{"id":2652,"date":"2009-02-13T01:09:32","date_gmt":"2009-02-12T17:09:32","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=2652"},"modified":"2011-05-03T10:57:11","modified_gmt":"2011-05-03T02:57:11","slug":"hakikat-selepas-menonton-geng-pengembaraan-bermula","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/2009\/02\/13\/hakikat-selepas-menonton-geng-pengembaraan-bermula\/","title":{"rendered":"Hakikat selepas menonton Geng: Pengembaraan Bermula"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2009\/02\/justkhai_geng_tgv_tiket.jpg\" alt=\"\" \/><br \/>\nSeperti yang di&#8217;ura-ura&#8217;kan sebelum ini, dan Alhamdulillah, petang tadi Khai berkesempatan juga menonton <strong>Geng: Pengembaraan Bermula<\/strong> walaupun dihujung-hujung tanduk. Hehehe. Kenapa hujung tanduk sebab Khai sampai KLCC pukul 4:25 petang di mana lagi 5 minit je wayang nak mula. Nasib la ada iklan-iklan annoying before wayang start tu.<\/p>\n<p>Tiket yang Khai reserved macam dalam entri sebelum ni pun sia-sia sebab kalau dah lagi 5 minit wayang nak start, memang diorang dah delete database untuk <em>reservation<\/em>. Nak tak nak Khai kena la beratur untuk dapatkan tiket. Nengok kat <em>screen<\/em>, aiseyman.. Geng dah <strong>FULL<\/strong> lah! tak payah cakap banyak, wayang pukul 4:30 petang pada hari kerja (Khamis) pun boleh full beb! Kalaulah cerita ni ditayangkan time cuti sekolah? Tak ke haru?!<\/p>\n<p>Nasib ada lagi dua kosong untuk Khai dan &#8220;teman&#8221; Khai. Tapi tak dapat sebelah-sebelah lah tapi still depan dan belakang (G4 dan H3). Still dapat share pop corn. Jimat duit gua tak yah beli dua pop corn. Hehehe. Masuk je wayang, perghhh&#8230; penuh tu. Paling ramai budak-budak lah. Rasanya ada yang umur 3 4 tahun pun join sekali kot. Tahniah untuk mereka yang berjaya bawak anak-anak pada hari pertama tayangan. Ok, untuk meringkaskan entri yang patutnya panjang ni, Khai bahagikan kepada dua point.. kelebihan dan kekurangan. Tapi ingat, pandangan ni subjektif bagi setiap orang dan ini adalah pandangan Khai yang mempunyai background Multimedia di mana Khai lebih titik beratkan penghasilan animasi tu sendiri termasuk jalan cerita dan sound effect.<\/p>\n<blockquote>\n<h2>Kelebihan Geng: Pengembaraan Bermula<\/h2>\n<p>&#8211; Jalan cerita yang langsung tidak membosankan walau sesaat pun! Seriously!!<\/p>\n<p>&#8211; Rendering yang tersangat-sangat cantik dan bagi Khai ianya setaraf dengan hasil ciptaan Disney mahupun Pixar.<\/p>\n<p>&#8211; Tiada langsung pergerakkan kaku seperti yang dapat korang lihat pada kartun Usop Sontorian dan sebagainya.<\/p>\n<p>&#8211; Jalan cerita penuh lucu hingga Khai boleh ketawa sampai meleleh air mata. Lagi-lagi part Rajoo cakap &#8220;Upin!! Pikir masa depan&#8221;.. dan kemudian diorang jatuh juga ke bawah bukit. Hahaha. Sengal betul si kembar comel tu.<\/p>\n<p>&#8211; Sound effect yang cukup superb. Super superb! Mungkin bukan pada keseluruhannya tapi overall, cukup bagus.<\/p>\n<p>&#8211; Teknik &#8220;matrix&#8221; ketika Lim berluma motor dengan Badrol dan juga ketika kepala Upin hampir dihempap batu.<\/p>\n<p>&#8211; Mesej yang disampaikan, sangat-sangat berkesan untuk sesiapa sahaja.\n<\/p><\/blockquote>\n<p>dan kekurangan&#8217;nya? <!--more--><\/p>\n<blockquote>\n<h2>Kekurangan Geng: Pengembaraan Bermula<\/h2>\n<p>&#8211; Kurangnya penglibatan Upin dan Ipin kerana Khai pasti cerita ini pasti tersangat kuat kerana mempunyai Upin dan Ipin.<\/p>\n<p>&#8211; Adegan seram boleh dikatakan terlalu seram untuk kanak-kanak. Khai lihat seorang budak sebelah Khai sampai peluk mak dia tak lepas sambil menutup mata ketakutan. Ape tidaknya kalau Khai sendiri dah rasa seram, ape lagi budak-budak. Haha, cerita ni memang feeling.<\/p>\n<p>&#8211; Ada babak-babak yang dapat kita tonton sedikit di Youtube, tiada dalam filem. Mungkin telah dipotong untuk memendekkan masa tayangan. Kalau korang menonton gelagat Lim yang bawak water heater masuk hutan kemudian cari plug nak cucuk, tak dapat pula Khai lihat dalam filem sebenar mereka. Mungkin juga heater tu dah ditukar kepada pemetik api elektrik.<\/p>\n<p>&#8211; Adanya ular besar yang nyata tidak logik. Tapi biasalah, kartun kan?<\/p>\n<p>&#8211; Ketika Rajoo dikejar hantu durian, nengok kuku hantu durian tu sebijik macam hantu. Rupanya hantu durian tu adalah si&#8230; si&#8230; korang nengok lah sendiri. Spoil pulak karang.<\/p>\n<p>&#8211; Ketiadaan watak-watak kawan baik Upin Ipin seperti episod di TV iaitu Ehsan, Mei Mei, Jarjit, Mail dan Fizi. Tapi kita tetap dihadiahkan dengan watak yang tak kurang hebatnya seperti Lim, Uncle Muthu dan Rajoo. Rajoo ni pernah keluar sekajap masa Upin Ipin siri 2 dulu. Khai rasa watak-watak yang takde dalam movie ni mungkin kerana movie ni disiapkan dahulu kemudian baru ada watak mereka dalam siri TV. Mungkin filem mereka yang akan datang, akan menampilkan watak-watak tersebut terutamanya watak paling Khai admire, Mael. Dua singgit, dua singgit, dua singittttttt&#8230;. hehe.<\/p><\/blockquote>\n<p>Apa yang mampu Khai katakan di sini sebagai kesimpulan, rugi gila kalau korang lepaskan peluang menonton cerita ini. Pergi dan tolonglah pergi. Nengok sendiri. Percaya atau tidak, selepas menonton cerita <em>made in Malaysia by Malaysian<\/em> ni, seakan percaya atau tidak, cerita ni menjadi cerita animasi terbaik pernah Khai tonton mengalahkan Finding Nemo, Shrek mahupun Madagascar yang selama ini memang Khai tabik! Pendek kata ini adalah animasi wajah Malaysia yang sangat setanding dengan mana-mana animasi yang pernah wujud di dunia ini. Sekali lagi tahniah buat animator-animator Les Copaque yang berusaha siang dan malam selama dua tahun kerana animasi hebat ini. Rakyat Malaysia kini mampu berbangga bila bercerita tentang animasi.<\/p>\n<p>Samalah seperti trademark Les Copaque sendiri&#8217;lah di mana Katak bukan lagi di bawah Tempurung!! Animasi 3D yang hebat kini bukan suatu yang mustahil lagi buat Malaysia. Syabas!!<\/p>\n<p>Bintang yang Khai berikan untuk Animasi Geng ini jangan korang tanya kerana Khai tak mampu nak berikan bintang lagi pada mereka, tapi terus siap 5 bintang dan 5 bulan sekaligus. Pendek kata, mereka yang tidak menonton, tergolong dalam golongan manusia-manusia yang rugi.. Hehehe. Bila nak pergi?<\/p>\n<p><strong>Pssttt:<\/strong> Sebenarnya entri ni terganggu sikit sebab time entri ni ditulis, ada seorang wanita yang meroyan tak tentu pasal kat YM Khai. Boring betul.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seperti yang di&#8217;ura-ura&#8217;kan sebelum ini, dan Alhamdulillah, petang tadi Khai berkesempatan juga menonton Geng: Pengembaraan Bermula walaupun dihujung-hujung tanduk. Hehehe. Kenapa hujung tanduk sebab Khai sampai KLCC pukul 4:25 petang di mana lagi 5 minit je wayang nak mula. Nasib la ada iklan-iklan annoying before wayang start tu. Tiket yang Khai reserved macam dalam entri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[1120,1119,1123,1128,1122,1125,1126,1127,1121,1124,423],"class_list":["post-2652","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dailycraps","tag-geng","tag-geng-pengembaraan-bermula","tag-ipin-upin","tag-klcc","tag-pengembaraan-bermula","tag-rajoo","tag-tgv","tag-tgv-klcc","tag-the-adventure-begin","tag-tok-dalang","tag-upin-ipin"],"aioseo_notices":[],"views":1638,"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2652","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2652"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2652\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8323,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2652\/revisions\/8323"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2652"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2652"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2652"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}