Bengkok Sudah Breakdisc gwe!

September 1st, 2010



Bengkok Sudah Breakdisc gwe!, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Susah tul jadi orang cepat kesian kat orang ni. Akhirnya aku gak yang terpaksa menyusahkan diri. Hehe. Haritu ada amoi lesen terbang dok reverse2 pesona dia. Dang! Terus langgar tupaijet aku. Dia minta maaf, then aku cakap takpe takpe, its ok. Dia pun blah.. Dan skarang duit poket sendiri yg kena blah kasi kat pomen. Padan muka aku.. Hehe.. Lepas ni xmo jadi baik2 sgt dah especially ngan amoi.. Huhhuu..

Berbuka di Nando’s

August 30th, 2010



Berbuka di Nando’s, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Berbuka kat Nando’s The Village, Bangsar hari ni dgn Cik Eifa, Cik Mieya besday girl dan abg pit (abg ipar).. Jemput makan semua..

Bazaar Ramadhan

August 30th, 2010

Lambat aku upadate entri pasal bazaar Ramadhan kat tempat aku ni. Memandangkan lagi beberapa minit nak sahur, so aku upload gambar air ni kasi tergoga sikit kejap lagi. Hehehe.

Petang semalam; aku, Hanz dan rahman jalan-jalan cari awek kat kampung kitorang. Dah penat tu, singgah la bazaar Ramadhan jap beli ape patut. Jam pun dah pukul 7. Yang bestnya time beli air ni, awek yang jual air tu sangat cantik. Renungan mata dia amat tajam. Senyuman dia sungguh manis. Tapi langsung tak setanding Cik Eifa ku. Hehehe. Mengenai bazaar tahun ni, not bad la. Ramai gak yang menjual. Tapi kalau korang nengok live blog ni bulan Ogos tahun lepas punya entri, pun ada gak gambar Bazaar ni. Kejap gila setahun berlalu. Pergh!!

Happy Birthday Sis Mieya!

August 30th, 2010

Hari ni 30 Ogos 2010. Esok merdeka sudah. Dan sehari sebelum merdeka, tarikh yang memang susah nak lupa (sbb sehari before merdeka) adalah hari jadi akak aku yang ke-4. Anak yang ke-5 dari 6 orang dalam adik beradik. Siapa anak ke-6 yakni bongsu tu? Sapa lagi aku lah! Hahaha.

So semalam tepat jam 12, sambut besday dia dengan penuh kesederhanaaan. Bulan puasa ni elok lah besederhana sahaja dalam semua perkara. Baru dapaat bekerkatan. Hehehe.. Sebelum makan kek, Pak Hassan baca sikit doa untuk besday gurl dan kami semua, then kitorang semua pun melantak dengan jayanya.

Aku? Melantak satu slice, then curi 2 buah ceri merah tu. Haha. Tu la perangai aku dari kecik suka makan buah-buah yang ada kat atas kek. kalau buah strawberry, jangan tanye camana strawberry boleh hilang before kek kena tiup. Hehehe..

Selamat hari jadi buat Norhayati Emyra Abu Hassan. Semoga di usia ke-27 menjadi titik permulaan kepada seorang ibu.. Ahaks!!

Setel pun kuda mamat ni

August 29th, 2010



Setel pun kuda mamat ni, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Akhirnya siap jugak motor member aku si Rahman ni. Dah berbulan2 dia dok cerita. Susah sgt nak setel sebab motor ni memang susah sangat nal cari sparepart dia.. Hehe.. Merata rata mamat tu cari. Satu satu barang akhirnya setel pun at last.. Itulah dia, Cagiva.. Type ape, tak sure la pulak.. Hehe..

Taman Bunga Pak Hassan

August 29th, 2010



Taman Bunga Pak Hassan, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Baru lepas jalan jalan kat Taman Pak Hassan.. Hehe.. Ada pokok bunga cantik cantik, ada kolam ikan, ada air terjun dan macam-macam lagi la.. Pak Hassan memang dari muda muda dulu lagi suka decorate landscape taman ni. Hehe.. Itulah kehebatan bapa aku.. Ahahaha.. Byk lagi pix, tp nak upload sume mmg x dpt la kan? Hehe. Nnt la dah balil KL, kasi upload semua kat Facebook. Err, buat yang baru bangun tido tu, ni bunga untuk kamu. Teehee!!



Melepak dengan kawan-kawan lama, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Lepas berbuka, datang si Hanz ajak melepak kat Nabila Tom Yam dgn kawan kawan lama time sekolah dulu.. Hehe.. Aku, Hanz, Rahman, Naszuan, Abu, Amir dan Zaidie.. Kat rumah aku semua dah ada dah. Rasa macam dah hari raya plak kan awal awal dah kumpul satu family.. Hehe.. Teehee!!

Wah banyaknya rambutan!!

August 28th, 2010



Wah banyaknya rambutan!!, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Pagi hening yang indah di kampung kesayangan. Rasa macam dah lama hidung aku tersumbat dengan habuk dan udara tak segar di Kuala Lumpur. Hehe.. Sahur tadi makan best best. Ada sambal udang, sayur masak lemak, cendawan goreng, telur dadar dan air milo. Fuh! Alhamdulillah. Dah berbulan makan kedai je. Hari ni makan air tangan ibu dan akak terchenta.. Gambar atas tu rambutan. Snap masam round round kawasan rumah tadi. Kalau tak kenang puasa, mmg aku dah petik setangkai. Hehe. Rindu gila dgn segalanya di sini..

Mak! Anak mak on the way!!

August 28th, 2010



Mak! Anak mak on the way!!, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

On the way ke kampung. PS3 bawak nak kasi anak2 saudara main. Xde la lepak gile time puasa kan? Hehe..Gerak lambat sikit dari KL nak elak jem.. Lambat sebab akak singgah Tesco tadi.. Moga perjalanan selamat sampai ke destinasi. Erm kerinduan sungguh pada seseorang yg sedang nyenyak tidur.. Sobsob.. Erm mak! Anak mak balik ni! Hehe..



Lagi beberapa jam pulang ke kampung, originally uploaded by Khaixy via Miss Satio.

Kejap lagi nak balik kampung dah.. Sedihnye sebab kena berjauhan dengan dia ni.. Tapi dia faham kot yg aku dah lama x balik kampung. Rindu sgt rasanya. Since tahun ni beraya kat KL, so raya awal dulu la kat kampung di Negeri Sembilan.. Tak sabar nak main mercun. Tu yang heaven’nya jadi orang kampung.. Hehe.. To cik eifa, jaga diri baik baik. Takmo nakal nakal taw.. Jumpa sahur isnin hanti.. Luv you! Ntuk yg lain, selamat hari raya untuk korang. Bila kali terakhir jumpa parent korang? Kalau dah lama sangat, bawaklah balik kampung tu. Sian mereka sure rindukan anak-anak dia.. Teehee..