Murtad

b23caf81d5d6b383.jpg
Blog oh blog. Sehari tak menulis blog membuatkan hidup aku rasa tidak kena. Terima kasih kepada mereka yang memberi inspirasi kepada aku selama ini. Petang tadi Nieza dah bising. Katanya aku dah jarang menulis tentang hubungan kami di dalam blog ini seperti dulu. Aku katakan yang aku terlalu cintakan dia dan tak perlu aku tunjukkan pada sesiapa. Asalkan dia tahu betapa aku mencintai dia sepenuh hati dan insyaAllah, suatu hari nanti, akan ada kad jemputan berbunga-bunga aku pamerkan di blog ini menjemput kalian hadir ke majlis kami. Kalau teknologi semakin canggih, mungkin kad tersebut akan mengeluarkan wangian juga nanti.

Aku terlalu penat. Banyak sangat kerja yang perlu aku lakukan. Baru tadi aku selesai design T-shirt untuk student yang mengambil course Creative Multimedia. Simple sahaja baju tu kerana aku perlu minimakan kos tempahan. Lihat design tersebut di sini. Tidak lama lagi jika kau ke Limkokwing University, pasti kau akan melihat ramai pelajar yang pakai dan hati kau akan terdetik, pasti itu kawan Khai. Oh, sebut pasal kawan, teringat aku kisah seorang sahabat wanita aku ni yang dah convert agama ke agama Kristian. Alahai, namanya aku rahsiakan tetapi apa yang aku tahu dia bukan lagi seorang yang beragama Islam. Dia dah ke Gereja dan paling aku kesalkan, ibu-bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terlambat. Kami yang sahabat ni apa lagi. Harapan aku agar perkara ini dijauhkan dari hidup aku dan kawan-kawan aku yang lain. Biarlah siapa pun kita, asalkan mati di dalam Islam. Bukan agama lain kerana Syurga sememangnya sudah dijanjikan untuk mereka yang beragama Islam. Siapa pun kau baik atau jahat, kau pasti akan merasa juga nanti. Kepada sahabat aku yang dah murtad tu, kembalilah ke pangkal jalan. Ingat asal-usulmu.

Hari ini tiada apa info yang mahu aku kongsi bersama. Mungkin esok. Jadi datang kembali ke-rumah mayaku ini. Ianya percuma. Eh, esok Rumpun 07 di Ampang. Aku masih di sini. Mungkin aku tidak dapat ke sana esok di atas urusan yang penting. Maafkan aku, mungkin beberapa orang yang mendaftarkan diri atas nama Scukz.Com akan mewakili aku di sana.

Ditulis pada 2:46 AM 24 August '07 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 664 views | Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!


RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by hafreze
2007-08-24 04:39:11

astagfirullah..murtad dah..isk3..ape nk jadi ngan org zaman skang nie..harap2 tuhan lindungi kite sume…btw..aku first komenter..ehek3

..
 
Comment by rokudaime_jr
2007-08-24 07:57:46

Salam bro….Adess…ni kawan kolej ko ke??Aduhai…sorang lagi umat Islam yg hanyut dgn dakwah orang kafir….Apa2 pun khai..kita sebagai kawan…kalau boleh beri nasihat…kita nasihatkan la..selagi boleh btol x???Anyway…pasal rumpun….aku rasa aku pun mcm x dpt nak follow ar…Masalah duit ar bro…Lagipon..aku masih lagi blom sihat sepenuhnya(batuk,selsema ngan demam)….Suara aku sampai dah x kuar dr tekak ni….Perit tul….kalau aku dtg pon….aku nak bersosial mcm mana ngan suara yg xde nih???Hahaha…xpela…mungkin pada masa depan kita leh kumpul lagi…Maaf…

..
 
Comment by dragonfly
2007-08-24 08:58:49

astaghfirullah…memang x senang jiwa aku kalo dengar ceta camni.perkara ni banyak terjadi kat pusat pengajian tinggi…dulu time aku study kat UiTM pun ada terjadi..tp yg paling menyejukkan hati bila ada sorang kawan aku memeluk agama islam. bila dia dibuang keluarga..kami bg dia perlindungan.dia ikut kelas agama untuk tingkatkan pengetahuan dia. sepatutnya mana2 umat islam patut ikut kelas agama ni…wpun dah lahir sebagai islam..

..
 
Comment by musnazdotnet
2007-08-24 11:22:12

yup, kejadian murtad bukan sebab salah si kafir yang mendakwah, tapi salah diri sendiri yang malas nak tingkatkan aqidah dari masa ke masa… aqidah ni bukan macam duit leh simpan lama-lama kat dalam bank…. ia di simpan dalam akal dan hati kita yang langsung tak secure, tak payah pakai pin number…. setiap masa syaitonirrojim akan cuba curik sikit demi sikit dari kita! so beware lah – nasihat ini ditujukan khususnya kepada diri saya sendiri, yeah!

..
 
Comment by gurl life
2007-08-24 12:22:30

hurms….nieza sedih sgt biler tkenangkan member nieza tuh. dia mmg kwn nieza, kelmarin tiba2 nieza tnmpak tatoo kt lengan dia…nieza pelik. den nieza pnggil dia dgn muke tkejut..dia wat isyarat jari suh diam2 aje. hurms….bru nieza pahammm, rupe nye dah lma dia hanyut kearah murtad. hurms….sahabat2…smoga kembali kejalan yg benar….

..
 
Comment by Khai
2007-08-24 12:33:20

hurmmm… nak nasihatkan pon susah ar.. dia ada jalan hidup dia sendiri…

doakan je la moga dia diberi hidayah.. inilah di katakan culture shock!! kezutan budaya… bila jauh skit dari mak ayah, benda terbodoh macam ni yang dia buat….

kesiannyaa…

..
 
Comment by amirez
2007-08-24 19:49:23

mintak dijauhkan dgn kita n sedara mara kita. baru 2 minggu lps peguam zulkifli nordin buat ceramah murtad kat kampus aku. sikit ms lg aku akan compile n textkan ceramah dia utk disebarkan

..
 
Comment by kid
2007-08-24 21:50:03

aduh…apa sudah jadi ini?…dimana pengertiannya?..

..
 
Comment by mohdismail
2007-08-25 01:55:37

alahai bro.. boleh ar dtg.. rushing2 lari.. ha ha.. kedatangan ko menambahkan bilangan selebriti internet yang ada.. ;p

*jom… kita jumpa esok.. err.. petang nnt!

..
 
Comment by Khai
2007-08-25 02:37:25

amirez, nice.. sama sama kita tunggu… untuk kid, pengertian apa?

to mohd ismail.. ala, insyaAllah. aku mmg cuba sedaya upaya nak datang gath ko tu…… tapi kalau x dapat, mohon maaf.. ramai lagi “selebriti ๐Ÿ˜› ” lain yang hadir.. lagi lagi ko.. kakaka..

..
 
Comment by siti_allyn
2007-08-25 22:37:59

susah sebenar nya ckp pasal ni..benda sure ke tidak sama ada dia kuar dari ISLAM..aku xnak ckp ‘member’ aku tuh m****d..sbb aku xnak berprasangka yg bukan2..aku ada baca satu artikel pasal sorang hamba ALLAH ni m****d..apabila dia change another agama, hidup diorg makin senang..aku yg baca artikel tu..tp aku pon xtau la sama ada betul ke sumber2 tuh..dunia makin dekat ke arah kiamat..matahari pun mula sedikit berubah arah..so sedar2 kan la..nak buat jahat tuh personal korang la..tp jgn sampai kuar agama..

..
 
Comment by fuad
2007-08-26 00:00:14

zaman skarang.. xde org bleh kate dia hebat dan kebal dari murtad… kamariah ali.. blaja smpai ke al azhar.. ketua biro dkawah.. last2, murtad ikut ayah pin..

..
 
Comment by pat
2007-08-26 21:17:39

murtad??? acam ku kenal je sape…moga2 aku dijauhkan dr murtad…nape la bleh jadi camni… sedih bile dgr citer2 camni..huuuuu

..
 
Comment by Khai
2007-08-27 01:02:06

my member cakap, kita patut bunuh je musuh agama kita ni… patut ke khai bunuh budak tu… mmg geram gile nengok!

..
 
Comment by fuad
2007-08-28 00:08:53

kalu dia lawan Islam, kena la bunuh..
tp kalau dia just convert, takleh bunuh..
kalu wat pbincangan ilmiah, kalu pndai bab perbandingan agama, insyaAllah bleh tarik balik..
tp, slagi kita xde kuasa untuk jlnkan hudud, maka tak bleh bunuh la sbb pemerintah je bleh bunuh.
wallahua’lam..

..
 
Comment by muhammad sufi
2008-05-27 11:19:48

hadis nabi yang bermaksud “setiap kamu adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab tentang kepimpinanmu”
kawan2 merupakan sebahagian pimpinan kita,cuba dan nasihatilah sedaya upaya untuk mereka jalan diatas jalan kita ,jalan islam………. biiznillah kita semua tak keluar islam sekiranya kita benar2 faham agama islam ni sendiri dan mengamalkannya,jagn jadi hipokrit ,cakap punya bagus amalan tak jalan,nasihat kepda diri saya dan saudara seislam saya…wallahualam (pimpin diri sendiri dengan betull sebelum memimpin orang lain)

..
 
Comment by faizah
2008-06-01 11:42:47

astarfirullahalazim…..sampai camtu sekali…….nauzubillahiminzalik

..
 
Comment by pening
2009-06-12 08:44:43

Ya Allah, kau ttpkanlah iman & akidah kami, jauhkanlah dr aku & keturunan2ku dr godaan syaitan yg sntiasa cube utk menggoda umat Islam ni..dan berilah petunjuk & hidayahMu kpd mereka yg telah berpaling arah drMu…

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post