Kepentingan domain dalam dunia blogging

Kepada Ismi Bond yang dihormati, izinkan Khai publish soalan anda di Justkhai ni ya? Agar sama-sama dapat kita kupas mengenai isu domain ni. Well, Khai taklah pandai pun pasal domain hosting segala ni. Tapi pengalaman tu agak banyaklah. First domain yang Khai grab, masa Khai form 5 tahun 2005 dulu. Dan sehingga hari ini, dah banyak sangat dah domain yang Khai beli. Ada diantaranya digunakan dengan baik dan mampu generate beribu-ribu setiap bulan, dan ada antaranya yang dibeli tetapi langsung tak dibangunkan. Biasalah, kita try & error kan?

Bagi menjawab soalan dari Ismi Bond, first of all, ya terima kasih! Baju Oh! Media memang cantik. Siapa tak beli tu memang rugi sesangat. Hahaha. Ok abaikan soal baju. Hurm, ok.. baju memang cantik! Eh! ok ok.. abaikan. Jangan marah. Gurau-gurau je. Hehe.

Sebenarnya kan, kalau diselak-selak semula artikel-artikel dalam Justkhai ni, dari tahun-tahun yang lepas lagi Khai selalu sangat katakan kepada blogger lain, silalah beli domain. kalau domain .com tu, bukan mahal sangat. Paling mahal pun RM40 (kalau korang beli lagi mahal dari tu, korang dah kena kencing atas kepala la tu).

Dulu, masa awal-awal Khai menggesa untuk orang membeli domain sendiri, ramai la yang bangkang. Dia cakap kenapa nak membazir dan sebagainya. Ada yang tak boleh blah, siap buat artikel mengutuk mereka yang memakai domain sendiri ni. Berlagak la katanya, poyo la katanya. Memang bodoh nak mampus perangai manusia yang macam tu. Kau dah taknak beli domain, ko tak payahlah nak maki orang lain yang pakai domain sampai buat entri bajingan macam tu. Macam ko ada share pulak kan? Amik setepek! Hehe. *ok, part emosi tamat* (more…)

Posted on 18 March '11 by , under Tutorial. 97 Comments.

Zone Straits, Penyedia Domain Percuma Tempatan


Sepatutnya entri ini ada minggu lepas lagi tetapi oleh kerana banyak entri-entri lain yang dah Khai draft menunggu masa untuk di touch-up dan publish, Khai simpan dulu entri ini dan hari ini, Alhamdulillah berkesempatan lagi berkongsikan sesuatu buat korang. Semoga ianya bermanfaat.

Macam entri anak menteri sebelum ini pun, ada yang kononnya berfikiran positif menyeru agar kita memikirkan yang baik-baik. Yang hairannya, apa yang baiknya pada gambar itu yang jelas tidak menggambarkan apa-apa yang positif. So apa kata kalau dah kononnya otak anda tu suka berfikiran positif, fikirlah yang entri itu manfaatnya supaya dijadikan kesedaran buat semua remaja agar tidak mencontohi perangai role-model yang sebegitu. Berfikiran positif sampai menghalal’kan apa yang haram, ape kejadahnye?

Berbalik pada Zone straits ni, ianya adalah sebuah group yang menyediakan free domain hosting. Sebenarnya mereka ni sama sahaja macam co.cc mahupun cjb.net cuma mereka datang dari Malaysia dan domain yang mereka sediakan amat cantik untuk dijadikan subdomain untuk mereka yang masih tidak mempunyai domain sendiri (contohnya pengguna blogspot). (more…)

Posted on 23 February '09 by , under Daily Craps. 62 Comments.