Nak beli iPhone 5 atau tidak serta yang terkini tentang Oh! Media

So, keynote iPhone 5 baru sahaja habis di mana menyaksikan bukan sahaja iPhone 5 yang dilancarkan, tapi mengenai iPod Nano, iPod Touch dan tidak ketinggalan, sekali lagi iOS6 diperkenalkan tetapi tidaklah terlalu mendalam kerana dah diperkenalkan sebelum ini. Benda yang aku paling tunggu bukanlah iPhone 5 sebenarnya, tapi lebih kepada iOS6. Katanya, 19 September 2012 ni iOS akan dilepaskan untuk pengguna. Memang tak sabar nak update kat iPhone dan iPad. Dari segi UI dia, no komen sebab tak banyak berubah tapi dari beberapa apps dalam tu yang aku rasa banyak manfaat untuk diri aku sendiri seperti Passbook dan Maps dengan navigation.

Well, aku rasa banyak benda lagi tak boleh nak pakai kat Malaysia. Tapi tunggu la bila iPhone 5 dah masuk sini nanti, baru tahu. Bodoh la kalau Apple keluarkan sesuatu yang tak best berbanding yang pernah dia keluarkan. Cari pasal la namanya tu. Dari segi design, surprise tu memang takde lah sebab gambar yang leak beberapa bulan sebelum ni memang betul tu iPhone 5. Sebab tu aku tulis kat Twitter, kalau Steve Jobs masih hidup, dah kena lempang dah si Tim Cook ni. Hehe. Gurau-gurau aje sebabnya sebelum tu lagi aku dah cakap mungkin Tim Cook ada cara dia yang tersendiri. Buat apa dia nak ikut cara Steve Jobs kan? Tapi aku lagi prefer cara Steve Jobs dan Apple yang selama ni sedikit berahsia sehinggalah betul-betul pada hari pelancarannya. Itulah benda yang tiada pada jenama lain kecuali Apple di mana satu dunia menantikan dan memperkatakan tentangnya.

iPhone 5 masuk Singapore 22 September 2012 ni kalau tak silap dan bila sampai je Malaysia nanti, memang aku akan beli terus tanpa berfikir panjang untuk dijadikan phone utama dan iPhone 4s aku sekarang ni, akan jadi phone nombor dua. Kononnya nak jadikan Galaxy S3 sebagai phone kedua hari tu, tapi tak menepati citarasa dan kegunaan aku so aku jual dengan harga RM1600 pada seorang pembaca Justkhai ni tanpa segan dan silunya. S3 ni best juga sebab ada beberapa fungsi seperti yang aku rasa menarik, tapi bila masuk part kegunaan harian tu, banyak benda yang buat kerja aku tak lancar dan paling buat aku rimas, bila tangan rasa sakit sebab skrin dia terlalu besar untuk digunakan dengan satu tangan. Bila iPhone 5 ni just tambahkan ketinggian je, memang aku bersyukur sangat-sangatlah sebab bila guna dalam keadaan menegak, masih boleh pegang dengan selesa.

Tapi kepada yang berkira-kira budget samaada ianya benar-benar perlu atau tidak, jawapan dia kalau korang dah pakai iPhone 4S, kalau tanya Khai jawapan dia tak perlu. Kalau korang pakai iPhone 4, 3gs dan sebagainya, ini masa yang sesuai untuk bertukar kepada iPhone 5. Paling penting, bukan tanya kehendak tetapi tanyalah keperluan juga.

justkhai-ohmedia-office

Ini video rasmi iPhone 5 dari Apple. Seperti biasa, cara presentation Apple kepada produknya, adalah satu perkara paling aku admire dari dulu. Hebat, kemas dan mengiurkan. Haha!

So tutup cerita pasal iPhone. Nak story pasal OMTV atau OhMedia TV Sdn Bhd. Ini office yang baru kami setup di bawah Oh! Media di mana melibatkan beberapa orang partner yang besar termasuk dari syarikat telekomunikasi di Malaysia. Pandangan kita pada OMTV ni memang jauh ianya apa yang OMTV ni akan jadi lagi 4 ke 5 tahun akan datang. Progress untuk OMTV ni memang sedang rancak membangun dan aku seperti biasa, memerhati dari jauh dan hanya ambil tahu tentang perkembangan. Sibuk uruskan Oh Media Network so aku tak bolehlah tamak semua benda nak buat sendiri macam apa yang ada di Oh Media Network hari ini. Sampai masa untuk serahkan pada hasil buah fikiran orang lain. InsyaAllah semoga apa yang dibincangkan, akan membuahkan hasil hendaknya.

Berikut beberapa gambar office baru yang akan menempatkan Oh Media Network dan Oh Media TV di bawah satu bumbung. Masa Khai tulis ni, office tersebut dalam fasa terakhir renovation. InsyaAllah seminggu lagi dapatlah beroperasi dengan penuh selesa dan insyaAllah, cadangannya memang nak buat walk-in sekali untuk orang ramai yang nak tahu lebih lanjut tentang Oh Media Network dan produk-produknya termasuklah kepada sesiapa yang berminat nak beli macam-macam merchandise Oh! Media seperti Tshirt, Mug, Sticker dan macam-macam lagi. Office lama di Desa Pandan masih ada tapi oleh kerana office baru ini facilities lebih lengkap sebab semua di bawah satu bumbung, mungkin lebih banyak masa di sini. Tapi tak jauh pun dari office lama.

justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office

justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office
justkhai-ohmedia-office

Apapun thanks banyak-banyak kepada semua yang menjadi tangan dan kaki Khai dalam menjalankan Oh! Media agar mencapai ke satu tahap lagi yang boleh dibanggakan. Mak Abah, bakal isteri tersayang, Sisi Azie, BOD, semua Krew bagi semua department web dan projek, keluarga, rakan-rakan blog, sahabat baik dunia akhirat (BFF) dan kawan-kawan yang tak putus memberikan sokongan dengan apa yang kami lakukan di Oh! Media selama ini. Tanpa sokongan dan dorongan korang semua, Khai sendiri tak sangka Oh! Media akan pergi sejauh ini dalam masa beberapa tahun sahaja. Alhamdulillah. Tocey tocey guys!

Jam 11 pagi nanti ada ujian HIV di Bangsar. Maklumlah dah nak menamatkan zaman bujang ni. Hehe. So kena paksa diri tidur awal la nampaknya hari ni. Kalau tak berdarah telinga kena bebel dengan cik tunang nanti. Hehehe. Ok guys. Assalamualaikum.

Update: Renovation dah siap dah. Wohhaaa!

Selebihnya, meh la datang office. Kat Ampang Hilir aje kot. Alamat cari sendiri di FourSquare eh? Hehe.

– Gambar dari, Oh! Instagram.

Ditulis pada 7:19 PM 12 September '12 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 3,068 views | Dalam kategori: Apple | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

62 Comments »

Comment by aman
2012-09-12 19:34:57

congrats khai tuk OMTV. ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2012-09-13 02:07:29

Thanks Amanz. With u guys all the best too.

..
 
 
Comment by Bro Nagos
2012-09-12 19:39:00

๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Eizil
2012-09-12 19:59:27

Tahniah untuk OhMedia TV Sdn Bhd… Semoga terus maju…

..
 
Comment by Kaio
2012-09-12 20:00:53

Tahniah untuk OMTV! all the best bro! ๐Ÿ˜€

..
 
Comment by RyuTsubasa
2012-09-12 20:07:07

Bercakap tentang iPhone 5, Khai. Kata Khai tu ada benarnya. saya hanya cuma ambil tahu iOS 6 sahaja daripada iPhone 5 kerana saya lihat iPhone tersebut hanya perubahan spesifikasi sahaja. Saya tak bercadang nak gunakan iPhone 5 kerana saya lihat kebanyakan orang sudah beralih ke produk ini. Kalau Samsung, saya tak suka android (maaf pengguna tegar Android) kerana saya tak biasa sangat UInya. Jadi saya akan beralih ke Nokia Lumia 920 apabila ia akan dipasarkan ke Malaysia dalam jangka yang terdekat. Sebab apa saya beralih ke Nokia Lumia 920? Sebab saya telah digoda reka bentuknya yang seksi, UI daripada Microsoft Windows Phone 8 yang Metro serta lain dari yang lain termasuk juga OIS (Optical Image Stabilization). OIS memberikan gambar yang kita shot akan jelas serta cantik semasa gambar shot semasa waktu malam. Tambahan pula, Ia juga mempunyai sistem anti gegar ketika merakan video. Maaf iPhone, kita terpaksa berpisah.

..
Comment by Khai
2012-09-13 02:07:09

Hi Ryue, saya pun sedang tengok-tengok juga Nokia Lumia 920 tu. Rasanya zaman Nokia akan kembali semula nanti. Saya ada plan juga nak gunakan Nokia Lumia 920 tu. Let see.

..
 
 
Comment by Piston Pecah
2012-09-12 23:20:22

agak-agaknya iPhone 4/4S turun harga tak?

..
Comment by Khai
2012-09-13 02:05:56

Confirm turun bro bila iPhone 5 sampai nanti (patutnya).

..
 
 
Comment by Mega
2012-09-12 23:23:58

KHAI,aku tau koakan jual jugak iphone 4s ko kan,aku tempah dulu k,jgn jual kat orang lain plak.hehehe

..
 
Comment by Sukacuka.com
2012-09-12 23:51:25

tahniah Khai. Makin maju gamaknya. kim slm kat kak Sisi Azie. Woah!

..
 
Comment by beat
2012-09-12 23:52:58

ofis yg cooll…

..
 
Comment by AFIF FULL
2012-09-13 01:48:48

tahniah bro khai.. ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Elie
2012-09-13 01:55:50

rasenye galaxy note 2 dan samsung s3 lg bez dr iphone 5..hehe ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2012-09-13 02:05:19

“Rasanya” – Itu membuktikan lain orang lain citarasanya. So go on dengan mana yang melengkapi anda. Bukan anda yang perlu melengkapi dia.

..
 
 
Comment by zaf
2012-09-13 03:01:48

khai
i am so proud of you
i dah baca blog u since i 3rd year kt univ..approximately dah nak 4 taun la kot i follow blog u..so naik jatuh bangun tu biasa la kan ..nama pon life 8)
sorang lagi usahawan Melayu yang berjaya pada usia muda
syabas yer all the best semoga laluan nya sukses je selalu dan makin maju ke depan
camne pon jadi la macam resam padi..makin berisi makin menunduk ๐Ÿ™‚
caiyo caiyo.. ๐Ÿ™‚
p/s : finally u met someone that is right for you, insya allah.

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:44:00

Terima kasih zaf di atas sokongan yang diberikan. Terharu saya dengan kata-kata awak yang sungguh memberi saya semangat. Resam padi tu insyaAllah saya pegang dan akan amalkan sampai bila-bila kerana kita hidup ni kalau nak berjaya, tak perlu nak impress’kan siapa-siapa. Kita buat apa yang kita suka dan suka apa yang kita buat. Tak gitu? Hehe.

Thanks anyway! <3

..
 
 
Comment by sisi azie hassan
2012-09-13 03:10:44

Cool lah bro entry ni. Welkambing bro. Anything for you #bodek ni. hahahaha

Thank you to you guys yang support too.
And also Oh! Media community. Stay United guys

And for sukacuka.com – Waalaikumussalam hehe ๐Ÿ˜‰

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:42:19

<3 wink wink!

..
 
 
Comment by H3r0
2012-09-13 03:52:12

tahniah Khai,
Jemput la aku pergi ofis baru…
Semoga kejayaan ko, menjadi inspirasi bagi yang lain…

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:41:59

Boleh. One day kita buat opis terbuka ya? hehe. Thanks bro. Mana yang baik tu ambil lah ya. Yg tak baik dari saya tu mohon dijaukan. Hehe.

..
 
 
Comment by Een
2012-09-13 09:05:06

Tahniah Khai. Semoga terus berjaya dan ada khai jr tahun depan. whoa!

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:41:30

Terima kasih Een. Anda juga moga terus berjaya.

..
 
 
Comment by arnamee
2012-09-13 11:14:44

wow.tahniah for ohmediatv . rindu pula cara kerja steve jobs. apapun khai, all the best for all oh media team ๐Ÿ™‚

alhamdulillah .

..
 
Comment by Azreena
2012-09-13 11:53:54

Tahniah,semoga tambah maju jaya dengan pajabat baru ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by faizal
2012-09-13 14:07:11

I phone 4s skunk yang aku guna pun belom habis dimaksimumkan penggunaanya dah mai I phone 5 pulok … khai kalau ko dah beli i phone 5 , updated ya kehebatan i phone 5 tu ok :8

..
 
Comment by Lorna
2012-09-13 14:09:59

All d best Khai!!
Syokkk yer tgk ofis khai..
Bila laaa nk ada ofis sndri cam khai ;p
Congrats OMTV ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by herwan
2012-09-13 17:31:32

kalo aku ada duit khai confirm nak jugak beli.. hehe…tapi iphone 4s kalo ko nk jual inform aku eh… kekeke..mana tau dpt lg murah dari ko..ahaks…

..
 
Comment by hatiputera
2012-09-14 15:46:02

Memang betul kata khai, aku pakai iPhone 4s sekarang nie jadi tak perlu tukar ke iPhone 4s just aku akan update application jer.

..
 
Comment by azman
2012-09-15 08:52:37

Tahniah Khai..berjaya membina 1 lagi kejayaan.

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:40:36

Alhamdulillah. Thanks Azman.

..
 
 
Comment by hafizrahim
2012-09-15 14:50:37

tahniah khai..ko memang jadi role model aku dalam dunia blogging..

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:40:18

Thanks bro. Keep it up!

..
 
 
Comment by Omar
2012-09-15 21:31:20

Tahniah Khai diatas perkembangan OM!

Office tu serius lawa, Office lama tu sekarang jadi second office la ye utk uruskan department tertentu ke?

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:40:01

Thanks Omar.

Office baru ni menjurus kepada pembangunan Oh! Media TV at the same time kita muatkan dengan operasi sedia ada Oh! Media Network. Office lama masih ada tapi tidak seaktif dulu. Saya sendiri lebih aktif di office SOHO kerana lebih selesa seperti berada di rumah sendiri. Hehehe.

..
 
 
Comment by lewisdotmy
2012-09-19 15:46:17

beli saja iPhone 5 tu ๐Ÿ˜‰

..
 
Comment by Tauke Budu
2012-09-20 01:56:06

really2 admire Oh Media..
berminat tu mmg berminat nk beli iphne 5 sbb skrg pakai iphone 4 tapi masalah money..haha…ada rezeki adlah tu..insya-allah 8)

..
 
Comment by ejardkethot
2012-09-23 05:19:09

seriously, Alhamdulillah… =( berbangga dengan pencapaian khai …
All the best khai …

psst..nk kna buat portfolio elok2 kurang2 leh keja kt sini kan…. huhuhu :bloody:

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:37:29

Thanks Ejard. Eh silalah mana tahu boleh bekerjasama sesama. hehe.

..
 
 
Comment by eszairy
2012-09-26 14:30:15

boleh beli iphone yang second ja..yang baru mahal sangat. =(

..
 
Comment by uzair
2012-09-28 11:00:21

Khai ni idola aku.

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:28:12

Uiks! Hehe. Thanks Uzair.

..
 
 
Comment by Mohd Isa
2012-10-03 23:39:57

gila awesome opis, nak join boleh? berangan jelah aku nak pakai iphone ni. asyik bocor je. ๐Ÿ˜›

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:26:03

Boleh2. Mai la lepak2 pe de hal. Hehe. Bro, kalau asyik bocor, kasi jahit dengan benang emas itu poket. Setel problem dia. Hehehe

..
 
 
Comment by EPI
2012-10-04 03:49:48

Salam..

Khai,

Tumpang tanya.. Untuk iPhone ni belian yg mcm mana yg awk recommend kan. Beli dari syarikat telco ataupun beli dari pengedar Apple yg sah contohnya Machines/Switch?? Klu nak beli dari syarikat telco ada suggestion tak company mana yg mempunyai pelan yg terbaik utk iPhone ni..

Terima kasih..

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:25:23

Hi Epi,

Saya tak sarankan anda beli dengan contract dari pihak telko. Ada budget elok beli cash terus tanpa terikat dengan mana-mana telko. Untuk Apple reseller yang ok, saya pilih Machines & Mac Studio.

..
 
 
Comment by Syed
2012-10-05 08:58:45

Tahniah untuk Oh! Media. Nampaknya Oh! Media semakin berkembang ya. Apa-apa pun tahniah kepada khai atas kejayaan yang diperoleh. :)) Good job. Kami sentiasa support produk anak bangsa. (Y) :love: :love:

..
Comment by Khai
2012-10-06 21:24:26

Terima kasih. Apa yang ada pun di atas sokongan banyak pihak ni. Bersyukur sangat ada korang, korang dan korang. Thanks!

..
 
 
Comment by azhar
2012-10-10 10:48:17

khai..ade keje kosong tak?>>

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:38:05
..
 
 
Comment by fara
2012-10-12 07:39:42

ohh..kalau dah pakai iphone 4s tak payah tukar iphone 5 dah eh? baru berkira-kira dapat bonus biznes nak tukar..hihihih

ampang hilir?dekat je kot dgn my ofis! nanti aku visit..hakhak

http://naturally-vitamin.blogspot.com

..
 
Comment by Syed
2012-10-15 16:58:36

Khai, nanti update cerita pasal LIMBC tu, macam seronok je nengok..hehe. menantikan update dari justkhai sebenarnya. Anyway, xsabar untuk OMTV officially launch ni. :love:

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:33:30

Terima kasih Syed. Saya baru sahaja update tentang live di Langkawi. Tentang LIMBC tu, memang hari-hari ada update di Facebook rasmi Oh! Media.

..
 
 
Comment by wanayu
2012-10-18 07:50:10

tahniah diucapkan kepada khai..

..
Comment by Khai
2012-10-19 14:32:40

Terima kasih Wan Ayu.

..
 
 
Comment by faizal
2012-11-02 03:25:24

thaniah khai… =)

..
Comment by Khai
2012-11-08 03:11:24

Terima kasih Faizal.

..
 
 
Comment by azraei
2012-11-29 18:02:47

salam khai,
mcm mana nak unlock iphone 5? boleh buat sendiri atau hantar kedai? tq.

..
 
Comment by candy
2012-12-20 03:46:12

khai, mcm bes je iphone 5 ne.
berbaloi tak kalau membelinya?

..
 
Comment by sugiarto
2013-01-28 09:31:48

thanks infonya, jadi ada gambaran buat beli iPhone 5 deh.

Pest Control

..
 
Comment by Rizuan
2013-02-06 13:15:58

iPhone 5 memang best. Harganya pun best. Kualiti gambar memang tak mengecewakan even tangkap gambar dr kamera depan. memang superb. tak rugi pun beli.

But, ingat, ukur baju di badan sendiri.

Aku? Masih tak mampu. =(

(camne saya tau ia best? sebab sy cuba explore iphone kwn punya)

..
 
Comment by gadget
2013-08-28 22:19:12

Hey There. I found your weblog the use of msn. That is an extremely well written
article. I will be sure to bookmark it and come
back to read extra of your helpful info. Thank you for the post.
I’ll certainly return.

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post