Khai, iOS 7 Best Tak?

justkhai-ios-7

Tajuk artikel ni menjelaskan akan pertanyaan yang selalu aku terima kat mana-mana aje pun. Jadi meh nak story skit pandangan peribadi aku tentang iOS 7 yang terbaru dari Apple ni. Best ke atau hancus?

Anyway, semalam baru release iOS 7 Beta 2. Punya la best walaupun still BETA lagi, nak update ke BETA 2 tu senang gila guna wifi je. Over-The-Air (OTA) orang panggil. Macam iOS 6 lah kiranya. Icon Setting yang baru tu bila tak gerak nampak macam kurang lawa tapi bila dia animated (bila korang update OTA dia akan animated), alamak ai cun gilaa!

Apa yang ada kat iOS 7 ni rasa aku dah lama patut ada dari dulu. Kalau dulu aku anggap mungkin bukan kapasiti Apple nak buat sebab hardware sedia ada tak mampu nak support, nampaknya tak tepat sebab iOS 7 dengan macam-macam fungsi baru boleh aje iPhone support hanya dengan beberapa peringkat lepas sebelum smooth gila babeng..

Satu benda yang biasa aku TERBACA, biasalah gaduh-gaduh fanboyism ni. Katanya iOS 7 banyak tiru Android. Pada aku mungkin betul tuduhan tu. Beberapa fungsi macam yang paling senang nampak, Control Center. Kalau Android swipe dari atas, dia swipe dari bawah. Tapi macam keretalah, semua kereta tayar ada 4 biji tapi design kereta lain-lain. Macam tu juga benda ni. Idea tu sama tapi tak serupa. Even kalau sibuk nak gaduh pasal tu, selak balik sejarah dari mana idea asal untuk Android tu datang.

Jadi awal-awal aku nak kasitahu yang Khai Hassan dan SELURUH krew Oh! Media memang gunakan produk Apple sebagai produk utama dalam kerja kami. Geng Apple lah konon tapi kami tetap gunakan produk lain untuk tujuan review dan merasa sendiri baru boleh beri pandangan especially peneraju untuk Oh! Geekz, si Shibli Nuqman tu haaa.

Pengguna Apple yang bekerjaya tak pernah rasa diri dia hype ke apa sebab guna barang Apple. Sebab kami beli guna duit sendiri bukan bapak yang belikan dan paling penting dengan tujuan. Apa bangangnya mentaliti macam ni ada lagi zaman skang? Pakai Apple je dikatakan berlagak dan nak menunjuk. Rasa aku Samsung S3 yang orang kata “cheap plastic” tu pun dijual lebih mahal dari iPhone. Kat dalam plak ada perisian yang ada pada phone Made in China harga RM300. Android kan semua device boleh masuk. Hehe. Tapi tetap dijual mahal. Jadi apesal tak kata orang yang guna Samsung tu berlagak dan menunjuk? Pelik kan?

Dulu mungkin ya barang Apple ni mahal-mahal tapi sekarang semua harga on par. Hari tu aku terkejut beruk tengok laptop Samsung kat Low Yat. Dia buat nipis macam Mac Book Air yang dah wujud sejak tahun 2008 tapi tak mahu guna nama Ultrabook. Ultrabook Samsung tu design sangat iras Macbook Air tapi takpelah kan. Processor pun biasa-biasa tapi harga sampai 5k lebih dah mengalahkan Macbook Air. Kat dalam tetap guna Microsoft Windows yang kata orang Windows dan hang berpisah tiada. Jadi aku rasa Samsung ni dah lupa diri dan budget dia dah top gila kat Malaysia ni so jual laptop mahal pun orang akan beli atau mungkin rasa orang akan beratur panjang bila dia nak start jual produk baru. Pendapat peribadi aje ya?

justkhai-samsung-peti-ais

Jangan marah ya pengguna Samsung. Saya pun peminat tegar Samsung. Saya pilih Samsung untuk Smart TV, Peti Ais, Mesin Basuh dan Air Cond. Tapi setakat ni untuk Samsung Mobile bukan pilihan yang baik kerana lack of ecosystem dalam urusan harian. Cukuplah before beli Galaxy S3, pakai sekejap berminggu tak berusik last-last jual kat orang. Pada aku lagi, Samsung ni hebat dari segi pemasaran (advertising) dia je tapi dia tak jaga pengguna dia. Dalam wayang pun ada iklan dia, tiang elektrik tak payah cerita la. Ekosistem langsung berkecai. Sebab tu baru keluar Galaxy S4, dah keluar lagi 3 jenis S4 yang lain. Kesian gila pengguna yang dah beli S4 lepas tu nak jual harga turun kaw-kaw. Untuk Android device, better go HTC la babe, seriously! Apple juga win tak perlu buat iklan kat Malaysia sewa billboard besar-besar tapi tetap terjual. Iklan iPhone yang korang nampak tu, semua syarikat telko kita yang buat sebab nak jual pelan iPhone diorang. Mungkin kerana tunggu Apple Store masuk sini dulu kot macam kat Hong Kong hari tu, alamak best gila!

Kembali kepada iOS 7, antara innovasi baru yang di bawa ke iPhone macam Air Drop tu memang satu perkara yang akan banyak memudahkan urusan aku setiap hari. Sekarang pun boleh kata hari-hari akan guna Air Drop untuk transfer file dari iMac ke Macbook Air dan sebaliknya. Lepas ni dah ada kat iPhone lagilah senang. Orang kata NFC tu canggih tapi Apple rilek je langsung tak ambil port pasal NFC. Dia keluarkan Air Drop terus yang sumpah awesome dan lebih memudahkan. Sama juga bila orang hype pasal USB 3.0, Apple rilek je start guna Thunderbolt yang berganda jauh lebih laju dari USB 3.0. Pemikiran yang berbeza dan lebih baik. Air Drop ni sempatlah cuba haritu masa baru-baru update iOS 7 di Cyberjaya. Hasilnya? serius gempak gila. Benda ni sangat gempak kepada yang faham apa itu Air Drop dan bagaimana ianya berfungsi. Siapa yang tak faham tu, layanlah NFC korang tu tak pun masih tersangkut di dalam zaman Bluetooth untuk transfer files. Ades! Kata-kata “iPhone racist tak boleh bluetooth dengan phone lain” ni langsung tak masuk akal. Bila tahun korang pakai bluetooth lagi transfer file ke phone lain? Kalau ya memang masih guna lagi, ok la tu perlahan-lahan majukan diri. Hahahaa!

Ni dengar cerita kat Oh! Geekz, si Shibli Nuqman beritahu iPhone 5s dah nak keluar. Tapi kalau design yang ada ‘s’ ni biasanya dari dulu design luaran tak akan berubah banyak cuba part dalaman je yang ditambah-baik.

Aku suka sebenarnya kalau iPhone buang terus home button dan keluarkan style design macam Blackberry Z10. Sebab ramai yang tak bernasib baik home button kadang-kadang problem. iOS 7 ni pun dah ada fungsi swipe untuk back dan sebagainya. Tinggal nak tambah fungi swipe untuk run multitasking dan juga swipe untuk pergi ke home. Kalau diorang buat benda tu, tak payah orang nak guna home button tu lagi.

Icon yang totally berubah dalam iOS 7 pada aku walaupun idea dari Ive ni dalam rekabentuk icon tu sangat gempak, tapi ada beberapa icon yang aku prefer dikekalkan. Kalau nak flat kan, flate kan aje tanpa perlu ubah. Icon Safari dalam iOS 7 paling menyampah aku tengok sebab nampak macam tak siap. Mungkinlah pendapat korang lain. Hehe.

Folder pun dengan interface baru. Sekarang ni dah takde limit untuk letak berapa banyak apps pun dalam folder. Bagus la benda ni dapat la aku buang lepas ni folder-folder entah apa-apa dalam iPhone aku tu. Folder game je dah berapa banyak dah. Ada Games 1, Games 2, Games 3, blablabla. So lepas ni boleh buat folder nama Games je dan sumbat semua dalam satu tempat. Apa yang kurangnya pada aku, lagi elok kalau dia kekalkan UI folder ni macam iOS 6 sebab lebih cun berbanding sekarang dan cuma tambah fungsi unlimited tu je macam iOS 7. Sekali lagi mungkin pandangan aku aje kot. Korang ok kot? Hehehe.

Selain tu basic apps macam Clock dan Compas pada aku terlalu simple. Ya simple is nice tapi kalau terlalu simple nampak macam pemalas pun ada. Bila aku guna apps Clock tu untuk setting alarm, alamak rasa macam ada yang tak cukup berbanding Clock dalam iOS 6.

Tapi apapun semuanya tetap masih dalam BETA. Selagi belum betul-betul release, tak boleh nak banyak bunyi lah kan?! Haha.. Apapun atas pelbagai perubahan positif dalam kerjaya dan hidup aku sejak gunakan produk Apple ni, apa pun yang jadi aku tetap akan setia jadikan Mac, iPhone, iPad, Apple TV, Time Machines dan lain-lain sebagai peralatan utama berbanding lain. Dari segi OS, memang Android is good, but not for me. iOS for the win.

Oh Ya, ada yang wonder semalam aku post screenshot kejap guna iOS 7, kejap guna iOS 6. Untuk makluman aku guna 2 biji iPhone 5 64GB. Satu warna hitam dan satu lagi putih. Apehal guna dua biji? Sebab yang warna hitam tu dah guna sebelum dia sampai Malaysia lagi. Then bila dah sampai Malaysia, perlukan phone kedua tapi tak jumpa phone lain yang sesuai, so angkatlah iPhone sebiji lagi. iPhone Hitam tu yang aku masukkan iOS 7 Beta ni sebagai phone kedua. Kalau korang ada satu iPhone je tapi sibuk nak pakai iOS 7 Beta ni, you’re doint it wrong, bro! Trust me!

Kepada yang nak baca lebih lanjut, bolehlah buka Oh! Geekz ya. Hari tu Khai ada juga release satu aritkel kat sana tentang iOS 7. Jadi boleh baca artikel bertajuk “Tak Sabar Menanti iOS 7 Dilepaskan Sepenuhnya” kat sana yosh!

Itu sahaja, daaa!

Ditulis pada 7:58 PM 25 June '13 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 2,367 views | Dalam kategori: Apple | Tweet This!

Eat This Google!: , , , , , , ,


RSS feed | Trackback URI

24 Comments »

Comment by azrijohan
2013-06-25 20:38:23

haha komen pasal Samsung Mobile tu betul sungguh la hai

..
 
Comment by oDiN
2013-06-25 21:18:09

dah try ios7. fresh design tapi kadang2 clunky sikit UI dia. maybe sebab beta kot.

tak sabar nak tunggu boleh pakai iPad. bile la nak stable ๐Ÿ˜

..
 
Comment by Effa
2013-06-26 00:09:17

Khai, try download ZEPHYR kat cydia tuk mggelak kan gne home button…. Its worth it!!!

..
Comment by Khai
2013-06-26 00:22:50

Yeah tapi phone saya tak jailbreak la bro.. Hahaha.. thx anyway.

..
 
 
Comment by Aim Dot Dot
2013-06-26 00:20:43

xbest sebab aku xpakai lagi ios7 secara sah

..
 
Comment by Nadia Abdullah
2013-06-26 00:28:40

I <3 Apple

..
 
Comment by Achik Burger
2013-06-26 00:31:15

boleh lah tp still ada bug.. semalam update ios 7 beta 2 fix 7 bug

..
 
Comment by Amirul Aizat
2013-06-26 00:42:36

Ayat best. Haha.. Ada penguna samsung baca tak..? Kehkehkeh..

..
 
Comment by epilogue epic
2013-06-26 00:42:51

^_^ epic skrg dah guna home button…. just guna AssistiveTouch je… kat dlm setting general dah ade… xperlu jailbreak pun… sgt berguna…. nak printscreen ke ape… mmg totally xperlu guna home button tu pun… n even volume button pun xperlu guna da… just power button tuk lock n unlock screen….. termasuk la Siri…. ce bro khai try…. rasanya xramai yg tau pasal ni.

..
Comment by Khai
2013-06-26 06:21:28

Epic, yup bagus fungsi tu. Tapi secara peribadi, benci gila tengok button tu ada kat skrin sepanjang masa plak biarpun boleh dialih-alihkan. Lagi best kalau Apple masukkan beberapa fungsi je lagi matikan terus penggunaan home button tu. Amacam? Hehehe.

..
 
 
Comment by Zainuddin Zidane
2013-06-26 00:43:41

tergantung kepada si pemakai jugak kalau canggih sekalipun HP/ipad/tablet kalau tak tau nak pakai apa gunanya ,,aku tngok banyak orang beli phone cangih tapi setakat main game on Fb dengar lagu buat apa jugak padahal phone tu banyak ffunction dia,,,

..
Comment by Khai
2013-06-26 00:28:01

Mungkin tu yang kita nampak aje kot. Manalah kita tahu kat rumah dia buat apa dengan phone dia tu.

..
 
 
Comment by epilogue epic
2013-06-26 00:51:56

Pembetulan:- epic skrg da *xguna home button

..
 
Comment by adarain
2013-06-26 01:35:04

aku pengguna samsung, mungkin btol jugak kata ko, aku pernah try guna iPhone 4 dari member, memang best. Mungkin ramai tak pernah cuba iPhone tu yang kutuk2x iPhone mungkin. Ada keinginan jugak nak beli iPhone tp simpan dulu hajat. Ada rezeki beli juga.

..
 
Comment by safwan seth
2013-06-26 01:55:24

nak tunggu iphone 6. ip5 kurus sangat la. hehe

..
 
Comment by Nasrulz92
2013-06-26 03:56:53

iPhone pertama aku adalah iPhone 5,beli pada 17 December 2012 yang lepas..kawan aku pun first time pakai iphone juga..beli pada masa yg sama..since dah pakai memang xpandang dah phone lain..serious!..guna dulu baru tahu..

ada la dalam beberapa minggu yg lepas, iPhone 5 kwn aku kena curi..sbb dah terbiasa dengan iphone..last2,esoknya pergi la beli iphone 5 baru..so kepada yg cakap produk Apple itu ini, guna dulu iPhone 5 contohnya,guna jea la dalam sebulan..then switch to Android, S4 contohnya..korang akan dapat rasai perbezaan yg sangat ketara disitu..sumpah!..haha

pssst : btw, rasanya ID Instagram khai @khaixy tu,khai dah patut tukar kot kat banner atas..hihi

..
 
Comment by Rizuan
2013-06-26 09:52:59

Tunggu je lah final release nanti. Buat masa sekarang aku lebih suka IOS 6 ni sebab aku pengguna baru iPhone. Tak khatam lagi pun. Macam sayang pulak nak update nanti.

..
 
Comment by syazwan
2013-06-26 15:03:25

dah guna ios 7 , saje gatal update. skali nk turun balik xleh ambik apa yg dah back up. seb baik xhilang. so skrg sangkut kat ios 7..hahaha…tp bagi aku xde bnyk problem pn…cuma bateri tu…perghh..and then skrg pk 2kali patut x update beta 2..amacam ? dia improve bateri x ?

..
 
Comment by Alex
2013-06-30 14:45:10

iOS 7 nampak lebih “bersih” compare dengan generasi sebelum ni.

Sebab bukan generasi Steve Jobs dah, so banyak yang mula tukar. Mac Pro pun sangat beza dengan dulu.

..
 
Comment by JomJalan
2013-07-01 05:17:07

Saya masih pakai iPad 2 yg dibuat era Steve Jobs — dan apa yg saya boleh kata, sampai sekarang ianya satu gajet yg mengkagumkan. Bateri yg sangat tahan lama, dan sangat2 mudah diguna.

Harap2 IOS 7 dapat naikkan semula Apple. Cuma tengok ikon2 tu tak berkenan betul.

..
 
Comment by azrin
2013-07-02 11:33:47

Harap harap adalah perubahan yang ketara yang dibuat, dah lama ui nya lebih kurang sama sahaja, artikel yang menarik! Teruskan!

..
 
Comment by niQ
2013-07-18 09:58:04

skrg dah upgrade ke 7 beta 3….4s dan ipad 2 sekaligus… masih lom stabil tapi versi 7 kali ini memang ‘awesome’… parallax effect yang mantap!!! hehe

..
 
Comment by ahmadijat
2013-09-01 07:52:26

Saya pun baru pertama kali pakai produk Apple. iPhone 5 dan iPod Shuffle. Memang puas hati. Apple ni memang ada follower dia sendiri. Tak perlu nak buat promosi besar-besaran.

Target lepas ni, macbook dan ipad pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki. ๐Ÿ™‚

..
Comment by Khai
2013-09-05 23:59:31

Amin.

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post