Ada Apa Dengan Kia Forte?

Kalau Khai beli gadget yang harganya hanya beberapa ribu, Khai akan kongsikan di dalam blog ini dengan maklumat mengenai gadget tersebut. Tapi lain macam pula rasa bila beli kereta tapi tak tulis dalam blog. Haha. Akhirnya atas permintaan ramai pembaca Justkhai untuk tahu lebih lanjut tentang Kia Forte ni, hari ni Khai akan uploadkan gambar kereta Khai sendiri dan berkongsi beberapa maklumat mengapa Kia Forte ni menjadi pilihan hati. Plate number tu bukan yang sebenar ya? Hehe.

Semua gambar kat bawah ni korang boleh klik untuk size yang lebih besar. Bila dah klik, bolah drag gambar tu atas bawah kiri kanan. Hehe.

Lagi gambar dan artikel. (more…)

Ditulis pada 8 February '12 oleh | 22,826 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa, Review | Promo di Twitter! | 344 Respon

Review: Ada Apa Dengan TM UniFi?

justkhai-unifi

Artikel tentang TM UniFi ini dikeluarkan di atas permintaan saudara Faridzul (Joegrimjoe) yang mahukan review tentang UniFi. Well, kalau korang search di Google pun pastinya dah bersepah info tentang UniFi ni. Tapi macam biasalah review di Justkhai ni tentulah lain dari yang ada tu. Hehe. Apapun terima kasi Joe kerana permintaan anda ini telah membuatkan Justkhai akhirnya diupdate! Yay!

Nak dijadikan cerita, dah 3 kali Khai register untuk UniFi ni tapi bukan main susah lagi nak sampai. Alhamdulillah lepas kali ke-3 daftar tu, baru ada feedback. Btw, UniFi ni Khai install di office nombor dua, Oh! Media SOHO (sebuah kondo di Ampang) yang merangkap rumah saya selepas bernikah nanti. Sebab apa tak pasang di main office? Sebabnya mudah, penggunaan Khai dan krew yang lain tidak memerlukan internet setinggi ini lagi dan harga pemasangan untuk sebuah premis dan syarikat berharga RM899 dan berkali-ganda dari harga untuk kawasan perumahan. Lebih parah lagi, pakej BIZ20 tidak didatangkan dengan HyppTV. Oleh kerana office SOHO ini adaah sebuah kondo, so Khai dapat apply pakej VIP20 (RM249) berbanding BIZ20 (RM899). Kelajuan untuk pakej VIP20 dan BIZ20 ini adalah sama iaitu 20 MBPS. (more…)

Ditulis pada 17 January '12 oleh | 5,911 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 91 Respon

Pemenang Program Amazing Holidays Bersama Proton


November tahun lalu, Khai ada mengeluarkan satu artikel tentang Proton VIP yang bertajuk “Jom Pergi Bercuti Bersama Proton VIP!“. Ingat lagi tak? Pertandingan mudah yang hanya memerlukan peserta menjawab dua soalan melalui website mereka itu semamangnya mendapat sambutan yang amat hebat. Maklumlah pertandingan tersebut bukan sahaja dibuka kepada pemilik kereta Proton, tetapi juga di buka kepada bukan pemilik Proton.

Baru-baru ini bertempat di Subang Jaya, Proton telah mengumumkan nama 6 pemenang yang telah memenangi hadiah percutian “Amazing Holidays” di mana merupakan sebahagian daripada program Proton VIP ini. VIP membawa maksud “Very Important PROTON”. Menurut Proton, semua ini adalah sebahagian dari cara yang dapat mereka lakukan bagi menghargai semua yang menyokong Proton selama ini selain untuk membuktikan komitmen mereka untuk memberi kualiti perkhidmatan yang baik serta khidmat pelanggan yang hebat. (more…)

Ditulis pada 9 January '12 oleh | 1,304 views telah diterima.
Dalam kategori Advertorial | Promo di Twitter! | 7 Respon