Fasa Pertama 2012 Tentang Kehidupan Saya

Assalamualaikum.

Lama sangat tak update blog ni. Sebenarnya bukan tak mahu update tapi tiada cerita yang mampu dicoretkan. Saya tak suka menulis blog dengan kisah remeh-temeh dan tak memberikan satu input yang bermanfaat buat pembaca. Kerana itu saya lebih memilih untuk tidak update blog ini dan meninggalkan pelbagai artikel di dalam blog ini untuk terus di baca oleh semua orang yang masuk ke blog ini.

Apapun, saya tak ingin nak mengecewakan mereka yang masuk ke blog ini hanya kerana mahu membaca artikel yang baru. Banyak permintaan yang saya dapat dari email dan Twitter bertanya bila saya nak update semula blog ini. InsyaAllah, saya akan update blog ini semampu saya disebalik kesibukan urusan harian. Saya update ini memang untuk anda yang meminta artikel baru.

Disebalik kesuntukan masa saya untuk menulis kembali blog ini, membuatkan saya sedar tentang usia saya yang semakin meningkat. Jika dulu saya dapat update blog ini dengan bebas sekali dek kerana keluangan masa yang melampau, kini nampaknya semua itu hanya tinggal kenangan. Semakin memingkat usia, semakin padat masa harian yang perlu diuruskan sebaiknya. Lebih-lebih lagi sejak kehadiran kereta impian saya, lebih ligat saya bertemu client sana-sini serata KL.

Bukan saya langsung tak punya masa untuk menulis blog cumanya bila saya punya kelapangan, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengadap komputer. Masa tersebut mungkin saya memandu ke mana-mana yang saya suka. Mungkin saya bertemu rakan-rakan yang saya sayangi atau mungkin saya keluar dengan si dia untuk beriadah dan menjadikan dia tempat saya meluahkan perasaan. Apapun iPhone masih tidak lekang ditangan untuk membuka email, Instagram dan tentu sekali Facebook! Hehe.

Banyak perkara tentang hal peribadi tidak saya coretkan di blog ini walhal saya memang jadikan blog ini sebagai diari perjalan hidup saya. Izinkan saya untuk bercerita. Bulan lalu saya ke Kelantan. Mungkin yang follow Facebook saya akan tahu tentang ini. Saya ke sana untuk ke rumah bakal isteri saya. Dan minggu lalu, saya dah bawa pun dia ke rumah orang tua saya pula di Negeri Sembilan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Saya dah ambil masa hampir 2 tahun untuk mengenal hati budinya dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengambilnya sebagai isteri saya yang sah. Bakal menjadi seorang ibu kepada anak-anak hasil dari zuriat saya.

Secara peribadi, saya dah lama bersedia untuk ke alam perkahwinan. Saya juga telah lama bersedia jika ditakdirkan menjadi seorang bapa diusia yang muda. Zaman enjoy seperti yang dilakukan ramai remaja seusia saya, telah lama saya tamatkan. Kini yang saya tahu, hanya kerjaya dan ada orang yang menjaga makan minum serta kesihatan saya. Tidakkah ini waktu yang sesuai untuk melangkah ke alam kehidupan yang lebih baik?

Bila saya kongsikan perancangan diri saya di Facebook, Alhamdulillah ramai kawan-kawan yang mendoakan. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Apapun perancangan saya, saya sentiasa ingat yang hanya Allah akan menentukan. Manusia hanya merancang, Allah juga merancang tetapi rancangan Allah itulah yang lebih baik, seperti kata Ustaz Akhil Hayy.

Banyak lagi perkara yang jadi pada fasa pertama 2012 ini. Antara yang terbesar tentulah tentang pemergian seorang sahabat saya ke rahmatullah. Ini kali pertama seorang sahabat seusia saya yang saya kenali, meninggal dunia. Dan Alhamdulillah, saya dapat hadapinya dengan tabah dan mengambil apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran besar kepada diri saya.


Satu perkara lagi, tentulah pengambilan Oh! Media sebagai Sales Representation untuk sebuah gergasi pengiklanan di Malaysia & Hongkong. Tanpa saya sedari, Oh! Media kini semakin membesar. Dari penat lelah yang saya perahkan seorang diri, kini Oh! Media dilengkapi dengan ramai krew yang sanggup melakukan apa sahaja demi Oh! Media. Insan-insan seperti mereka memang saya perlukan di mana mereka ada rasa sayang pada jenama ini dan bukan sekadar bersama Oh! Media untuk wang ringgit atau kepentingan peribadi.

Pengambilan Oh! Media sebagai Sales Representation ini yang membuatkan saya mengeluarkan status berikut.

Dari sebuah jenama yang hanya memulakan pengiklanan hanya berpuluh ringgit, kemudian kepada ratusan dan ribuan ringgit kini menjadi sebuah jenama dengan eset puluhan ribu ringgit setiap minggu. Alhamdulillah dengan pengalaman sedia ada dan sikap saya yang sentiasa ikut kata hati sendiri, saya dapat membawa syarikat ini sejauh ini. Jika ditakdirkan suatu hari nanti saya tidak lagi buat apa yang saya sedang buat, tentunya saya mampu tersenyum kerana saya dah cukup puas dengan apa yang saya usahakan. Ini ayat yang biasa saya ceritakan kepada bakal isteri saya.

Apapun perjalanan hidup masih jauh dan perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan. Semoga apa yang akan datang dalam hidup saya di masa akan datang samada baik atau buruk, mampu saya redahi dengan tabah dan bersemangat serta jadikan saya seorang insan yang sentiasa ingat asal-usulnya, seorang anak kampung yang tak punya apa.

Pagi nanti saya akan ke kursus kahwin jadi saya perlu tidur awal hari ini.

Jumpa lagi ๐Ÿ™‚

– Khai Hassan
24 Mar 2012 2:10am

– Gambar kredit untuk diari bergambar saya sendiri.

Ditulis pada 5:57 PM 23 March '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,596 views | Dalam kategori: Apple, Blog, Hidup Khai, Motivasi | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

74 Comments »

Comment by Kaki Bangku
2012-03-23 18:20:06

All the best Khai.

..
 
Comment by aizuddin
2012-03-23 18:21:10

all the best bro. semoga dipermudahkan segala urusan ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Shibli
2012-03-23 18:23:14

Tahniah Khai nak masuk alam rumahtangga dah. iJelly. Hehe jumpa dekat Oh Media Glamorous Night nanti insyaAllah kalau takde aral melintang ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:23:59

InsyaAllah. Thanks guys!

..
 
 
Comment by Khairilhusni
2012-03-23 18:29:20

:p :p

..
 
Comment by Fahmi Raazali
2012-03-23 18:36:18

Semoga Khai terus maju lagi. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:24:08

Terima kasih.

..
 
 
Comment by lAl
2012-03-23 18:42:10

Anda sngt matang berbanding umur anda. Itulah punca segala kejayaan anda. Bukan semua pemuda di dunia ni (pada zaman ni) dapat berfikir seperti anda.

Moga anda terus dikekalkan keIMANan yg kukuh dan pengurusan emosi yg mantap agar kekal menghasilkan perantis yg bakal meneruskan legasi yg anda letakkan skarang.

NICE BRO! Tahniah atas pertunangan hg! ๐Ÿ˜€

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:24:39

Alhamdulillah. Thanks bro ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by fazrol
2012-03-23 18:59:21

walaupun muda dari aku. Aku tetap respek ko khai.
Aku follow blog ini dah lama…

Apapun good luck bro… Kahwin nanti jemput la aku sekali.. he he…

Ko merupakan antara perintis blogger kat Malaysia yg berjaya…

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:25:19

Usia hanya angka bro. Hehe. Terima kasih kerana dah lama follow blog ni ya :p

..
 
 
Comment by aelfi
2012-03-23 19:11:38

Tahniah.dah tak lama tu,nanti confirm jadi macam aku.welcome to the club :-[)

..
 
Comment by Amirez
2012-03-23 19:17:43

bakal isteri orang kelate rupanya. tahniah Khai. semoga terus sukses

..
 
Comment by Faris
2012-03-23 19:35:22

Khai bakal membawa corak kehidupan baru yang lebih baik, cara & gaya hidup positif menjadi ikutan ramai… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by aminto
2012-03-23 19:49:35

tahniah khai.tahniah utk perjalanan hidup anda,tahniah untuk pertunangan anda dan tahniah untuk perkawinan anda nnti.
tahniah skali lg .all the best bro ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by mohd firhan jasni
2012-03-23 21:04:10

wah nak kahwin dah? tahniah weh. semoga dipermudahkan segalanya. insyaAllah

..
 
Comment by myvitrd
2012-03-23 21:54:08

good luck n tahniah dgn kejayaan yg ada skrg… Lepas kawin dah ada pa.. Mesti makin rancak biz..

..
 
Comment by Joe
2012-03-23 22:19:09

Keep It Up bro… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by nursarah
2012-03-23 23:10:00

alhamdulillah dah nak kawen eh. gud2. 2 tahun bercinta okla tu untuk kenal hati budi. apa tggu lagi. gentleman takkan biar gf dia tunggu lama. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:26:05

Hehe. oh yeah.. thanks guys!!

..
 
 
Comment by klcitizen
2012-03-23 23:30:27

doa saya moga khai terusan sukses dan Allah rahmati hidup khai dunia akhirat ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:26:20

Amin. Doa saya untuk anda juga begitu. Semoga sukses ya dunia akhirat.

..
 
 
Comment by anasy
2012-03-24 00:18:11

khai congrats!!! jgn pakai baju nikah pulak khai g kursus tu, haha
(cik misi)

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-03-24 00:22:06

tahniah Khai. nanti kahwin kat n9, jemputlah ye..haha

..
 
Comment by Megat
2012-03-24 00:37:54

bangga aku, ko adalah salah seorang anak melayu yang berusaha keras capai matlamat ko.

dari dulu ikuti perkembangan, bermula dari perkara kecil hinggalah mnjadi besar.

usaha tidak kenal matlamat tanpa perancangan yang baik. syabas khai!

doakan semoga terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi disamping tidak lupa kepada Yang Esa.

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:27:02

Alhamdulillah. Thanks bro Megat. Doa saya juga semoga bro megat berjaya dunia akhrat dan hidup bahagia disamping keluarga tercinta.

..
 
 
Comment by Sis Liza MahaQaseh
2012-03-24 01:13:32

Assalammualaikum Khai…bergenang ayaq mata akak bila baca artikel nih…tahniah khai. Akak doakan agar khai berjaya dunia akhirat. Sejak kenal khai dlm alam maya nie sejak zaman myspace hingga skunk nie zaman fb n tweet. Pelbagai ilmu akak curik tau. sampai hubby akak sound ~

“asik2 bila bukak tenet mesti justkhai justkhai justkhai!!!”

itule ayatnyer..hik3 ๐Ÿ™‚ tp die amat faham…akak dah addict gan site khai… akak sllu citer pasal justkhai kat kkwan walaupun xkenal secara bersemuka…tp khai akak minta halal no smua ilmu tu… teeeeheeee

Khai teruskan usaha jgn mudah mengalah…Chaiyuk3

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:28:39

Ala.. jangan la sedih-sedih. Hehehe. Saya juga doakan akak berjaya dunia akhirat. Kirim salam hubby ye? Pasal ilmu tu, alahai small the pieces kata orang putih. Saya halalkan dunia akhirat. Banggsa saya kalau pembaca blog ni dapat something dari penulisan saya. Mana yg baik tu ambil lah ya. Yang tidak tu, jauh-jauhkan. Sama-samalah kita.

..
 
 
Comment by Umar Faruq
2012-03-24 03:21:55

Seriously, ko bawak sumber inspirasi kat ramai orang. Branding OH! tu memang meluas gila2..

..
 
Comment by mankuchai
2012-03-24 04:09:44

all the best Khai!

..
 
Comment by rohaifi azri
2012-03-24 05:36:49

Alhamdulillah dan TAHNIAH khai…. Semoga segalanya dalam lindungan Allah swt. Kahwin disember 2012? ambil tarikh 12.12.12 atau 20.12.2012….? Apa-apapun, semoga segalanya dipermudahkanNYA.

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:29:28

Tarikh nya tu rahsia. InsyaAllah sampai masanya nanti, adalah artikel khas kat blog ni. Harap2. Hehe.

..
 
 
Comment by kimieybravo
2012-03-24 09:43:05

Apa yang ku dapat pelajari daripada kau khai adalah THINK POSITIF&JANGAN MENYERAH KALAH…

..
 
Comment by naim
2012-03-24 11:35:13

selamat maju jaya kepada khai, sekarang saya jadikan khai mentor saya dan alhamdulillah sekarang saya mempunyai kedai online dan saya juga designer untuk produk kedai tersebut pada usia 20 tahun.

tapi baru-baru ni idea saya diciplak oleh rakan sekolej, apa yang saya nak buat? selamat maju jaya untuk khai dari dunia hingga ke akhirat ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:30:46

Bila idea kita diciplak tetapi tidak mengundang kerugian pada kita, biarkan sahaja. Kita terus buat apa yang kita perlu buat. Mereka ikut dan tiru kita, kerana mereka bangga dengan kemampuan kita dan mereka cuma mahu menjadi seperti kita. Biarkan saja. Selamat maju jaya juga kepada anda.

..
 
 
2012-03-24 16:20:08

Tahniah khai. All the best dalam hidup Semoga terus menjadi anak soleh dan bapa solehah dan suami mithali kelak, insyaallah . Buat sidia , semoga terus berbahagia juga dengan khai ๐Ÿ™‚ Dari awal anem tengok khai kecik je kat internet ni, sampai sekarang jauh da khai capai.

SEMOGA TERUS MENGINSPIRASI dan kuat.
Inallahmaa’na .
salam.

#ohkhai .tahniah atas apa dicapai . semoga terus merendah dan memekar – macam resmi padi. Begini, insyaallah ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:31:40

Thanks Anem! Hehe. Thanks juga di atas doa yang diberikan. Saya juga harap begitu untuk kecapi kebahagian yang paling hebat dalam dunia ni. Begitu juga dengan kita semua.

..
 
 
Comment by hisham
2012-03-25 11:27:22

hurm…. agak jeles jugak dengan kejayaan demi kejayaan yang telah nko kecapi sejak 5 tahun kebelakangan ini berbanding dengan aku nih… respek lu sesangat bro… kalo x lokek, leh kongsi rahsia secret nko kat blog sehingga berjaya camnih… mesti ada MASTER KEY yang buat nko gerak super duper cam nih…. ahaks… all the best..

..
 
Comment by samanosuke_04
2012-03-25 12:02:47

woit pegi kelantan ker? cam kenal jer tiang tue.. ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by Faris
2012-03-25 18:05:11

Kalo dah kawen nanti confirm rezeki masuk la & makin rancak la bisnes Oh Media Network ni…Congrats bro!!! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:32:39

Hehe. InsyaAllah. Bila dah ada orang jaga nanti, insyaAllah urusan akan dipermudahkan.

..
 
 
Comment by kedengke
2012-03-26 04:01:25

salam

aku kawin dulu umoq lebih kurang hang gak khai…la ni anak dah 2.
masa aku kawin dulu kan……aku menyesai…….
kenapa aku tak kawin awai2…..sebab….betapa syioknya dan besy nya bila kawin………bahagia rasa hidup. :beurk:

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:33:57

Salam,

Hehe. Kalau boleh semua orang nak nikah awal kan? Tapi adalah sebabnya tu kenapa. Mungkin belum betul-betul jumpa pilihan hatinya. Mungkin juga kerana faktor kewangan dan mungkin juga kerana banyak faktor lain.

Apapun akhirnya, asalkan kita kahwin memanjangkan zuriat dan fitrah yang ada.

..
 
 
Comment by Pamie
2012-03-26 10:17:53

Tahniah Khai! dari masa belajar dulu lagi aku follow blog ko..dari selalu update blog, sampai la sekarang ni jarang2 update blog..tapi artikel dan tulisan sentiasa berkualiti tinggi..

apa pun, tahniah untuk status yang bakal berubah ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-03-26 17:34:21

Thanks Pamie. Fuh, sedih plak bila sebut pasal status nak berubah ni. hahaha. Harap semuanya berjalan lancar.

..
 
 
Comment by Shafie901
2012-03-26 14:32:50

Congrats Bro! ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Hackers
2012-03-27 03:54:46

Tahniah Khai. Hackers selalu mengikuti perkembangan Khai di Blog ini. Kadang-kadang, Hackers terfikir, bagaimana untuk jadi seperti Khai? Teringin juga untuk menjadi usahawan muda seperti khai… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Hairul Azni
2012-03-27 08:47:24

Tahniah bro atas pilihan yang dibuat (menamatkan zaman bujang)..
InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar..Amin..

..
 
Comment by Azam Khalid
2012-03-30 04:47:15

Salam bro Khai,
Rumah bakal isteri di Kelantan ek ??
Kalau betul, saya nak jadi tukang amek gambar free of charge untuk bang Khai.. Abg Khai idola hidupku sejak ku kenal dunia blogging pada awal form 3 dan tahun ni nak amek spm..

Segala diary abg khai sentiasa ku ikuti..
Walaupun sy amek gambar biasa2 jee.. Tapi untuk abg Khai, kasi free punya laa.. Unlimited shot.. Nanti pm ye bro.. berharap sangat2 ni..

Sudah lama mau bertemu muka abg muda yg berjaya awal.. Harap dapat respon ๐Ÿ™‚ =(

..
 
Comment by Readers
2012-03-30 10:00:36

Mr. Khai… saya ada soalan, disebabkan company Mr. Khai nie semakin berkembang maju, Mr. khai ade tak patentkan heading [Oh!] untuk Oh!Media Network? Jadikan Oh! tu sebagai intellectual property Mr. khai sendiri. Banyak negara maju skarang nie, revenue masuk hanya dgn sewakan intellectual property mereka je.. ๐Ÿ˜‰

..
 
2012-03-31 13:20:09

Bro kita sama2 apple fan.. ๐Ÿ˜€
skang ada MacBook Pro 15″ 2011 dan iPhone 4..
insyaallah nak beli ipad 3.. ๐Ÿ˜€
apple produk berkualiti gila.. ๐Ÿ˜€

p/s: MeleisAndroidFaggot selalu kutuk kita.. ๐Ÿ™

..
 
Comment by Syafeika edora
2012-04-01 15:48:52

wahh,, tak sangka khai da nk kwin.. sy ikut pkmbangan blog ni sjak sy lepas spm ag.. moga aje khai bhagia dgn bakal istri khai n semoga kekal hingga akhir hayat… btw,, tahniah.. ๐Ÿ˜€ all the best! ><

..
 
Comment by aqmar
2012-04-03 15:41:55

congrats..semoga jd usahawan melayu terbilang dan gemilang ..kim salam kt ur bro in law Rashid..moga jd usahawan terbilang jugak… ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Lily
2012-04-03 17:37:17

I ____ ____ ______ ….congrats

..
 
Comment by Adley
2012-04-04 08:23:30

tahniah khai, ramai yg jadikan khai idola sbb blog ni pun byk memberi semangat utk menjadi blogger, semoga terus sukses khai mungkin lepas nih ohmedia setanding brand google,fb n ln2.. Malaysia boleh InsyaAllah.. ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by syaz
2012-04-05 01:30:30

wahhh..dah nak kawin da…dah lama x masuk sini…skali bila buka khai dah nak kawin dh…tahniah!

..
 
Comment by kedengke
2012-04-05 12:49:02

ok khai……..moga succes.
kami nak yg terbaik dari khai……..update blog cerita tentang sebelum/selepas nikah/kawin nanti….biaq sampai lengoh jari nak scrool sampai bawah. ๐Ÿ™‚

apa2 unifi terbaikkkk.

..
 
Comment by Akmal
2012-04-07 08:45:30

As’salam khai,

memang tak tersangka masa berlalu tanpa kita sedari
hari hari bercerita tentang gadget terkini atau isu-isu terkini tidak lagi didengari dalam blog ini

apa apa pun pada tahun ini iaitu 2012,saya nak nasihatkan khai supaya mulakanlah langkah untuk menabung pergi ke Haji mahupun umrah bersama bakal isteri khai,eloklah pergi suami isteri supaya tidak salah berkata pada anak di masa depan nanti.

sekian,

all the best

Akmal,

..
 
Comment by donnyien
2012-04-09 16:43:20

good luck!

..
 
Comment by Mohd Isa
2012-04-10 07:39:36

woho, khai akan berkahwin tidak lama. terbaiklah, apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat maju jaya. semoga apa yang diusahakan selama ini berbaloi dan diredhai olehNya. insyaAllah, amin.

..
 
Comment by aimannajmy
2012-04-10 13:12:37

all the best khai..semoga dapat membina empayar tersendiri dalam dunia maya ini ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Razlan
2012-04-12 10:14:28

Hi,good luck khai,
saya yang baru jer nak blogging ne terkial-kial lagi,apa pun i follow your step

..
 
Comment by sadiq
2012-04-16 12:59:08

apa2 pun..tahniah khai..anda memang hebat,,thums up=)

..
 
Comment by Luqman Hakim
2012-04-17 17:38:54

wah nak kawin dengan orang kelantan cun…hehe banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan sehari bro.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by wan
2012-04-20 18:58:28

Assalam….&….tahniah sebab akan mendirikan masjid xlama lagi….anyway saya baru je jejakkan kaki dlm blog khai ni sebab terpandang kolam ikan dekat tower 10 dlm “fasa pertama 2012 ttg kehidupan khai”….terus mengingatkan kembali kenangan waktu kolej dekat situ….hehehhe….apa2 pun byk info yg menarik dlm blog ni….thanx to u bro khai….

..
 
Comment by zool
2012-04-23 03:15:05

Selamat berkahwin…

** den ntah bilo ntah**

..
 
Comment by Muhammaed
2012-05-28 03:29:40

Go go go.. meja kat pc tu cam kenal jer (second pic), mesti brand IKEA.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by zafri
2012-05-31 14:10:42

saya berharap sangat agar kehidupan saya sama seperti kehidupan abang khai suatu hari nanti ๐Ÿ™‚
InsyaAllah ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by arrizz
2012-06-02 11:56:59

all the best khai..doakan semuanya berjalan lancar untuk kau dan orang2 disekeliling kau..seronok baca kisah kau nie, boleh jadi inspirasi untuk berjaya..

..
 
Comment by hafizmd
2012-06-06 03:46:01

1. Tahniah Khai! Andai ikut tarikh hari ni, bro Khai dah selamat menjadi tunangan orang. Terbaik!
2. Terima kasih sekali lagi utk cerita yg mmg cukup memberi semangat dan motivasi. Best!
3. Aku doakan semoga makin murah rezki utk team Oh! Media ni. InsyaAllah! ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-06-13 21:50:58

Alhamdulillah. Terima kasih Hafizmd ๐Ÿ™‚

..
 
 
Comment by shaharil
2012-06-11 09:26:24

Tahniah Khai!. Semoga apa yang diimpikan akan tercapai.

Akhir sekali, Selamat Bertunang.

..
 
Comment by ejardkethot
2012-06-14 10:40:45

syukur alhamdulillah..
peh… skarang baca entri kt justkhai…
ejard pon senyum lebaq..chewah..khai epi…kami pon turut epi skali ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

hm…jap…oh media ada tukaq nama ka?

..
 
Comment by huzaie
2012-12-13 09:01:15

mohon pnjlasan khai, mac pro sy xdpt nk reinstall balik..mac mountain lion…n bg cdgan antra mac pro n mac air amne lbh ok..

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post