Julai – Fast Update #6
Buat yang masih baru di blog ni, setiap satu bulan, akan ada satu artikel bertajuk Fast Update di mana Khai akan himpunkan pelbagai perkara dalam satu entri. Sebulan hanya sekali sahaja. Tapi ada juga bulan yang tiada Fast Update. Samaada lupa atau buat-buat lupa la tu. Hehehe.
# Sebelum terlupa, tadi masa online Facebook, ada orang PM tanya khabar. Rupanya dia ni kawan Khai masa 2006. Pernah declare couple lepas beberapa hari masuk Limkokwing. Masa tu belum kenal gadis bernama Aisyah dan Nieza. Lama tak dengar cerita pasal Gee ni, rupanya baru bertunang. Dah nak nikah dah pun bulan 12 ni.
Tahniah Gee! Bro Aniep, jaga Gee baik-baik eh. Aku pernah sayang gila babi kat dia dulu dan aku gembira lihat dia bahagia sekarang.
# Blog ni down 2 hari atas masalah teknikal. Dan Alhamdulillah dah kembali seperti biasa. Terima kasih untuk email, YM, Facebook dan SMS yang bertanya mengenai apa masalah blog ini. Juga buat korang yang try banyak kali untuk access blog ni. At least, Khai tahu ramai yang sayangkan blog ni. Alangkah indah kalau korang (aweks only) sayang kat tuan dia sekali. Kahkahkah!!
# Minggu ni Khai banyak “ter”habiskan masa main game The Sim 2. Game ni memang dah lama tapi baru-baru ni je Khai rasa macam nak beli and main. Sehingga entri ni ditulis, dah 3 orang anak haram Khai buat. Hahaha! Semua dah besar panjang. Game ni best sebab membawa kita masuk ke dunia kehidupan mereka dan banyak bagi Khai ada sedikit sebanyak mengajar erti kehidupan. Kalau belum cuba, cuba lah. Kalau duduk Ampang tu, pergi je Galaxy Ampang tu. DVD game RM10 je satu. Terbaik! Hehehe.
# Orang Kita bising kutuk drama Ghost konon merosakkan akidah. Dulu, time cerita Sinetron Bawang Putih Bawang Merah, layan plak hari-hari. Sampai ramai la suami yang kebulur isteri tak sempat masak sebab layan cerita tu. Ada pari-pari bagai. Bukan cerita tu saja, malah banyak lagi cerita dari Indonesia yang merosakkan akidah. Bersepah! Memang bersepah. Mentaliti orang kita memang suka kondem produk keluaran negara sendiri. Booyah! (more…)