Entri Khas: Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008


Entri Khas di pagi Aidil Adha. Baru balik dari masjid ni menunaikan solat sunat yang setahun sekali. Tak pergi ke? alahai.. almost 2 jam je dari 365 hari masa korang diperlukan. Hurm, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan pagi ni nampaknya. Well, benda setahun sekali, hujan tak hujan, redah jugak la ke masjid. Ni baru je balik, saje nak feel sikit update entri khas di pagi Hari Raya Korban ni kan. Tadi kat masjid tak boleh tahan. Nengok muka imam baca khutbah je mengantuk. Pandang kanan je orang tengah tidur. Yang kiri tersengguk-sengguk. Khai pun join venture sekali. Nak buat camana kalau dah mata ni setting dia jam 6 baru rasa mengantuk. Aduyai…

Nak tanya, dalam hidup ni, pengorbanan apa yang paling besar pernah korang lakukan? Hurm, tadi di masjid, imam sampai menangis menceritakan kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Even Khai dengar dalam keadaan tersengguk-sengguk rindukan bantal pun, Khai still ingat dengan clear apa yang Imam sampaikan dan cukup memberi kesedaran pada Khai bertapa besarnya pengorbanan mereka terdahulu berbanding dengan pengorbanan apa yang dah Khai buat sepanjang 20 tahun bernafas di bumi Allah ini.

Bersempena tahun baru Muharam dan Januari yang akan datang, Khai harap ujian yang Khai terima tidaklah sehebat tahun ini. Janganlah ada lagi yang senasib dengan Yamaha 125zr Khai itu. Dan janganlah terjadi lagi antara apa yang berlaku antara Khai dan si dia. Kalau di tanya Khai, pengorbanan duniawi apa paling besar pernah Khai lakukan dalam hidup ni, honestly Khai akan jawab Khai dah mengorbankan cinta, kasih sayang dan keikhlasan terhadap insan yang Khai cintai awal dan akhir walaupun tanpa rela. Mimpi atau realiti, hakikat harus diterima dan percaya pada jodoh ketentuanNya. Demi kebahagian dia, Khai kuatkan diri untuk mengundur diri. Dia tak pernah minta break atau apa, Khai pun tak tahu kenapa mulut Khai ni petah sangat melafazkan walaupun hati tak tak pernah rela. Ini kerana, lelaki mudah kalah bila merasakan cinta dan sayangnya pada si dia jauh lebih menebal berkali-ganda dari cinta si gadis.

Apapun, di kesempatan ini Khai nak mohon ampun dan maaf dari semua sahabat Khai masa sekolah dulu, masa di Limkokwing dan juga sahabat dalam internet. Tidak dilupa kepada reader Justkhai atau mereka yang pernah menjejakkan cursor ke sini, kalau ada salah dan silap, ayat-ayat pedas dan menyinggung, harap dapat dilupakan. Kita buka lembaran baru. Kepada artis-artis yang ada entri’nya di sini, anggap saja itu semua sarapan korang untuk menjadi popular seperti Fasha Sandha. Dikutuk, dihina dan dikeji, dialah yang no 1 juga.

Shah Rukh Khan Berbaju Melayu

Akhirnya sampai jugak si Shah Rukh Khan ni ke Melaka. Tahniah la diucapkan sebab dia sendiri cakap, tak sangka negara yang tak faham bahasa diorang pun boleh beri anugerah Datuk. Satu lagi cara nak habiskan duit rakyat. Datuk ni dapat duit tiap-tiap bulan kan?

Pstt: Next week, graduation day dah sampai.. kejap je masa berlalu, dah graduate dah aku.. Moga segalanya berjalan lancar.. Amin

Ditulis pada 11:52 AM 8 December '08 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,073 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , ,


RSS feed | Trackback URI

19 Comments »

Comment by zieyn
2008-12-08 12:18:31

At last,muncul gak entri raya korban yg Ku tunggu-tunggu..
(x tunggu pn snanye)Hehe..:D

Almx,rse nyesal ar plak x g solat raya td..
Hmm..

..
 
Comment by put_272
2008-12-08 14:26:20

hmmm…slamat ari raya wat khai n family…

ooo…tido kat mesjid ye…standard la tu..haha…jgn smpai tersalah rakaat lak.huhu…pape pun…put mntak maaf bbnyak kalo de wat salah ke apa ke…terkata pape ke kat khai…huhuhu…k.. slamat ari raya….

..
 
Comment by kusu
2008-12-08 16:04:46

wth!>..
bengong nye menteri Melaka..(mod kejam)

neway khai..slamat ari raya aidiladha :D(mod alim)hee

..
 
Comment by azleah
2008-12-08 17:44:24

khai, camat ari rayeeeee

..
 
Comment by deennasour
2008-12-08 19:09:33

selamat hari raya aidiladha.
tadi aku berat kaki nak ke masjid.
takbir raya menyebabkan aku sebak nak ke masjid. *sambung tdo la gamaknye. mampos kalau bapak gua tau.

erm,
datuk tak silap aku, buat bodo je dah masuk 3K tiap2 bulan.

..
 
Comment by zool
2008-12-08 20:59:46

Selamat Raya Khai..
Sebenarnya sikit je pengorbanan yang kita buat…
Terlalu sikit..

Datuk dpt duit ke?? Memandai la ko ni….

..
Comment by Khai
2008-12-08 21:01:25

datuk mmg dapat duit.. byk dah sumber yg khai dengar..

..
 
 
Comment by Azizwanâ„¢
2008-12-08 23:26:31

aha.. datuk memang dpt duit tetiap bulan.. tp bkn datuk yg bergelar datuk sbb dah ada cucu & cicit ek. hehehe..

duit yg diorg dpt tu dipanggil elaun datuk. kui..

knp la susah2 nak bg duit kita kat org luar.. ekonomi negara sendiri belum stabil, nak bg kaya org luar pulak.. apa nye menteri besar daa..

kan lebih baik bg duit tu kat anak2 yatim, besar gak pahala dunia akhirat 😉

..
Comment by emmet
2008-12-08 23:58:03

bang..ade prob..tau tak nak hack fs

..
 
 
Comment by Truckster
2008-12-09 00:07:30

WTF moment…datuk SRK???

papahal selmaat aidiladha kepada semua rakan2

selamat berknvo jugak buat kau

..
Comment by emmet
2008-12-09 00:11:17

bro..tau hack fs tak

..
 
 
Comment by loque
2008-12-09 02:01:57

wah hujan ek tempat bro
di Melaka pown hujan lebat
shah rukh khan cam *&$#!
ko dah nak grade dah khai?
waah..tahniah la..

..
 
Comment by Rjuna
2008-12-09 11:08:10

Samping dia je dah Rm3 ribu, memang jadi kuli batak la YDP Melaka tuh, nak bagi anugerah pon SRK yg letak tarikh bila dia nak datang

..
 
Comment by Sabri
2008-12-09 11:29:58

salam aidiladha khai.. (blum terlambat lg kan)
wakaka.. aq rase solat raya sejam jer la..
hurm, pape pn, pesal la melaka bg anugerah tu kat SRK..
org malaysia pn ssh nk dpt..
cube la bagi kat aku ke..
ok gak, aq org malaysia..
hahahaha..

..
 
Comment by Merah+hitaM
2008-12-09 14:17:47

salam aidiladha pada khai dan keluarga… moga ibadah kita diberkatiNya….

yg bg anugerah datuk tu yg dipertua melaka kan??tak patot….

..
 
Comment by titan
2008-12-09 23:45:01

akhirnya. tamat dah gossip pasal SRK nak datang atau tak..

..
 
Comment by bd fabregas
2008-12-10 11:40:34

melaka ujan beb.. sket je lg umah aku nak masuk air.. belakang umah mmg dah banjir..
SRK tu mmg x patut dpt.. kalo korg perasan masa buletin utama ari tu, si SRK ni tutup idung pas khalil kalungkan pingat tu.. mulut khalil busuk kot.. hahaha..

..
 
Comment by Callister
2008-12-10 20:03:25

tahniah sb dah nk grad..
aku bile la plak..

..
 
Comment by mmp
2009-01-18 14:10:20

SRK….dah x ensem dah kalo pakai baju melayu…nampak cam mamat bangla tua je…..hehe

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post