Archive for 'Tutorial'

Sejauh mana browser internet akan menyusahkan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri Khai kali ini insyaAllah akan ringkas sahaja. Artikel ini mengenai sejauh mana browser internet yang korang guna tu akan menyusahkan korang sendiri. Bagi yang menggunakan sebuah komputer peribadi untuk melakukan urusan harian termasuk bersosial di internet, tahukah korang bertapa bahayanya bila komputer atau notebook korang tu digunakan oleh orang lain (termasuk kawan-kawan) apa lagi jika laptop korang dicuri oleh orang lain?

Kita ambil contoh terdekat, Facebook. Tiap kali korang dah taknak main, korang akan logout dan korang rasa amat yakin yang akaun Facebook korang takkan dapat diakses oleh sesiapa lagi walaupun orang tersebut menggunakan laptop korang sendiri. Ok, agak logik di situ sebab korang memang dah buat apa yang patut korang buat. Nak lebih selamat lagi, korang pun clear cache dan cookies semua nak bagi betul-betul selamat. Takut member korang hijack akaun korang dan tulis status macam-macam la ni ye? Hehe.

Percayakah, sebenarnya orang yang menggunakan komputer kita dapat mengetahui segala jenis password kita dengan begitu mudah sekali. Tiada apa-apa software yang diperlukan dan ianya tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hacking dan sebagainya. Mari lihat sedikit penerangan yang sempat Khai buat ini. (more…)

Posted on 11 May '11 by , under Tutorial. 65 Comments.

Kepentingan domain dalam dunia blogging

Kepada Ismi Bond yang dihormati, izinkan Khai publish soalan anda di Justkhai ni ya? Agar sama-sama dapat kita kupas mengenai isu domain ni. Well, Khai taklah pandai pun pasal domain hosting segala ni. Tapi pengalaman tu agak banyaklah. First domain yang Khai grab, masa Khai form 5 tahun 2005 dulu. Dan sehingga hari ini, dah banyak sangat dah domain yang Khai beli. Ada diantaranya digunakan dengan baik dan mampu generate beribu-ribu setiap bulan, dan ada antaranya yang dibeli tetapi langsung tak dibangunkan. Biasalah, kita try & error kan?

Bagi menjawab soalan dari Ismi Bond, first of all, ya terima kasih! Baju Oh! Media memang cantik. Siapa tak beli tu memang rugi sesangat. Hahaha. Ok abaikan soal baju. Hurm, ok.. baju memang cantik! Eh! ok ok.. abaikan. Jangan marah. Gurau-gurau je. Hehe.

Sebenarnya kan, kalau diselak-selak semula artikel-artikel dalam Justkhai ni, dari tahun-tahun yang lepas lagi Khai selalu sangat katakan kepada blogger lain, silalah beli domain. kalau domain .com tu, bukan mahal sangat. Paling mahal pun RM40 (kalau korang beli lagi mahal dari tu, korang dah kena kencing atas kepala la tu).

Dulu, masa awal-awal Khai menggesa untuk orang membeli domain sendiri, ramai la yang bangkang. Dia cakap kenapa nak membazir dan sebagainya. Ada yang tak boleh blah, siap buat artikel mengutuk mereka yang memakai domain sendiri ni. Berlagak la katanya, poyo la katanya. Memang bodoh nak mampus perangai manusia yang macam tu. Kau dah taknak beli domain, ko tak payahlah nak maki orang lain yang pakai domain sampai buat entri bajingan macam tu. Macam ko ada share pulak kan? Amik setepek! Hehe. *ok, part emosi tamat* (more…)

Posted on 18 March '11 by , under Tutorial. 97 Comments.

(Tutorial) Cara Mudah Download MP3 melalui Google

google-mp3

Kalau bulan Ogos tahun 2009 lepas (kejap je dah setahun lebih), Khai ada tulis pasal (Tutorial) Cari MP3 Sekelip Mata dengan Google. So dari entri tu, wujudnya tutorial ringkas ni mengenai cara terbaik mencari lagu menggunakan Google sahaja.

Tolong la jangan guna P2P software macam Imesh, Limewire or whatsoever jika korang bukan advance user sebab risiko untuk PC korang dijangkiti virus dari software P2P tu amatlah tinggi. Memanglah senang nak cari apa sahaja dengan peer to peer software ni, tapi karang sebulan sekali duk format Windows balik. Tak ke buang masa korang tu? Hehehe. Untuk advance user, korang punya pasal la sebab korang memang kebal virus.

Ok, untuk tutorial kali ni, sangat ringkas ok. Khai dah try search & download beratus-ratus lagu, video, document dan apa sahaja. Buat masa ni, masih belum ada yang mengecewakan. (more…)

Posted on 19 September '10 by , under Tutorial. 39 Comments.