
Hari ni hari jadi abah aku. Dah makin tua abah aku sekarang. Masuk 59 tahun dah umur dia. Aku sedar makin tua dia, makin meningkatlah umur aku. Sejauh mana kehidupan aku selama hampir 22 tahun ini mampu membuat dia ketawa? hanya dia dan Allah saja yang tahu.
Kepada Abah, orang sayang abah sangat-sangat. Tak lebih tak kurang rasa sayang orang dengan mak. Abah adalah abah terbaik di dunia bagi saya. Abah tak pernah walau sekalipun pukul orang time kecik dulu tapi tanpa pukul dan marah-marah, abah tetap berjaya jadikan orang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah.
Setiap satu dan sekelumit dosa orang didunia ini, bukanlah ditanggung salah abah dan mak lagi tapi salah orang sendiri. Tahniah kepada abah kerana berjaya membimbing kita sekeluarga sehingga ke tahap ini. Sesungguhnya, orang bersykur atas segala-galanya dan rasa betul-betul beruntung dilahirkan di dalam sebuah keluarga Pak Hassan. (more…)
Ditulis pada 22 May '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 60 Respon

Rasanya dah layak sangat kot untuk buat artikel macam ni. Kalau before, lepas 7 hari Khai ada up satu entri mengenai W1max ni so kali ni, agaknya selepas setahun, apa agaknya yang Khai rasa mengenai P1 ni? Anyway, please keep in mind, setiap entri di Justkhai ni, tidak ubah hanya pendapat peribadi sang penulis. Dunia Khai, hidup Khai. Kalau dah nama blog’nya pun “JUST KHAI”. Kalau ada mana-mana entri yang korang rasa ter’provoke atau nak touching-touching, itu masalah korang dan bukannya masalah orang lain. Lagi satu memang kebanyakkan entri di blog ni panjang-panjang. Jadi kalau korang nak touching tiba-tiba tanpa baca habis dan fahamkan betul-betul, takde siapa yang dapat membantu melainkan diri korang sendiri. Kan kan? Hehehe.
Berbalik kepada W1max, awal bulan June ni, genap satu tahun Khai bersama P1 Wimax atau W1max. Nak cakap 100% perfect tu memang pembohong lah kan tapi kalau dari FiveStar, mungkin 4.5 adalah untuk W1max. Bagi Khai, Khai akan pandang pada 4 aspek ni je mengenai ISP iaitu kestabilan (masa), Sokongan (customer service), Capaian (lokasi) dan pakej (harga). (more…)
Ditulis pada 19 May '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Lain-lain | Promo di Twitter! | 86 Respon

Hujung minggu ni memang heaven sangat-sangat la kan kalau dapat lari jauh sikit dari hiruk pikuk KL. Orang kata KL tu syurga dunia tapi bagi Khai memang tak ubah macam neraka dunia. Dan selalu blogging kat Justkhai ni dari bilik dengan view dinding bilik yang kini bewarna hijau. Untuk entri kali ni dengan view indah permai menghadap laut. MasyaAllah indah sungguh ciptaan Allah.
Ini first time bercuti-cuti Malaysia dengan member-member. Hujung minggu ni baru masing-masing ada masa terluang nak bercuti. Ada yang masih student dan ada juga yang dah bekerja. Khai sorang je la yang tak bekerja. Penanam anggur yang berjaya (penganggur). Tak gitu? Hehe.

Area pilihan kitorang kali ni adalah Ilham Resort, Port Dickson. Almaklumlah dekat dengan KL kan?. Selalunya kitorang lariskan kempen bercuti kat luar negara je. Tokyo, London, Korea dan Bali. Tapi itu semua dalam mimpi je lah. Belum direalisasikan lagi. Kahkah! Tapi memang best gila la tempat ni. Nama pun ilham dan memang betul-betullah memberi ilham yang pelbagai bila dah balik ke neraka dunia semula esok. (more…)
Ditulis pada 9 May '10 oleh KhaiHassan | telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 81 Respon