Terima Kasih Buat Pembaca Justkhai.Com


Blog ini terlalu besar maknanya buat Khai. Ini bukanlah blog pertama Khai. Rasanya ini blog yang ke-5 dalam hidup Khai sebelum kenal apa itu maknanya menjadi seorang blogger. Banyak dah blog ni punya domain. Dari scukz.blogspot.com (2 tahun lepas), terus jadi scukz.com/khai .. dan setahun yang lepas, baru lahirnya domain khas ini, Justkhai.Com .. Dari mana idea Justkhai itu, Khai pon dah tak ingat. Well, ianya cukup menjelaskan yang ini adalah blog kepada lelaki bernama Khai dan ianya Just Khai. Hanya Khai.. mean segala yang ada di sini, bulat-bulat dan petak-petak adalah dari jari, mata, hati, dan pemikiran insan yang bukan perfect bernama Khai.

Khai tak pernah ada dan tak mungkin akan ada personal diary dalam hidup. Orang kata, mereka yang suka baca dan tulis diari, orang tu jenis yang suka pandang ke belakang. Betul ke macam tu ye? Apa pon dalam sedar dan tidak, blog ini lah diari buat diri Khai. Diari yang boleh dibaca semua orang. Kerna tu adanya entri-entri yang agak personal di sini. Share pengalaman boleh kan?

Dan selepas terlalu banyak menerima kritikan dari mereka yang selalunya tak ingin nak mendedahkan identiti, Khai sedar mulai hari ini Khai tidak lagi perlu melayan apa-apa kritikan melainkan benar-benar perlu. Kadang-kala kritikan tu terlalu (more…)

Posted on 11 December '08 by , under Acara, Hidup Khai. 34 Comments.

Entri Khas: Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008


Entri Khas di pagi Aidil Adha. Baru balik dari masjid ni menunaikan solat sunat yang setahun sekali. Tak pergi ke? alahai.. almost 2 jam je dari 365 hari masa korang diperlukan. Hurm, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan pagi ni nampaknya. Well, benda setahun sekali, hujan tak hujan, redah jugak la ke masjid. Ni baru je balik, saje nak feel sikit update entri khas di pagi Hari Raya Korban ni kan. Tadi kat masjid tak boleh tahan. Nengok muka imam baca khutbah je mengantuk. Pandang kanan je orang tengah tidur. Yang kiri tersengguk-sengguk. Khai pun join venture sekali. Nak buat camana kalau dah mata ni setting dia jam 6 baru rasa mengantuk. Aduyai…

Nak tanya, dalam hidup ni, pengorbanan apa yang paling besar pernah korang lakukan? Hurm, tadi di masjid, imam sampai menangis menceritakan kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. Even Khai dengar dalam keadaan tersengguk-sengguk rindukan bantal pun, Khai still ingat dengan clear apa yang Imam sampaikan dan cukup memberi kesedaran pada Khai bertapa besarnya pengorbanan mereka terdahulu berbanding dengan pengorbanan apa yang dah Khai buat sepanjang 20 tahun bernafas di bumi Allah ini. (more…)

Posted on 8 December '08 by , under Hidup Khai. 19 Comments.

Kita Merancang, Tuhan Menentukan


Dah 2 hari lepak semula kat Negeri Sembilan. Terus terang Khai katakan, Negeri Sembilan bukanlah sebuah negeri yang Khai suka. Kerana ianya nothing special bagi Khai. Dan Khai juga bukan lahir di sini. I’m Johorian dan parent Khai, Selangorian. Hehehe. Pagi tadi first Streamyx bill Khai sampai. Sekali RM360 daa.. Pergh!! banyak gak kan? takpe la, maybe first bill je tu. Tapi kalau ada yang nak sponsor, ape salahnye. Hahaha

Semalam, kat Shoutbox Justkhai ni ada tertulis..

“Aku suka Gay. Stylo pe..haha” – dari Khai

Dan harini, di shoutbox Oh! Tidak ada tertulis..

“apsal smua gmbr dlm nie mcm dh penah tgk… bodo punye admin x dek modal.. ambik bahan org lain… cam siyal..!!” – dari bengang!

Khai hanya mampu tersengih. Hahaha. Lagi-lagi komen yang 1st tu sebab dia tulis nama dia sebagai “khai”. Hurm, siapalah gerangan yang takde telor tu ye? Kalau komen-komen yang mengondem ni, tak pernah nya nak kasitahu identiti sebenar. Apa lagi URL website. Please lah wei. Sakit sangat hati ko yer?


Lagi dua minggu, dah Graduation Day. Kejap je masa berjalan, (more…)

Posted on 2 December '08 by , under Hidup Khai. 31 Comments.