Bazaar Ramadhan

August 30th, 2010

Lambat aku upadate entri pasal bazaar Ramadhan kat tempat aku ni. Memandangkan lagi beberapa minit nak sahur, so aku upload gambar air ni kasi tergoga sikit kejap lagi. Hehehe.

Petang semalam; aku, Hanz dan rahman jalan-jalan cari awek kat kampung kitorang. Dah penat tu, singgah la bazaar Ramadhan jap beli ape patut. Jam pun dah pukul 7. Yang bestnya time beli air ni, awek yang jual air tu sangat cantik. Renungan mata dia amat tajam. Senyuman dia sungguh manis. Tapi langsung tak setanding Cik Eifa ku. Hehehe. Mengenai bazaar tahun ni, not bad la. Ramai gak yang menjual. Tapi kalau korang nengok live blog ni bulan Ogos tahun lepas punya entri, pun ada gak gambar Bazaar ni. Kejap gila setahun berlalu. Pergh!!

Happy Birthday Sis Mieya!

August 30th, 2010

Hari ni 30 Ogos 2010. Esok merdeka sudah. Dan sehari sebelum merdeka, tarikh yang memang susah nak lupa (sbb sehari before merdeka) adalah hari jadi akak aku yang ke-4. Anak yang ke-5 dari 6 orang dalam adik beradik. Siapa anak ke-6 yakni bongsu tu? Sapa lagi aku lah! Hahaha.

So semalam tepat jam 12, sambut besday dia dengan penuh kesederhanaaan. Bulan puasa ni elok lah besederhana sahaja dalam semua perkara. Baru dapaat bekerkatan. Hehehe.. Sebelum makan kek, Pak Hassan baca sikit doa untuk besday gurl dan kami semua, then kitorang semua pun melantak dengan jayanya.

Aku? Melantak satu slice, then curi 2 buah ceri merah tu. Haha. Tu la perangai aku dari kecik suka makan buah-buah yang ada kat atas kek. kalau buah strawberry, jangan tanye camana strawberry boleh hilang before kek kena tiup. Hehehe..

Selamat hari jadi buat Norhayati Emyra Abu Hassan. Semoga di usia ke-27 menjadi titik permulaan kepada seorang ibu.. Ahaks!!

Shopping Like Animal

December 13th, 2009

Habis 5 ratus jugak la shopping hari ni. Beli baju-baju Polo, Wristband, makan2….. kasut Nike je tak jadi beli tadi sbb takde yang betul2 minat. Skali sekala pakai ori pulak baru best (saya tak kisah ori ke tidak sebenarnya). Selalu Gua pergi DownTown je. Lagi berbaloi-baloi dapat pakai yang macam ori dengan harga dapat 3 4 pasang berbanding ori. Hehehe.

Gambar kat atas tu kolam air pancut yang baru siap. Last time gua pergi Midvalley/The Garden kolam ni belum siap. Nampaknya tempat ni la jadi tumpuan mencuci mata lepas ni. Hahaha!

Korang ingat full time Blogger takde kerja lain ke selain duduk depan PC? Hehehe. Ni bila ada masa, gua keluar hangout dengan member-member (juga ada yang blogger). Pergi nengok wayang, karok dan macam-macam la lagi (tak boleh cerita..rahsia).. Selepas memekak berbelas-belas lagu, last kitorang kasi penutup dengan lagu nasyid. Bagus tak kitorang? hahaha! Pergi tak kembali lagi tu ok! Insaf kejap sebelum lupa diri balik lepas nengok Zombieland.

Gua macam dah kemaruk pulak dengan Karok ni. Memang la suara gua tak sedap (kalau sedap gua jadi penyanyi bukan blogger).. tapi gua nak karok gak sebab time karok gua rasa macam dapat ketenangan. Gua boleh jerit kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak (sebut anak tekak gua teringat someone).. Hehe.. Antara lagu pebret gua time karok ialah Exist – Alasanmu, AXL’S – Akulah Kekasihmu dan Scoin – Ku menangis kehilanganmu.. lain-lain tu ada la lagi tapi 3 ni tak sah kalau gua tak nyanyi time karok. Layan feelin ok!!

Live Blogging! Finally!

August 17th, 2009

Dah lama terniat nak buat satu blog khas untuk live blogging ni.. dan akhirnya tercapai juga hasrat di hati. Itu pun sebab ada sedikit masa terluang. So lepas ni insyaAllah Khai akan update dari kacamata Khai bersama handphone Nokia 5800XM kat dalam blog ni. Semuanya di lakukan secara live blogging dengan MMS.

Mesti best kan? hehehe. Jangan lupa subscribe blog ni ya. Sekian.