Zone Straits, Penyedia Domain Percuma Tempatan


Sepatutnya entri ini ada minggu lepas lagi tetapi oleh kerana banyak entri-entri lain yang dah Khai draft menunggu masa untuk di touch-up dan publish, Khai simpan dulu entri ini dan hari ini, Alhamdulillah berkesempatan lagi berkongsikan sesuatu buat korang. Semoga ianya bermanfaat.

Macam entri anak menteri sebelum ini pun, ada yang kononnya berfikiran positif menyeru agar kita memikirkan yang baik-baik. Yang hairannya, apa yang baiknya pada gambar itu yang jelas tidak menggambarkan apa-apa yang positif. So apa kata kalau dah kononnya otak anda tu suka berfikiran positif, fikirlah yang entri itu manfaatnya supaya dijadikan kesedaran buat semua remaja agar tidak mencontohi perangai role-model yang sebegitu. Berfikiran positif sampai menghalal’kan apa yang haram, ape kejadahnye?

Berbalik pada Zone straits ni, ianya adalah sebuah group yang menyediakan free domain hosting. Sebenarnya mereka ni sama sahaja macam co.cc mahupun cjb.net cuma mereka datang dari Malaysia dan domain yang mereka sediakan amat cantik untuk dijadikan subdomain untuk mereka yang masih tidak mempunyai domain sendiri (contohnya pengguna blogspot). (more…)

Posted on 23 February '09 by , under Daily Craps. 62 Comments.

Mengapa anda perlukan Domain?

ENTRI INI AMAT BERGUNA UNTUK MEREKA YANG MAHUKAN DOMAIN PERCUMA.

Mengapa anda perlukan Domain
Wow!! Entri mengenai kes sontot-menyontot Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari nampaknya makin panas. Khai suka dengan komen-komen dari Ketuk_Angle. Di saat kita semua hampir bosan dengan ribuan artikel yang menyokong Anwar Ibrahim di Internet, muncul dia yang nampaknya tidak berpihak kepada Anwar. Dan pastinya, ianya di sokong hujah-hujah yang terbukti. Taknak join sekaki?

Kembali kepada tajuk entri ni, kali ni Khai nak kasi hadiah best kat korang, korang, korang dan korang yang takde duit nak beli domain sendiri (.com, .net, etc..). Khai faham, kadang-kadang bukan sebab takde duit. Bukan mahal pun ye tak? Tapi disebabkan korang rasa domain tu tak berapa penting atau korang lebih selesa berdomain’kan “blogspot.com” “wordpress.com” atau mungkin menumpang domain milik orang lain. Korang tahu atau tidak menggunakan sub-domain wordpress atau blogspot, membuatkan korang nampak sangat tidak professionalnya. Lain’lah kalau penulisan korang tu diminati ramai macam blog Tun Mahathir. Tun pun guna domain berbayar la weii.. (more…)

Posted on 30 July '08 by , under Tutorial. 24 Comments.