About Khai, Malulah :P
Page ini telah menerima kunjungan sebanyak 15,532 views
Hai. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana meluangkan masa anda melawat blog ini dan berminat untuk mengetahui siapa pemilik blog yang naif ini. Apa yang boleh Khai katakan, Khai memang gemar bercerita dan berinteraksi secara senyap. Khai sudah membina blog semenjak di tingkatan 3 lagi. Khai tidak suka berkata-kata membuang air liur kerana Khai lebih suka diam kerana diam itu banyak kebaikannya. Kerana itulah, wujudnya blog ini. Khai gemar bercerita dan berkongsi pengalaman hidup Khai dan Khai gemar orang tahu apa yang Khai tahu. Khai gemar berkongsi sesuatu yang baik dan mendatangkan faedah. Terima kasih kerana mengambil sedikit masa membaca blog ini dan Khai harap kau dapat baca kesemua entri yang ada kerana Khai jamin, pasti ada sesuatu yang akan kau dapat. Jangan lupa tinggalkan komen untuk entri yang kalian baca.
Mengapa Khai menulis dalam Bahasa Melaysia? Kerna, di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Selain my grammar sangat teruk!
Kalau rajin, berikan sedikit buah tangan untuk blog ini dengan menulis sedikit autograph di sini. Blog ini dijana sepenuhnya oleh Wordpress dan tema di design oleh Khai sendiri. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Khai, kalian bacalah biodata di bawah ini. Panjang taw!
Siapa Khai
Nickname : khai | Khairul | Nizam
Age : 19 years old
Birth : August 03 ‘88 | Wednesday | 2 a.m | 3kg | Johor
Sex : Male (ketulenan ku di sahkan Sirim)
Body Type : Tall and Stolid
Height : 185 Cm (Not so sure)
Weight : 69 Kg
Orientation : Straight (Gay is TICKLISH me up!! Sorry my friends)
Hobby : 25 hours in front of my notebook.
Ambitions : Web Developer & Entrepreneur of Cyber Cafe.
Sibling : “Adik” from six siblings
Education : Limkokwing University, Cyberjaya - Diploma in Creative Multimedia
Origin : Johor, Malaysia
Location : Desaria Villa Condominium, Puchong [Limkokwing University Hostel / B-11-03]
Sleep per day : 3 - 5 Hours enough for me
Status : Owned by Nieza (”,)
Kegemaran Khai
Fav Food : Chicken Chop, Chicken Rice & Pataya Fried Rice
Fav Drink : Teh O Ice & Milo Ice.. Susu O also.. ade ke? :P
Fav Brands : BUM, Levi’s, Polo, Padini, Nike, Adidas, Giordano, Converse, Chargers & Body Glove
Animals : Cat, Fish & Hamster.. sume binatang sayang la.. Sipot pon!
Music Genres : Slow dan menenangkan jiwa.. Metal paling tak boleh blaa..
Books : Majalah PC, PC Megazine, Game Axis, Galaxie & more… Novel lagi la x leh blaa..
Movies : Spiderman III(excellent 3D), I Am Legend (buat Khai menangis) & Finding Nemo (very nice animation)
Tv Series : Small Ville
Anime : Naruto (dulu je), Doraemon, Sinchan & Detective Conan
Fav Artist : Avril Lavigne & Elyana
Fav Actor :Tan Sri P Ramlee, Iqram Dinzly, Pierre Andre & Raja Farah
Fav Song : 6ixthsense - Tak bisa memilihmu (check it out in stream page)
Fav Websites: www.scukz.com | www.myspace.com
Idol : Bill Gates and of coz, my dad!
Love Story Highlight
Mendapat liputan dari bloger2 terkenal Malaysia. Terima Kasih.
Dari Mohd Ismail = Klik Sini
Dari Hafreze = Klik Sini
Keluarga Terchenta
Sebuah keluarga bahagia terdiri daripada seorang bapa, seorang ibu, 2 orang anak lelaki, 4 orang anak perempuan & 6 cucu.
[family picture akan diletakkan kemudian]
Yang dah lama khawin?
Mak dan Abah
Yang dah kahwin?
Din (1 anak), Ita (4 anak) dan Azie (1 anak) & Riena.
Yang nak bertunang?
Yatie
Yang sibuk nak bertunang jugak
Khai
Orang Tak Tahu
Pemalu
Mungkin kerana sampai sekarang still dipanggil ‘adik’, Khai bila dihapan family seperti menjadi orang lain. Dia akan menjadi pendiam dan manja. Kalau makan kat mana-mana kedai, dia akan diam aje.. bila my sis tanye nak makan ape, baru Khai cakap.. Then control baik gile.. hehehe… Tapi kalau depan member mahupun insan yang disayangi dan menyayangi, Khai akan cuba menjadi yang terbaik.. kira macam ketua keluarga gitu.. everything Khai akan buat untuk dia.. Jadila diri Khai yang satu lagi yang sekali imbas memang layak menggantikan Abdullah Ahmad Badawi mahupun Najib Tun Razak.
Pendiam
Pendiam gila tapi kalau dengan orang yang Khai dah kenal, Khai berubah menjadi diri khai yang satu lagi. Jadi seorang yang ramah dan boleh di bawa berbual dalam semua jenis topik tanpa henti. Khai dijadikan sebagai seorang yang open minded.. Story la apa pon, semua khai boleh terima. Because what? I’m a good listener.
Imsomniac
Mata Khai ni memang dah diajar sejak dulu lagi untuk tidur selepas pukul 6 pagi. Sampai sekarang pun bila Khai rasa mengantuk aje, nengok jam dah 6 pagi rupanya. Baru masuk tidur. Kemudian time bangun mesti dalam pukul 9 atau pukul 10 pagi. Jarang jarang sekali untuk melebihi 3 atau 4 jam masa tidur untuk sehari. Bagi Khai tidur lama-lama ni suatu perkara yang tak berfaedah dan membuang masa. Kalau tidur 4 jam dah boleh buat Khai rasa selesa, kenapa perlu tidur lebih.. Baik gunakan masa untuk tidur lama tu untuk buat something yang berguna. Itu Khai.
Perlukan Privasi tahap Kritikal
Khai sangat tidak menggemari suasana bising dan kusut. Semua itu membuatkan kepada Khai jadi pening dan tak terkawal. Kalau kat campus tu, nengok kedai cam ramai orang sikit, jangan harap dia nak masuk. Dulu kat rumah selalu kene marah ngan parent sebab tiap kali suruh bayarkan bil air dan elektrik, mesti tak pergi. Alasannye sebab orang ramai.. Then ape lagi.. kene marah la.. my parent cakap kalau tak beratur sampai bila bila pon ramai adik oiii.. hehehe.
Meremang
Mempunyai bulu roma. Akan meremang hanya kerana dua sebab. Pertama, Khai seorang yang anti atau trauma kepada semut. Kedua, jika berasa rimas dan panas.
Feeling
Sebenarnye dia ni pun tak faham dengan diri dia sendiri.. dia ni bila dah sayangkan seseorang tu, dia akan buat apa sahaja untuk bersama orang tu.. dia sanggup mati kalau dia kehilangan orang yang dia sayang.. itulah Khai.. memang gile kerana menghambakan dirinya kepada perasaan cinta dan kasih sayang yang ada dalam dirinya.. Ada tak lelaki macam tu lagi?
Stylo Melo
Suka berpakaian kemas dan selesa. Khai kalau dah beli baju baru, baju lama automatik jadi baju pakai rumah aje la jawabnya.. Tidak mempunyai walau 1 (satu) pun seluar pendek. Baru belajar-belajar pakai Jeans dan juga kain pelekat (2007).
Rendah Diri
Khai dapat rasakan yang Khai adalah seorang yang sangat suka merendah diri.. Khai lebih suka orang pandang rendah kat Khai kerana Khai akan lebih berusaha keras untuk biarkan orang tu tahu sendiri siapa Khai.. Khai memang dididik macam ini supaya sentiasa merendah diri tak kira dengan sesiapa pun agar orang tidak menyampah dengan kita.. Paling penting, kalau taknak sakit hati, janganlah nak berlagak depan dia ni sebab dia akan balas balik yang menyebabkan korang terdiam. Huuu
Jangan Kacau
Khai ni tak suke barang dia orang usik.. paling dia pantang kalau ade orang yang main pakai je barang dia tanpa izin.. cam bongok je perangai.. lagi lagi kalau dah pakai tak reti letak kat tempat asal.. Lepastu bukan semua barang dia akan kasi pinjam, antara benda yang paling pantang dia nak kasi pinjam adalah baju dia, laptop, handphone dan alatan untuk diri dia.. Satu lagi yang dia paling pantang kalau ade orang duduk atau tido atas katil dia.. kalau pijak tilam dia lagi la kene sekeh!
Terima Kasih Allah
Alhamdulillah.. Khai memang cepat faham dengan apa sahaja ilmu yang Khai pelajari. Even belum pernah masuk mana2 kelas buat website sekalipun, Khai dah tahu sedikit sebanyak hal mengenai web. Baru kali pertama bukak Adobe Audition, lecturer Khai dah puji hasil kerja Khai.. Kalau main apa2 game pun, tak payah nak belajar2 dulu, boleh terus je main sampai habis. Keluarga Khai juga bukan dari kalangan orang yang berada dan terlalu kaya tapi Alhamdulillah, jika dilihat dengan rakan2 yang lain di Limkokwing ni, baru Khai rasakan, yang Khai memang hidup lebih senang dari mereka. Kira ada lagi yang susah dari Khai la.. Khai juga tidak mudah terpengaruh dengan hasutan. Tidak pernah terniat menjadi seorang pencuri, kaki pukul atau apa sahaja perbuatan yang tidak baik. Setinggi2 Alhamdulillah ku lafazkan kepada Ilahi. Terima kasih kepada kedua ibu-bapa dan keluargaku kerana didikan dan perhatian sempurna mereka sejakku masih kecil. Khai juga adalah seorang lelaki yang setia.. tidak mungkin akan mengecewakan tapi selalu dikecewakan..
Pendidikan
1994 - Tabika Kemas, Pusat Bandar 4,5 dan 6.
1995 until 2000 - Sek. Keb. Palong 5 | Sekolah Agama Palong 4,5 dan 6.
2001 until 2005 - Sek. Men. Keb. Seri Perpatih
2006 until now - Limkokwing University of Creative Technology, Cyberjaya (Diploma in Creative Multimedia)
- sekolah rendah-rendah je. UPSR dapat 4A. PMR A sikit yang lain semua B. SPM menjadi satu-satunya pelajar di sekolah dan Negeri Sembilan yang mendapat A1 dalam subjek Information Technology. Khai bersyukur dengan itu semua.
Tak suke tak suke tak suke!!
Lelaki berpewatakkan wanita
Tak suke! Walau apa pon, itu adalah pendirian masing-masing. Kalau bapok yang cun dan comel, boleh jugalah diterima. Tapi macam kat Limkokwing University tu, ada seorang bapok dah la badan sasa dan ada jambang pula tu, tapi still nak jadi bapok. Menyampah nengok jambul merah jambu nye terkeluar je kat depan. Ntah apa apa.. Kesian kat parent diorang kan coz menjadi parent yang gagal.
Bodoh Sombong
Ini lagi satu hal. Benci gile dekat insan yang belagak pandai. Nak kritik kerja orang itu ini, tapi dia sendiri pun tak tahu nak buat benda yang dia keji dan kutuk tu. Then berlagak poyo nak ajar kita pula. Kepada insan sebegini, Khai just nak kasitahu biar orang respek kita dengan benda yang kita dah buat, bukannya macam tin sardin kosong. Contohnya, Sedih lihat perangai manusia contohnya berlagak dia buat Theme Wordpress, skali terjumpa kat dalam internet yang sebijik cam theme dia.. rupanya just edit skit skit.. budak skolah memang camni..
Sosial - Terus terang Khai katakan, khai memang bukan seorang yang sosial. Malam2 pergi clubing, duduk melepak, tukar2 betina, duduk peluk2 dan cium-cium. Lagi pula dengan melayu yang suke ikut style fashion barat. Kalau hiphop still sejuk mata memandang, tapi kalau Skin Head atau Gothic, mak datuk.. rumah takde cermin ke ape? Apa pun ikut gaya fashion stylo diorang mmg buatkan kita update, but jangan nak ikut budaya diorang sekali pula. Sedap makan sampah?
Kedekut Ilmu - Kenapa la ada orang macam ni kat atas muka bumi ni. Tak kiralah kat dunia nyata or dunia maya macam internet ni, especially forums. Kalau ade user mintak kita ajar, janganlah suka nak cakap orang lain bodoh. Then bila kene tegur coz kurang ajar, abis melenting kecoh satu dunia mentang-mentang bijak dan betul semua la kononnya. Then putar belit ayat menghasut orang lain. Ingat ilmu yang kita ada ni adalah ilmu Allah SWT. Takde hak pun nak cakap orang lain bodoh kalau diri sendiri pun SPM belum lepas. Orang lain dah masuk Universiti pon..
Poyos- Manusia macam ni tak abis abis nak cakap besar. Kita cakap kita ada benda ni, dia pun cakap dia ada benda ni juga. Pendek kata, memang tak kenal erti mengalah. Tak boleh langsung orang lebih dari dia. Suka pula cerita soal awek even orang tak tanya. Then puji diri sendiri.. Alahai.. Sudah-sudah la tu. Kadangkala kita tak perasan diri kita dengan orang. Fikir balik kenapa orang benci kita.
Kuih Talam 2 Muka - Umat macam ni memang patut di sula. Depan kita dia kutuk pasal si dia. Dengan si dia pula dia kutuk kita.. Pendek kata memang suka pecah belahkan hubungan ikhlas dua insan. Binasalah dunia dengan orang sebegini. camana kau boleh wujud atas muka bumi ni?
Kenapa ber’BLOG’..
Tujuan berblog: Sebenarnya saja suka2.. selain memeriahkan dunia blog kat Malaysia ni, sekurang2nya Khai dapat menambah ilmu pengetahuan tentang web. Blog ni Khai tak kursuskan untuk satu ketegori je tapi lebih kepada macam2 ada.. So harap y’all boleh enjoy dengan gaya penulisan Khai yer.. Khai mmg tak berbakat nak buat ayat cantik2 untuk orang baca tapi sekurang2nya Khai dapat share gaya pemikiran Khai dengan y’all. Semua yang Khai tulis adalah pandangan dari Khai sendiri tanpa ada sebarang hasutan dan sebagainya.. bukan semua yang Khai tulis y’all akan setuju.. So sebarang pendapat membina dari y’all amat Khai alu2kan.
Dunia Khai Dulu dan Kini
Kali pertama menyentuh komputer (Intel celeron) semasa tahun 2000 apabila abah membeli sebuah komputer persendirian untuk kakak. Tapi aku yang santap komputer tu sampai lebam. Dalam masa 5 tahun menggunakan PC tu, memang banyak kali rosak aku kerjakan.. tapi itu semua membuatkan aku lebih mengenali ape itu komputer sehinggalah kini mampu mengendalikan software dan hardware untuk pc. Kali pertama menggunakan komputer, tiada apa yang aku fikirkan melainkan, GAME, GAME dan GAMES!! sampaikan akak aku bawak balik beratus CD game untuk aku lenjan. Siap ajak member mai rumah tu.. bajet nak berlagak la ade komputer.. time tu memang tak ramai yang ade komputer. Hahaha..

Dua tahun mengggunakan komputer, aku mula bosan dengan game (sebab dah pro main CS).. hehe .. then naik form 2, parent aku masukkan line internet kat rumah. Dial up aje masa tu. Streamyx belum wujud. Walaupon lembap nak mampos, tapi time tu aku rasa aku dah cukup canggih!! hahaha.. dari situ dah datang hobi baru aku. Game langsung dah tak sentuh.. tapi CHAT, CHAT dan CHATING!! hari hari chat sampai bil multimedia sampai dekat RM200.. mengamuk mak bapak aku.. hahaha … time tu bil macam cipan!! Takde la macam streamyx ni.. pakai tak pakai maintain RM77 jer.. selesa je parent aku bayar..
Masuk form 3, aku mula bosan chat.. dan aku sedar chat aje tak berfaedah.. dapat kawan baru, kawan lama hilang.. itulah hukum berkenalan kat chat ni. Aku mula dengan hobi yang baru.. Web design.. pada permulaan, aku ade gak buat website untuk Avril Lavigne sebab aku ni peminat no 1 dia. Dapat sambutan jugak masa tu.. ramai la tak caya aku ni form 3.. hehehe.. tapi web tu aku park kat tripod aje.. mana la ade duit nak beli hosting ni semua.
Sehinggalah form 4 dan 5 aku tetap ngan hobi ni. Banyak web yang dah aku siapkan. tapi jangan ditanye, ntah mana perginya. Yang aku ingat hanya blog pertama aku dulu.. Lebih dikenali dengan domain www.wacky.cjb.net (kini http://wackynetworks.blogdrive.com) .. tak sangka wujud lagi.. Banyak kenangan tu. Sempat gak dalam masa tu aku belajar basic tentang photoshop, illustrator, flash dan macam2 lagi software sebab time tu aku memang struggle untuk masuk MMU. so basic kene ade kan. Time form 5, aku banyak diundang untuk menjadi fasilitator kat sekolah aku. Ajar murid lain ngan cikgu cikgu sekali buat website.. lawak le plak.. hehehe .. dan sampai sekarang, 2 sijil jadi fasilitator ni yang paling aku sayang. Mahal tuuuu .. hahaha.. aku gak diarah oleh pengetua sekolah untuk buat web untuk perpustakaan.. Alhamdulillah, dalam sebulan je setel dah menda tu dan cikgu pon berpuas hati. Pihak sekolah nak kasi upah, tapi aku tolak sebab itu aku rasakan satu sumbangan aku untuk sekolah. Bila lagi nak buat sumbangan kan.
Time SPM (masa tu sehari sebelum paper add math), aku terpikir untuk buat portal komuniti untuk memeriahkan dunia ICT kat Malaysia ni. Tercetus plak nama SCUKZ yang ilhamnya hadir dari brand baju aku, FCUK. Dan esoknye tu terus aje aku buat web portal under PHP-Nuke. dan sehingga hari ini walaupon penuh ngan cabaran dan dugaan, Scukz.Com masih terus utuh sebagai sebuah portal remaja paling terkemuka di Malaysia. Dah 3 kali aku buat balik Scukz tu sebab masalah server. Thanks to all my friends yang kasi sokongan untuk khai membina balik empire Scukz.Com. Awal Mei, 2006 aku menerima hadiah yang sangat bermakna dari parent aku. Aku dihadiahkan sebuah Notebook Compaq Presario V2000 (AMD Turion64 with Mobile Technology) kerana melihat minat dan ketagihan aku dalam dunia internet.

Dan kini, aku dah pon menjejakkan kaki ke menara gading. Inilah impian kedua parent aku sejak dulu. Alhamdulillah, niat mereka dah dimakbulkan. Aku kini menuntut di Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) untuk course Diploma in Creative Multimedia.

Doakan kejayaan Khai ye semua .. thanks kerana mengunjungi blog ini.
Harapan
Tanda Kenangan
Selain tinggalkan komen atau apa sahaja sumbangan di sini, berilah satu tanda yang akan kekal sampai bila-bila di sini.
Portfolio
Hubungi
Sebarang cadangan atau komen antara kita berdua, hantarkan saja terus ke email.
Khai On Myspace.
Khai On Friendster.
Yahoo Messenger: khai_luct
Best bukan menjadi seorang “Khai”? hihi..
Full RSS Feed
Free email updates
Favourite this blog
Perjalanan hidup yang penuh ranjau.Tapi syabas buat khai…kerana sudah sampai ke menara gading.Walaupun blog yang ntah keberapa kali pun…ia tetap menjadi pujaan hati ku.
p/s:aku yg dah lama hidup ni pun,lom ada awek lagi…hampeh khai.
ahaaa…. mana ko tahu perjalanan hidup aku penuh ngan ranjau ni? hehehehe …. pandai2 jerk… blasah kang!! …
actually, my life better la kalau nak dilihat dari all my prenz.. Alhamdulillah…
khai…
hang ada x software utk font….
kalau ada bagi aku….
plzzzz…..
apesal la kat sini plak ko request? hehe.. neway software font ape? software nak design font ke ape? ke website nak dapatkan font2.. hehe..
Syukur la…klu idup ko baik wat masa ni…masa depan..kita x leh nampak lagi…jadi..kna la wat baik selalu….ingat tu!!!
wat baik slalu ek? kalau time cuti ni memang aku baik sangat.. tapi tu la, bila balik Limkokwing, hancus aku kat sana … betul kata orang, kene pandai pilih kawan ……
Insyallah takkan aku ulangi keterlanjuran masa sem 2 nanti …
X leh gak nak salahkan kawan…diri sendiri tu yang penting…harus digaja dan dididik..supaya tidak sesat.Klu ikut org..sampai bila pun kita x jadi diri yang sebenar….
++Napa la awek ko tu cun sangat…geramnmya…gigit kang..
itu lah .. ni first time aku keluar bawa diri … jauh dari keluarga… aku tahu aku boleh melakukannye.. thanx for support ye biochi…
>:d<
Sesama khai..Jika kau fikirkan kau boleh..kau hampir boleh melakukan..jika kau fikir ragu-ragu..usaha mu tak menentu…
whoaa!!! cool r cite pnjg lebar ko kat atas tuh. anyway, slamat maju jaya dude!!:-b
thankx erza :”>
\:d/ Enjoy ur life as students…..:)>-
thanks hampeh.. :)
all da song so nice!!!;);)
[Comment ID #644 Will Be Quoted Here]
enjoy ur self ~ \:d/
hi.. nak tanye jer .. background music ni lagu sapa ek? best gak
oopps.. dapat dah
best pulak aku bace citer ko nih..hahahaha..bleh lar aku watkan novel utk ko..kuikuikui….tp aku menokok nambah ar..bior memalsukan maklumat..hahhahaa…kang dikatakan plagiat plak x gitu encik khai..heh..well aku budak law..x main ar plagiat2 nih..menyalahi etika tuh..hukhukhuk
[Comment ID #847 Will Be Quoted Here]
eh eh .. perli nampak.. ermm .. budak law ek.. nanti leh la i amik u jadi peguam persendirian i .. ahakss.. sudi tak?
[Comment ID #857 Will Be Quoted Here]
hahahha…tgk ar kalo haku lulus dgn gemilangnyer..aku x minat nak jadi lawyer neh..aku nak jadi journalist lar..pesal dorang campak aku kat sini ntah..tension haku.
takpe la .. asalkan rezeki halal yang mampu tampung kehidupan.. :d
catatan perjalanan hidup yg menarik…
aku pun lama x layan chat ni…
skang nak bikin duit dengan internet jek…
[Comment ID #1186 Will Be Quoted Here]
thanks bro and good luck for you online bussinnes… [-o<
bleh wat novel kisah Khai ni..ahaks ! :)>-
[Comment ID #1451 Will Be Quoted Here]
jangan buat.. x laku nanti =))
khai, give me 10 !
me kenal tenet form 1, khai kenal tenet form 2
hohoho… tapi masa tu dok asrama so xleh nak on9 deh
lagi 1, apsal jadikan mawi idol pulak :-?
[Comment ID #1738 Will Be Quoted Here]
bile plak jadikan mawi idol.. kan dah kasi cross tu name dia ~:>
bsmngat aku bla baca ko nya profile ko nie.. aku hrp 1 hri nnti kta bleh bjmpa.. aku tringin sgt nk jmpa ko..[-o<:((
[Comment ID #1791 Will Be Quoted Here]
ahakss.. nak wat pe hah? :”>
apesal tak view your face huh????????? nak gak tengok mamat yang bernama khai ni…. confirm ko mesti famous cam siput sedut klu ko bagi ktorang tengok ko punya muka8->
[Comment ID #2185 Will Be Quoted Here]
[Comment ID #2045 Will Be Quoted Here]
haha; tu la. semangat. habis baca sampai huruf yg terakhir.
[Comment ID #2185 Will Be Quoted Here]
orang tak hensem takyah nak tunjuk2 .. kang ramai plak awek tergila-gilakan sayeee :d
[Comment ID #2187 Will Be Quoted Here]
thanks… :”>
:)tahniah tuk khai.smoga kita dpt mncpai impian di LUCT
[Comment ID #2617 Will Be Quoted Here]
thanks ryna.. hope so… may good bless kita kan? [-o<
wahh..hebat2 aa ko ney…kagom aku…=d>=d>
asal ko mencei sgt ngan n9 aa?? x sono2 btol…aku dok n9 taw…>:pb-([-x
nak wat camana.. perasaan benci tu bukan aku yang nak dia datang.. =))
NICE!!!!
LUV UR PAGE SOOOOO MUCH….
TP WHICH ONE IS KHAI?????????? :-?
ROCK ON BABE!!!\:d/
[Comment ID #2833 Will Be Quoted Here]
which one is khai? me la .. hi hi…. :-”
khai, tunjuklah muka ..
kemut arrr [-x
mana tau jupe kat memana area KL ni leh gak sain autograph =))=))
[Comment ID #3287 Will Be Quoted Here]
uhuk2… i ni pemalu orangnyeee=))
khai, lagu apa yg ko buh nie?? bes jgk.. leh kasi dia nya link??:d
teenager - my chemical romance.. nak gi request kat scukz forums .. .tq
layan dgr lagu nih……awaitnya pic girl mane nih……x pasal2 kang org ingat ni khai yg sebenarnyer…kuang..kuang..kuang…khai mmg pakai 2 phone ker skang nih?
nak mintak opinion la ni…antara byk2 hp…brand mane yg lagi bagus…Nokia,Motorola,Samsung,Sony Ericson,Dopod??
NOKIA rulez!!
cam kenal je girl kt atas tuh….name die s****a ke…klu silap sory la yer…:d
sorry diterima ;))
khai “bertukar” jadi gurl
hapa apa la ko ni
tapi skali aku jenguk blog ko ni kira ok gak
biasa aku surf blog 15 minit tapi ni dah masuk 3 jam ni kira orait ler tu
hampir semua dah jelajah ,artis ker.software ke,
bagus ko ikut nasihat sesiapa ni utk popular kan ko pnyer blog ni.
hai salam kenal
:x best the best
huhuhuh…walau dh lme aku kt blog ko nih…tpi aku respect ko…tabik springla…good job & well done..
cehs..haha ‘kentut’ la sangat..hahah
btw x sangka lak ko lg muda dr aku khai..
hahaha
3 hrs is enough for u to sleep???:o kalo fairy..sure mata mcm pontianak bila bangun pagi esoknye..hikss
8-| amboi amboiiiii
kite punye la cari password dia tuuuue
[Comment ID #6259 Will Be Quoted Here]
best pe.. nak jadi gothic x yah dah pakai celak.. hehehe..
[Comment ID #6336 Will Be Quoted Here]
hik hik .. sowyyyy =))
panjagnyer la about ko ni khai.. letih lak nak membace sumeye
hahaha.. sapa suh ko baca.. kan dah penat :))
hahah. sebgai kawan aku kene la hargai ape yg ko tulis ni dgn membacaye sampai abis. kalo tak ape makne name kawan tu :-w
terima kasih kawanku.. hihihih :))
hahah…rsnye mcm da lm je aku xsinggah kt web ko nh..
siap da de password lg..by da way, evn ko x wat cm ni pn aku still akn bc background ko nh..:)
anyway, syabas dicapkn pd khai…wish u da best luck 4 evrything u do…gud luck babeh…:)>-
thanks shue~ :)
macam garang jer muka bapak ko bro..takut r…:P
anyway still happy family..bagus la tu..syukur :)
haha.. nampak je garang.. tapi baik dan penyayang sangat2…
hai..this the first time i came to ur web..its fun n nice…
n,,u sound cute too….hope u had a great luck!! ;)
Hai! Im nu here!
Slamat berkenalan!
thanks :)
hmm.. tahniah kerana khai berjaya kemudi diri anda ke arah kerjaya yang cemerlang….:)>-
[Comment ID #7323 Will Be Quoted Here]
ISYAALLAH..
tetibe terlalu kat sini..haha..
neway..i like the grateful you…the thankful you..
hehe…
[Comment ID #7463 Will Be Quoted Here]
thanks wanda..!!
ni first time cube bca khai nye blog. tkejut, mmg tkejut laa…ader something yg xdsangka2 kan huhuhu….khai mmg ader cite2, so teruskn la smpai bjaya ape yg diidam2kan tuh..awk boleh lebih maju dr skang .sy sntiasa mndoa kan awk yer…:)
nice……
bole tahan gak kpala otak ko ni….:-w
[Comment ID #7496 Will Be Quoted Here]
moga doamu dimakbulkan…… love u :x
yo wassup…dude owang palong ke nih…uhuukkk
[Comment ID #7523 Will Be Quoted Here]
haah .. tinggal je kat sane.. lahir johore
bleh tahan la blog awk ni…
simple tapi best…
pa2 hal pun good luck…
:o hurrmm… sexy nyer kak ngah u khai…. ;)) kem slm kat dia ye….. :P
hehehee… nak wat camne.. dah x de pic nak letak.. ciplak je la.. harharhar…
khai, saya ni pangkat makcik pada khai. tengah belajar tengok-tengok internet, tertengok blog ni pulak. seronok baca cerita khai. ada bakat jadi penulis. telus, tulus tapi mengasyikkan. harap-harap khai teruskan usaha sebegini untuk kebaikan. all the best to you.:)
[Comment ID #7599 Will Be Quoted Here]
thanks saudari firzana…. thanks for the wish…:)>-
khai, u best giler la.. first time i masuk blog u tau.. i minat gak web designing but i tak taula sangat sal komputer ni… but i’ll learn.. tq for cetuskan idea i… so,i hope u success always… satu hari nanti i caya u ble jadi idol i!!! i love ur idea 4 dis blog.. bye.. email i kay??? at least i can learn from u about computer…
[Comment ID #7746 Will Be Quoted Here]
AMIN ~ .. thanks syuhada.. nanti add la khai kat YM okies.. id dia : khai_luct
leh borak sampai lebam.. Hiks hikss…
pandai nyerks eh…pakwe sape la niee..weksss, saaaayang awk!!