{"id":656,"date":"2007-08-12T03:20:54","date_gmt":"2007-08-11T19:20:54","guid":{"rendered":"http:\/\/www.khai.scukz.com\/2007\/08\/12\/trip-to-taman-negara-malaysia\/"},"modified":"2013-07-19T08:45:36","modified_gmt":"2013-07-19T08:45:36","slug":"trip-to-taman-negara-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/2007\/08\/12\/trip-to-taman-negara-malaysia\/","title":{"rendered":"Trip to Taman Negara, Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Dua hari aku tak menghadap komputer. Itu adalah satu perkara yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan harian aku. Dua hari lepas seperti yang aku war-warkan, aku bercuti ke Taman Negara, Malaysia di Jerantut, Pahang. Tolonglah, aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. Mengapa?<\/p>\n<p>Aku, Nieza dan dua orang member lain bertolak dari Cyberjaya jam 8 pagi menaiki RapidKL ke Puchong Utama. Kemudian menaiki satu lagi bas ke KL Sentral. Di sana, sempat aku keluarkan duit RM100. Aku rasa ianya lebih dari cukup kerana kata member aku yang seorang tu, jangan risau sebab tunang dia kerja kat situ so RM50 pon dah cukup. Mati-mati aku dan dua yang lain percaya. Dalam hati aku, wah! best nya. Dari KL Sentral, aku menaiki Komuter pula ke Masjid Jamek. Kemudian ambil tiket ke Jerantut di Perhentian Pekeliling. RM13 harga tiket itu. Bas ekspres ke Jerantut itu bertolak jam 11 pagi dan sampai di Jerantut pada pukul 3 petang. Di Jerantut, kami menaiki satu bas lagi untuk masuk ke Taman Negara. Bus Sekolah, buruk dan berhabuk, itu yang boleh aku katakan mengenai bas rasmi untuk masuk ke Taman Negara. Malu beb omputeh nengok!<\/p>\n<p><img width=\"456\" src='http:\/\/www.justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2007\/08\/taman-negara-trip-2.JPG' alt='taman-negara-trip-2.JPG' \/><br \/>\nSampai di sana, puas mencari bilik untuk tidur. Semuanya penuh dan sudah ditempah awal. Akhirnya jumpa dan sempatlah bermalam di Dakili Hostel. Satu kepala RM10 sahaja satu malam. Sangat murah bukan? Ya, memang murah kerana di dalamnya pun hanya terdapat satu plug untuk kipas kecil yang uzur. Menyesal aku bawa notebook. Buat penat badan bukannya boleh pakai nak charge handphone pun susah! Tapi si Zul (member aku) nak main game punya pasal, dia cabut je plug lampu ganti dengan plug notebook. haha. Pengusaha <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">melayu<\/a> di situ juga terbukti hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila tidak kira jika bilik lelaki dicampurkan dengan pelancong perempuan asalkan setiap bilik penuh dan duit mereka masuk. Melihat dari keadaan bilik itu, aku yang tiada pilihan hanya menghulurkan duit. Ye la, takkan nak tidur bawah pokok rambutan kot?<\/p>\n<p><img width=\"456\" src='http:\/\/www.justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2007\/08\/taman-negara-trip-3.JPG' alt='taman-negara-trip-3.JPG' \/><br \/>\nKeesokkan harinya, sempatlah juga membuat sedikit research mengenai kampung tersebut. Baru aku tahu Taman Negara rupanya hanya sebuah perkampungan Felda yang mempunyai sungai dan hutan simpan yang menarik. Aku dan yang lain menaiki bot ke seberang sungai yang tidak sampai 30 Meter dan harga yang dikenakan adalah RM1 untuk sekali perjalanan. Harga yang sangat tidak berbaloi untuk perkhidmatan yang diterima. Sampai di seberang, tanpa dirancang, aku dan yang lain tiba-tiba terus memulakan aktiviti Jungle Trekking untuk ke Titian Kanopi iaitu sebuah jambatan gantung yang tinggi.<\/p>\n<p><img width=\"456\" src='http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/taman-negara.jpg' alt='taman-negara-trip-4.JPG' \/><\/p>\n<p>Siapa sangka aku yang ber&#8217;seluar jeans dan tshirt mampu berjalan hampir 2KM meredah hutan untuk ke sana. Dalam perjalanan tekak aku dan yang lain betul-betul rasa dahaga. Ialah, perkara tak dirancang, sebab tu air pun tak bawa. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah restoran minuman di sana. Aku dengan penuh rakusnya, meng&#8217;order Coke dan diorang pun order 100Plus dan Coke. Minum punya minum bil pun sampai. Terkejut bagak aku bila nengok air coke satu tin berhara RM6.50. Oh!! patut ke?<!--more--><\/p>\n<p><img width=\"456\" src='http:\/\/www.justkhai.com\/blog\/wp-content\/uploads\/2007\/08\/taman-negara-trip-5.JPG' alt='taman-negara-trip-5.JPG' \/><br \/>\nSampai di Titian Kanopi, kelihatan satu papan tanda yang memberitahu hari Jumaat hanya dibuka hingga jam 12 Tengahari. Oh tidak!! aku berjalan pulang 2KM balik dengan perasaan yang sungguh kecewa. Dan Akibat kerja yang dah siap dan ditipu oleh rakan sendiri yang kononnya ingin membawa kami menaiki bot dan dapat sewa bilik yang murah, aku dan mereka semua pulang ke KL tanpa menunggu seorang member yang sibuk dengan tunangnya. Ada tunang kerja situ pun tak memberi apa-apa makna. Isk, sabar aja lah. Bajet RM50 sudah cukup seperti katanya, hanya mimpi ngeri semata apabila RM100 aku habis awal tanpa sebarang pembaziran.<\/p>\n<p>Aku manaiki bas pulang ke Jerantut pada jam 7 Malam. Tak lain tak bukan, masih bas sekolah sama yang buruk, huduh dan berhabuk juga yang aku naiki lagi. Sampai di Jerantut, aku terpaksa menaiki Keretapi KTM akibat bas ke Kuala Lumpur sudah tiada. Keretapi bergerak pada jam 12 setengah pagi dan tiba di Kajang pada pukul 7 pagi. Pelbagai stesen aku tiba termasuk Stesen Gemas iaitu tempat yang aku selalu datang dahulu kerana kampung&#8217;ku terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan. Dari Kajang, aku dan yang lain terus menaiki RapidKL ke hostel kami di Cyberjaya. Akhirnya, aku, Nieza dan Zul tiba dengan selamat di Desaria..<\/p>\n<p>Jika kalian ingin bercuti, aku berharap sangat, hindari Taman Negara dari masuk di dalam carta percutian kalian kerana kalian pasti menyesal jika bercuti di sana. Just one word, NOTHING! Pergi la Ulu Yam ke? Kalau untuk study pasal alam, its OK eventhough kat situ bukannya ada macam-macam pokok dan haiwan pun. Hutan punya tebal tu, aku just jumpa monyet je..<\/p>\n<p>Malam semalam, akak aku call, sebentar lagi dalam jam 11 pagi, dia akan datang ambil aku untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk melihat baby baru Along aku. Tahniah Along kerana menerima cahaya mata pada hari Jumaat lepas. Untuk pengetahuan kalian, ini adalah cahaya mata pertama abang sulong aku setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya dimakbulkan Tuhan. Semoga anakmu nanti menjadi anak yang solehah.<\/p>\n<p>Mengenai theme blog ini pula, janganlah hairan kerana inilah perangai aku seorang lelaki yang mudah bosan dengan sesuatu. Aku ingin mencuba theme wordpress dari Bob ini pula kerana ianya kelihatan lebih ringkas dan profesional. Theme Pink sebelum ini tidak akan ke mana-mana, mungkin akan kembali semula nanti. Akhir kata, nantikan pelbagai jenis info dalam artikel esok!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua hari aku tak menghadap komputer. Itu adalah satu perkara yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan harian aku. Dua hari lepas seperti yang aku war-warkan, aku bercuti ke Taman Negara, Malaysia di Jerantut, Pahang. Tolonglah, aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke sana. Mengapa? Aku, Nieza dan dua orang member lain bertolak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-656","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dailycraps"],"aioseo_notices":[],"views":869,"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/656","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=656"}],"version-history":[{"count":3,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/656\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10367,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/656\/revisions\/10367"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=656"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=656"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=656"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}