Peranan Facebook dan Permainan Online

1,750 views | Hantar ke Twitter! | Cetak Artikel Ini

Meluncur profail Facebook merupakan sesuatu yang agak mustahil untuk tidak saya lakukan walau dalam sehari. Untuk saya, Facebook adalah sesuatu yang rutin, sama seperti sesuap nasi yang perlu saya salurkan ke dalam perut yang semakin membesar (haha). Pada saya, Facebook bukan sekadar tempat untuk membina empayar perniagaan dengan berkongsi pandangan atau mengikuti perkembangan insan-insan yang hebat di dalam karier mereka, malah ianya juga adalah tempat kita untuk berkongsi apa sahaja maklumat terkini, jauh lebih pantas dari tabloid.

Bagi saya, Facebook bukanlah tempat untuk mencari kenalan. Mencari kenalan di Facebook selalunya akan berhasil sesuatu yang amat sia-sia. Berkawan di Facebook adalah jenis berkawan datang dan pergi. Hari ini dapat kawan baru, esok bila dapat kawan baru lain, kawan lama dilupakan. Bagi saya, jika saya merasakan mencari kawan di laman sosial itu sekadar suka-suka, maka saya telah merugikan diri saya sendiri kerana telah membuang masa dengan perkara sampah seperti itu. Satu lagi perkara yang amat saya benci bila diri saya lakukan, adalah berchatting perkara yang tiada asas.

Well, dalam kepala saya hanya satu iaitu menggunakan Facebook untuk kepentingan saya untuk berjaya di masa akan datang. Setakat hari ini, saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook. Terkejut? Dahulu saya rasa ianya perkara yang mustahil tapi akhirnya, saya dah buktikan pada diri saya yang ianya langsung tidak mustahil. Tidak mengapa, saya akan ulas perkara ini di dalam keluaran ebook pertama saya yang akan datang.

Bagi saya, saya masih jauh lagi dalam untuk berada di dalam kelompok orang-orang yang berjaya biarpun sesetengah orang disekeliling saya menganggap saya seorang remaja yang berjaya. Ya, manusia tidak pernah puas dan saya termasuklah di dalam golongan itu. Berpuas hati dengan sesuatu sebelum masanya, adalah sesuatu yang merugikan. Namun dihati, haruslah tebal dengan rasa syukur. Alhamdulillah.

Sedang melayari Facebook sebentar tadi, saya didatangi pula satu soalan dari seseorang.

Persoalan yang amat baik untuk saya keutarakan di dalam artikel Justkhai kali ini. Hurm, online game. Saya mengatakan tidak untuk itu walau dengan alasan sekadar untuk menghilangkan bosan mahupun tekanan. Saya percaya bermain permainan online selalunya akan mendatangkan rasa ketagih dan keinginan yang berterusan.

Syukur, saya lebih awal telah terdedah kepada online game. Online game pertama yang saya main adalah ketika di tingkatan satu, iaitu 10 tahun yang lalu. Pada ketika itu, nama permainan tersebut adalah Gamebound. Kemudian beralih kepada Pirate King Online (PKO) dan pelbagai lagi. Saya tak pasti semua permainan atas talian ini masih wujud atau tidak dan saya tak ingin pun untuk tahu ianya masih wujud atau tidak. Seperti biasa, persetankan kerana ianya langsung tidak penting. Hehe.

Di usia 23 tahun, saya rasa agak kurang sesuai jika saya masih sibuk dengan bermain permainan yang melalaikan ini apa lagi jika saya bermain menggunakan peranti (laptop atau komputer) yang sepatutnya saya gunakan untuk mencari rezeki dan ilmu. Keinginan untuk bermain pemainan online ini saya cuba alihkan dengan bermain PS3 jika nafsu benar-benar diluar jangkaan. Asalkan ianya tidak melibatkan peranti yang saya gunakan untuk kerja, itu masih ok pada saya.


* Miss Merlot yang dah jadi milik orang lain..

Tidak dinafikan, ada yang bermain permainan online ini untuk mencari duit. Tapi boleh saya katakan hanya 1 dari 100 orang yang mampu berbuat begitu kerana kelebihan dan kepintaran yang dikurniakan kepada mereka. Rata-rata yang lain memberikan alasan begitu, namun mereka sendiri jelas yang mereka bukanlah di dalam golongan yang saya katakan tadi. Kebanyakan masa mereka terbuang sia-sia walaupun mereka cukup sedar akan itu.

Apapun, tidak salah untuk sekali-sekala bermain permainan atas talian bila ada waktu yang benar-benar terluang. Tetapi ianya masih mustahil untuk saya lakukan kerana masa yang benar-benar terluang adalah masa yang amat bagus jika kita gunakan untuk sesuatu yang boleh mendatangkan hasil. Mendatangkan hasil di sini bukanlah sekadar wang ringgit, mungkin juga hasil yang berbentuk ilmu pengetahuan.

Saya percaya, untuk mencapai sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu. Mengorbankan sesuatu yang sukar untuk kita korbankan selalunya pasti akan menerima feedback yang baik di masa hadapan. Manusia normanya memang penuh dengan nafsu yang melalaikan.

Saya juga percaya, kalau nak mengejar kejayaan haruslah berpijaklah di atas kaki sendiri. Bukan meminta-minta dan menaruh simpati pada pihak lain biar susah mana pun kita. Jika ada insan yang mengajak kita untuk sama-sama berjaya, pilihlah mereka dan tolaklah insan-insan yang membawa kita kepada kelalaian pada usia muda. Kalau bukan sekarang, dah tua nanti baru kita nak sedar betapa ruginya usia muda kita yang banyak terbuang begitu sahaja dan pada ketika itu, memikirkan semula kegagalan di usia muda pula yang menjadi sesuatu yang amat membuang masa. Nyatanya, masa muda hanya datang sekali dalam hidup kita, jadi, gunakanlah sebaik-baiknya. Bukankah begitu kawan-kawan?

P/s: Saya lebih kerap menulis artikel berunsurkan motivasi sejak kebelakangan ini. Ini sebenarnya bukan untuk orang lain, tetapi lebih untuk memotivasikan diri saya sendiri yang kian luntur dengan motivasi yang saya tanamkan selama ini. Semoga hati ini kuat sama kuatnya seperti kekuatan yang cuba disampaikan kepada orang lain.

Ditulis pada 9:37 pm 24 October '11 dan pastinya oleh . Siape lagi?
Dalam kategori: Daily Craps | Tweet This!

Tag: , , ,


RSS feed | Trackback URI

40 Comments »

Comment by Fazrol
2011-10-25 00:14:27

Terbaik! Motivasi dari Khai…
Aku sendiri pun, xmain game online…
TKut ketagih… Tp fb bgs utk cari kena
An yg lama hilang… Bnyk aku ju,pa kwn sklh rendah aku blk…

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:23:16

Thanks Fazrol. Ya, tak dinafikan Facebook tempat paling mudah untuk bertegur-sapa semula dengan kawan-kawan lama di zaman persekolahan dulu.

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-10-25 01:41:40

post yang lebih pro dari khai, keep it up bro.

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:23:36

Really? haha. Thanks Safwan.

..
 
 
Comment by Shahrul
2011-10-25 03:55:18

Mmg betul tu. Laptop untuk saya buat kerja, x boleh ada benda yg melalaikan. Tidak main game online, tidak install game dan tidak simpan cerita2 yg best. Kalau nak tgk cerita, time member buka baru tumpang sekaki, tu pun kalau berminat.

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:25:00

Hebat. Ya, benar kalau di laptop kita bercampur-aduk dengan game dan sebagainya, agaknya berapa lama masa buat kerja jika dibandingkan dengan game? Lainlah jika kita benar-benar seseorang yang perfectionist dalam pengurusan masa. Tak gitu? Hehe. Pendapat sayalah.

..
 
 
Comment by Hafaisy
2011-10-25 04:09:37

number tiga !

..
 
Comment by Fazreen
2011-10-25 04:13:28

Nasib baik lah aku bukan kaki game. Masa muda ni lah nak bekerja keras. Nanti dah tua-tua boleh berehat

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:25:25

Fazreen, setuju sangat-sangat dengan pendapat anda.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-10-25 04:21:32

memang betul dengan apa yang ‘saya’ katakan dalam penulisan diatas. Masih banyak cara lain yang boleh dilakukan ketika bosan mahupun tertekan selain bermain game online.

Tidak dinafikan bahawa saya juga penggemar game online. Namun begitu, dengan melayan diri yang sibuk menjadikan saya lupa akan game tersebut. Terima kasih ‘sibuk’ kerana hadir dalam diri ini.

Walau bagaimana sekalipun, kita masih boleh berseronok dengan game online andai bijak mengurus masa.

Terima kasih Nizam.

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:25:50

Ya, busy is a good problem. Hehe.

..
 
 
Comment by Atikah
2011-10-25 04:22:50

Panduan yang baik dari Khai.
berpada-pada lah dalam mengisi masa online kita.rebut peluang meningkatkan reality terbaik dalam hidup.andai melalaikan,gantikan dengan mempelajari sesuatu untuk mengatasinya.pilihan di tangan anda.jangan ketagih sudah! :D

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:26:36

DiGi, Always a smarter choice! Eh, tiba-tiba! Hehe.

..
 
 
Comment by Ryu Tsubasa
2011-10-25 04:26:34

As salam,
Hahaha~! Sejak saya memasuki umur 20 tahun pada tahun 2011 (remaja tua atau dewasa muda), jarang saya main game, saya pun tak tahu kenapa dengan diri saya. Kalau saya main pun, saya bermain game berasaskan pergerakan badan seperti Just Dance dan Wii Fit dari daripada pelantar Wii semata-mata nak bersenam. Dulu sebelum masuk umur 20 tahun, memang saya ni kaki game. :lol:

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:27:24

Good move bro. Hurm, saya dulu layan PS Move. Main The Fight sampai sakit-sakit badan. Tapi peluh yang keluar, bukan kepalang. Memang power untuk tubuh badan. Hehe..

..
 
 
Comment by Omar
2011-10-25 04:45:02

Well written. Aku pun tak pernah main game online MMORPG pun sebabnya aku guna laptop, kang tak pasal-pasal overheating pulak. Jadi, hasilnya, laptop aku dah berusia 6 tahun, tapi performancenya, Alhamdullilah…

Perenggan nombor 3 tu, haha.. ayat tu sekali baca kalau bukan dekat justkhai.com, aku dah halakan kursor dekat “atas kanan” dah. Sebab? Cam nak promote program program MLM login FB dapat duit..Haha~

..
Comment by Khai
2011-10-25 05:28:25

Haha, jangan begitu. Ianya ebook perkongsian ilmu dari pengalaman. Tiada kena mengena dengan MLM dan sebagainya. Login FB dapat duit tu semua merapu. Tiada kerja senang untuk dapat duit bukan? hehe.

..
 
 
Comment by Alan
2011-10-25 08:56:49

Nasib aku dah stop main game online (Pristontale) masa form 5 dulu. Dah lama aku main game ni sejak sekolah rendah. Form 5 baru berhenti. Pernah jugak beli mol point RM50, membazir siot. HAHA…. Since aku kenal justkhai, aku dah berubah. HAHA :D

Tinggal kenangan je game online ni. :P

..
 
Comment by aie
2011-10-25 09:46:22

nasib aku bukan kaki game online.. tp masih ramai mbr2 duk bertapa kt cc mcm xde hala tuju..hehe.. muda2 ni la kerja keras. btul x khai? :D

..
 
Comment by sifwan
2011-10-25 13:33:15

aku suke penulisan ko…..truskan menulis…:)

..
 
Comment by elise
2011-10-25 17:56:56

sy penah main game it girl je, then stop, bosaaan :P

..
 
Comment by arnamee
2011-10-25 20:05:54

Tak main game online semenjak rasa dewasa. Sebab banyak curi masa. Eh! Rasa khai semakin matang melihat entri macam ni.hurmmm :)

..
 
Comment by Omar
2011-10-25 21:37:17

Haha. Bukan ayat ebook tu. Ayat “saya telah berjaya menghasilkan beribu-ringgit sebenarnya hanya melalui Facebook” :lol:

Yup. login FB dapat duit tu semua merapu jer pun. :lol:
Kalo senang camtu, ramai org dah tak pergi kerja dah, takyah study pun boleh kaya.

..
 
Comment by ash kutcher
2011-10-26 00:48:47

err, sejak bile ko gunakan ganti nama “saya” ni khai? lain plak rasenye.

erm, fb ni dah mcm benda wajib. 1st thing bila bukak lappy/pc, mmg akan bukak fb. bak kate kawan aku, breakfast dengan fb dulu. hehe. game2 kat fb plak satu mase dulu penah terjebak dan sangat addict. tapi skang x lagi. sudah tua kot, n dh bosan. huhuhu.

..
 
Comment by Hanafi Abdullah
2011-10-26 03:47:20

Khai, gamebound atau gunbound? hehee.. :-)

..
 
Comment by Zarul Umbrella
2011-10-26 09:15:16

bagus artikel ni..khas buat kaki2 gamerz :D

..
 
Comment by Zizie
2011-10-26 14:07:28

ala macam janggal pulak baca ‘saya’ instead of ‘khai’.

..
 
Comment by DJBOB
2011-10-26 16:10:14

yela-yela… esok aku start berkeje balik hehehehe dah jadi semangat balik dah neh.. tq3… :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: :D :D :D

..
 
Comment by Sis MQ
2011-10-27 07:19:49

Salam Khai..wahhh bagus artikel nie…akak pun dh lama xmaen permainan on9 nie…dah beransur ilang dr minda..hikhik..nie seme gara2 bz gan xsment..tua2 dok smbung gaji lagik..hehehe :D :D

..
 
Comment by Mohd Isa
2011-10-27 14:16:00

nice sharing khai, aku game online memang tak sentuh lansung. melalaikan aku rasa, tp ada juga yg buat duit melalui game on9. contohnya RO, boleh jual barang2 yg kita ada. tapi biasalah, pendapat masing2. mungkin ada kelebihan atau kekurangannya. bab facebook plak, ada betul juga apa bro ckp. untuk mencari kenalan baru boleh, tp biarlah ada benefitnya. betul tak bro?

..
 
Comment by Penyu
2011-10-28 02:39:49

sama lah gua. tak main game pun kat laptop. dan gua sememangnya tak suka sangat main game.

..
 
Comment by Jersey Murah Online
2011-10-28 02:47:04

Facebook ni tmpt utk cari kwn2 lama..bkn utk bkwn..hahaha

..
 
Comment by Jersey Murah Online
2011-10-28 02:47:45

Sama la mcm aku…setahun skali jer main game..hahaha

..
 
Comment by maizul.com
2011-10-28 11:13:11

Saya sendiri sudah agak lama tidak main games. Kalau dulu memang hantu games.

..
 
Comment by hisham
2011-10-28 15:22:01

sewaktu aku baca blog nih terasa dewasa pulak…. ahaks

..
 
Comment by Pacifista
2011-10-28 20:16:54

lama jugak tak main game ni.rasanya last main masa umur 22 tahun.lepas tu dah sibuk dengan keje.mana ada masa nak main game :P

..
 
Comment by pjah
2011-10-30 04:28:21

game online..mula2 main..xsampai 5minit dah bosan.. :mrgreen:

..
 
Comment by aPiP
2011-11-05 16:21:59

sebenarnya tak sah kalau tak baca lebih dari 3-4 entri di blog justkhai ni.. mmg terbaek r.. pemberi semangat utk saya berblogging :D :D :D

..
 
Comment by terbakor
2011-12-23 21:05:29

depends pada orang jugak..mcm sy dulu mula2 mmg macam addict..bila da lama2 bosan tu datang..tp facebook kalau org cerdik guna, mmg akan bawa kebaikan..kalau x cerdik, paham2 sendirik la kan.. :D

..
Comment by Khai
2012-01-19 21:30:49

+1

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Apa Entri sebelum dan selepas entri ini?