Terima Kasih Semua :'(

* INI ADALAH PIN POST. ARTIKEL TERBARU SILA LIHAT DI BAWAH YA! *

Sedar tak sedar dah masuk 5 tahun Justkhai hilang dari radar. Hilang dari segala kenangan. Hilang bagi memberikan fokus kepada sesuatu yang diluar normal. Hilang dari segala jenis haters yang memuncak. Hilang dari dikenali. Sepanjang proses mendiamkan diri, macam-macam perkara yang dah jadi juga macam-macam perkara yang Khai dah belajar. Tapi hal paling best bila menghilang, kau nampak yang orang yang membenci kau akan kurang (mereka slow down cari mangsa lain). Lepas tu kau nampak siapa kawan siapa lawan. Kadang-kadang orang yang kau baik dengan dia pernah tolong macam-macam tapi last-last boleh jadi musuh kau. Atau yang kau taknak anggap dia tu siapa-siapa, rupanya itulah kawan dan teman yang terbaik untuk kau.

View dari office baru Oh Media Sdn Bhd. Banyak siokk Hehe.

Tahun ini (2018), usia Khai akan masuk ke series yang baru iaitu 3 series. Hehe. Lama blog ni ya sebab ingat lagi masa birthday umur 20 tahun pun pernah Khai tulis kat Justkhai ni. Memang dah lebih 10 tahun pun blog ni. Tapi apa nak buat sebab peredaran zaman. Dunia blog tidak lagi seindah dan semanis dulu.

Sekarang ni zaman blog boleh dikatakan dah habis bila semua orang beralih kepada media sosial. Bila buka url kawan-kawan blogger dulu, boleh kata macam semua dah tak wujud lagi. Gila sedih pulak tengok kenapalah korang tak jaga domain tu elok-elok dan biarkan blog tu sebagai kenangan yang tak akan hilang ye tak?

Tahniah la pada yang masih maintain blog sendiri dan lagi salute kalau masih kekal dengan momentum update blog peribadi selalu. Zaman sekarang ni zaman kritikal. Ramai yang menulis hanya kerana duit. Bukan lagi kerana passion untuk berkongsi macam zaman kita mula-mula wujudkan blog dulu lagi. Iyalah ikut peredaran zaman la. Sekarang generasi kita bukan lagi boleh chill je macam dulu tapi kena struggle teruskan hidup. Ramai yang dah berkeluarga plak tu.

Blog Justkhai yang sengaja Khai hilangkan dari radar ni, alhamdulillah masih ada walau agak banyak jugalah gambar-gambar yang hilang. Jadi kalau tengok mana-mana artikel yang tak ada gambar tu, faham-faham ajelah ye dah hilang lah tu namanya. Hehe.

Blog Justkhai ini memang sentimental dan berharga buat diri Khai sendiri. Ini blog yang memegang begitu banyak menyimpan kenangan zaman remaja Khai. Sebuah blog yang dah jadi sebahagian dari diri Khai sendiri kerana jatuh bangun hidup masa zaman nak mencari tapak atas muka bumi Tuhan ni dulu, segalanya dikongsikan di dalam blog ini. Daripada kisah cinta bagai nak rak, lepas tu cinta tak kesampaian, motor hilang, ini dan itu semuanya dalam blog ni. Hehe.

ย 

A post shared by Oh! Media Network ? (@ohmedia) on

Memang kalau dekat online ni biasa sangatlah orang tanya mana Justkhai? Ada yang kalau jumpa bertanya bila nak aktif menulis balik kat Justkhai? Tahun demi tahun bersilih ganti, akhirnya 2018 Justkhai kembali diratah enjin carian Google lagi.

Tapi niat utama Khai live kan semula Blog ni adalah kerana teringat tentang banyak perkongsian tentang perjalanan hidup seorang Khai tu sendiri yang insyaAllah boleh menjadi rujukan kepada ramai anak-anak muda kat luar sana. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah agar mendapat manfaat dia. Perjalanan seorang yang dulu dikenali sebagai memilih blogging sebagai kerjaya. Seorang yang dikenali sebagai paling tak suka kerja bawah orang.

Alhamdulillah, 10 tahun berlalu Khai masih belum pernah kerja dengan orang. Belum pernah merasa makan gaji. Belum pernah merasa terima arahan untuk buat ini dan buat itu. Mempunyai kebebasan masa dan kewangan, itukan impian yang pernah ditulis di dalam blog ini suatu masa dulu ye tak?

Nak kata berjaya tu jauh sekali kerana banyak perkara yang harus dicapai lagi tetapi boleh dikatakan Khai sangat berlapang dada dengan apa yang dah dicapai dan dijalani sampai ke hari ini hasil dari titik peluh dan juga impian sendiri. Tidur 3 jam sehari masih kekal sampai ke hari ini kalau korang nak tahu. Hehe. Apalagi yang Khai buat sekarang ni? Hurm adalah baik tak payah cerita dan berkongsi segala benda macam dulu lagi sebab zaman sekarang ni lebih ramai yang akan menyakiti kita berbanding yang mahu bergerak bersama. Hehe.

ย 

A post shared by Oh! Media Network ? (@ohmedia) on

INI CORETAN TERAKHIR

Ini akan menjadi artikel penutup di Justkhai ini. Biarlah blog ini terhenti dengan bernisan dan bukan hilang begitu sahaja.

Kalau korang rindu nak baca Justkhai ni, semua yang sepatutnya ditulis kat sini dah beralih ke Instagram. Instagram mana? Instagram Oh! Media la mana lagi. Hehe. 100% yang ada di Instagram tu adalah dari pemilik Justkhai ini. Orang yang sama dengan cara penulisan yang sama.

www.instagram.com/ohmedia.

Jom la kenal-kenal dengan Miss Merlot, Mr Sugomi, Miss Jasmine, Miss White dan ramai lagi dekat Instagram tu. Hehe. Jadi kat bawah ni antara gambar-gambar terkini yang ada kat Instagram. Ramai yang tak tahu Instagram tu adalah kisah “seorang Khai Hassan” tapi bagi yang dah lama mengenali daripada penulisan pun patutnya korang dah tahu kisah siapa. Cuma kali ini ianya di Instagram dan bukan lagi di blog ini.

Tapi sayang kat Instagram tak boleh nak tulis panjang sebab ada limit. Memang selalu sangat kalau Khai tulis akan sampai limit dia. Haaa jangan ingat Instagram tak ada limit tau. Sedap ko taip caption kat Instagram tu lepas tu dah tak boleh nak taip lagi sebab dah sampai limit. Cis! Haha. Kalau tak lagilah macam-macam benda boleh berkongsi dengan korang.

Tapi kan korang, alhamdulillah jauh di sudut hati kecil Khai ni, sampai ke hari ini masih memegang prinsip hidup untuk berkongsi. Prinsip hidup harus lebih banyak memberi daripada menerima. Khai tetap sama tetap hidup sederhana tapi Allah sentiasa memberikan kecukupan dan rasa gembira hidup aman tenteram atas bumi Dia ni.

Ingatlah kau kaya macamana banyak duit yang kau kejar pun, lagi jauh kau kejar lagi kau rasa tak cukup. Sampai tahu tahap kau tersungkur dan tak akan bangun lagi. Bersyukur dengan apa yang ada dan paling penting sentiasa betulkan niat. Terkadang kita tergelincir dari landasan maklumlah kita manusia biasa. Tapi selagi hati ada Iman, kembalilah kepada yang Maha Pencipta.

Terakhir kata, terima kasih Khai ucapkan kepada semua pembaca yang menyokong Justkhai selama kewujudannya. Samaada datang membaca blog ini sebagai seorang kawan ataupun lawan, semuanya kalau bukan kerana korang, Khai tak akan ada untuk buat semua ni. Anggaplah blog JustKhai ini sebagai sebuah drama yang happy ending.

Pada yang baru terjumpa blog ini, enjoice guys semoga banyak perkara berguna boleh korang jumpa dalam setiap penulisan artikel di dalam blog Justkhai ini. Koreklah baik-baik. Hehe.

Terima kasih semua dan semoga berjumpa lagi. Peace!

– Khai Hassan | khai[at]ohmedia.my

Update Februari 2021:

Artikel ni dinaikkan ke atas semula biar jadi artikel terakhir di blog ini. Dalam tempoh 3 tahun selepas penulisan kat atas ni dibuat, pelbagai perkara yang dah berlaku.

Perkara terbesar adalah bila Khai buat keputusan untuk melepaskan pegangan majoriti syarikat Oh Media Sdn Bhd kepada sebuah syarikat lain pada harga sekian-sekian. Oh! Media kini pun dah ramai staff tak lagi lone ranger macam dulu-dulu. Dari dulu kenapa tak expand Oh Media ni, motifnya cuma satu yang mana Khai nak lihat sejauh mana kebolehan diri sendiri. Sejauh mana boleh baca Oh Media ni tanpa campur-tangan sesiapa.

Ketika ini, Oh Media Sdn Bhd sudah berpangkalan di sebuah office baru di Damansara Utama. Khai kini sebagai director sahaja yang mana hanya monitor staff-staff baru dan lama bertugas agar diri sendiri tak terasa seperti makan gaji buta. Hehe. Dari rumah sahaja dan kadang-kadang jer la masuk office pun.

Bila korang baca ni, pastinya dah dapat melihat banyak perubahan yang berlaku pada Oh! Media. Bagaimana penulisan dibuat termasuklah di Instagram @ohmedia yang mana selama ni, lebih kepada perkongsian peribadi Khai sendiri tetapi kini hala-tujunya dah berubah sepenuhnya. Kalau nak terus follow perkongsian Khai di Instagram macam dulu, boleh follow Instagram @ohkhai ya.

Artikel tentang penjualan Oh! Media ni ada pada artikel sebelum ini (3 bahagian) yang mana korang boleh baca jika berminat. Dah letih sebenarnya dengan dunia media sosial ni. Cabaran untuk diri sendiri untuk Oh! Media ni Khai letakkan noktah selepas 10 tahun yang mana sampai masanya untuk Khai buat sesuatu yang baru pula sambil terus melihat Oh! Media pergi lebih jauh lagi di bawah percaturan insan lain yang amat Khai percayai.

Terima kasih semua yang banyak menyokong Khai dan Oh! Media selama ini terutamanya para pembaca blog justkhai ni. Tanpa justkhai ni, tak wujud Oh! Media tu. Moga Allah sahaja yang membalas jasa dan kebaikan kalian kepada Khai dan Oh! Media selama ini.

Wassalam ๐Ÿ™‚

Ditulis pada 2:04 AM 7 July '22 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 133,337 views | Dalam kategori: Istimewa | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

21 Comments »

Comment by miizan
2018-01-08 08:08:25

Baca blog ni dari 2009…
Kita jumpa kat ig ohmedia pulak ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Piratz
2018-01-08 10:03:51

First!!! Hahahah

..
 
Comment by lazaac
2018-01-08 10:25:49

terbaik bro.. lama tak dengar khabar.. blog den pun dah bkulat.. duk renew domain jer konon.. haha..

..
 
Comment by man
2018-01-08 11:22:58

bersemadilah dengan tenang ‘justkhai’..hihihi.. blog personal terbaik ni..

..
 
Comment by Hilmi
2018-01-08 13:22:26

Tetap akn setia dgn penulisan khai yg bg aq sgt2 berguna .. Aq doakan kau semoga terus berjaya dan inspire org2 lain . Kau juga byk inspire aq khai ๐Ÿ™‚

..
 
Comment by yusri
2018-01-08 15:44:24

terbaik. banyak belajar dari awal-awal pasal ilmu komputer,internet, umo pun dah masuk 30an jugak..keep it up

..
 
Comment by Saya Nakal
2018-01-08 19:26:52

Akhirnya Kau Muncul Balik,..hehhe aq knl kau dri zmn SCUKZ…

..
 
Comment by capi
2018-01-08 23:40:37

Semoga terus sakses!

..
 
Comment by Andy
2018-01-11 12:32:04

Thank you Khai. Silent reader sejak tahun 2009. Byk yg dipelajari dari penulisan Khai. All the best to you!

..
 
Comment by Ryehanna
2018-01-11 21:38:24

Ya Allah lamanya tak baca your writings! Terkejut tgk kt blog feed ade new update 3 days ago. Terus zasss baca…

So true semua tertulis di atas. Most people yg call diorg BLOGGER banyaknye blogging kerana duit and bukan sebab passion ๐Ÿ™‚

I still blog cos my blog is my diary. Catatan peristiwa. Kekadang saje baca blk posts lama2 utk mengingat kembali :’)

Anyway, best of wishes Khai!

..
 
Comment by KhaiHassan
2018-01-12 15:21:08

Terima kasih semua. Familiar sungguh dengan korang semua. InsyaAllah moga sukses untuk kalian semua dunia dan akhirat yer… <3

..
 
Comment by Syahirul.com
2018-01-12 20:04:22

Ya dari zaman scukz lagi. Dan hingga hari ni. Pelbagai kisah suka duka. Thx 4 all the joy and happiness.

Aku masih lagi kekalkan domain cuma tak diupdate. Banyak juga artikel dah dihide dan hanya tinggal yg mungkin bawa manfaat kepada pembaca dan diri sendiri.

Satu masa nanti kalau domain aku hilang tu tandanya aku dah takde di dunia ni.

..
 
Comment by ^lurve_purple^
2018-01-12 22:16:54

waaahhh.. setelah sekian lama.. akhirnya just khai update. follow blog ni dari 2008 or 2009 klu x silap, dulu baca entry lama2 khai dengan internet super lembap. sangat mengagumi khai, sebab di usia muda dah berjaya bukak Oh! Media dan Oh! yang lain. ๐Ÿ™‚ selamat menempuh 3 series khai, mudah2an lebih banyak kejayaan bakal di tempa di masa akan datang.

..
 
Comment by Arnamee
2018-01-15 14:31:54

Salam. Itulah, zaman dah berubah.
Apapun, semoga terus sukses Khai.

๐Ÿ™‚

..
 
Comment by Zul
2018-01-16 23:03:16

Lah…daa penutup ke. Thanks khai. Selalu follow dari study kat usm sampai dah anak 4. Baanyak info dan panduan berguna. Thanks alot khai dan ohmedia. Moga terus sukses

..
 
Comment by Ezsd
2018-01-18 17:13:22

Aku respek ko khai.. Aku follow ko dr dulu… Mmg penah jadi aku nyer idola dlm blogging.. Tapi tu lah nk citer.. Panjang.. Apepon aku masih ikut ke fb n insta oh media… Salute..

..
 
Comment by Sii Nurul
2019-09-04 22:56:09

Assalamualaikum. First time baca blog Khai sy rasa sedih.. Actually menangis haha.. Sy bru graduate thn lalu, still xdapat kerja dan hanya ada blog saja.. 10 tahun tu agak lama juga mesti ada byak suka dan duka masa b’blog. This year I decided to be a fulltime blogger. Sy cuba minta pendapat dan baca byak artikel dr blog lain tapi tak smua yg memahami bahawa sy betul2 rasa hidup nie tak lengkap tanpa menulis di blog walaupun setakat merapu.. Dalam masa yg sama struggle tuk naikkn income d’blog.. Maaf sbb komen panjang sgat..

..
 
Comment by Sabrijati
2020-04-02 08:05:12

Saya baru nak belajar buat blog. Rasanya belum terlambat lagi kan? Walaupun umur dah masuk 3 series. Huhuhu…

..
 
Comment by ohjob
2021-05-01 03:08:01

Tahniah bro.. aku buat ohjob sbb byk belajar dgn ohmedia n khai.. tak sangka dah pencen jgk ye.. ohjob pun baru je jual pages.. syg mmg syg.. tp mmg xleh berengang dgn gadjet mata pun dah rabun.. huhuhu cuba bidang baru pulak.. dtg nak ucap terima kasih sbb tunjuk ajar.. Assalamualaikum..

..
 
Comment by MakCik_DuRiaN
2021-05-17 11:22:30

tiba2 harini teringat nak try buka blog justkhai setelah tah berapa lama..eh ada lagi!!
ingat lagi masa baru2 baca blog ni, khai baru habis sekolah dan masuk belajar di LimKokWing…
sekarang umur aku pun dah 35…blog aku sendiri pun dah padam ๐Ÿ™
lepastu ada oh media, timbul pulak ohbulan, oh tidak dan mcm2 oh lagi…
rindu pulak zaman2 tu duk dengar radio sambil chatting.. :`(
Moga khai terus maju jaya,n terima kasih pernah mewarnai dunia blog aku:*

..
Comment by KhaiHassan
2021-05-31 01:52:36

Hehhehe. Terima kasih banyak2 ๐Ÿ™‚

..
 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post