungguh ko khai nak baling lesung.. :choler:

..
 
Comment by Co _
2009-01-13 22:29:08

Mak aiii..padat giler content kat wiki Muntader_al-Zaidi. Dia memang Hero. Rasanya dia takdak niat lain selain drpd nak hina Bush dgn kasut saiz 10 tu.

Korang boleh praktik di depan pemimpin sekular yang resuah kat Mesia. πŸ˜†

..
 
Comment by Faiz
2009-01-13 22:37:06

kalau diberi peluang , dia nak bunuh jerk..
tapi apakan daya dia..kasut je mampu dia baling..

aku bangga dengan mamt nie..berani..kalo ada pistol,mungkin juga dia akan tembak bush?ahaha…

fikirlah dan selamat beramal..hehe.. 8)

..
 
Comment by |1f34|-|1r3
2009-01-13 23:10:39

ko bukak jer kilang kasut brand muntader…confirm laku punya !

..
Comment by Khai
2009-01-14 01:58:22

tapi kasut dia bukan taste aku la bro.. dan mungkin juga bukan untuk remaja2 malaysia. Tapi kasut “kenangan” ye tak. bukan senang hampir nak melekat di muka BUshit :[

..
 
 
Comment by Hairul
2009-01-14 00:40:24

Kalau Bush datang Malaysia, kau berani tak lastik dia khai?

Kalau ko nak buat, bagitau aku. Nanti kita buat JV bisnes lastik pulak. =)

..
Comment by Khai
2009-01-14 01:53:30

alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan bro…

kita heashot je dia terus.. kene penjara seumur hidup/mandatori pun takpe. Janji dah berjuang membunuh satu palesit najis atas muka bumi Allah ni.

ada beran? hehe πŸ˜€

..
 
 
Comment by Lee
2009-01-14 00:47:21

mungkin kasut itu tiada kena mengena dengan simbol jihad, Islam dan sebagainya. mungkin kasut itu perasaan marah yang berpuluhan tahun lamanya. dia nampak semua. dia rasa semua. dia marah.

aku rasa tak salah kut dia nak rasa marah.

..
 
Comment by dacron
2009-01-14 01:38:35

sayang kasut tu tak kenekan..klu kne mase 2 cnfrm lgi kecoh..

..
Comment by Khai
2009-01-14 01:59:06

Lagi bagus dia baling pisau je terus.. dapat calar kan sikit pun jadi la.. Bukan senang nak ada peluang bunuh bush.. :p

..
 
 
Comment by bd fabregas
2009-01-14 03:17:14

mungkin dalam jangka masa 15 tahun lg nama aku plak akan ada kt wikipedia pasal mengeluarkan sebuah kereta sport jenama sendiri.. itulah impian terbesar aku..

..
Comment by Khai
2009-01-14 03:46:54

dashat… dashat.. kalau dah termakbul, jgn lupa jual kat aku separuh harga ye bro πŸ™‚ janji tau..

..
 
 
2009-01-14 04:23:44

hahaha.. bertambah kacau la mental si BUshit tu lps ni πŸ˜€

..
 
Comment by mok
2009-01-14 09:55:38

oh. ingatkan entry di wikipedia boleh sesiapa saja buat.

..
 
Comment by nabila...lalala
2009-01-14 10:23:30

org paten buShit mmg susah nak mati…
baling kasut pown dapat elak…kire hebat gak tuh…
org paten camtuh…kat dunie lagi tuhan akan balas…
we wait n see…8)
da tertulis…

..
 
Comment by saifullahism
2009-01-14 11:33:59

salamx!!

pandai tul si bush (may Allah curse on him) tu ngelak erk…. kalau aku jd si muntadha tu, bukan setakat kasut, kerusi-kerusi pun aku baling skali…… :choler: :choler:

..
 
Comment by onetrg
2009-01-14 12:00:54

cube khai usha kt google. taip shoe and awe.orang buat game baling kasut kt bush… πŸ˜€

..
 
Comment by Malaynium_
2009-01-14 12:19:12

huehue..
baling ngan batu lesung populor la Malaysia sebagai negara pembuat senjata tumpul.. πŸ™‚

..
 
Comment by Karim pisang
2009-01-14 14:03:00

Apa kejadahnya kau bandingkan Muntader Al Zaidi dengan Siti Nurhaliza dn Mawi? Mungkin masa 2 kasut shaja yg ada bersama beliau. Mungkin kalau M16 lagi bgs. Sekurang2 nya beliau telah menunjukkan kebencian yang super dasyat terhadap Bush lakhat. Beliau pun x minta di sanjung sebagai Hero.

Sebenarnya lebih baik lagi jika sedikit keberaniaan beliau dapat dicontohi oleh kuasa2 besar Islam untuk menghapuskan Israel Laknat. Walaupun ada beratus kereta kebal, berjuta askar darat, laut dan udara, puluhan jet pejuang hebat, kelengkapan pensenjataan canggih, dan kapal2 selam namun ia tiada nilai langsung kerana tiadanya sedikit keberanian dalam menegakkan Islam dan membela saudara kita Islam di Gaza. Ingatlah kita mungkin akan di pertanggungjawapkan oleh mereka di akhirt kelak kerana kelembapan kita dalam isu ini.

Yang mereka tahu meeting,meeting, dan terus meeting sedangkan pembunuhan terus berlaku dari masa ke semasa.
Ape kejadahnya ini semua??? Lebih bangsat lagi ada pemimpin besar Islam yang bersekongkol dengan Israel dan Bush untuk menghapuskan Gaza, seperti apa yang dilakukan oleh PM Mesir (Hosni Mubbarak Lahanat) yang menutup pintu sempadan Rafa yang menyebabkan bantuan perubatan dan makanan tidak dapat di salurkan ke Palestin. Moga kezaliman mereka mendapat balasan setimpal di Padang Masyar kelak.

Jadi jika ratusan atau ribuan lagi mempunyai semangat seperti Muntader Al Zaidi maka tidak mustahillah dan pastinya Isreal, dan Bush akan lenyap dalam peta dunia.

Jadi diseru agar kalian selain daripada menderma ke Tabung Palestin, kalian juga di minta agar melakukan solat hajat di setiap mlm mu dan berdoa untuk kesejahteraan Palestin.
Doa adalah senjata utama umat Islam, Doa juga digunakan oleh para Nabi dan Rasul ketika menghadapi masalah. Kemenangan akan datang jua. Yakinlah Ia. Pasti akan muncul jua…

..
Comment by Khai
2009-01-14 14:16:56

takdelah.. saja je tu.. mean kalau benci siti or faizal tahir, baling diorang kasut pulak.. main2 jer..

anyway, naik semangat aku baca komen yang macam ni. thanks!!

kita akan lakukan sesuatu dengan apa daya yg ada.. :p

..
 
Comment by saifullahism
2009-01-14 16:36:21

Bukan setakat Hosni Mubarak saja, kebanyakkan golongan pemimpin Dunia Arab turut sama berdiam diri seperti Raja Abdullah (Arab Saudi), Raja Abdullah (Jordan), Nuri Al Maliki (Iraq), even Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas!! =( Mereka cuma mengikut telunjuk Condoleeza Rice dan Tzipi Livni (penasihat Amerika dan Israel).

Semoga Allah membalas semula apa yang dilakukan Zionis lakhanat tu buat di bumi Islam Palestin.

nasrun minallahi wa fathun kareeb
(help from allah and success is near).

..
 
Comment by anarm
2009-01-14 20:11:36

Karim Pisang.. ko buat entri baru kat sini ek? πŸ™‚

..
 
 
Comment by aman
2009-01-14 18:48:54

patut dia dapat royalti…nie dia duk penjara…ermm..dah kuar ke blum?

..
 
Comment by x-po shop
2009-01-14 19:50:24

aku yakin, allah pasti akan bg kemenangan kt umat islam di palestin…

..
 
Comment by deennasour
2009-01-15 00:00:57

erm kalau kita tgk orang buat jahat, kita banteras guna teguran fizikal macam tangan,kaki (baling kasut) tu kira kuat iman, tapi kalau kita tgk orang buat jahat, kita tegur guna mulut saja, tu kira iman pertengahan la, tapi bila kita sekadar kutuk dalam hati, tu selemah2 iman ah.*ni ada dlm sunnah mana ntah, aku lupa sudah, bunyik2 gitu le.

yang baling kasut tu kira up lah tu.
dan tabiat memboikot produk israel adalah selemah2 iman. *aku baca surat khabar pagi tadi. kui3

..
 
Comment by sherina84
2009-01-15 00:46:33

hehehhee menarik juga entri khai kali. ohya…mmg ada game pasal bush kena baling kasut. kwang kwang kwang…sapa menang dapat apa? cuba bru tahu. sila search la ye

..
 
Comment by azleah
2009-01-16 10:17:34

lesung batu? confirm mati syahid org tu. haha.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post

  • Pukimak! | ZELO55 (DOT) COM