Ada Apa Dengan P1 Wimax?

p1 wimax
Orait. Before tak berani nak tulis apa-apa pasal P1 Wimax ni. Dengar je orang cerita dan sebut pasal P1 dan W1max. Tu belum kira bernanah mata nengok iklan P1 Wimax yang bersepah gila serata Kuala Lumpur ni kot. Hari ni, dapat juga Khai rasa pakai P1 Wimax ni. Baru je tadi apply dan satu jam lepas tu terus dah boleh pakai. Cool heh?!!

Entri ni ditulis pada 15 June 2009, jadi kalau ada yang baca entri ni pada masa yang akan datang, mungkin ada maklumat yang dah bercanggah. Khai tulis setakat apa yang Khai lalui setakat hari ini. Khai akan cuba tulis entri ni seringkas yang mungkin.

Ok petang tadi deal dengan sorang reseller ni by phone. Akak Khai yang kasi Khai flyers P1 Wimax yang dia ambik kat Ampang Point semalam. So kat situ ada no phone si Edwin ni. No phone dia 014-9060680 (update: Edwin dah x jual p1 dah. jgn call). Boleh’lah korang call mamat ni kalau korang berada di area Kuala Lumpur dan berminat nak subscribe P1 ni. Bagus Edwin ni sebab dia ni memang cina yang baik. Nengok muka pun dah tahu dia nerd. Apa lagi nak menipu orang kan? Hehehe. Siap kasi freebies lagi. Mula-mula dia kasi Khai satu beg P1 Wimax warna pink dan satu pen P1 Wimax. Khai mintak satu lagi beg, laju je dia kasi. Hehehe.

Kitorang deal nak jumpa pukul 10 malam kat Menara TM, Pantai Dalam. Tepat 10 malam, dia sampai. Well, janji cina bukan macam janji melayu. Itu fakta ye? Khai kasi dia salinan kad pengenalan dan salinan lesen memandu then dia isi borang semua sampai siap. Kasi dia RM100 (registration free), dia pun blah dengan muka yang gembira. Haha! Then Khai lepak-lepak mamak jap 1 jam sementara tunggu P1 aktifkan Wimax ni. Balik rumah terus layan internet. Mudah kan? (more…)

Posted on 15 June '09 by , under Lain-lain. 154 Comments.