Tutup Semua Akaun Media Sosial?

Blogging kali ke-2 kat sini dalam tahun 2023. Haha aduhai niatnya nak selalu update personal thought ke apa tapi benda dah tak jadi kebiasaan, memang akan lupa. So Khai nak tulis pendek je kali ni.

Tahun 2023 pada awalnya Khai ingat nak berhenti terus dari media sosial tapi hakikatnya masih tak akan boleh sebab terikat dengan kerja yang masih lagi bergantung kepada media sosial. Tapi sekarang hanya aktif kat Instagram @ohkhai dan juga Twitter @ohtweet sahaja.

Untuk Twitter tu pun sebab Khai nak dapatkan atleast 100k followers dalam masa terdekat ni. Sampai 100k followers, Khai akan logout terus akaun tu dan serahkan sepenuhnya pada staff untuk teruskan sama apa yang mereka sedang buat di Facebook Oh! Media sekarang ni.

Bergelumang setiap hari dengan media sosial ni sejak tahun 2008, memang tak larat lagi. Dah tak nak ambil tahu langsung pasal kehidupan orang lain, dah taknak orang tahu langsung pasal kita. Memang impian sangatlah nak tutup semua akaun kat media sosial ni kecuali blog ini sahaja tempat nukilan diari peribadi.

Kembalikan kegemilangan zaman blogging ni nescaya tak jumpa sebarang faktor negatif dan toxic dalam dunia blog ye tak? Macam dulu-dulu. InsyaAllah.

Posted on 27 June '23 by , under Blog, Daily Craps. 2 Comments.

Jangan Sampai Blog Hilang

Boleh kata setiap hari akan dapat email tentang link-link URL di blog Justkhai ni yang dah pun broken. Paling banyak adalah link ke url blog kawan-kawan blogger suatu ketika dulu. Banyak darinya yang masih cukup segar dari ingatan. Bila tengok rasa sedih sebab ramai yang kita kenal dulu. Kenapalah kau tak jaga domain dan blog tu untuk terus kekal. Tak sayang ke semua kenangan dan penulisan sendiri yang boleh dikenang sampai bila-bila. Sebab bukannya susah mana pun. Tapi nak buat macamana kan untuk kekalkan atau biarkan berkubur, itu pilihan masing-masing. Iyalah zaman blogging dah lama hilang terutamanya untuk blog peribadi.

Ada sebabnya terkadang Khai paksakan diri menulis di blog ni walaupun pernah maklumkan dulu yang mungkin dah tak akan update lagi. Samaada ada yang baca atau tidak, itu langsung tak penting. Menulis blog ni, sebenarnya kalau nak best kau kena menulis macam bercakap dengan diri sendiri. Bercerita dengan diri sendiri jer. Hehe.

Walaupun sekarang ni zaman social media, tapi itulah mungkin dah banyak perkara yang kita kongsikan dari hari ke hari, tapi semua tu sangat sukar nak diingat atau dicari kembali. Hanya blog sahaja akan buat kita rasa seperti menulis dan berkongsi apa sahaja ”di rumah sendiri”.

(more…)

Posted on 18 June '22 by , under Blog. 3 Comments.

Fasa Pertama 2012 Tentang Kehidupan Saya

Assalamualaikum.

Lama sangat tak update blog ni. Sebenarnya bukan tak mahu update tapi tiada cerita yang mampu dicoretkan. Saya tak suka menulis blog dengan kisah remeh-temeh dan tak memberikan satu input yang bermanfaat buat pembaca. Kerana itu saya lebih memilih untuk tidak update blog ini dan meninggalkan pelbagai artikel di dalam blog ini untuk terus di baca oleh semua orang yang masuk ke blog ini.

Apapun, saya tak ingin nak mengecewakan mereka yang masuk ke blog ini hanya kerana mahu membaca artikel yang baru. Banyak permintaan yang saya dapat dari email dan Twitter bertanya bila saya nak update semula blog ini. InsyaAllah, saya akan update blog ini semampu saya disebalik kesibukan urusan harian. Saya update ini memang untuk anda yang meminta artikel baru.

Disebalik kesuntukan masa saya untuk menulis kembali blog ini, membuatkan saya sedar tentang usia saya yang semakin meningkat. Jika dulu saya dapat update blog ini dengan bebas sekali dek kerana keluangan masa yang melampau, kini nampaknya semua itu hanya tinggal kenangan. Semakin memingkat usia, semakin padat masa harian yang perlu diuruskan sebaiknya. Lebih-lebih lagi sejak kehadiran kereta impian saya, lebih ligat saya bertemu client sana-sini serata KL.

Bukan saya langsung tak punya masa untuk menulis blog cumanya bila saya punya kelapangan, saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengadap komputer. Masa tersebut mungkin saya memandu ke mana-mana yang saya suka. Mungkin saya bertemu rakan-rakan yang saya sayangi atau mungkin saya keluar dengan si dia untuk beriadah dan menjadikan dia tempat saya meluahkan perasaan. Apapun iPhone masih tidak lekang ditangan untuk membuka email, Instagram dan tentu sekali Facebook! Hehe. (more…)

Posted on 23 March '12 by , under Apple, Blog, Hidup Khai, Motivasi. 74 Comments.