WWE Japan
Kerat jari kalau ada antara kita yang cakap tak pernah nengok wrestling sama’ada di TV atau DVD mungkin. Kenala siapa itu The Rock, Triple H, Undertake, John Cena, Stonecold Steve Austin, Randy Orton mahupun Rey Mysterio? Kerat jari sebelah lagi kalau ada juga yang tak tahu. Tapi bukan kerat jari Khai, kerat la jari ayam ke, biawak ke.. huhuhu..
Siapa pula yang tidak kenal WWE? World Wrestling Entertainment, Inc; sebuah badan gusti gergasi dunia yang juga aktif dalam membangunkan filem dari lakonan ahli gusti mereka seperti The Marine (lakonan John Cena), See No Evil (lakonan Kane), The Condemned (lakonan Stonecold) mahupun The Rundown & Walking Tall (lakonan The Rock) dan pelbagai lagi rangkaian filem mereka. Itu di Hollywood sana. Di Malaysia, masih lagi belum ada badan gusti seperti itu. Dan artis kita kebanyakkannya datangnya dari bidang nyanyian bukan dari bidang sukan. Masih ingat bila Rashid Sidek berlakon filem Cinta 100 Ela arahan Raja Azmi? Alahai, takde sapa nak nengok. Negara kita tiada ahli sukan yang boleh dilebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Ahli gusti jauh sekali. Tapi yang peliknya dah ada pula ahli gusti perempuan. Budak sekolah lak tu. Itu ahli gusti bodoh buatan Malaysia.
Di Jepun lebih ekstrem. Masih ingat Khai pernah menulis entri mengenai Fear Factor Jepun suatu ketika dulu? Sanggup makan taik untuk menang. Mereka itu gila. Begitu juga dengan WWE di sana, mereka terlalu gila. Khai pasti, jika diberi ganjaran tertinggi sekalipun, belum tentu John Cena mahupun The Undertaker mahu mengambil bahagian. Itu kerana mereka di WWE sana bergaduh kerana lakonan, hiburan dan bayaran, bukan kerana kejantanan seperti orang Jepun. Semua pun tahu, mereka memang gila dalam semua aspek.
Tak dapat lihat gambar di atas? Khai dah siapkan file download untuk korang. Klik Sinih. Masih berani untuk menonton WWE Japan? Jauh sekali untuk kalian menyertainya. Khai pasti itu.
Credit for Scukz Forums. Doakannya semoga akan kembali merencah dunia.
memang ganas dari orang putih…
bkan org putih je.itam,kuning,pink,oren skali! bahahaa!
uikz.. k..k.. dapat tengok..x sanggup nak download.. huhu.. ngeri.. orang2 jepun ganas2 ke? tapi tengok kat cerite TV baik2 sweet je..
kerat lah jari ayam. hahahaha. sbb aku tak penah tgk wrestling. ๐ tapi aku kenal siapa tu the rock. dia berlakon juga kan?
heeeee ya allah takut nye nengokkkk…ganas giler…boleh bwak mati tu..
elehs.. takleh bawak mati la.. setakat mentol je.. bukan besi.. ๐
erk, horror giler…
terus tekan page down banyak2 kali, tak larat nak tengok >_<
gila.. gila.. gila.. ha ha!
aku dengar cgy hosting dah down selamanya.. ye ker khai?
jepun memang gilerk…setakat dapat tali pinggang besar tu pun sanggup berdarah-darah..hahaha..memang biol..kalo aku baik beli jer tali pinngang kat pasar malam..hahaha =p
pasal cgy, khai pon speechless.. bayangkan kalau dah staff depa sendiri pon x tahu cerita, ape lagi dengan khai yang hanya di sponsor ni jer.. takde kaitan ape pon..
kalau betul2 gitu la, rasa nyesal plak mempromo cgy dari dulu sampai sekarang.. ramai plak PM nak marah2 aku.. maaf, itu bukan tanggungjawab Khai.. nak marah, marah CGYhost.. Khai hanya mempromosi mereka sebagai orang yang disponsor..
hurm, pasal wrestling tu, maybe mereka bukan gaduh untuk tali pinggang.. tapi untuk maruah.. * khai rasa je la.
xnak cari sponsor lain? aku nak sponsor boleh?
sesapa je nak sponsor, amat dialu2kan ๐
aku rasa kehidupan kat jepun membosankan..
sebab tu diorang suka buat mende pelik..
logikkah untuk kita katakan kehidupan kat jepun tu membosankan? Malaysia jauh lebih bosan wooo.. hehe..
bohsan? pergh! aku xtahulah kalau mereka menetap di malaysia.mesti lagi bosan!
mau menangis mereka kot:P bukan nak kutuk malaysia, but itulah rasionalnya..
kenapa nak bosan and menangis dok malaysia?
bukan ok ke malaysia ni?
hahaha… abeh ler 1 msia ade gelanggang sumo…
ini kerje gila !!
gler betoi orang jepun nie..
ade versi video x?
cam ner nak donlod?
versi video takde.. pe pon cuba la usya kat youtube kot kot ada.. camne nak donload? sampai je kat web tu, tunggu dia scan jap, then tekan la download.. tu jew..
gile kentang!
pergh.. gile kentang tul.. sadis, ganas, kejam dan brutal….
hurm.. khai rasa semua akan berpikir macam ni.. tapi hakikat sebenarnya, adakah mereka itu termasuk dalam golongan orang-orang yang bodoh?
YA mereka bodoh~ haha…tepat sekali~
xleh nak kata apa..derang ni pencetus yang ekstrem
uish…dasat tol…
gilos..ganas…geli..kekekekek..pengsan aku kalau berada disana..
Orang Jepun memang gile…hoh!!
gaduh bagai nak rak tapi bile dh diistihar pemenang yg kalah steady jer…hehe…
mentality 1st class.
eh baru perasan yang kalah tu sampai tercabut seluar biru dia.. nasib pakai underwear ala-ala sumo gitu.. haha
eh khai..aper plak undertaker x msk kat ctu..dlu msa mule2 saper nak jadi wrestler kat japan ni la dorang kne mulakan..pasal tu undertaker,stone cold, x salah aku goldberg pon pernah msk japan pro wrestler ni.,..huhuhuh…
saye dah dpt john cena figure…
skarang nih..saye nak dapatkan tali pinggang WWE..
sesiapa tahu kat mane ade jual..please.!!!
bagi tahu aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!
snang kate kedai WWE.!
wlaupon sye pnah jumpe tli pinggang WWE..kecik la tli pinggang tuh..
ye ker orang jepun ni restling mcm tu??? sungguh dasyat yer??? the rock pun tak macam tu>…
mawar, of coz la the rock x macam tu.. the rock tu berlakon je lebih..
itulah, dalam kebijaksanaan orang2 jepun, terselit golongan yang gemar sukan2 bodoh… sama la seperti di Malaysia, dalam keadaan negara yang semakin membangun, terselit sekelompok mat rempit yg tidak berguna..
see… same je manusia ni
waa..really crazy huh!
kalau korang nak tengok videonye,copy url ni:http://www.youtube.com/watch?v=H_WQuNtncXo :bloody:
Wrestling Promotion drpd Jepun boleh dikatakan sbg antara yg terbaik, walaupun ada sesetengah drpdnya agak terlampau ganas. Di USA sendiri, diorg ada CZW ( Combat Zone Wrestling ), lebih kurang mcm kt dlm gambar ni jugak, tp variasi weapons yg digunakan mmg agak byk, drpd sekecil jarum suntikan hinggalah sebesar meja yg dililit dgn kawat berduri.
aha bro2. tu bukan wwe la. wwe is for wwe.. japan ada nama lain. tapi masih lgi dalam skop gusti..
ataupun kalau mcmtu spesifikkan sebagai pro-wrestling. kalo nk tgk luar negara punya. bak kata bro Eri tu la. combat zone wrestling.. mmg ganas. kawat berduri sepanjang masa leh bawak/guna. lagi sakit.. tapi nak cakap. semua gusti ada langkah keselamatan. bukan suka2 saje. harap faham ea..
jangan samakan WWE dengan gusti jepun…. ianya berlainan sama sekali…. orang tu kalo x paham tentang sudut sebenar gusti (pro wrestling) ni memang orang tu akan cakap benda ni suatu yang bodoh dan perkataan2 negatif yang lain….