Shoutbox tidak releven lagi

justkhai-shoutbox-1

Justkhai dari awal kewujudan’nya, memang ada shoutbox di sidebar dan kemudiannya berubah ke side sebelah kanan blog menggunakan floating script. Tapi itu kisah dulu-dulu di mana zaman shoutbox bermula. Semua orang mahukan shoutbox untuk diletakkan ke dalam blog. Kalau blog takde shoutbox, rasa bukan blog pula pada masa tu.

Dan hari ini, zaman shoutbox dirasakan tidak releven lagi. Kalau guna shoutmix, ramai yang datang ke blog langsung tak baca pun entri korang. Jangan kata baca, nak jeling pun dia tak hingin. Yang penting, dia akan ke shoutbox korang dan tujuan’nya hanya satu iaitu mempromosi link. Entah macam-macam link. Ada yang promo link ke blog dan ada pula yang promo link scam ntahape-ape yang diorang join tu.

So bila masalah ini berlanjutan, Justkhai memulakan satu revolusi dalam dunia blog dengan menggunakan shoutbox versi Facebook. Dan setiap komen yang ditinggalkan dalam shoutbox tersebut, akan menggunakan akaun Facebook si pengirim. Ingat masalah promo tak habis-habis ni akan hilang, rupanya tidak. (more…)

Ditulis pada 14 December '10 oleh | 1,071 views telah diterima.
Dalam kategori Blog | Promo di Twitter! | 97 Respon

Menarik gila promosi Jom Jimat 2 Serverfreak ni!

Salam guys!

Artikel ini Khai keluarkan tanpa sebarang bayaran dari pihak Serverfreak tetapi sekadar ingin berkongsi pada mereka yang berminat untuk mempunyai blog sendiri tetapi bingung memikirkan caranya. Hari ini, pihak hosting Serverfreak telah mengeluarkan promosi JOM JIMAT yang ke-2. Jom kita nengok apa yang menarik.

Ini adalah promosi kepada blogger baru yang paling dasyat sebenarnya pernah Khai lihat. Free domain, free template dan free setup pada harga RM80 sahaja. Kalau korang tak tahu, harga RM80 tu baru cukup untuk korang beli hosting. Itu pun hosting paling cikai dan TIDAK termasuk dengan domain, template percuma yang cantik dan setup blog engine yang percuma.

Domain PERCUMA, Template Blog PERCUMA, Design Banner PERCUMA, Design Background PERCUMA dengan setiap belian Pakej Hosting WordPress 2GB pada RM80 setahun sahaja!

(more…)

Ditulis pada 8 December '10 oleh | 1,427 views telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 33 Respon

Di mana Justkhai yang dahulu?

Salam guys. Dari dulu lagi Khai dapat email dari pembaca yang komplen kenapa Justkhai ni dah tak macam dulu. Sekarang asyik-asyik cerita pasal tutorial, pasal gadget, dan pasal isu-isu aje yang membuatkan korang dah boring dan rasa blog ni dah tak macam dulu.

Khai pun bila baca balik artikel-artikel lama dalam blog ni, terasa rindu sangat nak jadikan blog ni macam dulu. Tapi ada beberapa perkara nak kasitahu korang pembaca setia blog ni kenapa blog ni dah tak dapat dijadikan macam dahulu. Sebelum tu, bagaimana blog ni yang dahulu? Dahulu, Khai lebih banyak jadikan blog ni tempat luahkan perasaan, membincangkan kisah cinta, berkongsi kisah hidup dengan pembaca dan macam-macam lagi lah. Tapi semua tu memang dah tak wujud lagi di blog ini. Ke mana semua tu pergi? (more…)

Ditulis pada 5 December '10 oleh | 2,183 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 53 Respon