Kad Kredit terbaru Maybankard 2

Ini mungkin kali pertama korang terbaca pasal kad terbaru yang dikeluarkan pihak Maybank iaitu kad Maybankard 2 yang membawa maksud dua kad (dual card) penting. Tahun 2011 ni, masuk tahun ke-4 Khai menggunakan Maybank sebagai pengatur rasmi kewangan Khai dan keluarga.

Dan kad terbaru dari Maybank ini, disasarkan khas kepada semua rakyat Malaysia yang menggunakan kredit kad di dalam urusan harian mereka. Berikut adalah rupa dua kad terbaru mereka ini.

Sememangnya dengan design yang amat cantik dan menarik. Maybankard AmEx (on left) dan juga Maybankard Mastercard. Khai akan berikan gambar yang Khai snap sendiri dalam entri Maybankard 2 yang akan datang.

Dengan Maybankard 2 ini, lebih banyak faedah yang akan kita dapat. Sebagai contoh, setiap RM1 dari penggunaan Maybankard Amex, kita akan diberi reward sebanyak 5 points. Kalau masih tak berpuas hati dengan reward yang ada, kita tetap boleh dapatkan pulangan 5% dari rekod transaksi setiap minggu! (more…)

Ditulis pada 26 January '11 oleh | 3,723 views telah diterima.
Dalam kategori Advertorial | Promo di Twitter! | 85 Respon

Kecantikan sebenar bukan pada alat mekap!

Fuh, lama tak update Justkhai. Oleh kerana Justkhai ni pembaca wanita lebih ramai dari pembaca lelaki, teringin juga sesekali nak tulis pasal produk kecantikan. Khai sememangnya dari kecil dibesarkan dikelilingi 4 orang akak dan seorang abang. So kalau cerita pasal soal kecantikan wanita ni, bukanlah satu isu baru dalam diri Khai. Maskara ke, gincu ke, semua dah pernah try. Kena ragging dengan akak-akak pun ada dulu siap kena pakai tudung (gambar simpan sampai sekarang tu). Hahaha.. sabar ajelah. Nasib tak jadi nyah. Awww.. wakaka!

Tapi entri kali ni bukanlah mengenai alat kosmetik dan sebagainya. Pernah dengar orang cakap “awek tu cun siot.. natural beauty!!“. Haa itulah dia kecantikan sebenar. Ramai lelaki zaman sekarang ni terpikat dengan seorang wanita dari luaran mereka sahaja. Oleh kerana mekap tebal, maka cukup indah dipandangan mata sang lelaki. Hakikatnya, lepas bercouple, still muka tebal dengan mekap dan semuanya palsu. Akhirnya, Muka tanpa mekap baru dapat dilihat pada malam pertama. Wohha! Macam hantu! Terus tak berselera. (more…)

Ditulis pada 21 January '11 oleh | 1,915 views telah diterima.
Dalam kategori Advertorial | Promo di Twitter! | 30 Respon

Persepsi aku pada Apple dan Produknya – Part 2

Ini adalah artikel bahagian 2. Kalau korang belum baca yang part 1, boleh berbuat demikian terlebih dahulu. Takut-takut nanti tak faham cerita je kan? hehe.

Jika di bahagian 1, Khai bercerita mengenai bagaimana Khai daripada seorang yang tidak ambil peduli langsung mengenai apa-apa pun produk yang Apple keluarkan, tetapi akhirnya menjadi penggemar produk berkualiti Apple ini. Ini semua bukan soal fanboy seperti kata Apple Haters, bukan soal banyak duit, bukan soal nak menunjuk-nunjuk, tapi jawapan yang sama untuk semua pengguna Apple, adalah bila dirasakan sesebuah produk yang dibelinya itu dapat memberinya kepuasan. Dapat memberinya kesenangan dan kelapangan dalam melalui urusan harian yang semakin lama semakin mencabar.

Secara peribadi, selama ni Khai bertukar ganti dari satu gadget kepada satu gadget baru yang lain. Tidak pernah timbul soal puas. Sentiasa sahaja rasa ini tak cukup, itu tak cukup. Kadang-kala sampai rasa tak terkejar dengan lambakkan produk dan gadget diluar sana. Khai memang penggemar gadget kepada yang tidak tahu. Kalau orang ada yang gilakan perempuan, ada yang gilakan motor, ada yang gilakan kereta, tapi untuk diri seorang Khai, yang dikejarnya adalah teknologi yang sesuai untuk dirinya. Yang selalunya membawanya ke dalam dunia kehidupan dan pekerjaannya yang tersendiri.

Khai pernah post di Twitter andaikata Khai dicampakkan seorang diri ke sebuah pulau dan dibekalkan makanan yang mencukupi, sebuah Macbook Pro dan talian internet yang laju, InsyaAllah Khai akan boleh hidup tanpa pernah ada rasa sunyi dan kebosannan. Itu apa yang dapat Khai bayangkan. Kalau benar-benar terjadi, wallahualam lah kan? Hehe.. (more…)

Ditulis pada 13 January '11 oleh | 7,695 views telah diterima.
Dalam kategori Apple, Gadget | Promo di Twitter! | 101 Respon