Justkhai di Utusan, Kosmo dan Harian Metro

Pagi tadi masa tengah sedap bermimpi indah bermandi-manda dengan Maya Karin, Lisa Surihani dan Azizah Mahzan (sibuk je si tua ni dalam mimpi aku), Khai dikejutkan dengan satu SMS dari Akak Khai. Katanya suruh beli Utusan Malaysia sebab ada Justkhai dalam tu. Oh really?

Tanpa membuang masa, tahi mata dan air liur basi yang beku (ceh pengotor), terus pergi 7-Eleven beli Utusan Malaysia. Akhirnya menyumbang juga RM1.50 untuk surat khabar. Maklumlah, hari-hari baca online je pun. No wonder rasanya keuntungan syarikat akhbar negara kita mesti makin jatuh merudum. Kalau dah semua orang baca Online je, susah jugak kan? Tapi apa nak buat, siapa yang taknak menda free. Anggap je hukum karma.

Ok.. Lepas beli surat khabar, taknak selak dulu. Pergi bungkus nasi kat Mamak jap. Hensem woo mamak tu (perlu ke ni pun nak cerita?). Terus gerak balik rumah. Melantak jap Mamak Friend Chicken (MFC) lepas tu baru sampai masa baca surat khabar dengan penuh kusyuk. Satu demi satu helaian di selak.

Selak punya selak lagi, ada iklan Transformers: Revenge of the Fallen. Tiba-tiba nampak satu ayat yang macam kenal je kat situ. Korang nengok la sendiri gambar kat bawah ni. Klik gambar untuk view sebesar alam.


Klik gambar untuk view yang lebih seksi

Thanks Utusan Malaysia. Kalau before Justkhai ni pernah keluar kat Astro @15 dan Oh! Artis pernah keluar di Galaksi TV9 dan Berita Harian, hari ni Utusan Malaysia. Terima kasih banyak-banyak.

Mungkin ada yang mengejek apa sangat la masuk paper, setakat trafik je. Tahukah korang perkara-perkara macam ni sebenarnya portfolio paling mahal yang bukan semua orang ada. Bila blog masuk paper, itu bermakna blog korang bukan sekadar blog picisan di mata orang. Fikir-fikirkan.

Kadang-kadang Khai rasa, apa motif mereka ni promo blog ni. (more…)

Posted on 10 July '09 by , under Blog, Hidup Khai. 138 Comments.