Respon aku bila kerajaan sekat rakyat download sana dan sini

Salam guys. Baru-baru ini satu Malaysia memang kecoh la bila SKMM mengeluarkan notis kepada semua pembekal internet agar menyekat akses rakyat Malaysia untuk ke-10 website download yang popular. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Norman Abdul Halim (Norman KRU) yang juga kepala kepada RIM, meminta kerajaan menutup laman web Jiwang.Org dengan alasan laman tersebut juga menjadi tempat terbesar rakyat Malaysia berkongsi lagu.

Ya itu memang betul. Jiwang ni memang dah lama. Founder dia pun Khai kenal sejak zaman Khai buat forum Scukz lagi. Dulu selalu berborak di YM. Tapi sekarang dah jarang-jarang dah. Jiwang ni memang terkenal dengan followers yang amat setia. Biarpun sekarang bukan lagi zaman Forum, tapi mereka masih ada user yang setia tetap berbakti di sana tanpa sebarang bayaran. Semua pun tahu yang produk mereka bukan satu je, malah memang banyak. Database Torrent diorang pun pastinya terbesar di Malaysia.

Bila kerajaan kita buat semua ni, ramailah yang marah-marah dan kerajaan diugut untuk digodam lagi. Tapi semalam tunggu jam 3:30 pagi, tak kena pula. Pandai kerajaan kita awal-awal dah switch off website mereka. Jadi hacker pun tak dapat nak buat apa-apa la kan. Eh, gomen projek web juga-juta, takkan tak boleh nak tangkis serang hacker kot sampai terpaksa switch off website? Tapi ok la tu kira better la dari malu bila web ditutup atas sebab digodam hacker luar.

Untuk Khai, Khai sebagai manusia biasa memang tak terkecuali juga dari men’download movie dan memang selalu sangat download MP3 dari Internet. Kalau filem tu memang tak banyak sebab Khai memang takde kesabaran untuk bersabar menunggu sesuatu filem tu habis di’download. Hehe. Oklah, secara logiknya, kalau kita dengar lagu single artis tu kat radio dan rasa macam sedap, takkan kita nak pergi ke kedai terus beli satu album diorang yang original kan? Padahal yang sedapnya satu lagu je dan yang lain tu main tangkap muat. Mestilah kita nak download satu dua lagu penyanyi tu dulu kemudian cuba dengar dan kalau betul-betul berminat, cuba dapatkan yang original di kedai.

Inilah Malaysia, di mana kita dipaksa untuk membeli satu album yang original walaupun kita hanya berminat kepada satu dua lagu sahaja. Mungkin ini atas kerana sistem industri muzik kita yang ketinggalan zaman. Kalau di US, orang dah pakai medium lain dah contohnya iTunes Store. Kita boleh pilih mana-mana lagu yang kita nak sahaja pada harga tak sampai pun RM2 untuk satu lagu tanpa perlu membeli kesemua lagu dalam album secara terpaksa.

Bila sebut mengenai filem, sebelum nak tutup web-web download tu, cari dulu siapa yang selama ni jadi dalang membekalkan copy cetak rompak untuk filem yang baru main di pawagam. Bila jumpa si dalang, barulah filem-filem tu takkan masuk ke internet dan takkan terjual di kaki-kaki lima Ibu Kota.

Lagi satu bagi filem-filem tempatan, nak sebut sikit pasal Astro First. Memang Astro First ni banyak membantu pembangun filem di Malaysia untuk menjual filem mereka. Ialah bukan semua tempat berdekatan dengan panggung wayang dan bukan semua orang ada masa nak ke pawagam. Jadi dengan Astro First, dapatlah mereka ni menonton filem-filem terbaru hanya dari rumah sahaja bersama keluarga pada harga RM15 untuk movie (yang sama) tanpa henti selama 48 jam. Itu memang memberikan keuntungan kepada pembangun filem dan kjuga memudahkan penonton, tapi dalam masa yang sama, semakin banyak filem-filem terbaru yang dirakam terus melalui Astro First ini. Camne tu?

Adakah dengan cara menutup web-web download itu satu keputusan yang bagus sedangkan bukan semua orang menggunakan web tersebut untuk mendownload filem dan muzik. Takkanlah tak boleh nak fikir kot? Orang bayar internet mahal-mahal, takkan nak main Facebook dan blogging sahaja. Memang patut ramai yang marah.

Sebenarnya rakyat Malaysia faham mengenai maksud Hak Cipta. Kami semua faham mengenai apa yang cuba dilakukan kerajaan kita. Semua ini adalah untuk membantu para artis kita yang selalu kerugian oleh kerana download-mendownload ini. Tapi dalam masa yang sama, diharapkan mereka usahlah mencari keuntungan sahaja tanpa memikirkan orang lain. Takkan rugi punya pasal, senang je suruh sekat web sana sini macamlah bulan-bulan dia ada share bayar internet? Mana tak ramai yang mengamuk.

Come on, bukan semua rakyat Malaysia gunakan web yang korang sekat tu untuk mendownload movie dan MP3 lah. Ada yang menggunakannya untuk berkongsi file yang besar (mungkin video editing, 3D file, etc), ada yang berkongsi assignment keapda rakan lain dan ada yang berkongsi ebook melalui web-web tersebut. Kepada pihak berkenaan, jangan buat keputusan tergesa-gesa. Fikirkan orang lain dahulu. Jangan fikirkan keuntungan artis dan pihak anda sahaja tanpa mengambil kira suara orang ramai.

Rakyat Malaysia ramai yang pandai untuk tukar DNS/Proxy mereka kepada yang lain, maka dapatlah memasuki web-web tersebut. Tapi percayalah, semua itu takkan berkekalan. Tapi dalam masa-masa kecemasan, bolehlah menggunakannya. Gunakan Google Public IP untuk membolehkan korang meng’akses kesemua web-web yang telah disekat oleh kerajaan kita. Kalau Khai, tetap gunakan cara paling basic macam Khai guna time study dulu iaitu masuk mana-mana website melalui HideMyAss. Hehe. Dulu masa praktikal di Limkokwing University, Khai pernah pecahkan proxy diorang sampai 3 hari diorang tutup internet dalam kampus. Ngehngeh. Lagi panjang ceritanya.

Apa guna kerajaan memperkenalkan internet jalur lebar berkuasa tinggi (UniFi) kepada rakyat kalau rakyat tak dapat nak guna untuk memuat turun apa yang mereka suka. Internet laju-laju, takkan nak guna main Facebook dan blogging sahaja? Jangan suatu hari nanti Youtube pun disekat sudahlah. Youtube juga antara tempat ramai orang berkongsi filem atau drama terbaru. Dalam masa yang sama, di sana juga kita boleh melihat video-video pembelajaran, National Geography dan banyak lagi. Kalau suatu hari nanti Youtube disekat, adakah mereka tidak fikirkan nasib anak-anak kecil mahupun dewasa yang ingin menonton National Geography dan video lain yang berilmiah di sana?

Youtube dan web-web yang telah mereka sekat tidak banyak bezanya. Cuma di Youtube, orang boleh Play dan di web download lain, orang perlu download baru boleh play. Jika mereka boleh berfikir waras mengenai fungsi Youtube, kenapa mereka tidak berfikir waras untuk menyekat akses kepada 10 web download yang lain.

Ini semua pendapat peribadi Khai. Walauapapun, Khai tak ambil kisah sangat semua ini. Biar mereka dengan kerja mereka, kita dengan kerja kita. Rakyat Malaysia tunjuk perasaan sekalipun, semua ini sukar untuk berubah atau mungkin takkan berubah sampai bila-bila. Mereka telah mula mengganas untuk menghapuskan budaya cetak rompak di Malaysia. Sebenarnya itu satu usaha yang murni tapi dalam masa yang sama, cuba fikirkan dengan lebih mendalam apa sebab cetak rompak amat gilang-gemilang di Malaysia. Cari orang dalam yang lebih bertanggungjawab untuk semua itu (sebab cerita Melayu semua gambar cantik. Tak pernah ada yang rakam dalam wayang setakat ini).

Semua ini kerana duit. Yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus papa kedana. Biasalah tu.

Ditulis pada 8:13 PM 16 June '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 1,166 views | Dalam kategori: Daily Craps, Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

65 Comments »

Comment by taqi
2011-06-16 20:46:39

tuu laa byr internet mahal2 laju2 pun buat ape klw tak bole download ape yg kte nak :bloody: naseb dulu khai ade ckp psl ultrasurf ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by nazzue
2011-06-16 21:22:38

setuju khai dengan pendapat tu..kalau semua disekat nanti internet dah tak berguna…mulalah budaya negatif menular berleluasa..iyo tak? 8)

..
 
2011-06-16 22:15:21

Kerajaan mungkin ingat web web tu semua cuma tempat download lagu dan movie. Sedih gak bila megaupload nak di blocked. Banyak file berkenaan blog dalam tu yang dishare dengan kawan-kawan. Nak kena pindah tempat lain dulu ler, manatau betul-betul kena blocked sudah. ๐Ÿ™

..
 
Comment by h3r0
2011-06-16 23:32:59

Khai!

1st – Norman Hakim Ex-hubby Abby… Norman Halim KRU.. he he he..

Aku sokong pendapat ko khai… Apa guna internet laju kalau setakat utk berfacebook & bertwitter…

Takkan utk game online saja…

..
Comment by Khai
2011-06-17 03:08:07

Alamak! Haha sorry tersasul. Thanks beritahu. Itulah, yang masuk UniFi tu, satu je tujuan mereka untuk mendownload. Betul tak? Iskiskisk..

..
 
 
Comment by Cik Muda Nurul
2011-06-17 03:11:44

oooo…porno tak nak sekat! benda lain sekat leh plak..hish. gewam2

..
 
Comment by Benrauf
2011-06-17 03:16:20

Hacker tolong la attack skmm punya website please…hack skali pm punya website. teruskan protest anda. kami menyokong 100%.

..
 
Comment by Fazreen
2011-06-17 03:17:46

Kesimpulannya, para pemimpin cetek ilmu IT

..
 
Comment by Azraf Hipni
2011-06-17 03:21:41

Tp kesian kat org2 yg karya2 derang kene download. Mmg betul idea yang single music download tu, tp banyak yg download satu lagu, n bile lagu tu sedap, tak beli pun album tu kat kedai. Me included. haha.

As for unifi, sekarang masih unlimited bandwidth. so boleh melantak download banyak2. but nnti, possibly, bandwidth limit to 60GB camtu je, combine upload + download. Time tu nnti, rasanya ramai yg berjaga2 time download sbb tak nak terlebih capacity sbb nnti kene charged lebih

..
 
Comment by wann
2011-06-17 03:27:21

terkejut gak bila dengar berita pasal skmm nk block web download ni..huhu..kecewa pon ade..bayar mahal2..last nk di blocknye plak..huhu..kalau mcm tu bek gov sponser je tenet kami ni..huhu.. bab jiwang.org yg khai citer tu,wann mengenali internet ni dari jiwang..baik jiwang.org,jiwang torrent,jiwangla @ jiwangirc…huhu..bila tgk rakan2 hackers dok menceroboh masuk ke web2 gov ni,rase seronok plak..mlm td tunggu sampai jam 5 pagi menantikan web2 gov kene hack..huhuhuhu..

..
 
Comment by petir
2011-06-17 03:37:19

padan muka korang…sokong lagi kerajaan cap ayam ni..

..
 
Comment by EchD
2011-06-17 03:37:56

bro…proxy memang lembap + kena tukar from time to time…not a practical solutions…..try main ngan dns….if SKMM soh ISP block website…diorang akan set filter kat DNS….so try openDNS…..ape guna leh access torrent nyer site kalau takde seeders kan… ๐Ÿ˜‰ peace out!

..
 
Comment by JustMe
2011-06-17 03:38:27

Tak Patot Tak Patot Tak Patot !

..
 
Comment by faeez faster
2011-06-17 03:42:40

SKMM mmg pendek akal. Otak letak kat bontot. Wat rugi je byar intrnet mahal2,unlimited bandwidth plak tu tp xley download. Aku xnak pon la download cter melayu ko tu!aku dwnload cter omputih je!(Ter emosi la plak. Huhu)

Tmpang tnye, 10 web tu mmg da kne block ker? Aku ley je buka lg ni. Ngan youjizz2 pun ley bukak lg!pkai streamyx 60inggit je pon. Musykil ni. Huhuhu

..
 
Comment by saya
2011-06-17 04:00:01

sangat bersetuju…. sebenarnya hacker2 tuh protes kerajaan buat macam nih… dan kerajaan sampai bila nak tutup website mereka?
sampai bila pon tak abes cerita nih…

*tuh la, waktu sekat website download nih tak nak pikir…

..
 
Comment by silmi
2011-06-17 04:05:29

haiz.. habis sume backup file2 artwork ak xboleh download.. hadoi… bodo la diorang nie. pk sume org gune file share service tok piracy ke? :o:

..
 
Comment by lori
2011-06-17 04:14:08

terima kasih rim beskal (termasuk, encek norman)

kerja aku malam ni, asik tulis terima kasih jer kat dua benda diatas ini.

too all supporters and haters of jiwang.org (and subdivisions)
we lef u!, much much.

cadangan kami untuk menyelam lebih dalam nampaknya tak berjaya sangat dek kerana promosi percuma dari RIM/norman

err.. aku tak menulis bagi pihak jiwang.org tau hik hik…

lori
jiwang.ws

..
 
Comment by hairi
2011-06-17 04:51:06

ape beza download dengan beli barang ciplak kat uptwon..??

..
 
Comment by seeks
2011-06-17 04:56:26

terima kasih diucapkan sekali.

to all supporters and haters of jiwang.org
we lap you alls.. plus the promotion

seeks
jiwang.org

ps: TQ bro lori!

..
 
Comment by 00 [Qant]
2011-06-17 06:38:43

ak sokong khai….. yg xsokong khai tu mesti org2 kaya yg xpernah pikir pasal org lain…. ye laaa… MCM KRU LA KN… BILA DA GEMPAK, BILA RASA FILEM DA BAGUS, DIA JADI TAMAK….. BILA DA TAMAK DIA XKISAH ORG LAIN SUDA…. DIA KISAH DIAAA JAAA…. JANJI POKET MASUK DPT DUIT SAJA…. :choler:

dia ingat org kampung ada duit ka nk beli tu suma…. org kita kadang2 GAMPANG ja lebih… padahal sendiri tu DOWNLOAD gak…. xpun tgk STREAMING kat tenet…

INGAT>>>> ORG TAMAK SLALU RUGI…. KRU HANYA MENJATUHKAN NAMANYA SAJA…. ak dpd xkisah sgt pasal KRU (ko ingat ak suka ka tgk & dgr local stuff?? download pn xhingin) SKARANG AK DA MLUAT, MENYAMPAH & ANTI NGAN KRU…. :choler:

KEPADA KAKI JILAT BONTOT, U DONT CARE ABOUT US, AND WE DONT CARE BOUT U….. :choler:

..
 
Comment by Umar Faruq
2011-06-17 06:52:05

Yeap.. Betul3.. Saya dah pernah buat entri pasal ni aritu.. Website downloader diorang tutup.. Website porn dibiarkan.. Diorang lebih bimbang isu cetak rompak berbanding isu buang anak.. Tak gitu.. Btw, aku ade dengar2 yang buat cetak rompak tu orang dalam jugak.. Susah nak dapat duit jual yang original, diorang sendiri yang buat cetak rompak.. Lepas tu mula tunding jari kat orang yang tiada pangkat.. Kalau rasa nak halang sangat cetak rompak, jual la cd original tu murah.. Ini tak, laju hampeh jual mahal.. Org bangang pun taknak belil..

Thumbs up for this entri !

..
 
Comment by Khairi Nairfan
2011-06-17 07:21:20

Macam tak berguna je quata 10/20/25 Gb tu bazir gitu saja.
I do like your points especially YouTube tu. Orang biasa kalau nak tahu tutorial pun jenguk YouTube. Sedangkan laman web file sharing pun ada filter macam sesetengah link sharing yang diorang detect diorang akan delete link/file tersebut kan.

..
 
Comment by En AL
2011-06-17 07:45:18

kerajaan nak rasa kalah kot the next election…dia tak tahu value pegundi muda nie….
btw, entry yang bagus Mr Khai…:)

..
 
Comment by Ezy4u
2011-06-17 08:35:45

sokong entry ni….bukan semua download citer kat sana…kalau camtu kenapa x sekat jer 4shared…situ pun leh download lagu.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by FliP
2011-06-17 09:08:53

..hehehee… mereka rugi ke…??? klu rugi… xkan mampu pakai lamborghini….. xkan mampu ada STUDIO sket punya gah kat cyberjaya… artis2 xkan pakai bmw 6 series… pakai ferrari… pakai Hummer suma bagai…. dorg xrugi pun…. cuma dorg TAMAK HALOBA.. nak kaya… KAYA LAIE…!! dah pakai lambo… nak pakai bugati veyron lak…. tu jerk kot pointnya… ๐Ÿ˜€

juz my duaposen pendapat… ๐Ÿ˜€
:p

..
 
Comment by arnamee
2011-06-17 09:18:52

betullah, yg kaya trus kaya.kesian kita;[

..
 
Comment by ahsiang
2011-06-17 10:20:27

sudah kah sekalian daftar sebagai pengundi?
jom ubah!

..
 
Comment by ebikko
2011-06-17 10:27:13

sangat setujuuuu dengan khai!!! ๐Ÿ˜‰ ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by anon
2011-06-17 11:04:07

yang download barang malaysia berapa kerat je pon….xpyhla nk over sgt g block bagai…block ke xblock ke efek dia sama je.kaau dah barang 2 xbes xde sape nk gune jgak la.. :beurk:

..
 
Comment by ejardkethot
2011-06-17 12:12:58

i like this post ….!! harap2 depa baca skit..biaq bukak minda depa…

..
 
Comment by Daddy
2011-06-17 12:14:56

GOMEN BLOCKED WEBSITE F.SHARING…TUNGGU LA ELECTION NANTI, AKU TAK NAK DAH UNDI GOMEN..NAK TUKAR GOMEN…PENGGUNA INTERNET 80% ORANG MUDA, KAKI DOWNLOAD. RASAKAN LAH PENURUNAN UNDI SEBANYAK 80% DAN BLAH LA DARI BANGKU PEMIMPIN … :p :p :p :[ :[ :[

..
 
Comment by Orang Akaun
2011-06-17 15:01:02

at first, aku agak berangin jugak bila SKMM buat macam ni even aku bukan kaki download..just download bila nak n channel aku dah limited

tapi bila lepas chat ngan membe aku, tanggapan aku berubah..
membe aku cakap SKMM NI BIJAK SEBENARNYA!
dia cakap, bandwith malaysia ni mahal. so bila web tuh kena block, web yg hits tinggi tuh kena block, maka bandwith dapat dijimatkan. bila jimat kos kat bandwith, secara tak langsung kos internet dapat diturunkan. bila internet murah, kita jugak untung. website download bila-bila masa boleh up balik. block 1 pagi ni, petang nanti boleh naik balik 10..apa ada hal.

but, aku kurang pengetahuan pasal ni. yang aku terer, memberontak bila kena block macam orang kebanyakan. so sapa pandai, respond please

..
Comment by Khai
2011-06-20 04:07:26

Ada benarnya. Tapi patutnya mereka perlulah kasitahu hal sebenar jika perkara tu betul.. kan? Ini tidak.. mana rakyat tak memberontak.

..
 
 
Comment by Mr Anonymous
2011-06-17 15:12:06

aku tak bli dvd mat salleh Hollywood sbb boikot Amerika…klo bli, duit itu diorang gna utk bli pluru tembak muslim :choler:
aku tak bli dvd ori melayu sbb crita melayu tak best. tahap drama je. tgok skit je dah tahu ending dia. :((
Logik tak alasan aku? ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-06-20 04:07:45

Boleh tahan logik gak la. Hahaha

..
 
 
Comment by Mat Cool
2011-06-17 15:17:55

Orang Akaun, mungkin btul gak apa yg ko cakap tu…cma setahu aku, kalo menda dah naik ni mmg susah nak turun…
mmber2 aku yg keje TM pun kata gak abis la UniFI TM, siap ada yg cancel tempahan. Dah memang TM promote kaw2 pasal UniFi tu sbb donload laju…

..
 
Comment by rizzar
2011-06-17 19:14:01

i like your respon.. tq khai

..
 
Comment by lori
2011-06-17 20:29:14

citer pasal SKMM yang amal dasar cetek, plus RIM yang akaya lagi mau kaya…

bukan pasal isu pilihanraya, ada jaminan pertukaran KERAjaan akan memubka langit alam maya seluas-luasnya? not sure about that, PAS punya komen? konsert pun kena block kan? hehe

jangan marah, hanya sekadar menyakat.
Different ideology but i think we are in the same path and cause..

yang pastinya..Anti DMCA!

..
 
Comment by msbmna
2011-06-18 02:43:21

Aku guna internet untuk download cerita-cerita luar sahaja macam Chuck, Game of Thrones, Nikita dll. Cerita/filem tempatan tak kuasa nak download sebab tak memenuhi piawai citarasa aku. Lagipun buat rugi bandwidth aku je.

Melainkan ada filem tempatan yang bagus dan berkualiti, aku pergi ke pawagam sebagai tanda sokongan. Yang terakhir, Hikayat Merong Mahawangsa.

Lagi satu, RIM sepatutnya ambil langkah seperti iTunes untuk tangani lanun cetak rompak. Bukan cadang sekat internet sesuka hati. Selagi ada permintaan, selagi itu masalah yang sama tak akan selesai.

Aku percaya selagi lagu dan filem yang dihasilkan berkualiti dan tak merapu seperti hasilan prof, orang sanggup bayar walaupun mahal. Ini tak habis-habis cerita hati dan lawak yang tak lawak. Aku pun tak hingin! :choler:

..
 
Comment by Wrath
2011-06-18 06:55:19

Hmm susah bila orang otak bebal nie..buat kerja suka hati diorang jer…heran giler aku block laman perkongsian pasal cetak rompak…ko banggang ko apo..nie mesti berkawan dgn jin telan kabait nie…korang xde buat kerje ke yg nak ambik jalan mudah korang tahu ke cd cetak rompak tu local ke seludup? benggong2…

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-06-18 15:21:23

selagi ada hosting sharing caring nie… xleh kemane dorg nak sekat2 nie… ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-06-18 18:31:00

Ya betul.. orang kalau nak share mp3, guna email pun boleh iye tak? hahaha..

..
 
 
Comment by Faris
2011-06-18 22:01:27

Fuh! Bila dah jadi mcm ni naik bengang pulak aku pasal government dah nak sekat file host sharing ni. Aku ni dah la extreme kaki download. Mesti la nak download apa yang latest, lepas ni tak guna la ada internet semata-mata utk facebook, blogging je. Fenomena dunia internet Malaysia semakin membosankan. Memang la bak kata orang Internet ni satu kebebasan utk dilayari mencari pelbagai sumber tapi ada batasnya. Kalo dah jadi mcm ni lebih baik tak payah ada internet.

..
 
Comment by wan sandx
2011-06-18 23:34:04

ehem mmg bengang jugak pada asalnya bila kerajaan block semua tu.ye betul kata khai.aku sndiri gunakan medium tu ntuk bkongsi fail2 besar dgn member2. Mmg isu ni hangat dan sebok diperkatakan skrg

..
 
Comment by wan sandx
2011-06-18 23:39:16

tp kan kenapa kerajaan ckp serangan hacker ni bermotifkn politik dlm tv3? Sdgkan rmai rkyat malaysia yg mrh.

..
Comment by Khai
2011-06-20 04:11:39

Ye ke? Haha.. Nak tutup tahi kat tepi jalan padahal satu Malaysia dah tahu. Alasan tak munasabah langsung. Sikit2 politik.. alahai..

..
 
 
Comment by enonimes
2011-06-19 10:12:20

ade makcik jual nasik lemak kat tepi jalan.. semua org serbu nasik lemak die tapi xbyr, nak free je.. marah tak makcik tu?
lebih kurang la perbandingan.. huhu

undang2 termaktub service provider boleh kene saman kalau dorg xsekat website yg memberi pengguna mendownload hak cipta secara percuma.. marah over2 pun xboleh.. cube korg yg buat semua hak cipta tu, tapi org ramai2 download free.. sedih kot.. baik buat wayang kulit kalau nak free..

trust me, ade je tempat download baru nnt.. hehe

..
Comment by Khai
2011-06-20 04:12:51

Itu memang benar. Tapi dia x boleh sekat web perkongsian file kerana kat tempat tu, bukan semua yang boleh di’donwload adalah barang2 hak cipta. Depa kena buat something la untuk itu.

..
 
 
Comment by mat
2011-06-19 20:54:47

2 la rasenye xpayah la nk bincang2 lg mmang btul pun bende ni salah, satu lagi bende ni pun disalahgunakan untuk share video lucah..

..
 
Comment by Finalcross
2011-06-19 21:35:24

‘Kesimpulannya, para pemimpin cetek ilmu IT’

Hamba sgt setuju dgn fakta ini. dgn tidak berfikiran pnjg,trus ambil tindakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya kpd org lain…

..
 
Comment by Ajam
2011-06-23 00:53:48

Hearhhh sukanya aku! Suka sebab Khai di pihak kita yang kebanyakannya tak suka dengan situasi yang terjadi macam ni. Hahaha.

Terima kasih kerana memahami. Sebab kadang-kadang, sakit hati je baca komen atau pendapat diorang yang macam sokong bila benda ni dibuat tanpa memikirkan frasa ‘Yang kaya terus kaya, dan yang miskin terus papa kedana’, ‘Orang bayar internet mahal-mahal, takkan nak main Facebook dan blogging sahaja’, ‘kita dipaksa untuk membeli satu album yang original walaupun kita hanya berminat kepada satu dua lagu sahaja’ dan banyak lagi lah. Sangat banyak.

Apa yang nak dicakap, dah pun orang lain cakap dulu. There’s nothing left to say. Memang sepatutnya, sebelum buat something, kena fikir implikasinya yang akan muncul terlebih dahulu.

Err, maaf terkomen panjang. ;D

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-06-23 21:16:58

hehe.. xpun blutut ke.. haha.. teringt zaman2 blutut mp3, pntg jmp kwn, trus nak blutut mp3…

..
 
Comment by nizamghazi
2011-06-24 01:39:38

Dari perenggan 1 hingga perenggan terakhir dibaca, sumenya ak setuju. Sbb bbrapa akaun peribadi dari bbrpa laman yg disekat itu tdk dpt di akses. Gambate kudasai betul =(

..
 
Comment by topupraguragu
2011-06-26 10:45:50

percayalah rakyat malaysia akan jadi old minded kalau web FS kena sekat

..
 
Comment by key
2011-06-28 06:39:20

haha……adoyai…
xmo donlot cite melayu? cite omputih je? :bloody:
1000000 lmao!X
haha…..:PPP

..
 
Comment by Nafisa81
2011-06-29 11:22:03

ntah kerajaan buat laman web harga sampai juta2…takkan yang harga berjuta tu takde perisai kot…

..
 
Comment by MagikaKotak
2011-07-03 18:00:20

dah internet kat malaysia mahal2,lagi mau block..hampeh semua tu. kalo x silap aku, kat thailand walaopon depa dok bergolak ja,internet depa rm60 leh dpt 7mbps.. kita rm60 384kbps jek..

..
Comment by Khai
2011-07-04 00:04:05

Hehe. Bila masuk soal harga internet kat Malaysia ni, tiba-tiba rasa sakit hati.. Grrr..

..
 
 
Comment by azzahirah
2011-07-03 19:54:39

bile gov nak block website piratebay tu aku pahm tujuan die… hak cipta.. piracy la sume klua…. mmg patut di block… tp bile file sharing website pun kena block…. aku dok la pk…. nmpk sgt segale kije yg berkaitan ngn teknologi dorang tak penah buat…. atau senang cite…. dorang tak wat pun analisis penggunaan website file sharing ni….. aku sndiri pun gune website tu tuk antar esaimen… nak harap email tu stakat antar microsoft word lepas la…. kalo antar file yg besar blom tentu la lepas….. kalo btul die gov bertindak tuk jimat kan kos kat bandwidth ckap trus terang ngn rakyat msia ni…. rakyat msia kte bukan la tak bule berfikir…. kalo tak reti mmg takde la yg belajar smpai thap yg tggi…..

kadang2 benda ni wat lg aku tak puas ati komen2 akan dtg dr pihak kerajaan pasal block website ni sgt tak munasabah…. bule la plak ckap elak donlod muvie semate2 elak PC masuk virus….. lg truk bile ade komen ni sume sbb politik….. punye la si anonymous tu antar video berckap pasal ape nak hack website gov…. tp komen dr pihak gov mesti berkaitan ngn politik….. pelik… nape pihak dorang ni tak reti berfikir luar dari bidang politik…..

..
Comment by Khai
2011-07-04 00:07:44

Haha. Kerana tu kita tak pelik bila dengar kos untuk membangunkan sebuah website yang mudah dan biasa-biasa sahaja, menelan belanja sampai berjuta-juta. Ini semua mungkin kroni punya pasal. Kasi tender, dapat pulangannya sikit. Horay!

..
 
 
Comment by sham
2011-07-04 09:41:55

kejap lagi yahoo, gmail, hotmail punye email pulak kena blok. sebab nak suh rakyat Malaysia pakai email 1Malaysia, yahoooooo bestnye.

..
 
Comment by azzahirah
2011-07-05 01:48:56

website stakat gne template belanje smpai berjuta2 nmpk sgt duit tu ke arah mane…. hahah…. tu yg senang2 je kena hack…. 8)

..
 
Comment by Juan
2011-07-07 23:57:13

jangan risau, uploader pon bijak sekarang nih, betul x

..
Comment by Khai
2011-07-08 09:52:39

Ya betol.. Yang suka hati haramkan web sana sini ni yang tak bijak padahal banyak cara lain yang lebih releven untuk mereka buat. Ini jalan yang terakhir juga yang mereka laksanakan. Mana orang tak marah.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post