Kehidupan saya selepas berkahwin. Thrill enough?

justkhai-khai-eifa-nikah-4

Hurm, manis alam perkahwinan ni. Siapa yang dah lalui alam perkahwinan mesti faham kan? Dalam manis tu, kadang-kadang ada masamnya. Ala macam cerita Ramlee Puteh, Masam-Masam Manis tu. Hehee. Dalam kegembiraan hidup berumahtangga, kadang-kadang tu ada dugaan yang akan sampai. Tapi berbalik pada kita nak tempuh dugaan tu bagaimana. Kalau tak pandai nak tempuh, itu yang sampai bercerai-berai. Minta dijauhkanlah perkara yang dibenci Allah ni.

Dari dulu biasa dengar orang kata, best hidup dah berkahwin ni. Bila diri sendiri dah lalui, terdetik di hati “kalau tahu best macam ni, awal-awal lagi aku dah kahwin kot!!”. Hahhaa. Tapi itulah semua orang kalau boleh nak kahwin awal kan? Benda senang je kalau ikutkan tapi dunia hari ni yang jadikan perkahwinan tu satu perkara yang susah. Rata-rata yang belum kahwin beri alasan belum jumpa jodoh atau calon yang sesuai tapi rata-ratanya belum bersedia atas faktor kewangan dan pelbagai lagi. Hurm memang, nak kahwin zaman sekarang ni memang pakai duit yang banyak. Buat kecil-kecilan pun tapi nak jamu orang makan tetap pakai duit. Tapi hakikatnya, buatlah ikut kemampuan kita. Cari redha Allah, bukan cari redha manusia. Bersederhanalah dalam perkahwinan biarpun kita mampu sekalipun kerana dari kesederhaaan itu datangnya redha Illahi. (more…)

Posted on 17 March '13 by , under Hidup Khai, Istimewa. 34 Comments.