Wajah Baru ServerFreak dan Promosi Merdeka

Lama tak menulis pasal hosting kan kat Justkhai ni? Rasanya ramai pembaca-pembaca baru yang berminat nak buat blog, semua refer artikel yang pernah Khai tulis sebelum ni iaitu Tutorial Membina Blog dari Zero sampai la complete. Kalau korang refer artikel tu pun, terdapat pakej khas buat pembaca Justkhai yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni.

Wajah Baru ServerFreak dan Pakej Promosi

Untuk artikel ini, korang juga akan diperkenalkan kepada beberapa pakej murah dari pihak hosting Server Freak bersempena dengan bulan kemerdekaan nanti. Tapi apa yang lebih menarik, mengenai wajah baru website mereka yang boleh diberikan 9/10 bintang di mana mencakupi pelbagai aspek web rating seperti design (warna, font, kekemasan etc), kadar loading dan mesra pembaca/pengguna.

Dari menu dan interface dia, rasanya memang lagi senang (berbanding dulu) kalau korang nak cari mana-mana pakej yang sesuai untuk hosting yang korang nak angkat. Good job ServerFreak! Masuk website mereka kalau nak nengok. {dan ini gambar website lama mereka} (more…)

Ditulis pada 15 July '10 oleh | 905 views telah diterima.
Dalam kategori Review | Promo di Twitter! | 25 Respon

Bila Ku Sedari, Diri Disayangi

Salam guys.

Pejam celik, dah dua minggu dah Khai kemalangan kat Federal Highway. Kata Part Time Rempiter. Haha. Luka-luka secara purata dah 90% baik tapi masih meninggalkan parut. Oh! Tidakkk.. Hehehe. Tapi part lutut tu memang sedia maklumlah, azab sikit nak baik sebab bahagian tu sentiasa ada pergerakkan so luka memang lambat nak baik.

Semangat yang hilang


Orang kata bila kita kemalangan, kena pergi berubat tradisional sikit kot untuk ambil semangat tu balik. Tapi Khai rasa semangat tu akan sendiri datang dari masa ke semasa bila beransur pulih. Tapi memang tak dinafikan, semangat untuk bekerja memang tercicir sekali kot masa kemalangan tu. Segala-galanya yang terjadual habis pending dan mungkin akan mengambil masa sedikit untuk cari balik semangat yang hilang tu dan kemungkinan entri ini ditulis, sebagai permulaan kepada pencarian semangat yang hilang. Ganbate Khai! Err, tiba-tiba rindu nak bercuti kat Ilham Resort, Port Dickson. Hehe.

Lebih Serius


Khai bukan tak perasan sebenarnya yang penulisan dan cara Khai berubah dari masa ke semasa. Bila baca artikel 3 atau 4 tahun lepas, sampai diri sendiri terdetik “eh terbaek siot penulisan kat blog ni.. sapa nye blog ni?” walhal tu tulisan Khai sendiri 3 dan 4 tahun yang lepas. Peningkatan usia, perubahan keadaan sekitar, pertukaran kekasih hati dan sebagainya mungkin menjadi penyebab kenapa Khai kelihatan tidak berapa serius untuk ber’blogging (langsung fakap habis dengan SEO dan ranking. Sikit pun dah tak heran sekarang). So benda ni Khai akan perbaiki insyaAllah dalam masa terdekat. Begitu juga percambahan projek-projek baru dan yang tergendala buat peminat dan pembaca semua website di bawah pengaruh Oh! Media Network.

I Heart You, Baby!


Sedikit hal peribadi untuk rujukan sendiri (dah taknak share lebih-lebih macam dulu dah), 070710 adalah tarikh bersejarah diri ini telah dilamar dan melamar sebagai pasangan kekasih kepada wanita yang sayang dan mengambil berat kepada diri ini selama ini. Ini kekasih baru dan bukan kekasih rujuk-merujuk balik macam dulu. Mungkin dah sampai masanya untuk sedar diri untuk menyayangi insan yang menyayangi kita, bukan menyayangi insan yang kita sayangi. Kalau benar dia tercipta untuk diri ini, tolong doakan sama biar kami berkekalan sehingga terlahirnya Qistina secara official’nya nanti. InsyaAllah. Siapa Qistina? Nama anak impian Khai selama ini. Hehe. (more…)

Ditulis pada 13 July '10 oleh | 724 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 61 Respon

Andres Iniesta Write The Future

iniesta

Ok, akhirnya lepas sebulan sakit and rabak-rabak mata melayan World Cup, hari ni habis pun akhirnya. Hari ni kompem ramai yang pergi opis mata rabak nak terkoyak sebab final nye match sampai 120 minit kot? Nasib ada goal jugak dari Andres Iniesta, kalau tak tambah lagi penalti, dah ramai amik MC terus esok. Bos pun belum tentu masuk office. Hehehehe. (more…)

Ditulis pada 12 July '10 oleh | 687 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 38 Respon