[Entri ini akan menggunakan ganti diri “gua” berbanding “Khai” seperti biasa]

Tadi gua terjerumus kejap dalam longgokan blog falsampah. Tak sangka ada juga orang yang blogging sambil RAGE rakan-rakan blogger lain. Dah la dunia blogging kita ni ciput je pun. Lepas gua check entri-entri dalam Justkhai ni, rasanya belum pernah ada satu entri pun yang mengutuk atau mencela mana-mana blogger lain. Gua bukan baik tapi at least gua cuba jauhkan diri dari buat benda yang tak patut.
Gua pernah cakap nak tutup blog ni tapi kenapa gua tak tutup? Satu, sebab itu hak gua nak tutup or nak bukak pada bila-bila masa. Dua, sebab majoriti pembaca blog ni gua lihat begitu menghargai. Dan gua tak sangka ada blog falsampah ni siap buat entri khas pasal gua tak jadi nak tutup blog. Gyahahaahaha!
Blog-blog yang mengutuk dan mencela blog ni gua perasan memang banyak. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Biasalah orang kita senang kena jangkit virus ikut mengikut. Dah macam jadi satu trend pulak kewujudan blog dan entri-entri “anti-khai” ni sampai gua dah naik menyampah. Seburuk-buruk blog ni pun, gua cuba sedaya upaya sampai ilmu mana yang gua tahu dan gua percaya mereka-mereka yang anti-khai ni pun layan semua tutorial tu tanpa mengucap terima kasih. Tapi gua tak kisah sebab apa yang gua sampaikan, itu tanggungjawab gua kepada dunia walaupun ilmu gua ni tak seberapa. Gua tak pernah paksa sesiapa baca kan?
Dan tulisan-tulisan di blog gua ni pun, gua tulis dari persepsi gua sendiri. Apa pandangan gua kepada dunia. Kalau lu orang tak setuju, gua rasa tak perlu sampai buat entri khas nak menghentam gua. Gua tak pernah kisah kalau ada sesiapa yang menegur ke arah kebaikkan, tapi gua kecewa dengan teguran yang lebih kepada mengajak orang membenci. Apa yang gua perasan, lagi gua teruk dihentam tanpa mampu membela diri (gua malas nak layan), lagi murah rezeki gua Allah kasi. Alhamdulillah. Percaya yang Allah itu maha Adil kan? (more…)
Ditulis pada 16 June '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Blog, Daily Craps | Promo di Twitter! | Respon Anda
Korang tahu apa itu Shisha? Tahu kot kan? Eventhou’ korang tak pernah cuba tapi mesti pernah nengok. Lagi-lagi lah perempuan memang jarang kita nampak layan benda ni. Tapi Khai dah tak heran kalau nampak perempuan layan Shisha sebab dulu masa kat Limkokwing, bila lepak rumah member selamba badak je nengok budak perempuan layan Shisha.
Tapi frankly speaking, memang menyampah bila nengok perempuan hisap benda ni. Kalau korang benci nengok perempuan keluarkan asap dari mulut diorang (rokok la tu), jadi apa bezanya bila diorang hisap Shisha? Malah jauh lebih banyak asap’nya. Buruk bebenor (at least for me). Shisha ni rasanya popular kat Malaysia sebab mamat-mamat Iran bawak masuk kot? Then orang kita copycat la apa lagi. Macam tak biasa pulak kan? (more…)
Ditulis pada 15 June '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Review | Promo di Twitter! | 48 Respon
[entri ini menggunakan aku. Untuk bacaan yang sebaya atau bawah dari umur pemilik blog ini sahaja]

Bila Gadis Lonely memaklumkan aku pasal tersebarnya video hubungan kelamin antara Ariel Peterpan dengan kekasih dia si Luna Maya, aku agak terkejut serupo nate beruk. Hehe. Speaking Kelate pulok hambo. Dan bagi membantu dia merealisasikan artikel untuk Oh! Artis (kini dah pun release), aku membantu sedikit dan sebanyak apa yang termampu mencari maklumat tersebut.
Untuk mencari video tersebut nyata tidak mudah. Banyak web dan blog yang menulis mengenai video ini, tanpa dia sendiri pernah melihat video tersebut. Ada juga blog yang ada video tersebut dan menyediakan link download, tapi agak leceh sebab nak kena email dia dulu dan macam-macam perkara menjengkelkan lagi.
Untuk makluman, pencarian video tersebut bukan dilakukan kerana ingin melihat aksi berahi tersebut. Jelas, aksi-aksi ala 3GP itu nyata bersepah di dunia internet terutama orang melayu kita sendiri. Dan pada aku, video aksi-aksi kelamin ini tiada apa bezanya. Ibarat skrip dan plot cerita yang sama cuma hanya pelakon yang bertukar-tukar. Masuk sini masuk sana, dah habis cerita. Itu sahaja yang diulang-ulang dan hanya loser yang menonton cerita yang membosankan seperti itu. (more…)
Ditulis pada 9 June '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Hiburan, Tergempar | Promo di Twitter! | 73 Respon