{"id":8905,"date":"2011-08-03T00:20:37","date_gmt":"2011-08-02T16:20:37","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=8905"},"modified":"2011-08-18T04:28:41","modified_gmt":"2011-08-17T20:28:41","slug":"happy-birthday-to-me-genap-23-tahun-usia","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/2011\/08\/03\/happy-birthday-to-me-genap-23-tahun-usia\/","title":{"rendered":"Happy Birthday to Me: Genap 23 Tahun Usia"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-birthday2011-1.jpg\" alt=\"\" \/><br \/>\n<small>* ini kek harijadi tahun lepas<\/small><\/p>\n<p>Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan &#8220;busy&#8221;, tapi si dia cakap, &#8220;busy is a good problem&#8221;. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui masa yang kita ini, di sini baru ada cabaran dalam hidup. Bagaimana kita nak uruskan kerja, urusan peribadi, urusan diri, kawan-kawan, family, hubungan dan banyak lagi. Hidup biar sedap! \ud83d\ude42<\/p>\n<p>Artikel ini dikeluarkan tepat pada jam 12 malam, 3 Ogos 2011. Khai dilahirkan pada 3 Ogos 1988. Jadi ini bermakna, Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan usia 23 tahun ini. Well, antara usia Khai 22 tahun pergi ke usia 23 tahun, sememangnya seribu satu perkara yang telah Khai lalui dan lakukan. Antaranya ialah: <!--more--><\/p>\n<p><strong>Kerjaya:<\/strong><br \/>\nIni paling besar perubahan dalam hidup. Dari seorang blogger picisan yang melakukan kerjanya di rumah sendiri, kini sudah mempunyai sebuah pejabat urusan yang kini sedang giat menerima major renovasi. Buku check semakin nipis menandakan banyak transaksi melalui cheque telah berlaku. Kemudian akaun syarikat semakin matang dan stable dan ini insyaAllah akan memudahkan sebarang urusan loan dengan bank di masa hadapan.<\/p>\n<p>Pelbagai perancangan rapi telah dilakukan. InsyaAllah bermula bulan hadapan Oh Media akan terus beroperasi bukan lagi sekadar di dalam internet sahaja. Skop kerja kami mungkin akan diperluaskan kepada perkara yang bukan lagi di dalam skop kerja yang biasa kami lakukan sebelum ini. 70% internet dan 30% lagi di dunia luar. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar dan semoga ianya dipermudahkan. Amin!<\/p>\n<p><strong>Diri:<\/strong><br \/>\nKetinggian tetap sama. Berat rasanya tetap juga sama dari usia sebelum ini. Well, bulan lepas Khai kena Chickenpox. Ya Allah, azabnya Tuhan sahaja yang tahu. Orang kata setiap manusia dalam dunia ni, at least akan kena selai Chickenpox ni dalam hidupnya. Jadi ini adalah satu sejarah buat diri Khai apabila terseksa jiwa dan raga kerana Chickenpox pada usia 22 tahun iaitu usia Khai yang sebelum ini. Sekarang dah baik dah yang tinggal cuma parut sahaja. Harap-harap boleh hilanglah dengan sejenis minyak yang Khai beli di Watson 3 hari lepas.<\/p>\n<p><strong>Cinta dan Kasih Sayang:<\/strong><br \/>\nBercakap mengenai cinta dan pasangan, ianya juga telah sebulan sebelum usia masuk 22 tahun, iaitu pada tahun lepas. Setiap manusia akan rasa sunyi tanpa teman bukan? Bila dah ada teman, mungkin akan memberi kebaikan dan mungkin hanya akan membebankan kehidupan kita sendiri.<\/p>\n<p>Syukurlah dia bukan begitu. Di mana Khai berdiri sekarang, dialah insan yang paling banyak menjadi tulang belakangnya. Apa sahaja keputusan yang Khai buat, banyak yang datang dari dia. Segala keputusan Khai, dialah yang terawal akan menjadi pendengar dan akan mengiyakan atau menidakkan. Jika dia menidakkan, maka sememangnya itulah yang terbaik. Ya, dia sangat istimewa. Thanks Rosmerah.<\/p>\n<p>Harap usia 23 tahun ini akan menjadi saksi penyatuan kita bersama.<\/p>\n<p><strong>Gadget:<\/strong><br \/>\nIni part paling utama dalam hidup Khai. Kalau hidup tanpa gadget, ibarat hidup kosong tidak bernyawa. Cewah! Sebagai seorang manusia biasa, Khai ada target sendiri dalam hidup terutama untuk barangan yang Khai minat. Sebagai seorang yang dilahirkan di dalam keluarga sederhana, dari kecil Khai memang diajar untuk hidup bersederhana. Tidak pernah meminta-minta. Bila dah besar ni, cari duit sendiri dan beli ajelah tanpa perlu fikir panjang apa yang kita impikan dulu-dulu.<\/p>\n<p>Di usia 22 tahun iaitu usia sebelum ini, Khai berhijrah 100% kepada produk Apple dan meninggalkan segala produk berjenama lain. Bermula dengan Macbook Pro, kemudian terus dengan iPhone 4, iPod Nano (dijadikan jam tangan), iPad2, Time Capsule, dan baru-baru ini, tentulah iMac iaitu idaman semua pengguna produk Apple. Alhamdulillah, setakat ini pelaburan sememangnya banyak membuahkan hasil. Dulunya 4 angka, akhirnya mencecah ke 5 angka pendapatan sebulan. Selain dari usaha yang berpanjangan, produk-produk ini yang banyak membantu Khai untuk terus maju setapak demi setapak tanpa pandang ke belakang. Alhamdulillah tentunya kerana tanpa izinnya, tiadalah semua ini.<\/p>\n<p><strong>Family:<\/strong><br \/>\nUsia 22 tahun sebelum ini, adalah usia di mana Khai melalui kehidupan sebagai satu-satunya adik yang masih belum berkahwin. Ya, usia memang masih muda lagi. Abang dan akak-akak semuanya dah beranak pinak. Baru-baru ni tambah lagi seorang anak buah. Fuh, kopak duit paksu nak letak dalam angpow raya ni. Hahaha..<\/p>\n<p>Kalau akak-akak dan berderet-deret anak, adiknya bila lagi? Nikah pun belum. Nafkah zahir dan batin tu insyaAllah dah boleh rasanya. Tapi ada satu dua perkara yang belum selesai. Moga diusia 23 tahun ni, dapat mengakhiri kehidupan bujang yang membosankan.<\/p>\n<p><strong>Hadiah:<\/strong><br \/>\nSetiap tahun Khai akan hadiahkan sesuatu untuk diri Khai sendiri. Hadiah tahun ini adalah Apple iMac yang dibeli lebih kurang 2 mminggu lepas. Tak sabar dah nak tunggu sampai 3 Ogos. Hehe.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-imac-update-1.jpg\" alt=\"\" \/><br \/>\n<img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-imac-8.jpg\"><\/p>\n<p>Dan ini hadiah birthday ke-23 paling awal Khai terima. Dalam seminggu yang lepas dari seorang client Oh! Media.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-birthday-23tahun-1.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Alhamdulillah. Usia 23 tahun masih setahun jagung. Banyak perkara yang perlu dikejarkan. Banyak juga ilmu yang harus dikhatamkan. Moga diri ini sentiasa hidup pada jalan yang diredhai Allah.<\/p>\n<p>Itu sahaja update untuk artikel kali ini. Selamat hari jadi untuk diri sendiri ye Khai. Jangan nakal-nakal. Jadilah seorang anak, seorang adik, seorang kekasih dan seorang sahabat yang berguna kepada semua yang sentiasa dapat menggembirakan orang lain. Dapat menyenangkan orang lain terlebih dahulu daripada diri sendiri. InsyaAllah. Doa dipanjatkan agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Apapun segalanya ku serahkan kepada qada&#8217; dan qadar Allah kerana diri ini hanya memegang watak pelakon biasa sahaja di dunia ini.<\/p>\n<p>Birthday Khai tahun ni rasa lain macam sikit jika nak dibandingkan tahun lepas. Ini pertama kali hari jadi Khai jatuh pada bulan Ramadhan. Kalau tahun lepas, korang boleh rujuk semula <a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/0308-surprise-party-dan-kasih-sayang\/\" target=\"_blank\">artikel ini<\/a>. Untuk tahun ini, sekadar keluar makan berbuka bersama di Taman Tasik Titiwangsa dan berjalan-jalan di KLCC sahaja bersama si dia. Semua dia belanja. Hehe. Terima kasih banyak-banyak ya, &#8220;<em>Love Rose<\/em>&#8220;.<\/p>\n<p>Terima kasih juga kepada korang semua yang banyak membantu karier Khai dari dulu sehingga hari ini. Hanya Tuhan sajalah yang dapat membalas segala jasa dari korang semua. Panjang umur murah rezeki, jumpa lagi di dalam artikel yang akan datang. Kalau nak wish birthday Khai, tinggalkanlah di bahagian komen ya.<\/p>\n<p><strong>Update: <\/strong>Ini kes besday tahun ini. Terima kasih kepada Sisi Azie. Hadiah lain takde gambar pulak. Takpelah, tak perlu tunjuk kat orang. Hehehe..<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-kek-khai-2011.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-kek-khai-2011-456x340.jpg\" alt=\"\" title=\"justkhai-kek-khai-2011\" width=\"456\" height=\"340\" class=\"alignnone size-large wp-image-8933\" \/><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>* ini kek harijadi tahun lepas Salam Ramadhan buat semua pembaca Justkhai yang disayangi. Terima kasih kerana masih setia dan sudi untuk membaca blog usang ni. Hehe. Khai tak suka dengan &#8220;busy&#8221;, tapi si dia cakap, &#8220;busy is a good problem&#8221;. Bila fikir balik, ada betulnya cakap dia tu. Apapun bila kerjaya kita semakin mencemburui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[457,19],"tags":[3627,2165,3626,3241],"class_list":["post-8905","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-hidup-khai","category-istimewa","tag-birthday-khai-hassan","tag-happy-birthday","tag-happy-birthday-khai","tag-khai-hassan"],"aioseo_notices":[],"views":3308,"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8905","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8905"}],"version-history":[{"count":15,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8905\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8917,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8905\/revisions\/8917"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8905"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8905"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8905"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}