Oh! Man Utd
December 20th, 2009

Oh! ManUtd.. lawan Fulham belum abis lagi dah kena bahan 0 – 3.. oh oh oh.. Gua tak tahu la nak cakap ape.. Tak berbaloi-baloi.. Ah, No komen.. Tadah telinga je la kena bahan plak pasni.. Haha. Aiman tak kesah!
Barca FTW!
December 19th, 2009
Sejak Barca beli aku dengan harga 85 juta pound dari Manchester United haritu, nak ber’blogging pun dah tak cukup masa.. Ayuh Messi kita bergandingan..
Bukit Bintang
December 19th, 2009
Kat KL ni, port lepak Khai tak banyak. Mamak tu dah normal sangat. Bila sampai mood di atas normal baru pergi lepak Bukit Ampang. Kalau rajin, terus pergi kolam air panas Hulu Langat plak. Berendam dalam air panas. Shahduuu. Hehe. Kalau malas pergi jauh2, lepak BB sudah. Nengok gelagat manusia lagi2 aweks2 seksa kat situ. Lepak depan McD time lapo pergi layan Prosperity Burger. Sekali lagi, fuh!! Nikmat. Hehehe. Korang yang duduk KL selalu lepak mana? Kot kot boleh terserempak ke kan? Boleh buat2 tak kenal. Kahkah! LEPAK BOLEH TP JGN SELALU DAH LA. BUANG MASA JE.
Oh_1079.jpg
December 19th, 2009
Testing.. Bengang betul la apesal la asyik tak masuk je live posting aku kat sini.. Kalau masuk posting ni, kira okeh la tu.. Hehe
Shopping Like Animal
December 13th, 2009

Habis 5 ratus jugak la shopping hari ni. Beli baju-baju Polo, Wristband, makan2….. kasut Nike je tak jadi beli tadi sbb takde yang betul2 minat. Skali sekala pakai ori pulak baru best (saya tak kisah ori ke tidak sebenarnya). Selalu Gua pergi DownTown je. Lagi berbaloi-baloi dapat pakai yang macam ori dengan harga dapat 3 4 pasang berbanding ori. Hehehe.
Gambar kat atas tu kolam air pancut yang baru siap. Last time gua pergi Midvalley/The Garden kolam ni belum siap. Nampaknya tempat ni la jadi tumpuan mencuci mata lepas ni. Hahaha!
Suara tak sedap tapi nak karok jugak!
December 13th, 2009
Korang ingat full time Blogger takde kerja lain ke selain duduk depan PC? Hehehe. Ni bila ada masa, gua keluar hangout dengan member-member (juga ada yang blogger). Pergi nengok wayang, karok dan macam-macam la lagi (tak boleh cerita..rahsia).. Selepas memekak berbelas-belas lagu, last kitorang kasi penutup dengan lagu nasyid. Bagus tak kitorang? hahaha! Pergi tak kembali lagi tu ok! Insaf kejap sebelum lupa diri balik lepas nengok Zombieland.
Gua macam dah kemaruk pulak dengan Karok ni. Memang la suara gua tak sedap (kalau sedap gua jadi penyanyi bukan blogger).. tapi gua nak karok gak sebab time karok gua rasa macam dapat ketenangan. Gua boleh jerit kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak (sebut anak tekak gua teringat someone).. Hehe.. Antara lagu pebret gua time karok ialah Exist – Alasanmu, AXL’S – Akulah Kekasihmu dan Scoin – Ku menangis kehilanganmu.. lain-lain tu ada la lagi tapi 3 ni tak sah kalau gua tak nyanyi time karok. Layan feelin ok!!
Malam ini ada yang akan terbunuh
December 8th, 2009
Haaaa!! Korang ingat ape? Haha. Baru beli CALL OF DUTY MODERN WARFARE 2. Tak sabar nak main mission No Russion. Mission bunuh civilian yang tak bersalah. Korang nengok kat Youtube kalau nak tahu kenapa mission tu best. Search "Call of Duty Modern Warfare 2 No Russian"..
Harini hari kanak-kanak buat diriku
December 7th, 2009
Tiba2 teringat zaman budak2 dulu kan? Hehe. So khai saje la beli tapi belum bukak lagi. Mesti mainan tak se’best dulu dan coklat pun ntah2 dah x rasa coklat. Haha.. JOJO harga dah RM2.20, TORA plak RM1.20 dan DINDANG pulak dah RM0.60 .. Nice2. Dah bertahun2 naik 20 sen je dari zaman kanak2 Khai dulu
Saya jaringkan gol… Yay!
December 6th, 2009
Yaaa.. Jaringan hetrik dari striker baru Manchester United, Khai. Hahaha. Dah jauh dah aku layan Become a Legend dalam PES2010 ni..
Saya dah ada dua. Anda pula bagaimana?
December 1st, 2009
Gua tak puas hati betul la sama abang2 polisi ni. Sebab ape? Gua parking kat tempat yang tak ada tulis "NO PARKING" tapi kenapa gua kena jugak? Ahh gua tak kira. Selagi takde tanda no parking kat tempat tu, gua tak nak bayar. Baik gua sedekah kat masjid untuk saham akhirat gua dari gua bayar untuk benda yang gua sendiri tak sure mengapa dan kenapa dan juga ke mana arahnya duit yang gua nak melabur tu!! Explain please..







