Antara Internet dan Bulan Kemerdekaan Negara

Salam 1Malaysia guys! Motif entri ni dimulakan dengan Salam 1Malaysia, tentunya lah artikel ni lebih bersikap patriotik. Kalau tengah-tengah bulan Ogos ni orang sebut pasal partiotik, apa lagi kalau bukan sebab Merdeka kan? Takkan sebab Deepavali pulak? Hehehe

Oleh kerana Khai nengok suasana sekeliling Khai, langsung tak nampak inisiatif kerajaan kita dan rakyat untuk sambutan bulan kemerdekaan negara untuk tahun 2010 ni, So Khai cuba la sampaikan sedikit sisa-sisa patriotik yang ada dalam jiwa Khai ni melalui blog. Kalau nengok kat TV pun, macam nak taknak je iklan merdeka tu diorang buat. Mungkin tak boleh salahkan diorang sebab merdeka tahun ni jatuh pada bulan puasa dan nak dekat-dekat raya pulak tu. So mungkin ramai antara kita yang lebih rela habiskan duit untuk beli baju raya dan juadah hari raya berbanding membeli bendera untuk dikibarkan di depan rumah mahupun di kenderaan.

Khai pun sama je sebab tu sama-sama la kita hayati bulan merdeka ni melalui internet. Ok la ada juga dari takde langsung kan? Ok dari hanya pandai berbicara tapi tiada tindakkan. Yeehhaa! So kita mulakan dengan menanam semangat kemerdekaan melalui internet dahulu. Bagaimana? (more…)

Ditulis pada 19 August '10 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Daily Craps, Istimewa | Promo di Twitter! | 41 Respon

Ada Apa Dengan HP Mini 210 Netbook?

Sambungan dari artikel “Saya Memerlukan Sebuah Netbook” yang Khai post semalam, petang tadi, Khai ke Plaza Lowyat untuk beli HP Mini 210 ni. Disebabkan research semua dah cukup lengkap dari rumah, so sampai Lowyat, Khai terus tuju je la untuk “ambik” satu dan tempat utama kalau Khai nak cari lappy adalah kedai Hewlett Packard (HP), tingkat paling atas kat Lowyat tu. Tempat yang sama Khai beli HP Probook (Miss Merlot), HP Printer, HP Mouse, HP headphone dan yang terbaru ni HP Mini (netbook). Kalau nak beli barang yang diyakini, carilah dealer yang rasmi dan sah ye? Kenapa perlu beli kat kedai-kedai bersepah kat Lowyat tu?

Ok dipendekkan cerita, berikut adalah key features untuk HP Mini 210 yang Khai beli ni.. (more…)

Ditulis pada 17 August '10 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Gadget | Promo di Twitter! | 57 Respon

Saya Memerlukan Sebuah Netbook!

Memandangkan skop kerja Khai dah makin meluas dari sebelum ni, dalam sehari dua ni, maybe Khai akan angkat satu netbook baru kot untuk tujuan khas blogging dan email. Netbook ye bukan Notebook so tentu-tentulah netbook yang comel tu. Hehe. Since Miss Merlot ni Khai dah kasi heavy duty kat dia, rasanya untuk mendapatkan mood dan feeling ber’blogging balik macam dulu, perlukan satu device yang lebih ringan dan selesa di bawa ke mana-mana terutama untuk menulis di atas katil. Habis menulis, terus boleh tolak ke tepi dengan satu tangan tak pun dijadikan bantal terus. Hehe.

Khai rasa lepas ni kalau lepak McD atau Old Town, memang netbook akan sentiasa Khai bawa sebab dia tak leceh. So bila idea tu datang, boleh terus blogging dengan bebas. Bukan tak boleh nak blogging guna Miss Satio, tapi kalau nak masukkan content yang berjala-jela dan bermaklumat ni, kena ada keyboard untuk menaip kerana idea tu datang selaju taipan jari di atas keyboard. Kalau tekan keypad, rasanya idea dah ke Perlis, jari baru nak sampai Penang. Hehe. Got it? Kalau nak bawak Miss Merlot (HP Probook) ke mana-mana, agak leceh since Khai pun malas nak letak dalam beg semua. Kalau netbook ni, anggap je la macam bawak buku nota. Kepit kat pinggang sudah.

So, netbook apa yang nak Khai grab nanti ni? (more…)

Ditulis pada 16 August '10 oleh | telah diterima.
Dalam kategori Blog, Gadget, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 47 Respon