{"id":8970,"date":"2011-09-02T17:13:06","date_gmt":"2011-09-02T09:13:06","guid":{"rendered":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/?p=8970"},"modified":"2011-09-02T18:29:41","modified_gmt":"2011-09-02T10:29:41","slug":"mungkin-ini-faktor-hari-raya-tidak-semeriah-dulu","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/2011\/09\/02\/mungkin-ini-faktor-hari-raya-tidak-semeriah-dulu\/","title":{"rendered":"Mungkin ini faktor hari raya tidak semeriah dulu"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-raya-tidak-meriah-2.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>Hari ni dah masuk hari raya ke-4. Biar betul baru hari raya ke-4? Kalau dulu time-time macam ni, orang masih berjalan-jalan dari rumah ke rumah lagi. Budak-budak mencari duit raya dan yang dewasa, terus merapatkan silraturahim. Hari ini apa yang kita nampak pada hari ke-4? Keadaan yang sama seperti apa yang kita biasa nampak hari-hari yang bukan hari raya. Kenapa agaknya perkara ini terjadi? Ini apa yang terlintas secara spontan di fikiran Khai.<\/p>\n<blockquote><p><strong>1. Kewujudan Social Network<\/strong><br \/>\n&#8211; Susah nak jumpa kad raya lagi dah sekarang ni. Apatah lagi nak dapat. Kalau pergi kedai, ada la kat sudut-sudut terceruk mereka letak kad raya tu. Sebabnya dah kurang permintaan. Kalau dulu, sampai kat luar kedai diorang letak dan sekejap je dah habis. Pelbagai cara dilakukan seperti meletakkan kartun-kartun yang menarik pada kad raya tapi tetap macam tu ajelah. Ramai yang lebih prefer untuk mengucapkan Selamat Hari Raya melalui Twitter dan Facebook. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerana ianya teknologi yang memudahkan. Tentulah ramai yang lebih memilih jalan mudah dari yang leceh.<\/p>\n<p><strong>2. Menggunakan SMS<\/strong><br \/>\n&#8211; Selain dari Twitter dan Facebook, orang wish hari raya ni ikut SMS aje. Bila dah send SMS, tak pedulilah samaada penerima SMS tu baca atau tidak, kita akan terus consider yang kita dah pun mengirimkan &#8220;kad raya&#8221; versi digital kepada mereka. Hakikatnya, sentimental value tu langsung tiada. Ya, langsung tiada. Baca sekali imbas, terus lupa. Apa lagi kalau delete terus SMS tu, apa pun takde yang tinggal berbanding kad raya yang berbentuk fizikal. 10 tahun akan datang pun insyaAllah ada lagi dalam laci rumah kita. <!--more--><\/p>\n<p><strong>3. Pengharaman Mercun dan Bunga Api<\/strong><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" width=\"100%\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-raya-tidak-meriah-3.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>&#8211; Pengharaman bahan bakar ni menyumbang besar kepada hilangnya kemeriahan di hari raya. Mungkin ada pihak yang menafikan kata-kata ini, tapi hakikatnya hari raya itu sendiri amat sinonim dengan letupan mercun dan percikkan bunga api terutamanya memberi kemeriahan kepada kanak-kanak. Namun tidak mengapalah. Rela hilang kemeriahan dari melihat ramai yang menjadi cacat time kecik dek kerana mercun ni. kenapa jarang kita dengar orang cina putus jari bila main mercun? Sebab mereka main mercun bakar sekali banyak. Orang <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">melayu<\/a> rata-ratanya, main mercun sebiji-sebiji. Kalau korang kenal mercun padi tu, budak-budak <a href=\"http:\/\/www.melayu-xxx.com\">melayu<\/a> ni akan buka dulu ikatan benangnya dan ceraikan satu-satu untuk dibakar. Itu yang buat tangan putus segala tu.<\/p>\n<p><strong>4. Budak KL dan bandar bertambah ramai<\/strong><br \/>\n&#8211; Lihat sekeliling kita ramai yang datang dari kampung, mencari rezeki di Kuala Lumpur. Then lepas kahwin terus menetap di Kuala Lumpur. Bila dah menetap di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar lain, confirm lahirkan anak pun kat situ. Perkara ni yang menyumbangkan kepada pupusnya generasi yang duduk di kampung. Bila yang tinggal di kampung-kampung hanya orang tua-tua sahaja, korang ingat diorang kuat lagi ke nak buat kuih raya segala ni? Kalau kuih raya pun dah tak larat, apatah lagi lemang, wajik dan dodol? Kerana itu susah kita nak jumpa wajik dan dodol lagi dah bila hari raya sekarang ni. Nak harapkan anak, semua dah jadi orang bandar. Mana main buat dodol-dodol segala ni. Beli kuih raya kat Jalan TAR sudah.<\/p>\n<p><strong>5. Mainan kanak-kanak<\/strong><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" width=\"100%\" src=\"http:\/\/justkhai.com\/blog\/fhoto\/justkhai-raya-tidak-meriah-1.jpg\" alt=\"\" \/><\/p>\n<p>&#8211; Kita dulu masa kecil takde pilihan lain bila raya. Petang-petang mesti sediakan pelita untuk dipasang. Malam-malam main mercun, nengok kecantikkan lampu kelip-kelip dikawasan kampung dan bertemu kawan-kawan yang lama tak jumpa. Budak-budak sekarang, balik kampung pun bawak Playstation, Playbook, iPad dan macam-macam gadget dia la sekali. Dari 2 hari sebelum raya sampailah masuk raya ke-2, dia masih sibuk nak habiskan mission game. Sebab tu susah sekali kita nak nampak suasana penuh caya pelita dan lampu kelip-kelip di kawasan kejiranan. Orang dah malas dah. Nanti bila permintaan kurang, penjualan kat kedai pun akan kurang. Next year, confirm mereka akan ambil stock sikit je. Lama-kelamaan, pupuslah terus tradisi zaman-berzaman ni.<\/p>\n<p><strong>6. Kos hidup semaking meningkat<\/strong><br \/>\n&#8211; Sekarang ni semua barang mahal. Nak beli baju raya yang cantik sikit berkenan di hati pun, kalau takde seratus dua dalam poket, toksah cerita la. Budget nak beli pelita, minyak pelita, lampu kelip-kelip dan macam-macam lagi nak buat perhiasan hari raya, semua dah lari. Kita-kita yang membesar di zaman pelita dan kelip-kelip ni dulu, rata-ratanya dah dewasa dan ramai yang dah berkahwin. Kos hidup tinggi lagi-lagi yang dah ada anak tu atau kampung mertua jauh, mana nak dapat lagi beli macam-macam untuk hari raya.<\/p>\n<p><strong>7. Kurangnya lagu-lagu raya di radio<\/strong><br \/>\n&#8211; Ini Khai tak nafikanlah. Masa raya ke-2 baru-baru ni dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, try la buka macam-macam radio untuk cari lagu raya. Nak cari feel raya punya pasal. Tapi hampa kerana boleh dikatakan semua radio yang dibuka masa tu, boleh dikatakan satu jam sekali baru nak buka lagu raya. Apasal diorang ni ye? Tapi nak salahkan pun tak boleh sebab mereka ikut permintaan kita semua. Kalau yang minta lagu tu bantai nak lagu-lagu baru je, nak buat camana. Kalau radio buka pun, banyak yang buka lagu raya baru-baru. Sumpah tak ingin nak dengar. Feel raya tu langsung tiada. Maklumlah kita membesar pun dengan lagu-lagu raya yang lama ni.<\/p>\n<p><strong>8. Cerita-cerita di TV<\/strong><br \/>\n&#8211; Bila hari raya, semua stesen TV berlumba-lumba duk tayang filem &#038; drama yang langsung takde kena mengena dengan raya. Memang semua pun faham mereka bersaing mengikut permintaan jadi bila perkara ni berlaku, mana nak dapat feeling hari raya tu lagi? Ada ke raya pertama duk tayang cerita Adnan Sempit? Memang langsung takde feel raya lah kan. Tak dinafikan juga, ramai yang tertonggok depan TV melayan cerita best-best di TV. Terus semua malas nak keluar beraya sebab sayang nak tinggalkan TV. Faham-faham sendirilah.<\/p>\n<p><strong>9. Kaki-kaki beraya semua dah kerja<\/strong><br \/>\n&#8211; Beberapa tahun lalu, zaman ziarah-menziarahi ni masih kuat. Sekarang ni rata-rata budak-budak yang rajin berjalan dan rajin beraya ni dah besar panjang. Bila dah besar panjang, sifat malu tu lebih menebal selalunya (terutamanya wanita). So duduk ajelah rumah. Then masuk raya ke-3 ada yang dah masuk kerja balik. Maka pupuslah tradisi ziarah menziarahi. Kalau dah ada anak, suruh anak je yang pergi beraya. Anak pun malas nak beraya bila pergi 2 3 rumah tak dapat duit raya. Maklumlah sekarang ni semua orang nak pakai duit so paling tidak pun kasi budak-budak ni 20 sen dah lebih dari cukup. Budak-budak sekarang pulak, 20 sen tu bagi diorang sekadar besi berwarna silver tidak bernilai. Ianya hakikat.<\/p>\n<p>10. Tolonglah Khai isikan, boleh? Hehe..<\/p><\/blockquote>\n<p>Setakat itu sahajalah point yang dapat Khai coretkan secara spontan dalam artikel ini. Kalau ada lagi, tolong tambahkan di bahagian komen ya? Apapun alhamdulillah tradisi angpau masih dapat kita lihat dan diteruskan. Ramai yang menganggap ianya satu sedekah which is bagus lah tu. Kalau hari-hari biasa susah sangat kita ni nak bersedekah, hari raya la tempat kita untuk membuat sedikit ibadah. Tak kiralah berapa jumlahnya dalam angpau tu, yang penting ikhlas dari hati.<\/p>\n<p>Rumah Khai tahun ni, ada tiga empat orang budak je yang datang beraya. Lepas tu langsung takde dah orang datang. Tapi kitorang pun raya pertama je pintu terbuka untuk tetamu. Raya ke-2 dah balik kampung di KL. Bila sebut KL, jangan haraplah nak rasa suasana raya tu. Takde maknanya. Tradisi keluar Khai pada tahun ini masih sama seperti yang sebelumnya. Pagi-pagi raya lepas balik sembahyang raya tu, terus beratur untuk bersalam-salaman mohon kemaafan ikut turn dari yang tua sampai ke muda. Semua meleleh-leleh air mata keluar. Hehe.<\/p>\n<p>Lihatlah beberapa tahun lagi bila orang-orang tua di kampung telah tiada lagi dan anak-anak semua berada di Kuala Lumpur, tiada lagi istilah untuk pulang ke kampung berhari-raya. Situasi Kuala Lumpur yang lengang dan PLUS yang jam arah utara dan selatan, tidak akan berlaku lagi. Kuala Lumpur akan maintain seperti hari biasa dan hari raya akan jadi sekadar hari raya sahaja. Tiada apa-apa lagi yang istimewa.<\/p>\n<p>&#8211; Khai Hassan | 2 September 2011 09:30<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ni dah masuk hari raya ke-4. Biar betul baru hari raya ke-4? Kalau dulu time-time macam ni, orang masih berjalan-jalan dari rumah ke rumah lagi. Budak-budak mencari duit raya dan yang dewasa, terus merapatkan silraturahim. Hari ini apa yang kita nampak pada hari ke-4? Keadaan yang sama seperti apa yang kita biasa nampak hari-hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19],"tags":[3639,3637,3638,259,3636,3634,3633,2263,3635],"class_list":["post-8970","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-istimewa","tag-faktor-hari-raya-tidak-meriah","tag-hari-raya-aidilfitri","tag-hari-raya-tidak-meriah","tag-khai","tag-khai-hassan-selamat-hari-raya","tag-khai-selamat-hari-raya","tag-maaf-zahir-batin","tag-selamat-hari-raya","tag-selamat-hari-raya-khai"],"aioseo_notices":[],"views":1860,"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8970","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8970"}],"version-history":[{"count":7,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8970\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8983,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8970\/revisions\/8983"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8970"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8970"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/justkhai.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8970"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}