Memulakan kehidupan seperti biasa semula

Dari meja kamarku ku menulis. Artikel sebelum ini mengenai Khai yang dah pun berhijrah ke Ampang. Alhamdulilah la rumah ni memang much better dari rumah yang sebelum ni. Parking kereta berbumbung cantik, pagar rumah pun automatik, siap ada alarm system lagi. Terima kasih tuan rumah. Tapi melampau sangat sampai ada kucing jalan dekat pun dia bantai nak berbunyi. Hahah!

Hari tu masa call lori nak bawa barang dari Bangsar ke Ampang dia cakap RM180 je. Tapi lepas angkat semua barang dalam lori, harga dah jadi RM380. Cisdel! Alasan dia sebab barang banyak yang berat-berat dan tinggi. Ala kerja angkat 3 orang pun nak kecoh. Tapi takpelah kalau tak bayar karang, takkan nak angkut sendiri satu-satu bawa jalan kaki? Hehe. Habis je punggah barang dari lori petang tu terus pergi Sen Heng beli mesin basuh dan Aircond. Fuh, gila sentimental hidup rasa nak tidur je 24 jam. Ahaks!


* Apek datang lumah pasang itu aircond loh.

Beberapa hari selepas pindah tu, Astro pun datang untuk pasang piring Astro yang diorang buka dari rumah di Bangsar tu. Segalanya berjalan lancar dan baik sekali setakat ini. Still berbelah bagi lagi yang Astro ni nak pasang kat office ke tidak ye? Karang kalau pindahkan ke office, bosan pulak tak dapat nengok TV kat rumah. Nak masuk kat dua-dua tempat, apekejadahnya pulak. So buat masa ni, biarkan Astro ni kat rumah je dulu.

Mengenai internet, Alhamdulillah sebab W1max dah selesaikan masalah yang Khai hadapi sebelum ini. Selain dari diorang janji nak upgrade coverage kat area yang Khai duduk ni, diorang kasi sekali modem baru warna putih yang macam bentuk Eiffel Tower tu tanpa sebarang charge (gambar di atas). Sekarang ni barulah dapat online seperti sediakala. Pakej Khai ambil 4.8mpbs so rasanya dah lebih dari cukup untuk apa yang Khai lakukan.

UniFi masih tak available kat area ni dan juga area office. Hari tu dah pasang kabel tapi makan masa juga la kot untuk diorang nak on’kan kat area ni. Tapi takpelah, W1max pun dah ok. Rilek aje. W1max ni juga mungkin Khai akan gunakan di office nanti. Suka dengan W1max ni sebab senang nak pindah randah dan bawa ke mana-mana. Asalkan tempat tu ada coverage dia, memang takde masalah. Diam tak diam, dah dua tahun lebih juga Khai gunakan W1max ni menggantikan Streamyx yang macam haram pada ketika itu. Serik untuk kembali dengan Streamyx (UniFi tak apa).

Area ni juga berhampiran dengan sebuah tasik dalam gambar di atas ni. Mungkin boleh jadi port untuk beriadah di waktu petang. Boleh jogging-jogging sikit. Badan makin lesu dah ni. Kalau dah dekat macam ni pun malas nak berjogging, tak tahu la nak cakap apa dah. Hehe.

Apapun dalam percubaan untuk menyelesakan diri di tempat baru yang hampir dah berjaya ini, masih ada yang macam tak cukup je sebab perlu berjauhan dengan si dia. Dulu tiap-tiap petang tak pernah miss makan sama dengan dia. Sekarang makan sorang-sorang ajelah. Siapa si dia tu? Tentulah tunang saya di Facebook. Dia masih di area Bangsar. Tapi tak mengapa, dia pun faham sebab kenapa Khai berpindah sebab nak duduk dekat dengan office (2 minit je naik motor/kereta dah sampai office). Seronok ada bakal teman hidup yang cukup memahami dan matang ni. Nasihat Khai kepada semua, kalau nak cari teman hidup tu, carilah yang dah bekerja dan matang. Jangan la cari budak-budak university yang tak habis belajar lagi atau lebih teruk, budak sekolah! Kematangan tu penting kalau tidak bergaduh baik, bergaduh baik, putus sambung, putus sambung ajelah kerja korang. Datang orang lain, memang bye bye la korang. Hehe. Apapun bukan semua macam tu lah ya? Jadi pandai-pandailah memilih calon.

Jadi cukup setakat ini artikel kali ini. Oh ya, dan semalam (Jumaat 10 June 2011 jam 10 pagi), bertambah lagi seorang anak saudara Khai. Nama yang diberi memang best dan bermakna sangat baik tapi panjang sangat sampai Khai pun dah tak ingat. Nanti dah tanya dengan mama dia, Khai buat artikel khas ya.


* beberapa jam selepas dilahirkan. Diberi bantuan oksigen seketika oleh nurse comel. kahkah.

Ermm, raya tahun ni bertambah lagilah budget duit raya. Hehe. Takpe, Paksu memang suka bersedekah kat korang. Maklumlah takde adik sendiri yang nak dimanjakan. Anak-anak buah pun jadilah. Wakaka!

Till then..

Ditulis pada 7:30 AM 11 June '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,507 views | Dalam kategori: Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

61 Comments »

Comment by syahirul
2011-06-11 07:57:25

ampow saya sekali taw..wakakaka

..
Comment by Khai
2011-06-11 08:34:04

Eh eh, bukan patut yang lebih tua kena kasi angpow ke? Hehe..

..
 
 
Comment by beliamuda
2011-06-11 07:59:43

Tahniah Khai sebab dah pindah ke rumah yang lebih selesa dan dapat anak saudara baru.

Semoga segalanya berjalan lancar di sana.

..
Comment by Khai
2011-06-11 08:34:19

Thanks bro. InsyaAllah.

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-06-11 09:22:45

Khai, apa beza modem putih dengan modem hitam P1 wimax?
yang putih lagi laju ke? πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:15:01

Banyak bezanya. Yang putih ni memang lagi laju dari yang hitam. Ada dua port untuk ethernet dan dua post untuk phone. Takde USB WiFi receiver macam dulu dah. Semua dah build in. Memang smart! Hehe.

..
 
 
Comment by Fazreen
2011-06-11 09:32:17

Lama betul nak tunggu blog ni berupdate..jangan lupa jemput ke pejabat baru..

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:15:22

Hehe. Itulah, sedang mengembalikan mood yang lalu. InsyaAllah bro. Mesti jemput punya nanti.

..
 
 
Comment by Cikgu Hairul
2011-06-11 13:02:12

Wah makin dekat dgn opis. Tapi jangan pulak sampai kejap-kejap nak balik rumah. Nanti keja tak menjadi. Eh.. Khai, camna nak tukar modem WiMax yang itam tu dengan yang putih?

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:16:33

Ahaha. Parah gak tu kan. InsyaAllah akan lebih mendisplinkan diri nanti. Untuk tukar modem hitam kepada yang putih, bawa sahaja modem hitam tu ke P1 di Jalan Templer sana tu dan pergi ke customer service. Hehe. Pastikan contract dah habis lah ya. Kalau tak kena bayar RM400 untuk beli modem putih tu.

..
 
 
Comment by Kak Es
2011-06-11 13:25:29

memang lawaaaa laaa blog ni πŸ™‚ :love:

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:16:44

Mekacih Kak Es.. hehe

..
 
 
Comment by mizan
2011-06-11 14:31:48

tahniah dpt ahli keluarga baru ;P
khai bile nak agkat forte??? πŸ˜‰

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:17:18

Dokumen semua dah submit dah. Status masih pending approval. Hehe.

..
 
 
Comment by Kamarul Azriβ„’
2011-06-11 16:26:45

wah, hijrah tu bgus untuk dapat angin baru… πŸ™‚

orang kata lain padang lain belalang, sama juga pindah rumah..

jiran pun lain-lain…

..
 
Comment by nabilpotter
2011-06-11 18:33:03

khai, ko sewa situ ke? ada lagi rumah yang boleh sewa? hehehe..ak tengah mencari rumah sewa ni.huhu

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:18:01

Haah menyewa. Orang bujang kan. Hehe. Err tak pasti la ada lagi ke rumah sewa kat sini. Rasa macam takde je sebab kat sini semua rumah family..

..
 
 
Comment by wandisini
2011-06-11 19:00:45

rumah baru, anak buah baru

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:18:13

suasana semua baru.. Hehe..

..
 
 
Comment by hazwan
2011-06-12 00:59:56

justkhai kembali seperti dulu..bercerita hal personal..aku suke!! hahaha πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:19:02

Ahahaha.. suke eh? kalau camtu hari hari nak update macam ni la.. boleh?!! hehe

..
 
 
Comment by Megat Azfar
2011-06-12 02:06:25

Rumah baru, gate baru, alarm baru, air-cond baru, astro baru, modem baru, anak buah baru.. Untung la haaiiiii

..
Comment by Khai
2011-06-12 08:20:17

Alamak aii.. baru perasan bro. wakaka.. Alhamdulillah. Kena kerja lagi kuat ni.

..
 
 
Comment by Omar
2011-06-12 14:41:34

Sudah pindah Ampang ye. Em, nanti lepas office baru, bolehlah buat entri pasal suasana dekat office pulak.

Btw, dibandingkan dengan kesemua artikel yang pernah dibaca sebelum ini dekat JK, rasanya artikel ni dia punya feeling lain macam la.. kenapa ntah… πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:53:10

Hehe. Terima kasih Omar. Pasal office tu, insyaAllah nanti. Hehe..

..
 
 
Comment by Faris
2011-06-12 17:05:43

Wow! Kalo area rumah baru dah selesa, kena kerja dengan kuat dan diperhebatkan lagi…jeles giler dgn Khai ni, buat report terus boleh dapat coverage w1max ni. Area rumah aku ni still takde coverage w1max lagi. Huhuhu… Jangan lupa jemput aku datang ke ofis Oh Media ye. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:54:24

Ala.. kita ugut diorang sikit. Tak up coverage, kita kasi potong itu akaun then tulis w1max sucks kat blog. Hahaha! InsyaAllah Faris..

..
 
 
Comment by Izral
2011-06-12 18:57:47

wahhh..stay dkt dgn taman tasik ampg hilir ehh??? saya pon umah area2 situ je (=

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:54:42

Alamak! Meh la belanja makan ABC kat tepi Tasik Ampang Hilir tu. hehehe..

..
 
 
Comment by zwan
2011-06-12 22:03:56

hidup biar sedap…

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:54:57

Macam slogan aiskrim plak kan? Hehe.

..
 
 
2011-06-12 23:29:45

Kalau dah dekat dengan opis, mudah nak bergerak kan? kat KL ni, mana-mana pun jem jer memanjang.
Saya masih menanti kalau P1wimax ni ada di kawasan saya, buat masa ni guna YES dan Celcom sahaja.

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:57:29

Itulah. Nasib rumah ni pun dekat dengan office. Ikut shortcut belakang Tesco. Hehe.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-06-13 00:57:43

Peh. syukur bro semua ada. Jangan lupa orang yang susah.

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:58:05

Alhamdulillah la semua untuk kemudahan bekerja dah ada. Hehe. InsyaAllah. Saya tak senang pun tapi tak pernah lupa pada yang susah. Hehe.

..
 
 
Comment by wan sandx
2011-06-13 01:46:52

ehem dah ada anak baru dah khai ye..tahniah diucapkan

bab makan sorg tu,hehe sebenarnya si dia pon rasa ap yg khai rasa,iaitu mkn sorg jugak..hehe

..
Comment by Khai
2011-06-14 01:59:12

Anak baru? Wakaka! Hurm, itulah pasal makan sorang tu si dia lagi terasa kot. Semua pun tahu kita yang lelaki-lelaki ni cool sikit tapi yang perempuan memang kesian sikit. Takpelah, kesukaran hari ini untuk kebaikan masa depan. Cewah! Hehe..

..
 
 
Comment by hytiq
2011-06-13 03:25:37

lmenye xmsuk blog ni,da mcam2 prubhan yg smkin mngkat ye khai..da bpndah,da ade gf n mcm da hmpir complete r idup khai yg bosan dlu tu..krjye pn da smkin ok.. dah ok dah tu,bt knduri jgn lpe jmput ye.hee.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-14 02:00:11

Erk! Hehe. Terima kasih kerana ingat lagi blog ni. Memang dah lama Khai tak update soal personal kat sini. Tapi lama-lama rasa seronok pula dapat update lagi. Hehe. Thanks Hytiq.

..
 
 
Comment by ejardkethot
2011-06-13 22:31:25

fuhhh….nice lah…khaii…natang itam ctrl ngan alt tu apa tuu ??

huuu…. tggu bila plak khai nk kawen n mnimang cahaya mata plak jee….hehehehehhe 8)

..
Comment by Khai
2011-06-14 02:00:47

Itu cawan tu. Cawan CTRL ALT DELETE. Hehe. Cahaya mata sendiri tu susah nak cerita. hahaha..

..
 
 
Comment by aPiP
2011-06-14 00:50:18

wahh.. bro khai dah maju la.. alhamdulillah la kn.. blog just khai ni yang pertama skali dlm list saya yang membuatkan saya utk bermula blogging sampai πŸ˜‰ sekarang ni.. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-14 02:02:55

Alhamdulillah. Tak maju pun, just maju sket je dari semalam. Hehe. Terima kasih aPiP dan teruskan minat blogging anda ya.

..
 
 
Comment by Khairi
2011-06-14 04:11:58

a href=”http://www.mudah.my/APPLE+Ipad2-9849944.htm”

… it is real ?? :bloody:

..
 
Comment by kami
2011-06-14 12:58:16

macam tulah kehidupan. Perlukan perubahan. Baru ade kemajuan….

..
 
Comment by Kamarul Azriβ„’
2011-06-14 18:00:28

ha selalunya mcm tu la kan, kalau rumah dekat je sure nak balik kejap… lelap mata :love:

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-06-14 19:05:45

ptt la bz smcm jer, x setel g pindah umah nie upe nyer… πŸ™‚ apek tu inteprem gak r… haha…

..
 
Comment by MFI
2011-06-14 23:59:43

Paksu..saya pon anak buah paksu gak..tak kenal ke??

(tibe2 mengaku en)

..
 
Comment by aimannajmy
2011-06-15 02:12:34

rumah baru semangat baru, hehe, mak aiih sakan apek tu mark up harga ish ish

..
 
Comment by farass
2011-06-15 12:29:48

boring la.. jd silent reder… hari ni nak berucap siket…

tahniah!!! fara nanti kan yang lbh baru dari JK (kenduri kawen ) hehehe… chaiyok!! πŸ˜€

..
 
Comment by husna nast
2011-06-16 09:00:51

boleh ke add dkt fb. . .
boleh tk mention kn yg betul2 selain dr just khai. .tgk dekat situ photo pon ade 2 je. .hihi πŸ™‚

..
 
Comment by zool
2011-06-16 14:12:10

Lama aku tak singgah blog ko ni.. wah dah ada opis tu… Semoga bertambah berjaya selalu…

..
 
Comment by alex adriana
2011-06-17 10:05:15

selamat maju jaya untuk khai dan oh media. semua dah orait nampaknya. errr. bila nak langsung majlis dengan si dia tu?.. sonang tak payah berjauh lagi hehehhehe

..
 
Comment by neyra shazeyra
2011-06-20 08:06:19

grats for ur sis .. sweet airis πŸ™‚

..
 
Comment by BudakBaruBelajar(tripleB)
2011-06-25 12:29:20

klu bc kt bl0g len smbng sal pers0nal di0rng sumpah b0wnk gler….tp klu k0 pny mmng baik punya…
tp lpas nie bg ar byk2 skit update bl0g nie…sumpah rindu krangan k0…ha3
keep 0n r0cking br0…. πŸ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-29 08:37:58

Hehe. Terima kasih.. InsyaAllah Khai akan selalu update lagi blog ini..

..
 
 
Comment by topupraguragu
2011-06-26 10:33:50

seronokkan kalau bujang dah ad rumah lengkap lg tu..hehe

..
 
Comment by Izwan
2011-07-06 03:46:42

workstation yg kemas.. like.. smart je tengok tuh.. gadjet pn best2.. πŸ˜€

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:37:45

Boleh laa.. untuk orang bujang macam aku. hehehe..

..
 
 
Comment by Fairuz Sudin
2011-07-10 22:03:31

sama laa saya duduk Ampang gak..
bagus kawasan ni sbb byk pasaraya, ade LRT station, sekolah pon dekat..

..
 
Comment by amgreatz
2011-08-13 12:48:27

wah..bro masuk rumah baru..byk ke blanjenye yob? πŸ™‚

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post