Happy birthday to me & Justkhai

Tibanya tarikh 3 Ogos setiap tahun bagi aku, adalah satu tarikh istimewa di mana pasti berlakunya penambahan angka dalam usia aku samaada rela atau tidak. Bila menjelang tarikh tersebut pada setiap tahun dan ketika aku masih mampu bernafas, antara perkara utama yang rajin aku lakukan adalah membaca semula artikel hari jadi sendiri yang aku tulis pada tahun-tahun sebelumnya. Melihat komen-komen dari pembaca blog ni, memberikan aku semangat dan membaca artikel aku sendiri, memberikan aku gambaran apa yang aku tertinggal dalam hidup. Itu bagusnya ada blog yang boleh dianggap sebagai diari untuk diri sendiri. Untuk entri kali ni, aku cuba tulis sependek mungkin dan kata ganti diri “aku” digunakan atas sebab tertentu.

Beberapa artikel yang dikeluarkan pada 0308 terdahulunya:
Blog post birthday 21 tahun (2009)
Blog post birthday 20 tahun (2008)
Blog post birthday 19 tahun (2007)

Alhamdulillah, 22 tahun lepas tanggal 03 Ogos 1988 jam 2 pagi,susah payah mak aku keluarkan aku dari perut untuk aku melihat bumi. Harapan aku, apa sahaja yang aku lakukan hari ni dan esok, sentiasa memberikan kesejukkan kepada perut dia yang melahirkan dan mampu membalas setiap keringat Abah yang gugur ke bumi bagi mencari nafkah membesarkan aku dan menjadikan aku seperti aku yang sekarang. Untuk abang dan akak-akak yang sentiasa aku sayangi, terima kasih atas jasa korang selama ni. Dari masa kecik (basuhkan kencing berak. lalala) sampailah ambil berat masa study dan sampailah kini sentiasa berada di belakang aku memberi aku gambaran jelas mengenai erti kehidupan sebenar yang akan aku tempuhi. (more…)

Posted on 2 August '10 by , under Hidup Khai, Istimewa. 63 Comments.