Sepi~

[audio:sepi.mp3]
Play audio sambil baca entri pun best.. Hehe

Tak banyak lagu di dunia ini yang mampu buat air mata ini berlinang dan mengalir deras. Tetapi lagu dari Soundtrack Sepi di atas ni betul-betul menyentuh jiwa. Menusuk ke kalbu hingga memadam kejantanan yang ada pada diri aku. Biarlah orang nak kata aku pondan sekalipun, dah memang aku jenis lelaki yang teramat-amat sentimental. Lelaki yang punya jiwa yang teramat-amat lembut seperti tisu.

Aku punya duit, aku punya keluarga yang sayangkan aku, aku punya handphone canggih, aku punya laptop canggih, aku punya kawan-kawan yang baik dan aku punya segalanya. Syukur Alhamdulillah. Cuma satu, aku kehilangan sesuatu yang dulunya menjadi pelengkap dalam hidup aku.

Kehidupan harian aku kini berubah. Jika dulu setiap pagi pasti ada seseorang yang akan kejutkan. Begitu juga sebelum tidur. Dulu aku sering menerima SMS yang amat jarang aku balas. Aku pernah katakan yang aku bosan pada dia. Bila dia memerlukan aku, aku tak pernah ada di sisi dia. Bila dia ada masalah, aku sering memberikan alasan banyak kerja dan jarak jauh untuk aku ke sana. Padahal Cyberjaya ke Klang bukanlah jauh mana. Bila dia call aku, aku seringkali memberikan macam-macam alasan untuk memutuskan talian. Aku lebih senang bila berbual dengan wanita lain berbanding dia di telefon. Dalam masa yang sama dia yang paling aku sayang. Aku sendiri pun tak faham.

Kini dia dah tiada. Tak mungkin kembali dalam hidup ni. Betul’lah kata orang. Sayangi seseorang itu seadanya. Sayangi semasa dia masih ada. Bila segalanya seakan-akan sudah terlambat, tiada kata lagi yang mampu untuk dilafazkan. Apapun aku tetap bersyukur biar di mana pun aku dan dia berada, kami masih dapat melihat Bulan yang sama. Alhamdulillah.

Satu lagi personal entri di Justkhai. Maafkan ku…

Posted on 4 May '09 by , under Hidup Khai, Kisah Cinta. 65 Comments.

Oh! Saja tak kasi aku tidur


Tak tahu apa masalahnya, tiba-tiba blog Justkhai ni lenyap dari dunia ni. Innalillah. Tapi tak tahu kenapa, blog ini ibarat mayat yang bangun semula. Hahaha. Takut? Secara officialnya, blog ni adalah blog hantu sekarang. HUWAHUWA!! Khai menaip dalam keadaan penuh senyuman menyaksikan bertapa indahnya WordPress 2.7-beta3. Nak nengok Interface WP 2.7 ni versi Khai? click sini.

Tak terniat pun nak try WordPress 2.7 ni, tapi pukul 12:30 pagi tadi, bila masuk je Justkhai ni, keluar problem kat bawah ni. (more…)

Posted on 21 November '08 by , under Hidup Khai. 15 Comments.

Dunia Baru Khai – Internship hoi..

CCC
Akhirnya, berupdate jua blog ni seperti yang dijanjikan. Penat seribu kali penat. Internship dah bermula isnin lepas. Malam ni rasa merdeka sikit sebab esok (sabtu) dan lusa cuti. Punyalah rasa dua hari tu penuh bermakna. Seperti yang Khai cerita dulu, Khai dapat industrial traning kat Limkokwing University di mana di situlah tempat Khai study. Syukurlah sebab tak payah susah-susah cari company lain macam member lain tu. Dapat Khai simpulkan di sini, seminggu kerja ni memang penat. Masuk kerja pukul 8:30 pagi dan balik tak tentu kadang-kadang pukul 6 dan macam hari ni bila kerja berlambak, baliklah lambat sikit pukul 7:30. Tapi kerja kita enjoy buat kan, balik baru rasa penat.

Nak tahu dalam seminggu internship ni apa kerja Khai? Kalau korang masuk official website of Limkokwing University, korang boleh lihat berita-berita kat depan tu semua Khai yang siapkan. Prosedur dia teramatlah rumit tapi alhamdulillah, sekali si Peter (office mate) tunjuk, Khai dah dapat buat sendiri. Selain itu, Khai juga terlibat untuk design footer bagi website Limkokwing University V7 (still belum release) yang mungkin akan direlease beberapa minggu lagi. (more…)

Posted on 6 June '08 by , under Istimewa. 12 Comments.