Hari Pertama Saya Kembali Berjogging

Alhamdulillah. Berkesempatan lagi untuk menulis di blog ni berkat cabaran 1 hari 1 update untuk diri sendiri. Hehe. Artikel kali ni mungkin pendek saja sebab Khai banyak kerja nak dibuat. Ni pun online kat mamak je. Baru lepas habis meeting kat office tadi.

Tadi ke office dengan krew Oh! Media yang lain untuk ukur dinding. Buat partition lah senang cakap sebab nak bahagikan ruang bekerja dengan ruang tempat client duduk. InsyaAllah akan letak LED 40″ nanti dan juga PS3. So client datang boleh la main game kalau nak. Korang nak lepak kena la jadi client dulu. Hehe. Walaupun Oh! Media ni Khai yang punya, tapi tak pernah nak anggap brand ni Khai punya sorang. Ajak member-member join sekali sama-sama buat kerja dan cari duit sama-sama as krew. InsyaAllah sama-sama berjaya.

Apapun nak sambung update untuk larian Khai petang semalam pertama kali menggunakan Nike+ dengan Nike+ Sensor for iPod/iPhone. Kalau belum baca artikel sebelum ni pasal sensor ni, korang boleh rujuk artikel semangat untuk beriadah kembali membara. Sensor tu akan beroperasi bila korang berlari. Bila berhenti, dia akan pause data yang korang catatkan tu secara automatik. Bila sambung berlari, dia akan continue semula mengira data larian korang.

Sambil berlari tu, korang juga boleh dengar lagu. So bila korang berlari dia keluar lagu dan bila korang berhenti, lagu pun akan berhenti. Lagi satu dia akan keep on kasitahu korang berapa lagi jarak larian yang perlu dihabiskan berdasarkan apa yang korang set kan sebelum berlari. Dah macam suara GPS pulak dah.

Untuk larian hari pertama, patutnya Khai hanya perlu berjalan selama 1 minit iaitu dalam lingkungan sejauh 1KM. Tapi petang semalam bantai berlari tak ingat dunia dengan member sampai tak sedar dah terlebih 1KM pun. Boleh refer gambar kat atas tu. Haha. Ini kalau coach Khai tu manusia, dah lama kena piat telinga ni. Haha.

Persoalannya, siapa coach Khai yang bukan manusia tu?

Ok, kalau korang ke Nikeplus.com dan register, korang akan automatik ada coach yang akan menyediakan jadual untuk korang. Kalau korang dah biasa berjogging, akan ada coach yang akan tunjuk ajar korang apa yang perlu korang lakukan untuk larian seterusnya. Macam Khai ni boleh dikategorikan sebagai baru beginning so Khai pilih coach yang ajar apa yang perlu Khai buat untuk memulakan larian hari pertama.

Berikut adalah screenshot dari iPhone dan website Nike Plus yang sempat Khai ambil.

So dari pengalaman hari pertama Khai menggunakan sensor dan kasut ni, tak salah kalau Khai katakan yang ianya sangat bagus untuk korang sendiri cuba. Mana yang dah sedia mencuba tu baguslah kira korang advance la tu. Mana yang belum mencuba tu, kalau rasa sanggup boleh la mencuba juga ya? InsyaAllah takkan menyesal sebab kalau kita nak harap disiplin diri sendiri 100%, memang susah la kita nak berjogging tiap-tiap petang. Jadi dengan adanya benda ni, selain dia tracking berapa lama dan berapa jauh larian kita, ada pelbagai kategori workout untuk korang pilih samaada Basic, Time, Distance dan yang best sekali, by Calorie. Bila dah habis berlari, korang sync la data larian tu ke website mereka (over WiFi).

Macam screenshot di bawah ni, jadual larian Khai. Untuk hari Isnin (semalam), nampaknya dah terlebih so esok kena la kembali follow apa yang dah disediakan ini. Fuh, semangat wooo!

Esok kena jalan 5 minit dan lari 1 minit (ulang 2 kali) dan jalan 5 minit balik. 8 Julai ni, baru kena kembali berjalan selama 15 minit (1KM). Hari-hari kena jogging kalau nak archive apa yang dah disediakan. So automatik Khai yang pemalas nak berjogging ni, jadi rajin pulak semata-mata nak capai apa yang dah tersedia dalam masa 2 bulan ni. Wohha!

Seronok bila lepas lari nengok berapa kalori korang yang dah nyah dari badan. Haha. Terbaik! Belum cuba belum tahu, dah cuba kompem korang akan buat satu artikel khas kat blog macam yang Khai buat ni. Hehe.

Itu sahajalah update ringkas hari ini untuk menjayakan kempen 1 hari 1 update di blog naif ini. Assalamualaikum.

Pssttt: Kalau korang buat update personal macam ni, selalunya akan ada kata-kata belakang seperti, “ala nak menunjuk la tuuu” atau “ceh berjongging pun nak bercerita dekat blog”. So korang kena la kental dan jadi macam Khai. Tanamkan dalam hati dengan kata-kata, “Eh ada aku kisah? Hosting aku, domain aku, ko ada share ke? Hahaha”. Ok, ini tips untuk hari ini sebab apa yang korang lakukan, korang sahaja yang tahu. Abaikan orang lain yang suka menyibuk. Teehee!

Ditulis pada 4:05 AM 5 July '11 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,890 views | Dalam kategori: Apple, Hidup Khai | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

64 Comments »

Comment by ikmal
2011-07-05 04:28:34

hye im your new follower. Nk tanya klu fon yang pakai android @ symbian camna? ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2011-07-05 05:30:03

Terima kasih kerana sudi follow blog ini ya, Ikmal. Hurm, untuk Android dan Symbian tu Khai tak pasti pula camana. Tapi produk yang Khai tulis dan rungkaikan ini memang untuk pengguna iPod Nano, iPod Touch dan iPhone sahaja. Boleh cuba Google dulu atau tunggu komen dari pembaca yang lain ya Ikmal.

..
 
 
Comment by Nasrulz
2011-07-05 04:33:51

Thumbs up Khai..lepaih nie..tough la..hihi

..
Comment by Khai
2011-07-05 05:30:16

Baru sehari dah tough sikit dah ni.. Camne ni? wahahaha

..
 
 
Comment by syahirul
2011-07-05 05:11:44

moga lemak di perut dapat dihapuskan.. tapi jangan hapus secara total..wakakakaka…~ nanti pinjam eh..

..
Comment by Khai
2011-07-05 05:28:53

Wahaha.. dah kembali 6pack dah ni.. Nak pinjam? mana boleh.. Masuk toilet pun 20 sen paling murah.. Hahaha!

..
 
 
Comment by ikmal
2011-07-05 06:31:59

ooo… ok2. try shari 5km… bknnya jauh pown… sy dlu gmok… now ok dah asyik jogging… cycling pown laju gak kalau kena caranya… :8

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:20:58

Hehe. Teruskan. Siapa yang belum gemuk tu, baikla mulakan jogging. Jangan sampai dah gemuk, semua benda nak buat dah susah especially jogging. Cepat penat. So renung-renungkan dan selamat beramal. hehe..

..
 
 
Comment by Sahel
2011-07-05 06:35:38

haha. bagus sebab start berjogging balik.ak pon br start 2 minggu lepas berjogging.pakai walkman ja sambil berjogging.btw, nice nike+ ni.ade coach,kire sume lemak etc. boleh beli nanti. lgpun, plan nak beli Ipod Touch, tp tunggu kuar itouch 5 dlu la. ๐Ÿ˜‰

bookmark artikel ni.

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:21:26

Yeah.. Keep it up ya ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by merlot
2011-07-05 07:06:07

perrghhh… lama gak x jogging ni… bdn pun dh bulat… pun ingat nk jogging balik… huhuhu

..
 
Comment by fina fento
2011-07-05 08:15:49

bestnya ada coach peribadi ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by imam
2011-07-05 08:18:38

salam khai, ana follower baru anda.

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:30:53

Terima kasih ๐Ÿ˜€

..
 
 
Comment by Safwan Seth
2011-07-05 08:29:57

wah best nih,,,aku pon jenis malas nak berjogging,,lemak dah bertepek kat perut nih,,,hihi

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:31:21

Khai pun jenis malas nak jogging. So cara nak rajin berjogging, dapatkan sesuatu yang mendorong kita untuk rajin berjongging.. Macam Khai, terima kasih kepada Nike+. Hehe

..
 
 
Comment by HER
2011-07-05 10:05:34

salam Khai….bg lah tau baper rega kasut tu…………,leh lah aku buat bajet…

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:31:40

Kasut tu harganya RM399 .. Nike + Sensor tu harganya RM79

..
 
 
Comment by Azah
2011-07-05 10:52:25

apa yg kena beli? kasut, sensor, lagi? apps dia kena beli gak ke or dia kasi skali ngan beli sensor? ak nk beli gak so sudi x kasitau total hrga? email ka pun boleh.. ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:32:58

Kena beli kasut dan sensor sahaja. Kalau ada iPon Nano, kena beli sensor receiver untuk dicucuk pada iPod Nano baru iPod Nano dapat detect. Untuk pengguna iPod Touch dan iPhone, tak perlu beli apa-apa lagi sebab receiver memang dah build-in kat dalam.. So hanya perlu beli kasut (yang ada logo Nike+ kat tapak) dan juga Sensor dia. Macam Khai kasut tu harga dia RM399 dan Sensor tu berharga RM79.90

..
 
 
Comment by anonymous
2011-07-05 11:16:51

xsaba nk beli iphone ptg ni ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by hazwan
2011-07-05 11:17:00

“ala nak menunjuk la tuuu”

haha..gurau je..pergh, cm menarik benda ni..belum ade peluang nk try lg >.< ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by kz
2011-07-05 13:25:43

khai x paham
ni maknanya kene beli ape?
apple product like ipod nano etc tu la ye
then nike shoes randomly or ade certain model.
ce explain bape hengget eh kasut ni.
n beli kt mana..
al ikhsan sure x jual kan..haha..kene g nike nye kedai ?
thanks reply sbb if ko reply dgn jelas , lepas ni aq nak g beli.

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:35:09

Maknanya, just kena memeliki antara iPhone, iPod Touch dan iPod Nano. Ada mana-mana antara 3 produk ni, dah boleh gunakan Nike+ ni. Kasut yang Khai beli tu harga dia RM399 beli di Sportlands, Midvalley. Nak beli kasut tu tak kisah jenis apa dan berapa pun harga dia (ikut keselesaan dan kesukaan kita), cuma pastikan di tapak dia ada logo Nike+ dan bila dicabut pelapik tapak kasut belah kiri, akan ada lobang untuk letakkan Sensor tu.

..
 
 
Comment by ikmal
2011-07-05 14:59:03

jom pakat ramai2 post new pic this raya… amek pic time bulat skali k… hahahaha ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ash kutcher
2011-07-05 18:08:49

err, jangan semangat minggu pertama je khai..:))

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:35:55

Hahaha.. Harap tidak la. Hehe

..
 
 
Comment by ejardkethot
2011-07-05 21:35:43

hohoho…menarik btoi natang nie ..
brapa byk kalori dia gtaw tu yg menarik ni …huhu..
slama ni tgk berat naik ka turun ja .. huhu…
chaiyook..!!~

..
 
Comment by arnamee
2011-07-05 21:39:11

Yah! yang penting berjaya updte !:P
selamat beriadah..hehehe

..
 
Comment by wan
2011-07-05 22:28:53

minat lak ksut nie…menarik…..nk 1 :o:

..
 
Comment by h3r0
2011-07-06 00:09:39

Khai menunjuk! ๐Ÿ™‚ he he.. Tapi nampak macam complicated je benda tue…

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:36:39

Hahaha. Ala nampak je, senang je pun. Kena cuba dulu baru tahu.

..
 
 
Comment by MFI
2011-07-06 00:39:55

wah…super cool..dengar kata khai da gemok..pasni leh la turun kn berat bdn balik..hahaha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:37:06

Itu semua fitnah. Hehe. Naik sikit je badan dari yang dulu.. BMI masih ideal.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-07-06 01:39:58

kompem khai sakit kaki hari ini.

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:37:27

bukan kaki je, satu badan sakit… uwaaaa…

..
 
 
Comment by slimdiet2
2011-07-06 12:23:47

canggih betul teknologi zaman sekarang. macam-macam ada

..
 
Comment by Mr Rileks
2011-07-06 19:18:12

boleh ler try install pas nie… :love:

..
 
Comment by TAUHUSUMBAT
2011-07-06 21:45:15

memang terbaek, tp x berat ker joging kalau bwak iphone, naik londeh seluar din nanti…

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:39:02

iPhone ringan je pun. hehe. Kalau taknak rasa berat dalam poket, beli dia punya tempat untuk ikat di lengan tu. Atau guna iPod Nano. Hehe..

..
 
 
Comment by doubleA
2011-07-06 23:38:31

Dah 4 bulan pakai iPhone, baru tahu akan fungsi nike + ipod yang telah tersedia dalam iPhone ni, hehehe.

thanks justkhai..

..
Comment by Khai
2011-07-07 04:39:15

Sama-sama. Selamat mencuba ya.

..
 
 
Comment by Sis MQ
2011-07-07 14:31:52

Salam..uiks berjogging nampaknye..nie yg membakar semangat tu…hahaha akak lak mmg tgh diet giler…nie dh masuk mnggu ke 4. Alhamdullilah dah 5 kg tau..yuhuuuuu…tp lambat lagi nk capai 55 nih…gigih2..hahahaha ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by hafizmd
2011-07-07 16:01:49

terbaikkkk!

ade 2 benda aku dpt bila bace entri khai ni;
1. kalau kita jenis yg dah suam2 kuku nak berjoging@bersenam, cara yg khai tjk ni mmg kasi perut aku teruja nak di’sixpack’kan… :o:

2. aku suka cerita2 motivasi camni, so sesape yg rase annoying, just pangkah saje butang kat atas tu…

teruskan khai…2 bulan mesti tough habislah.. :choler:

..
Comment by Khai
2011-07-08 09:50:29

Hehe. Terima kasih dan selamat merncuba ya?

..
 
 
Comment by nabel
2011-07-08 12:26:09

perghh ! terbaik gila kasut ni. tapi kena ada gadget macam ni dulu la baru semangat nak lari. kasut lagi ngee~ erhh, macam mana khai print screen iphone punya screen tu. kalau pc tau la lagi. haha ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-08 13:03:53

Hold button on/off kat iphone tu then tekan home button. KECEKK!! jadilah screenshot. Hehe..

..
 
 
Comment by sayacomel
2011-07-10 00:25:33

fuhhh..bagus nih..tapi kena iphone dulu la..

..
 
Comment by Ryu Tsubasa
2011-07-12 17:23:35

Khai tak nak pakai Nike+ GPS? khai ada profile Nike+, jadi boleh saya add khai tak? boleh kita lawan. pakai Play Tag! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2011-07-12 20:43:38

wahaha… boleh je add.. jumpa tak kat Nike+ tu?

..
 
 
Comment by nabel
2011-07-13 05:43:35

terbaik tutorial khai ! siap ada kecekk ! haha, terima kasih terima kasih. nanti dah beli iPhone boleh la nak kecekk kecekk banyak kali. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by ademncats
2011-07-13 13:25:33

sama lah . perut dah makin besar… Keep up ! moga perut kempis cepat ๐Ÿ™‚

ademncats

..
 
Comment by Ryu Tsubasa
2011-07-13 16:12:15

Apa nama profile khai kat dalam Profile Nike+?

..
 
Comment by Hisyam
2011-07-15 00:50:09

Satu hari satu entri. Semoga berjaya Khai.

..
 
Comment by Hasif
2011-07-16 07:55:12

Awesome ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mamat
2011-07-16 17:08:55

isitmewa gila kasut nike tu….

..
 
Comment by scaniaz
2011-07-18 12:42:25

Cantik kasut jang!!!
scaniaz post—>> Koleksi Gambar Kereta Kerabat Diraja Malaysia

..
 
Comment by sukacuka
2011-08-04 19:44:40

da st0p j0gging ke khai? Nti gmok blik.

..
Comment by Khai
2011-08-05 16:02:37

Hehe. Maintain je. Aku mana pernah gemuk pun. Hehe.. skang ni susah skit nak jogging sebab sibuk nak uruskan office. Nanti dah selesai boleh jogging balik.

..
 
 
Comment by sukacuka
2011-08-06 01:58:18

k k..hias office cntik2 pastu update kt justkhai. Nak tgk gak..lau nk g office, tak tau bila ley..agi 1, hrp khai dpt kongsi tips2 psal blogging. Hanya di justkhai saya mudah faham. Sangat t’perinci.

..
 
Comment by mamat
2011-08-21 07:02:36

mamat raya ni baru beli kasut sama macam khai ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by hairi hashim
2011-08-22 10:27:49

Comment by Khai
2011-07-08 13:03:53
Hold button on/off kat iphone tu then tekan home button. KECEKK!! jadilah screenshot. Hehe..

thanks khai…..x terpikir pun nak amik tau shortcut2 key camtu..
kelebihan bila baca post nie :

1) dpat tau xtvt team2 Oh Media dan gadget2 terkini siap reviewnya skali…
2) dapat tau ilmu shortcut/tips & tricks yg berguna utk masa mendatang……

syukran ye khai…. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Man @ Sukacuka
2011-10-15 17:11:04

Salam Khai,

Man teringat pula pada artikel ini ketika Man pulang dari kerja tadi. Khai tak jogging lagi ke? (=

Terima kasih.

..
Comment by Khai
2011-10-24 18:21:48

Jogging juga jika ada kelapangan. Tapi dah tak se’aktif dulu sejak dah buka company ni. Selagi tak stabil, kena lupakan jogging buat seketika. Hehe..

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post