Fast Update #7 – 2010

Rasanya baru semalam wujud Fast Update #6 kat Justkhai ni tapi bila check balik, alamak! 16 Julai 2010 ni genap setahun la pulok? Gila laju masa berlalu meninggalkan kita semua. Janggut Khai makin panjang (suka), misai pun makin lebat (tak suka) dan segala bulu-bulu yang lain makin berkembang dengan majunya (ada yang suka ada yang tak. Haha). Korang pun sama je jangan nak mengata orang. Oh ya, sebenarnya mana-mana entri fast update kat blog ni, tujuan utama dia untuk rujukan Khai sendiri di masa hadapan.

1. Sesi Hentam-Menghentam sesama blogger

Perkara ini sangat interesting sebenarnya dan tak tahu mana noktahnya. Khai tak ambil port sangat biarpun kadang-kadang, Khai sendiri memang banyak dihentam dan disakiti tapi semua itu langsung tak memberikan apa-apa makna. Kalau orang dah benci kita, kita cakap apa pun, dia tetap benci jugak kan? So abaikan sudah. Bukan dia kasi kita beras pun. Tapi yang salute’nya, hari-hari tetap jadi stalker setia (cari bahan untuk artikel).

Memang tak indah rasanya hidup mendedikasikan masa dan hidup untuk memfitnah dan mencari kesalahan orang lain. Lagi tak boleh pakai jika ada yang mendedikasikan hidupnya untuk mengambil screenshot di blog orang lain dan menjadikan artikel di blog sendiri. (Kata seorang member, siapa makan babi, dialah terasa haramnya).

Suka dengan kata-kata orang yang berilmu seperti Nass (diakan cikgu) di blog Rara (good article).

“Pernah dengar kata Dr Fadzillah Kamsah? Utamakan yg utama dan perkecilkan atau hilangkan yang kurang penting. Blogger sebegitu seorang yang murung, di dunia nyatanya penuh konflik, tiada perhatian, bila di alam maya, dia jadi disaster kepada orang lain. Itulah namanya looser. Gagal di mana2 sahaja. Dan memang dia ingin menjadi orang yang gagal dengan menyamakan dirinya dengan Iblis. Aku tertanya2, Islam kah dia? Atau dia seorang Freemason? Sebab dia terlalu mengagungkan IBLIS. Bagi salam pon takde wlau sebaris pon dalam blog dia. So, dia memang teruk, teruk dan teruk. LOOSER!”

Ok nuff said.

2. The Magical of 2010 FIFA World Cup

Tujuan utama apply Astro Byond dulu pun sebab 2010 FIFA World Cup Africa Selatan ni la. Tapi last-last berapa match je yang betul-betul nengok kat rumah sendiri. Yang lainnnya tetap kat mamak and McDonald. Mungkin “feeling” bagi orang lelaki yang bujang-bujang ni lain sikit kot antara layan bola kat rumah sendiri dengan layan bola kat mamak atau McDonald. Tapi selalunya dengan member lah. Kalau sorang-sorang nak melepak tempat macam tu layan bola, gila lonely siot. (more…)

Posted on 22 June '10 by , under Blog, Hidup Khai. 31 Comments.