Jangan Sampai Blog Hilang

Boleh kata setiap hari akan dapat email tentang link-link URL di blog Justkhai ni yang dah pun broken. Paling banyak adalah link ke url blog kawan-kawan blogger suatu ketika dulu. Banyak darinya yang masih cukup segar dari ingatan. Bila tengok rasa sedih sebab ramai yang kita kenal dulu. Kenapalah kau tak jaga domain dan blog tu untuk terus kekal. Tak sayang ke semua kenangan dan penulisan sendiri yang boleh dikenang sampai bila-bila. Sebab bukannya susah mana pun. Tapi nak buat macamana kan untuk kekalkan atau biarkan berkubur, itu pilihan masing-masing. Iyalah zaman blogging dah lama hilang terutamanya untuk blog peribadi.

Ada sebabnya terkadang Khai paksakan diri menulis di blog ni walaupun pernah maklumkan dulu yang mungkin dah tak akan update lagi. Samaada ada yang baca atau tidak, itu langsung tak penting. Menulis blog ni, sebenarnya kalau nak best kau kena menulis macam bercakap dengan diri sendiri. Bercerita dengan diri sendiri jer. Hehe.

Walaupun sekarang ni zaman social media, tapi itulah mungkin dah banyak perkara yang kita kongsikan dari hari ke hari, tapi semua tu sangat sukar nak diingat atau dicari kembali. Hanya blog sahaja akan buat kita rasa seperti menulis dan berkongsi apa sahaja ”di rumah sendiri”.

Bagi memastikan blog Justkhai ini terus boleh wujud sebagai kenangan, ada beberapa perkara yang Khai sentiasa perlu buat jadi ada baiknya kalau dikongsikan di sini sebagai kenangan.

  1. Database sangat penting untuk kita backup. Kalau guna WordPress, install je apa-apa plugins yang membolehkan kita backup database dengan mudah secara berjadual. Kemudian database tersebut terus di simpan dalam Google Drive untuk kegunaan di masa hadapan jika perlu. Macam Khai sentiasa backup secara automatik pada hujung minggu tak kiralah ada artikel baru atau tidak.
  2. Bila kita backup database, gambar tak termasuk sekali ya. Jadi pastikan semua gambar yang pernah kita upload selama ni dalam WordPress, telah dibackup dari tahun ke tahun serta bulan ke bulan. Bila dah sekali buat, akan jadi senang lepas ni kita cuma perlu backup 3 bulan sekali untuk folder gambar yang baru.
  3. Perlu rajin login ke dashboard dan update segala yang boleh di’update. Kalau guna banyak Plugins, pastikan semuanya sentiasa up to date. Themes yang ada dalam WordPress pun tolonglah update sekali tak kiralah kita pakai atau tidak. Untuk mana yang confirm tak akan pakai, korang perlu remove terus untuk selamanya dari file manager. Bila dah update WordPress semua tu, perhatikan apa yang berubah dan cuba fix mana yang broken.
  4. Kalau rumah dah hilang alamat, elok bakar je lah rumah tu. Haha. Ini samalah dengan domain blog korang tu. Kena tahu bila nak kena renew domain dan juga hosting. Disebabkan sekarang bukan lagi zaman blogging dengan trafik yang gila babi, cukup untuk ambil hosting berbayar secara tahunan dan yang paling murah. Biasanya domain dalam RM40 setahun manakala bagi hosting pula kalau setakat nak simpan satu blog kita ni, cukup sangat dah beli hosting yang harga bawah RM100 untuk setahun.

Tu je la tips yang Khai sempat fikirkan secara spontan masa menulis. Mungkin ada yang perlu ditambah tapi percayalah bahawa 4 perkara kat atas tu paling penting bagi memastikan blog korang yang penuh kenangan suatu masa dulu dapat terus bernyawa sampai bila-bila.

Psst! Semalam baru sampai Sarawak buat pertama kalinya. Haha. Yahuu!

Ditulis pada 9:29 AM 18 June '22 dan pastinya oleh . Siape lagi? | 169 views | Dalam kategori: Blog | Tweet This!

Eat This Google!: , , ,


RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by Piratz
2022-06-18 11:52:00

Blog lama dah tutup.. Restart buat projek baru.. Haha…

..
Comment by KhaiHassan
2022-06-19 01:22:22

Mantap bro. Baru tahu ni <3

..
 
 
Comment by msaa
2022-06-21 14:53:06

Baca blog dgn social media feel dia lain.. Kalau free teruskan lah menulis ya

..
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
Your URL
Your Comment (smaller size | larger size)

Trackback responses to this post