WWE!! is it true?

Khai heran betul la kenapa sampai sekarnag ade lagi yang cakap macam ni ..

” Bodoh la sapa nengok wrestling.. tu semua berlakon aje ”

” kerusi diorang tu bukan keras pon, penipu semua tu ”

” diorang pakai blade ntuk darahkan.. ”

” diorang dapat gaji berlakon camtu ”

alahai .. korang semua dah besar besarkan? of course la semua tu lakonan .. nama pon world wrestling entertainment.. so benda tu semua hiburan… gaji diorang mmg banyak sebab sambil menyakitkan badan, diorang gak kene berlakon..

dan sebelum dapat keluar TV, diorang dah amik class ntuk hafalkan semua movement tu.. so kalau korang perasan, setiap kali nak buat movement, mulut diorang akan bergerak gerak.. that mean diorang dah kasi tahu oppenent tu movement ape plak selepas tu..

yang kerusi tu plak, mmg la x keras macam kerusi kenduri.. nak kasi pecah kepala ke ape? tapi kerusi tu jugak takde la tipis mana.. kene kepala korng, masuk jugak la spital.. yang berdarah tu bukan buat buat atau letak sirap ke ape .. tu betul betul berdarah la … benda2 tu sume takkan boleh buat wrestler tu mati ..

dan tahu tak ape gunanya commissionner? tugas dia ntuk aturkan perlawanan.. sebenarnye sapa menang dan kalah mmg dah ditentukan lagi sebelum perlawanan … sebab tu la WWE ni nampak dia nye plot .. dan plot tu takkan abis sampai bila bila …

Bagi khai la, Khai nengok wrestling ni pon just sebagai hiburan… sekarang ni makin kelakar plak nengok wrestling ni.. lagi lagi ade DX (combination of Triple H & Shawn Micheal). macam2 lawak diorang ni…

Macam skang ni, yang pengikut King Booker sembah sembah kaki dia tu, ingat tu betul betul ke? tu mmg la lakonan sebab diorang dah dibayar ntuk itu .. manusia bodoh mana la nak sembah kaki booker T yang hitam bercagu tu …..

Tapi khai respek betul ngan Vince Mc Mahon sebab dia sanggup turun padang ntuk mantapkan WWE balik yang seakan muram haritu … Tahniah..

so terpulang la kat korang nak nengok wrestling atau tidak.. jadikan sebagai hiburan dan tak hairanlah seorang dari kawan khai kat Limkokwing boleh buat presentation pasal mempertahankan diri dengan mengapply 100% movement dari Wrestling… kan bagus tu sampai lecturer pon sarankan gurlz buat cara wrestling gak bila berdepan masalah …

So kita kene open minded ngan benda ni semua … jangan pandang negatif aje .. be positif man …

p/s : WWE bukan nak menipu.. sapa yang rasa diri dia tertipu ngan aneka ragam WWE tu, sah la dia yang menipu diri sendiri sebab tak guna akal ntuk pikir the real atau lakonan..

Ditulis pada 7 October '06 oleh | 733 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 9 Respon

Naruto Character Profile

Tentu ramai yang minat anime Naruto kan? Khai dah tak berapa nak minat le plak coz dah banyak episode tertinggal. Tak sempat download coz kat Limkokwing ade proxy le.. hampeh sungguh.. ni bila cuti, dapat la download sket sket anime dia.. tapi bila dah banyak tertinggal tu, rasa tak bersemangat plak nak layan dah..

tapi takpe la .. kepada yang minat naruto, ni khai ade scan kan profile kesemua character dalam anime naruto tu.. sebenarnye saja try Scanner baru, dah terlanjur terscan profile character naruto ni, so khai upload aje la ntuk korang sedut dan jadikan koleksi.. Kalau blur korang kene Zoom la yer coz besar benar pic ni… Orait ..

download Download it here ..

Ditulis pada 6 October '06 oleh | 551 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 13 Respon

Dari sesuatu.. buat sesuatu.. hargainya

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…

kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…

setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

p/s : kadang2 baca benda camni sedar jugak ngan ape yang khai dah lakukan kat my gurlz.. nyesal pon x guna sebab khai mengaku khai seorang lelaki yang ego. Sangat ego.. x pernah lagi “sorry” keluar dari mulut ni.. Hope dia memahami.. tu je jalan penyelesaiannye kalau nak terus bersama.. Aiman x kesah!!

Ditulis pada 5 October '06 oleh | 1,216 views telah diterima.
Dalam kategori Kisah Cinta | Promo di Twitter! | 29 Respon