Countdown for Geng – Upin & Ipin


Geng: Pengembaraan bermula! Dan ini adalah satu-satunya entri yang pernah wujud di sini yang mewajibkan korang untuk turun panggung! Kasi pecah panggung beb! Animasi Malaysia, Wajah Malaysia. Ini yang kita nantikan selama ini. Ramai yang melihat kata-kata yakin pengarah Geng ni, Mohd Nizam dalam Melodi untuk mengaut kutipan RM10 juta sebagai satu yang mustahil. Bagi Khai orang bodoh dan tak tahu menghargai hasil anak Malaysia je yang cakap macam tu.

12 Februari 2009 ni, katakan tidak untuk filem-filem lain lagi-lagi yang datang dari negara luar. Ong Bak 2? Pink Panther 2? Saus Kacang? Street Fighter? Ah persetankan! Sifu & Tongga? Haha, lagi la pergi mampos dengan cerita melayu paling slapstik atas muka bumi ni. Awek/pakwe ajak dating? Anggap je la korang single. Tak pun ajak dating nengok wayang. Segalanya adalah hanya untuk Geng: Pengembaraan bermula! Khai pernah tulis satu entri di Oh! Cun mengenai pandangan Khai sendiri untuk animasi Geng ni.

Well, tak perlu diperkenalkan lagi dengan dua budak tak tumbuh rambut, Upin dan Ipin. Cuma apa yang perlu diperkenalkan, adalah movie bagi mereka yang bertajuk Geng: The Adventure Begins… atau dalam melayunya, seperti title entri ni.

Sila bookmark tarikh berikut. 12 Februari 2009.. Sama-sama pecahkah panggung menyokong animasi 3D pertama Negara. Tahniah buat Les Copaque kerana berjaya menerbitkan sebuah movie tu bagi animasi tempatan.. Bagi aku, inilah animasi tempatan yang baru boleh dikatakan “CUN!”.

Masih ingat akan Usop Sontorian, Kacang, Keluang Man dan pelbagai lagi animasi tempatan yang nyatanya seperti melepaskan batuk ditangga. Masih ditakuk lama tanpa berani berbuat sesuatu seperti apa yang Les CopaQue buat. 1001 salute setinggi langit buat crew Les Copaque.

Berkata tentang animasi tempatan yang ditayangkan di layar perak, aku teringan sebuah animasi yang pernah menggegar panggung dulu. Tajuknya Putih. Menggunakan suara Erra Fazira, M Nasir, Wan Maimunah, Raja Azura, Jalaludin Hassan dan ramai lagi mereka yang popular.

Nyatanya, mereka bukan menjual animasi, cuma menjual suara mereka yang ada nama di negara ini. Lihat animasi’nya, ternyata tidak layak langgung untuk masuk panggung.

Korang boleh teruskan pembacaaan di Geng: Pengembaraan Bermula…

Dan bila melihat disebalik tabir Geng: Pengembaraan Bermula ni, pasti akan membuatkan tahap keinginan korang untuk ke panggung betul-betul sampai ke tahap klimaks paling tinggi! Sampai terpancut beb. Uhuk-uhuk. Terpancut air liur.. :beurk: (more…)

Posted on 8 February '09 by , under Daily Craps. 48 Comments.