{"id":4168,"date":"2009-09-25T04:40:52","date_gmt":"2009-09-24T20:40:52","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=4168"},"modified":"2011-05-03T10:54:05","modified_gmt":"2011-05-03T02:54:05","slug":"mak-saya-memang-champion","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/2009\/09\/25\/mak-saya-memang-champion\/","title":{"rendered":"Mak Saya Memang Champion!"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/saya-sayang-mak-saya.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Tiba-tiba rasa nak buat artikel tribute untuk mak sendiri. Dah 4 tahun blog ni wujud, satu pun takde lagi artikel tribute untuk ibu sendiri. Sedangkan, kalau tanpa dia, blog ni haram tak wujud. Korang pun tak wujud sama untuk baca artikel ni kalau bukan sebab mak korang. So, kalau teringat kat mak masing-masing tu, doakanlah semoga panjang umur dan sihat sokmo hendaknya. Buat satu artikel tribute pada mereka. Tak perlu lah tunggu Hari Ibu sampai, baru sibuk nak tulis pasal mak korang. Untuk yang dah kehilangan bonda terchenta tu, doakan semoga mudah perjalanannya menghadap Illahi. Amin.<\/p>\n<p>Tadi, Khai tiba-tiba teringat mak kat kampung. Haritu baru je jumpa time raya. Rasa tak puas pulak nak borak-borak dengan dia. Bila lapar sikit je teringat rendang mak kat kampung. Rendang dia memang champion la. Takde mak orang lain boleh lawan. Ape lagi sambal kerepek pedas yang mak buat memang takkan jumpa kat kedai. Hehehe. Memang setiap dari kita semua akan cakap masakkan mak kita yang paling sedap kan sebab dah memang dari kecik lidah kita ni merasa air tangan mereka. Apa tidaknya.<\/p>\n<p>Hidup seorang insan bernama Khai sekarang semangnya dipengaruhi didikan yang Khai terima dari mak Khai masa kecil dulu. Mak dengan Abah Khai dulu tak pernah rotan Khai. Tak pernah pukul, cubit ape lagi nak sepak terajang macam separuh ibu-bapa yang lain. Mungkin itu cara didikan mereka. Tapi bukan ibu bapa Khai. <!--more--><\/p>\n<p>Even tak rotan pun, perangai Khai tak la terjal macam remaja yang lain. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri tapi memang kenyataan. Antara didikan yang Khai masih ingat mak Khai pernah apply dulu adalah..<\/p>\n<blockquote><p>1. Tak kasi pergi merayau rumah orang. Sampai sekarang Khai tak suka melepak buang masa buat benda yang tak mendatangkan hasil.<\/p>\n<p>2. Bila maghrib mak suruh tutup TV. Biarpun time tu cerita kartun best-best. Memang bangang TV kat Malaysia ni kan mak time Maghrib tayangkan cerita kartun nak suruh budak-budak abaikan solat Maghrib. Hurm, sampai sekarang anak mak ni reti balik rumah sebelum Maghrib dan diam bila azan. Cuma solat tu je selalu terlambat. InsyaAllah anak mak ni akan berubah menjadi yang lebih better dari hari ke hari.<\/p>\n<p>3. Dulu bila Khai bercerita pasal anak orang ni orang itu, mak akan marah. Alhamdulillah anak mak ni tak suka mengumpat orang lain apelagi kawan-kawan baik yang tinggal serumah. Keturunan mak insyaAllah takkan ada yang talam dua muka.<\/p>\n<p>4. Mak Khai selalu pesan jangan biar orang pandang rendah dengan kita. Tapi jangan juga biarkan orang pandang kita terlalu tinggi. Dalam maksudnya tu mak. Sebab tu hingga hari ini anak mak ni saje yang tahu siapa diri ini. Ingat, jangan bercakap sebelum ditanya takut digelar seorang yang berlagak. Jangan membalas dengan sesuatu yang lebih pada diri kita apabila ada insan yang bercerita akan kehebatan diri mereka. Jangan mengajar sebelum minta diajar dan paling penting hiduplah bersederhana bersesuaian dengan suasana sekeliling.<\/p>\n<p>5. Mak Khai selalu pesan kalau duit terjatuh even 5 sen pun, ambil&#8217;lah sebab tu mungkin rezeki sebenar kita. Jangan biarkan ianya hilang. Kalau makan nasi pula habiskan. Dulu Khai selalu makan tak habis. Mesti nak tinggalkan seketul. Sekarang tak buat lagi dah. Sebab mungkin nasi yang seketul tu lah tadi akan jadi darah daging kita yang baik untuk zuriat kita di masa akan datang.<\/p>\n<p>6. Dulu time sekolah, bila ada <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">awek<\/a> call je cakap nak bercakap dengan Khai, mesti mak Khai sound direct terus! Lepas tu terus letak telefon. Padahal <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">awek<\/a> tu nak tanya pasal homework je pun. Hahaha! Sampai sekarang, anak dia ni nak sebut &#8220;HI&#8221; kat perempuan pun takkan boleh. Pandang mata perempuan pun tak berani. Sebab tu la bila dah ada <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">awek<\/a>, akulah lelaki super-setia!<\/p><\/blockquote>\n<p>Mak Khai tak suka makanan pedas so dia tak pernah masak masakkan yang pedas-pedas. Sebab tu Khai pun tak suka yang pedas-pedas. Awek yang pedas-pedas (hot-hot) takpe. Uhuhu!!<\/p>\n<p>Mak, bila orang nak dapat hantar mak abah pergi haji yerk? Doakanlah anak mak ni murah rezeki berlipat-lipat kaliganda. Niat orang betul-betul ikhlas ni mak nak hantar mak pergi sana. Orang sedar mak dah makin tua. Abah pun dah mula sakit sana, sakit sini. Ya Allah, tolonglah.<\/p>\n<p>Mak, dari dulu mak selalu pesan supaya orang jangan hisap rokok. Mak kata jangan pecah tradisi. Takde anak lelaki dia yang hisap rokok. Demi nak jaga hati mak dan taknak bagi mak risau, orang cakap orang tak hisap rokok. Dulu orang ingat bila dah ada income yang selesa hasil titik peluh sendiri, orang boleh buat apa orang suka. Tapi orang silap. Frankly speaking nak minta maaf kat mak tapi sukar nak diluahkan. Sekarang anak mak dah tak sentuh rokok tu lagi. Maaf mak!<\/p>\n<p>Mak, dulu masa sekolah lagi orang selalu curi duit mak kat atas peti ais. Buat beli jajan dengan air 100PLUS. Hehehe. Orang rasa mak tahu kot tapi mak tak pernah marah. Maaf mak! Alhamdulillah mungkin berkat doa mak, anak mak ni tak pernah mencuri apa-apa hak orang lain sehingga hari ini even duit 1 sen kat tepi jalan.<\/p>\n<p>Mak, orang selalu cakap dengan mak yang orang nak kahwin. Orang gurau-gurau je mak tapi mak ingat serious la pulak. Hehehe. Mak cakap cari duit banyak-banyak dulu baru fikir pasal tu. Even orang tahu yang duit bukan segalanya, tapi memang betul apa mak cakap tu. 70% orang bercerai atas muka bumi ni adalah disebabkan masalah kewangan.<\/p>\n<p>Mak, orang harap sejuk perut mak melahirkan orang 21 tahun yang lalu. Khai Khai Khai Khai Khai, jangan kecewakan mak! Khai Khai Khai, jangan tinggal solat. Berdoalah 5 kali sehari untuk Mak!<\/p>\n<p>Nama dan gambar tak perlulah Khai letak kot since Khai sorang je tahu cukuplah. Korang boleh nengok gambar mak korang sendirikan? hehehe. Sematlah gambar mereka di dalam hati baik-baik. Ingat, anak yang soleh adalah anak yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu-bapa mereka. Oh! Mak, I Heart You!!<\/p>\n<p>Tahniah kerana membaca luahan ikhlas dari hati seorang anak yang mencintai ibunya sehingga di baris ini. Saya Sayang Mak Saya! Hehehehe.<\/p>\n<p><strong>P\/s: <\/strong>Sekarang seriously Khai tengah mengidam sangat-sangat-sangat nak makan Serunding dengan nasik. Makan dengan Maggie pun takpe janji serunding. Makan camtu-camtu je pun macam makan jeruk misai yang warna merah tu pun takpe janji serunding. Mana nak cari ye serunding kat KL ni? Korang tahu? Huhu, serunding ni problem sikit nak suruh Mak Khai buat since rasanya dia tak pernah lagi buat serunding ni kot. Aiyark!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiba-tiba rasa nak buat artikel tribute untuk mak sendiri. Dah 4 tahun blog ni wujud, satu pun takde lagi artikel tribute untuk ibu sendiri. Sedangkan, kalau tanpa dia, blog ni haram tak wujud. Korang pun tak wujud sama untuk baca artikel ni kalau bukan sebab mak korang. So, kalau teringat kat mak masing-masing tu, doakanlah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[457,16],"tags":[2282,2281,2279,2283,1725,2278,2287,2288,2280,2289,1729,2285,2284,2286],"class_list":["post-4168","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-hidup-khai","category-love","tag-anak-mithali","tag-anak-soleh","tag-ibu-khai","tag-ibu-mithali","tag-kasih-ibu","tag-mak","tag-mak-champion","tag-mak-hebat","tag-mak-khai","tag-saya-sayang-mak-saya","tag-sayang-mak","tag-surat-untuk-ibu","tag-ucapan-hari-ibu","tag-warkah-untuk-ibu"],"aioseo_notices":[],"views":2975,"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4168","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4168"}],"version-history":[{"count":2,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4168\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8193,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4168\/revisions\/8193"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4168"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4168"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4168"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}