(Respon Pembaca) Bagaimana JustKhai dikenali?

Jam menunjukkan pukul 7:31 pagi. Hari Ahad iaitu hari untuk korang membuta sampai ke malam. Jangan sampai tak bangun-bangun terus sudah. Haru lagi-lagi kalau korang jenis orang yang tak reti-reti nak bayar hutang. Berhutang manis mulut nak membayar kelu seribu bahasa. Betul-betul hidup segan mati tak mahu betul’lah. Wohha!

Satu jam tadi, baru sampai rumah betul-betul time azan subuh. Khai pergi karaoke dengan member-member. Melalak 28 buah lagu. Mesti korang cakap ala macam suara sedap sangat nak karaoke sampai 28 lagu. Ek’eleh poyo betul. Hehe. Dulu cikgu Kimia Khai masa form 4 pernah cakap. Kalau nak tunggu suara korang sedap baru nak karaoke, sampai mati pun tak merasa la jawabnya. So, belajar terima kenyataan dan renung-renungkan lah kata Puan Kamariah tu ye. Pergi Karaoke saja-saja menghiburkan diri dengan karaoke nak masuk Akademi Fantasia mana sama.

Ok mukadimah macam apa punya panjang. Khai sebenarnya… (more…)

Ditulis pada 10 January '10 oleh | 7,391 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai, Istimewa | Promo di Twitter! | 279 Respon

Cantiknya Kalendar 2010 P1 W1max ni

Kalendar-W1max

Ok ini bukan entri pasal ISP ye. So Streamyx or W1max haters, please go away lah. Korang ni pantang sebut pasal internet sikit kat Justkhai, semua bergaduh ini lebih baik, itu lebih baik. Kalau kasi komen cara orang pandai takpe. Ini bahasa macam mak ayah terlupa nak masukkan sekolah agama. Itulah orang melayu kita ni kalau kita perasan, bila cuba membangkang sebarang statement yang dia rasa salah, terus anggap orang lain tu macam tak pernah masuk sekolah pulak kan? Selalu sangat dapat kita lihat komen-komen kat Youtube yang macam tu.

Kalau Artikel Justkhai ni lain cerita. Itu memang trademark blog ni bukan sesuatu yang lahir dari naluri si penulis. Siapa la penulis dia tu ye tak? Hehe. Which mean Khai bukanlah jenis macam tu sebenarnya. Itu pun tips juga ni di mana korang biarkan je orang nak label korang camana melalui blog as long korang tahu siapa diri korang dan orang sekeliling korang senang dengan korang. Selama 21 Khai hidup, Khai sentiasa sebenarnya buat orang sekeliling Khai rasa senang dengan Khai. Tapi kalau ada yang rasa tak senang tanpa pengetahuan Khai tu, sorry la ye. Saya pun manusia biasa juga.

Sebut pasal kalendar ni, semalam buka Twitter terbaca tweet dari si Piratz.

justkhai-twitter-piratz

Lepas tu Khai klik la amenda duda sorang ni bising-bising pagi-pagi buta ni. Hehehe. (more…)

Ditulis pada 7 January '10 oleh | 2,149 views telah diterima.
Dalam kategori Blog, Hidup Khai | Promo di Twitter! | 60 Respon

If You Hate Me, Then F* You!

Arikel pembuka tahun 2010. Tahun yang menjadi tanda tanya 1001 satu macam perkara yang diduga atau tidak bakal terjadi tahun ini. Ketika entri ni Khai tulis, dah pun 03 January 2010. Demam pulak dah nak seminggu tak baik-baik lagi. Tulis blog ni pun pakai kaki sebab tak larat (agak-agak la nak bohong. haha). Hari tu agaknya demam ni kesian, time malam tahun baru, dia baik sekejap. Sempat la Khai pergi Bukit Ampang nengok bunga api dari jauh dengan member-member. Balik dari Bukit Ampang, terus flat balik terbaring je macam orang tak betul. Tension tension tapi still redha. Huhuhu.

bukit-ampang

Hurm gambar atas ni Bukit Ampang. Kalau korang tak pernah pergi maka boleh lah pergi (cari sendiri dalam Google Maps). Best boleh nengok KL Menjerit time malam-malam. Kalau hari biasa tak ramai pun tinggal couple-couple berdating sambil nengok KL je. Tapi kalau malam New Year, mak datok! Polis lagi ramai dari orang! Masing-masing bawak M16. Apapun tempat ni sesuai la untuk korang mencari ilham atau nak lari seketika dari hiruk-pikuk KL yang mangkok ini.

Mana korang sambut Tahun Baru hari tu? KLCC? Dataran Merdeka? Kat rumah? Atau korang pergi Masjid Negara buat solat sunat Gerhana Bulan? Baguslah kalau macam tu. Tapi ada terdengar suara-suara sumbang mengatakan yang korang tu solat wajib yang 5 waktu pun tak rajin, solat sunat Gerhana pulak yang kemain rajin lagi korang nak buat. Manusia-manusia macam korang ni la yang akan berkahwin empat nanti atas alasan sunnah nabi tapi perkara lain yang lebih sunnah tak pernah korang peduli. Hehehe. (more…)

Ditulis pada 3 January '10 oleh | 637 views telah diterima.
Dalam kategori Hidup Khai | Promo di Twitter! | 78 Respon