Archive for 'Tutorial'

Surf Internet percuma melalui handphone

Since ketagihan terhadap Facebook, Twitter dan internet semakin menjadi-jadi ni, so siapa yang ada guna handphone agak canggih (boleh install application), meh la Khai kongsi cara untuk korang surf internet secara percuma melalui handphone. Khai tahu pun dari member dan sedikit search melalui Google. Tapi untuk pengguna Maxis prepaid (Hotlink) aje lah. Khai dah cuba buat kat Maxis Postpaid, tapi tak boleh. Untuk pengguna telco selain Maxis, sorry la tak dapat den nak tolong. Blog ini adalah Wilayah Maxis! Hehe.

Anyway, sebut percuma, semua orang terbeliak mata. Siapa yang taknak benda percuma kan? Kalau hantaran kahwin pun percuma, lagi la ramai terkeluar biji mata. Teehee! Benda ni i’m not sure samaada Maxis tahu atau tidak kebocoran dalam sistem mereka. If baru tahu, silalah update. Kalau nak terus beramal pun, apa salahnya. Ok, silalah follow cara-cara berikut.

1. Download dan install Opera Mini 5 ke dalam handphone korang. Korang boleh download terus via handphone melalui address ini: m.opera.com || Dan kalau korang malas nak membazir kredit (sebab phone korang takde WiFi, boleh lah download secara manual di http://www.opera.com/mobile/ kemudian install sendiri ke dalam phone korang. (more…)

Posted on 31 August '10 by , under Tutorial. 109 Comments.

Kepentingan Facebook kepada Blogger


Entri ini ringkas (err, insyaAllah..). Sekadar nak mengingatkan atau mungkin juga berkongsi kepentingan Facebook kepada blogger. Selain SEO whatsoever yang dah banyak kali korang baca atau mungkin dah pakar pun, satu lagi yang lebih penting adalah tahap kepenggunaan korang terhadap Facebook.

Benar, Facebook di bina oleh orang Yahudi tapi bukan Zionis dan terpulang la kalau ada yang nak boikot Facebook whatsoever. Tapi untuk Khai, selagi benda tu memberi keuntungan pada diri Khai, Khai akan gunakan sebaik mungkin. Facebook kaya dari apa? Iklan tentunya dan apps diorang. So jangan klik iklan kat sana atau jangan tempah iklan di Facebook dan boleh main apps tapi jangan sampai keluar duit beli chip point dan sebagainya. Cukup setakat itu kalau nak boikot.

Berkata mengenai kepentingan Facebook kepada blogger, first of all korang memerlukan Facebook untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dan pembaca setia blog korang (followers la tu). Kan lagi kacak bila followers boleh berinteraksi dengan korang atau tanya apa-apa soalan dengan cara termudah melalui Facebook compare to email or contact form. Boring dah kot cara tu. Tak mesra pembaca langsung.

Keduanya, (more…)

Posted on 5 August '10 by , under Blog, Tutorial. 41 Comments.

ScreenR – Perakam Skrin Komputer Online

Disebabkan tangan ni gatal-gatal nak menaip untuk Justkhai, here we go. Semalam, Khai borak-borak dengan besday boy sorang ni masa kitorang “breakfast” pukul 4 petang (LOL) kat Bangsar. Entah camana cerita itu dan ini, akhirnya boleh masuk part main rakam-rakam skrin pulak kan? Then dia cakap ada jumpa website yang boleh rekod online skrin komputer sendiri. So tak payah nak guna apa-apa software lagi dah sebab memang selama ni agak menyusahkan lah. Ada software tu yang sampai kena bayar semua semata-mata nak merakam video kat komputer korang. Tak berbaloi melainkan tiada pilihan lain.

So, rupanya dah wujud web macam ScreenR ni ye? Tak kisahlah dah lama or baru atau korang dah lama tahu (who cares?), yang penting benda ni Khai baru tahu dan nampaknya ianya memudahkan kita kalau kita mampu berimiginasi apa hasil yang mampu dibuat dengan kemudahan yang diorang dah sediakan. Mengenai ScreenR, bila Khai dah cuba sendiri memang boleh dikatakan tak pernah lagi guna mana-mana software merakam skrin yang semudah ini. Memang salute tahap tertinggi untuk creator dia.

Teruskan bacaan untuk contoh video yang dah Khai buat.. Hehe.. (more…)

Posted on 23 July '10 by , under Review, Tutorial. 43 Comments.